Kebiadaban Spiritual – Bila Iman Shafi’i Diketawakan
Posted on Friday, December 04 @ 19:07:08 PST Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih
Oleh Karim's
Apakah apabila kita sudah mempunyai segulung ijazah mahupun PhD serta bergelar dengan Profesor Madya, kita sudah setaraf atau lebih hebat dari Imam Shafi’i? Hingga kita boleh “menghina” imam-imam besar untuk diketawakan dalam majlis ilmu?
Sila tonton bahagian soal jawab dalam rakaman program Al-Kulliyyah terbitan TV3 ini (perhatikan pada minit mulai 04:24, yang ahli panel menyebut:
Kalau pergi haji kalau ikut mazhab Shafi’i kena 3 bulan duduk di sana … (orang ketawa) … bagi orang Hanafi balik dulu, bagi orang Maliki balik dulu, tinggal puak-puak Shaf’i'i, (biar jarak) sedepa seorang tawaf … (diketawa ramai) …
Kemudian, di akhirnya pada minit 05:10, pengajaran Sifat 20 pula dijadikan bahan ketawa.
Maka terharulah seorang ahli panel lain dengan ulasan beliau di sini (tontonlah dan renungilah):
Apakah ini benar-benar yang disebut sebagai kebiadaban spiritual?
p.s.
Saya difahamkan bahawa rakaman Al-Kulliyyah tersebut dibuat di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka pada pertengahan November 2009, atas tajuk “Satu Aqidah” namun, sehingga kini, ianya belum disiarkan lagi.
Saya juga difahamkan bahawa bahagian soal-jawab yang disiarkan dalam “youtube” ini tidak dirakam oleh TV3 semasa itu dan bahagian ini tidak akan disiarkan.
Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Re: Kebiadaban Spiritual – Bila Iman Shafi’i Diketawakan (Score: 1) Oleh Alang on Friday, December 04 @ 21:50:26 PST (User Info | Send a Message)
Aku ambil bahasa arab kat Jordan and minor in Syariah. Aku juga pandai search kat computer, cari segala hadis....semua imam2 besar dalam dunia ni aku boleh makan.
Re: Kebiadaban Spiritual – Bila Iman Shafi’i Diketawakan (Score: 1) Oleh hazik on Friday, December 04 @ 22:59:32 PST (User Info | Send a Message)
Berwaspada dengan beberapa orang yang menggelar ulamak, kerana kita sewajarnya bimbang & khuatir mereka ini pula yang bertindak sebagai "ular dalam semak".
Re: Kebiadaban Spiritual – Bila Iman Shafi’i Diketawakan (Score: 1) Oleh mohtar on Saturday, December 05 @ 06:17:07 PST (User Info | Send a Message)
mengaku ulamak bila terasa pandai konnon ada phd...tapi jangan lupa..apa-apa ilmu, apa-apa ugama, apa-apa perkara sekali pun bolih kita pelajari tentang perkata itu. pandai tidak menjanjikan sasaorang itu beriman, pandai tidak menjanjikan darjat disisi Allah.
pandai tapi tidak beriman dengan ketulusan dan keputihan hati terhadap alah, hanyalah sia-sia belaka. pandai selalunya cenderong hati menjadi riak, pandai sering mencari helah dan memandang rendah pada orang lain, menunjuk-nunjuk dan sering alpa pada diri mereka sendiri.
Re: Kebiadaban Spiritual – Bila Iman Shafi’i Diketawakan (Score: 1) Oleh yutuba on Saturday, December 05 @ 07:26:13 PST (User Info | Send a Message)
apa yang biadapnya?
penulis artikel yang tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh panelis.
Re: Kebiadaban Spiritual – Bila Iman Shafi’i Diketawakan (Score: 1) Oleh kmuhammad on Saturday, December 05 @ 11:11:26 PST (User Info | Send a Message)
Ayo brader tak payah gaduh....
Itu bicara ulama'. Kita umat biasa ni kita tegakkan Rukun Iman , Rukun Islam. Habis cerita....
Re: Kebiadaban Spiritual – Bila Iman Shafi’i Diketawakan (Score: 1) Oleh pesilat_timur on Saturday, December 05 @ 18:38:06 PST (User Info | Send a Message)
APA PUNYA ARTIKEL LA NI!!!KARIM'S, KAU NI SYIAH KE?X CERDIK PUNYA ARTIKEL..
Re: Kebiadaban Spiritual – Bila Iman Shafi’i Diketawakan (Score: 1) Oleh betulsokmo on Saturday, December 05 @ 20:48:57 PST (User Info | Send a Message)
biasalah manusia yang tak belajar tasauf merasakan mereka yang paling hebat,tapi mereka tu ulama ke?
Re: Kebiadaban Spiritual – Bila Iman Shafi’i Diketawakan (Score: 1) Oleh axythysis on Friday, December 11 @ 06:09:03 PST (User Info | Send a Message)
Assalamualaikum,
Saya berpendapat Dr Fauzi tidak menghina Imam Shafi'i , cuba dengar betul2...tadi di Surau An Naim, Dr pun dah menjelaskan tentang perkara ini dan dia akan mengambil sikap diam diri sahaja.
Masalah yang saya nampak, kalau kita tidak suka seseorang, kita akan cari kelemahan/kesalahan seseorang itu. Cuba lah berlapang dada sedikit.
Wassalam
p/s: Entah2 saya pula akan di tuduh sebagai penyokong taksub Dr Fauzi pula lepas ni
Re: Kebiadaban Spiritual – Bila Iman Shafi’i Diketawakan (Score: 1) Oleh bodykatang on Monday, December 21 @ 07:11:05 PST (User Info | Send a Message)
Orang zaman sekarang ilmunya banyak sehingga tak teramal, tak de keberkatan, org zaman dulu tahu je terus beramal, berkat!! Ulamak dulu takut bersekongkol dgn kerajaan, tapi sekarang siap lobi nakkan jawatan. Dunia,dunia!!!
Re: Kebiadaban Spiritual – Bila Iman Shafi’i Diketawakan (Score: 1) Oleh vi on Tuesday, December 29 @ 19:42:20 PST (User Info | Send a Message)
Salam,
Saya rasa yang ditertawakan ialah pemikiran orang agama spt Al Muhammady dan yang sealiran dengannya.....mereka terlalu kolot dan ketinggalan zaman.
Bukalah minda sikit.....cuba rujuk Dr Yusuf AlQaradawi ka....Dr Wahbah Zuhaili ka..pun cukup!
Tak payah rujuk kitab Ibn Taimiyah, Ibn Qayyim ...nanti dikatakan WAHABI pulak!
Kalau rujuk AlRisalah dan Al Umm takut tak faham pulak!!!
Disebutkan dalam islamonline.net di bawah tajuk:“القرضاوي يدعو ماليزيا للتمسك بشخصيتها الإسلامية” (Maksudnya: Al-Qaradhawi mengajak Malaysia agar Berpegang dengan Jati Diri/Peribadi Keislamannya) antaranya:
الدوحة- دعا العلامة الشيخ يوسف القرضاوي ماليزيا إلى المحافظة على شخصيتها الإسلامية المتمثلة في مذهبها الشافعي وعقيدتها الأشعرية للوقوف أمام أي تسلل فكري من الخارج.
Maksudnya:
Dhoha- Al-Allamah As-Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyeru kepada negara Malaysia agar menjaga syakhsiyyah (peribadi, jati diri atau ciri-ciri) keislamannya yang terzahir daripada mazhabnya As-Syafi’e dan aqidahnya (masyarakat Islam Malaysia) yang Al-Asy’ari untuk berdiri menghadapi dan mendepani serangan pemikiran dari luar.
Mega link (link-link yang lain)
* Link laman yang dipaparkan adalah yang aktif sahaja. Laman tidak dikemas kini lebih daripada sebulan akan dikeluarkan secara automatik..
[Untuk yang lain-lain sila klik Mega Link atau Link Pilihan pada atas Homepage ini]
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKD (DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN) Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan. (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)