Oleh: setisab
"
Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin-pemimpin umno amat faham mentaliti dan perangai penyokong umno. Mereka faham bahawa ahli dan penyokong umno boleh dibeli dengan harga yang murah. Nilai penyokong umno lebih kurang sama dengan harga sehelai kain batik lepas atau sehelai kain pelekat Bangla yang biasanya berharga sekitar RM30. Inilah satu asset yang amat penting dalam perjuangan umno. Pemimpin umno mesti terus mengekalkan mentaliti ini dikalangan penyokong mereka untuk mereka terus dipuja. Asset ini kalau hilang, umno akan hancur. Justeru kekal-lah penyokong umno dengan harga diri mereka sekitar RM30.
Bila barang murah maka orang kurang beri perhatian dari sudut penjagaannya. Bila barang murah, biasanya orang letak merata-rata. Samalah macam kain pelekat Bangla, kadang-kadang pakai dua tiga bulan, dijadikannya kain buruk pengelap periok atau alas kaki.
Ilmu inilah yang digunapakai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin-pemimpin umno terhadap penyokong mereka. Penyokong umno harganya RM30, sama macam harga alas kaki. Alas kaki untuk dipijak dan menerima segala habuk dan danu kaki.
Penyokong umno untuk dikelentong, dibodohkan dan merekalah yang akan mempertahankan segala pekong, daki dan danu yang dilakukan oleh pemimpin umno. Penyokong yang bodoh dan mudah dikelentong serta murah pula harganya adalah asset utama kepada umno. Kalau penyokong umno pandai, pemimpin umno susah untuk cari makan. Bila pemimpin susah hendak cari makan umno akan hancur kerana hendak merasuah susah; hendak dapat rasuah lagi susah. Umno akan lebih cepat hancur tanpa rasuah!
Lantaran ilmu inilah maka umno yang kerap melalak dengan slogan "Hidup Melayu" untuk diseimbangkan dengan namanya - 'Pertubuhan Kebanggsaan Melayu Bersatu' telah dengan nyata mengenepikan matlamat perjuangan untuk Bangsa Melayu. Kalau dulu dalam senyap dan sembunyi-sembunyi mereka menipu Melayu tetapi sekarang mereka lakukan secara terang-terangan. Mereka berani kerana penyokong mereka bodoh. Mereka berani kerana penyokong mereka murah harganya. Mereka berani kerana mereka tahu sokongan dan undi Melayu umno boleh dibeli dengan harga RM30.
Seterusnya : Kerajaan Rakyat
"