Anak exco bawa dadah
Posted on Saturday, November 21 @ 02:08:34 PST Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih
Oleh Faris Musa
Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Negeri Terengganu mendesak Ketua Polis Negeri Terengganu menjelaskan isu yang heboh diperkatakan bahawa seorang anak kepada seorang EXCO Kerajaan Negeri Terengganu ditahan baru-baru ini oleh pihak polis di dalam satu sekatan jalanraya.
Dalam sekatan tersebut anak Exco itu dikatakan memandu kereta rasmi Exco milik kerajaan negeri dan pihak polis telah menjumpai dadah yang disembunyikan di bonet kereta tersebut. Jumlah dadah tersebut dikatakan jika disabitkan kesalahan boleh membuat hukuman mati mandatori.
Berdasarkan laporan banyak blog-blog menyatakan Exco Kerajaan Negeri tersebut yang juga salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan Parlimen Besut kini berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji.
Namun begitu pihak tertentu UMNO Negeri dikatakan sedaya upaya ingin menyembunyikan serta menutup kes tersebut agar tidak dihidu oleh rakyat bagi menjaga nama baik UMNO.
AMK mengganggap sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku dan membabitkan penggunaan kereta rasmi EXCO Kerajaan Negeri Terengganu dalam tangkapan tersebut maka maka adalah wajar Ketua Polis Negeri Terengganu menjelaskan kepada umum kes tersebut kerana melibatkan penyalahgunaan harta rakyat .
AMK memohon agar Ketua Polis Negeri Terengganu bertindak secara telus dan profesional tanpa mengambil sikap mendiamkan diri serta tidak bertindak menyembunyikan perkara tersebut dengan bersekongkol dengan UMNO bagi menutup kesalahan tersebut .
Selamatkan harta rakyat Terengganu ( SEMARAK TERENGGANU )
Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
adakah ini kerana PROGRAM AGAMA AGENDA KERAJAAN BN [ambuyatel-binangkit.blogspot.com] punya penangan... atau senjata dah makan tuan??? jangan kata kita hanya memfitnah INI BUKTINYA [ambuyatel-binangkit.blogspot.com] kerajaan hanya mempermainkan .....agama..
Re: Anak exco bawa dadah (Score: 1) Oleh TamuPulauMelaka on Saturday, November 21 @ 16:44:03 PST (User Info | Send a Message)
itulah amalan anaksoleh salah satu projek BARISAN NASIONAL dalam negeri islam hadhari trengganu bistari...
Mega link (link-link yang lain)
* Link laman yang dipaparkan adalah yang aktif sahaja. Laman tidak dikemas kini lebih daripada sebulan akan dikeluarkan secara automatik..
[Untuk yang lain-lain sila klik Mega Link atau Link Pilihan pada atas Homepage ini]
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKD (DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN) Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan. (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)