"
Orang Melayu masih bangga dengan kata-kata Hang Tuah.....Tak Akan Melayu Hilang Didunia. Malah umno sendiri berbangga dengan sumpah Hang Tuah ini. Maka kita dapat saksikan orang-orang umno (khusus pemudanya ) jalan berkepak untuk memperlihatkan keperwiraan mereka. Jeritan HIDUP MELAYU jadi mainan mamat-mamat umno. Kononnya merekalah hulubalang2 Hang Tuah yang akan membela nasib orang-orang melayu.
Sebenarnya tiada satu bangsa ( spesis) pun yang akan hilang dimuka bumi ini. Sebabnya mereka berkahwin. Maka akan adanya zuriat yang akan terus menerus berkembang.
Yang perlu kita fikirkan ialah adakah kewujudan melayu di tanah airnya memberi impak kepada maruah bangsa melayu itu sendiri. Memang melayu ( yang Hang Tuah pesan tak hilang ) merupakan tuan di negara in. tetapi apa yang dapat kita lihat peranannya seperti pengemis.Masih tak mampu berdikari. Tetap menjadi bangsa yang suka meminta-minta. Melayu hari ini tidak segan silu MENDECLARE dirinya adalah daif dan papa kedana. Yang anehnya UMNO yang mengajar orang-orang melayu supaya mengaku diri mereka adalah papa kedana.
Sepatutnya setelah 52 tahun merdeka status orang melayu seperti orang Finland. Tiada orang miskin. Pergi ke felda2 melambak peserta2nya yang miskin. Pergi kekampung2 masih hidup dalam kedaifan. Bolehkah peserta2 felda dan orang2 kampung kita kategorikan sebagai miskin sedangkan masing2 memiliki tanah berekar-ekar. Peserta felda ada tanah 10 ekar. Apa kah itu ciri orang miskin ?
SEBENARNYA MELAYU HARI INI SEMAKIN MALAS . UMNOlah yang bertanggungjawab menjadikan melayubangsa yang pemalas. Bayangkanorang dariIndonesia, Bangladesh, India ,Nepal hidup disini. Lalu atas alasan apa maka orang-orang melayu merintih , mengeluh dengan aluan SAYA MISKIN, SAYA ORANG SUSAH.
Ditempat saya bertugas (kawasan kampung yang bukan kategori pedalaman) dapat kita lihat tanah-tanah (ditumbuhi pokok2) terbiar begitu sahaja. Bukannya sedikit kawasan tanah-tanah terbiar ini. Sekarang ini adalah diusahakan sedikit kerana ada subsidi pertanian . Sebelum ini tanah-tanah terbiar begitu saja sekian lama. Rasanya jika subsidi di berhentikan pasti tanah2 ini akan terbiar saja. Ini lah mentaliti yang ditanam oleh umno kedalam benak fikiran orang-orang kampung. Bayangkan lah jika penduduk kampung ini ialah orang2 cina, tentu sekali dikiri kanan jalan akan menjadi kebun-kebun sayur dan buah-buahan meskipun tanpa subsidi walau sesen.
Punya pemalasnya orang-orang kampung ini, mereka mengharapkan bantuan dari pusat zakat dan JKM. Yang datang mohon tanda tanga masih muda lagi tapi tanpa segan silu memberitahu SAYA TAK ADA KERJA. Orang dari negara lain cari kerja di sini kamu anak watan boleh kata SAYA TAK ADA KERJA. Bantuan persekolahan jaga cakap. Hampir kesemua minta bantuan walaupun jumlahnya hanya RM250 setahun. LAGUNYA SAMA...SAYA TAK ADA KERJA UNTUK BELI KEPERLUAN PERSEKOLAHAN ANAK.
UMNO memang suka melihat orang-orang kelihatan sengkek ( papa kedana). Maka sebab itu sampai rumah pun dibinakan. Bandingkanlah kita dengan orang-orang cina. UMNO hanya tahu mengajak orang melayu membenci cina tetapi mereka cemburu bagaimana orang cina membina kehidpun mereka. MEREKA ADALAH BANGSA YANG RAJIN BERUSAHA.
Orang melayu jadi begini kerana dilenakan oleh umno. Kita diajak berbangga dengan peranan umno biarpun ktahap kehidupan kita hanya ala kadar sahaja.
SEKIRANYA JEPUN LAMA MEMERINTAH TANAH MELAYU MUNGKIN BANGSA MELAYU MENJADI SATU BANGSA YANG RAJIN DAN KREATIF. WAKTU PENJAJAHAN JEPUN ORANG-ORANG MELAYU MENGHASILKAN INOVASI. ANTARANYA BAGAIMANA BIJI GETAH DIJADIKAN TEMPEH.
SOKONGLAH UMNO SAMPAI MATI.
"