Balik Semula TranungKite Online Hantar Artikel Forum Borak Siber Semakan Akaun Jalinan Siber Topik Artikel Topik Berita Topik Artikel Arkib Berita Iklaneka Hubung Kami Masuk Keluar

     Create an account     
Terbaru...   Ceramah PGU - Cikgu Normala Sudirman    Peperiksaan Utama: Jangan Serahkan Kepada Sekolah    Sebangang - bangang Mahkluk yang lebih Bangang daripada Baboon    Matangkah Universiti Jika Anggap Mahasiswa Tidak Matang?    Pakatan Rakyat,Goodbye Putrajaya.?    Najib sekalipun calon, PAS tetap lawan-Presiden PAS    Siapa pun calon Umno, PAS tetap lawan- Nik Aziz    Rahimi Jadi 'C4' Untuk Ranapkan Anwar Selepas Saiful Gagal    Wanita Pertama Negara Maju Tidak Mahu Terbabit Dengan Program Rosmah    PADAN MUKA: Hari ni baru lah mangkuk ni nampak langit tu Tinggi  
Modules
 Asas Laman
    · Home
    · AvantGo
    · coppermine
    · Downloads
    · FAQ
    · Forums
    · iklan
    · Journal
    · Kes Bunuh Sosilawati
    · NukeSentinel
    · PHP-Nuke Tools
    · Private Messages
    · Recommend Us
    · Search
    · Shout Box
    · Statistics
    · Stories Archive
    · Surveys
    · Top 10
    · Topics
    · Video Stream
    · Web Links

 Tambahan
    · GuestBook
    · Mega Links
    · Tempahan Iklan
    · Peta Laman

 Peranan Anda
    · Tambah Download
    · Tambah Links
    · Beritahu Kawan
    · Komen/Cadangan
    · Kaji Selidik
    · Catat GuestBook

 Ahli Berdaftar
    · Hantar Artikel
    · Akaun Anda
    · Mesej Peribadi
    · SMS Percuma

 Khidmat Kami
    · Download
    · Webs Link
    · Waktu Solat
    · Kalendar Aktiviti
    · Papar Shout Box

 Radio & TV
    · TKO.fm
    · TKO.tv
    · WebTV1
    · WebTV2
    · KTV
    · WTV8
    · TVPAS
    · WebRTV

 Bantuan & Info
    · Dasar Kami
    · FAQ
    · Tips Webs
Advertising/Iklan

Bengkel Kereta anda dengan harga berpatutan

Dapat Portal Terbuka

Baik untuk kesihatan lelaki dan wanita

Koleksi Ceramah & Kuliah

Coklat Minda berkesan untuk peningkatan daya intelek..

teknik termudah untuk FAHAMI 'big picture' Al-Quran & HAFAZ surah idaman SEKALIGUS

Hanya serendah RM30 anda mampu memperolehi RM 11,000

Menjual Pelan -Pelan Rumah secara Online

- DAPATKAN IKLAN BERPATUTAN DENGAN KAMI
Berita Akhbar Hari Ini..

Berita-berita daripada akhbar tempatan hari ini untuk paparan anda melalui TKO Online.

• Polis mula siasat kes Rahimi
• 2 nelayan lemas, 4 hilang bot dirempuh kapal
• Penjanaan ekonomi digital
• Malaysia model masyarakat majmuk - Mufti Syria
• Bajet vokasional mungkin naik
• Air: Selangor tidak bersimpati kebajikan rakyat
• Majlis Raja-Raja perlu nyatakan pendirian
• Jauhi penggadai bangsa – Sultan Sharafuddin
• Bekalan air bersih: Kelantan terus ketinggalan
• Harga tenusu dijangka naik
• Malaysia ditawar tuan rumah persidangan antarabangsa ITU
• JLKN tumpu perkasa 500,000 bekas pelatih
• Kerajaan sedia rumah perlindungan gadis hamil luar nikah sejak 1975
• KPDNKK, SKMM kerjasama banteras muat turun percuma
• Kilang mi diarah tutup 2 minggu
• Pertandingan Seni Jawi Nusantara
• Ajar ikut falsafah pendidikan
• ARWP di Kaherah dirasmikan
• Allahyarham Abu Bakar selamat dikebumi
• Forum antarabangsa sempena Perhimpunan Agung UMNO
• Seminar nasib akhbar Melayudi UiTM esok
• Zaid sedia tanding Presiden PKR
• Kecoh: Bukti PKR parti gengster
• Serah wang ihsan November ini
• Ku Li Pengarah Pilihan Raya dan calon serentak?
• 26,560 Orang Asli didaftar pengundi
• Tindakan boikot Utusan Malaysia tidak rasional
• Polis kawal rumah Muhamad Rahimi
• 'Ugutan perlu dipandang serius'
• PKR nafi halang Rahimi
• Zaid mampu ‘bersihkan’ PKR – Reformis
• Kajian UIAM: Populariti kerajaan Barisan Nasional meningkat
• BN perlu lebih aktif beri penerangan - Mohamed Khir
• 25 ahli Pas Baling sertai UMNO
• Nik Aziz marah tarikh bertembung sidang DUN
• Banjir di Vietnam semakin buruk
• Michelle Obama wanita paling berpengaruh
• Pengikut Qadiani jangan lagi dakwa diri Islam
• TPM Thailand letak jawatan
• Pakistan belum bersedia
• Tentera Israel malukan wanita Palestin
• Facebook sedang dikemaskini
• Doktor mangsa rogol terima Ann Politkovskaya
• Anak orang terkaya dunia akan berkahwin
• India beli senjata Rusia AS$30 bilion

* Dibuka pada paparan windows yang sama.

Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Rangking Forum
Rebutlah ranking ini... © 2009 Tranung Kite
User Info
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
Security Code: Security Code
Type Security Code

(Register)
Membership:
Latest: Jiwa_Tenang
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 29683

People Online:
Visitors: 0
Members: 0
Total: 0

Cara Bagaimana Anak-anak anda  Boleh Meningkatkan Gred D ke A+

- 1 LAGI RUANG IKLAN MASIH KOSONG -

Matangkah Universiti Jika Anggap Mahasiswa Tidak Matang?
Posted on Saturday, October 16 @ 07:34:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh BudakJalanan

Komentar Oleh Ali Bukhari Amir

Pulang daripada acara penubuhan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Kolej Era Baru (New Era College) di Kajang, Selangor antara 2004, 2005, saya diajak rakan-rakan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menziarahi mereka di Anjung Rahmat, Gombak.

Untuk mereka yang belum tahu sejarah awal badan pelajar itu maka inilah dimaklumkan bahawa ketika tahun inilah SMM ditubuhkan. Sengaja saya sebut hal ini kerana ketika menurunkan catatan di sini, ada forum Suara Siswa yang tajuknya mungkin membangkitkan radangan dan garangan sesetengah kita



Adapun tajuknya berbunyi – adakah mahasiswa hari ini sudah matang?

Jadi, ketika baru pulang dari Kolej Era Baru di Kajang sekitar 5 atau 6 tahun lalu, saya lihat mahasiswa itu sudah matang bertindak kerana sudah berani menubuhkan suatu badan induk; SMM yang kemudian menggabungkan tenaga dan menyatukan upaya beberapa buah persatuan mahasiswa di bawahnya.

Maka, tenaga mahasiswa yang terpisah-pisah dengan haluan masing-masing boleh dianggap sudah pun mencapai tahap kesempurnaan apabila mereka boleh bersatu di bawah bumbung SMM itu.

Walaupun SMM itu barangkali tidaklah sepenuhnya menyatukan, tetapi setidak-tidaknya kami bergerak sendiri dan berbincang untuk memikirkan bagaimana mahu mengukuhkan kedudukan dan menyatukan gerakan mahasiswa saat itu. SMM tertubuh bukan anjuran Pas, ABIM JIM, DAP, PKR serta orang-orang tua dalam gerakan dakwah dan ia tiada kena-mengena dalam rangka cadangan parti-parti politik.

Malah, pihak pentadbiran Kolej Era Baru itu bukanlah pencetus kepada kelahiran SMM. Jika ada ruang kesempatan, nanti kita ceritakan hal asal-usul kelahiran SMM mengikut versi saya, insya Allah Ta’ala.

Jadi kami menggunakan wang, tenaga dan tempat kami sendiri untuk membidankan kelahiran SMM itu sendiri. Pendek kata, kami rangka penubuhan SMM tanpa campur tangan sesiapa; baik pemerintah atau pembangkang. Kami menyokong dan mendokongnya atas rasa sedar kami sendiri kerana kami matang!

Hal ini dikemukakan untuk menolak andaian palsu bahawa mahasiswa itu tidak matang kerana mereka ini kerap dipengaruhi oleh unsur-unsur yang kononnya subversif dan menggugat kestabilan awam.

Hang Nadim yang matang fikirannya

Kembali kepada kisah di Anjung Rahmat. Kebetulan, pada malam itu ada usrah melibatkan pimpinan di sana. Maka, tiba masa saya bercakap malam itu. Lalu, terlintas di fikiran untuk bercakap hal kewujudan anak Melayu yang matang fikirannya walau watak itu masih anak-anak kecil.

“Namanya Hang Nadim,” kata saya memulakan bualan. “Dengan kematangan fikiran, anak ini, dengan izin Allah, mengeluarkan Singapura daripada kemelut gugatan todak yang menyerang perairan pulau.”

Tetapi, bagai yang diketahui semua, gara-gara kebijaksanaan budak ini dan kematangan berfikirnya, dia terhukum bunuh oleh nasihat busuk para pembesar Singapura. Kononnya, Hang Nadim apabila dewasa kelak, pasti akan merampas takhta kekuasaan sultan.

Yang jelas ternyata, hari ini Singapura adalah sebuah negara republik yang tiada lagi beraja sultan sejak sultan di Kg Gelam runtuh oleh cengkaman penjajahan luar. Entah di mana para pembesar saat itu tidak diketahui. Rupa-rupanya, kematangan anak-anak muda inilah yang sering ditakuti para pembesar!

Sejarah tidak menipu dan sejarah itu guru bagi mereka yang ingin menilainya secara sedar dan bersedia pula bermuhasabah dengan munasabah terhadap pergulatan masyarakat sebelum kita.

Matang dan ranum buah fikiran

Matang itu bagaikan ranum bagi buah. Kitab hukum feqah memperkenal beberapa istilah yang bolehlah dinisbahkan sebagai taraf matang dan disandarkan sebagai tahap waras bertindak.

Kita tahu istilah ‘mumaiyiz’ dan ‘akil baligh’. Ada hukum feqah yang tidak benarkan urusniaga jual beli melibatkan kanak-kanak kerana takut berlaku penipuan sedangkan kanak-kanak itu tiada mengetahui.

Tetapi, ada juga anak-anak yang dilibatkan dalam mesyuarat pentadbiran negara sehingga anak itu telah menegur khalifah, “Jika usiaku dianggap tidak layak berada di sini untuk bercakap mewakili kampung aku, maka ketahuilah olehmu wahai khalifah, anda tidak layak berada di tempat pemerintahan itu.”

Ya… Ketika menulis ini, Suara Siswa sedang membawa tajuk ‘adakah siswa hari ini matang?’ Majlis itu dibuka dengan mukadimah tari-menari, juga ditutup dengan acara tari-menari.

Begitulah satu-satunya acara ilmiah di RTM yang mengajak kita bertukar-tukar fikiran yang ada sisipan tari-menari. Acara RTM lain yang melibatkan debat berat, tiada pula sisipan acara tari-menari sebegini.

Jadi, berbalik kepada hubungan pertalian antara ‘matang’ dan ‘ranum’, maka kita boleh tafsirkan bahawa dalam kehidupan ini, telah ada tempoh-tempoh dan jangkamasa yang membenarkan kita melaksanakan sesuatu tugas berat seperti berkorban mengeluarkan sesuatu.

Misalnya, ketika cukup ‘haul’nya (matang), maka kita diwajibkan mengeluarkan zakat – perniagaan dan haiwan ternak dan hasil perladangan dan pertanian; gandum dan beras. Juga, bila tiba tempoh ‘matang’, maka diwajibkan mengeluarkan zakat ke atas emas pelaburan.

Luka dan kecederaan di tubuh misalnya akan bertaut semula dalam tempoh tertentu. Masa bertaut luka itu sepenuhnya dan sihat sepenuhnya itu boleh dikatakan sebagai tempoh ‘matang’.

Kita terpaksa penat berhujah begini, sebabnya kebanyakan ahli masyarakat seperti gagal berfikir halus ketika menilai kedudukan kebenaran. Haruslah ditampilkan hujah seperti hubungan matang dan ranum dan mengaitkannya pula dengan persoalan cukup tempoh ‘haul’ sehingga wajib dikenakan zakat untuk haiwan ternakan dan hasil pertanian.

Ya, ada banyak lagi contohnya. Bayi dalam kandungan pun ada tempoh ‘matang’nya dalam kandungan itu selama 9 bulan pada adat kebiasaannya.

Namun, ada anak-anak yang lama berada di dalam kandungan ibunya, melebihi tempoh matang seperti Imam Muhammad bin Idris As-Shafie. Juga, sejarah menunjukkan bahawa Imam Abu Hanifah ketika masih budak-budak, tetapi sudah mencapai tahap kematangan berhujah ketika menewaskan hujah Ad-Dahri yang tidak percaya kewujudan Tuhan.

Juga jika matang ini diibaratkan ranum pada buah, maka ada juga buah yang dipetik ketika masih muda lalu ia masak dan ‘matang’ dengan sendirinya dalam pelayaran jauh seperti dipantunkan orang…

“Pisang emas dibawa berlayar, masak sebiji di atas peti…”

Ini bermaksud, kadangkala tiada salah dan tiada masalahnya jika kita memetik buah yang belum ranum matang, belum masak. Ini kerana, buah yang belum ranum itu pun boleh ranum dengan sendirinya.

Jadi, tiada salahnya jika dibenarkan anak-anak muda yang kita anggap belum matang itu menganggotai parti. Ini kerana, tidak mustahil mahasiswa yang didakwa tidak matang tadi, akan ‘dimatangkan’ dengan keterlibatan mereka dalam parti seperti contoh buah muda yang dipetik sebelum tempoh ranumnya.

Dengan teknologi perubatan canggih, sudah ada bayi yang lahir tidak cukup bulan, tidak matang dalam kandungan berjaya diselamatkan dan akhirnya tumbuh membesar sebagai biasa.

Yang tidak selamat hari ini ialah bayi-bayi yang lahir cukup bulan (matang), cukup sifat tetapi akhirnya ditemui mati di tepi longkang, di tepi tasik oleh anak-anak muda yang tidak matang. Akan tetapi, AUKU dan pentadbir universiti sendiri bukan berwaspada dengan hal ini pun.

Auku bukanlah mengawal sangat gejala mahasiswa-mahasiswi berpeleseran dan bersekedudukan sebab mereka ini tidak mengganggu politik kepartian dan tidak mengganggu periuk nasi pentadbir universiti.

Bukannya tidak ada kes mahasiswa termengandung, melahirkan anak luar nikah di kolej kediaman dan ketika semua ini berlaku. Tapi, ‘matang’ atau ‘tidak matang’ siswa-siswi yang hidup bersekedudukan ini bukan lagi persoalan, selagi mereka tidak mengancam ketenteraman ahli parti pemerintah dan anganan pentadbir universiti yang menyimpan cita-cita besar untuk jadi menteri kemudian hari.

Siswa kita; buah ranum yang tidak dijual di pasaran?

Sebenarnya, ada banyak buah fikiran siswa yang terjelma dalam tesis Master, PhD bahasa Melayu yang sudah ranum masak di universiti yang boleh dijual di pasaran terbuka juga di peringkat antarabangsa.

Rasa rendah diri parti pemerintah yang menyangka bahasa Melayu ini berada di tahap rendah dan juga dasar PPSMI telah membawa kita kembali terkebelakang. Juga, ada mahasiswa yang barangkali sudah ada pemikiran bernas untuk dibentangkan di peringkat antarabangsa.

Tetapi, kalaulah pensyarah pun disulitkan untuk membentang hasil kajiannya di peringkat antarabangsa maka betapalah pula mahasiswa itu sendiri? Lebih lagi mereka sukar mendapat tempat, lalu mahasiswa ini pula diserang keraguan apakah buah fikiran mereka ini wajar diketengahkan kepada pasaran luar.

Kalaulah pihak universiti memberi sedikit kelonggaran dan kebebasan dengan membiarkan mereka ini membuat sedikit ‘kesilapan’ dalam mengutarakan hujah, siswa akan mudah betulkan kesilapan mereka, kerana mereka ini bukan ahli-ahli politik yang berkepentingan. Mahasiswa ini lebih jujur.

Dalam hal ini, pentadbiran universiti lebih tidak jujur kerana mereka ada kepentingan. Ada yang mahu bertindak keras ke atas mahasiswa kerana memikirkan dengan cara itu, mereka boleh menjadi pegawai di kementerian pengajian tinggi. Pada zaman saya, ada TNC yang sampai bercita-cita menjadi menteri.

Antara UKM4 dan ‘Bini Puaka’

Hari ini, ada dua peristiwa besar membabitkan mahasiswa, iaitu UKM4 di UKM dan ‘Bini Puaka’ yang melibatkan mahasiswa UM.

Barangkali, kes UKM4 yang paling memalukan universiti kerana melibatkan hukuman ketika siswa ini cuba-cuba masuk belajar ke dalam dunia kepartian; sesuatu yang dianggap biasa, normal di luar negara.

Sehingga kini kita tertanya-tanya adakah tindakan ke atas UKM4 itu diisyaratkan oleh menteri atau pun hanya tindakan segera yang diputuskan oleh bahagian universiti sahaja?

Demikian juga dengan isu ‘Bini Puaka’ ini. Siapa yang mengarahkan supaya mahasiswa ini dibicarakan di mahkamah? Adakah hukuman ini atas inisiatif universiti atau pun kerajaan atau ‘bini PM’ sendiri?

Ya, pada masa depan, akan lebih banyak persoalan berbanding jawapan-jawapan. Mendengar jawapan kalangan pemimpin pelajar yang melihat dirinya belum matang, dan oleh kerana itu, perlu dibuat suatu peraturan agar dirinya sendiri dan rakan-rakan siswa tidak dibenarkan menceburi parti tentu ia menjadi kenang-kenangan lucu dan bahan ketawa mahasiswa pada masa depan.

Betapa tidak! Jika pemimpin siswa itu mengaku dirinya tidak matang atau belum matang, maka biarlah dia sahaja yang tidak masuk ke dunia kepartian kerana dia sedar diri bahawa dia belum matang.

Kenapa harus ada pelajar matang yang tidak dibenarkan berparti, hanya kerana ada segelintir pimpinan pelajar yang mendakwa dirinya sendiri belum matang?

Kita tidak boleh menafikan bahawa ada pemimpin pelajar yang tidak matang dan belum matang kerana mereka sendiri jujur mengakui bahawa ‘mereka sendiri’ (iaitu pemimpin pelajar) tidak matang. Ini suatu pengakuan jujur yang perlu kita raikan. Bukan senang mendengar pengakuan pemimpin pelajar bahawa mereka sendiri tidak matang.

(Soal bagaimana mereka boleh menjadi pemimpin pelajar dalam keadaan mereka tidak matang, hal itu boleh kita debatkan kemudian jika ada permintaan untuk mendebatkannya.)

Keadaan mahasiswa hari ini lebih kurang begini – contohnya ada 10,000 mahasiswa daripada 10 buah kampus. Di dalam 10 buah kampus, ada 10 pemimpin pelajar yang mengaku dirinya tidak matang.

Maka, bagaimana mungkin pemimpin pelajar itu mendakwa bahawa keseluruhan 10,000 mahasiswa itu tidak matang hanya kerana bersandarkan, bernisbahkan dan merujuk hal ketidakmatangan 10 pemimpin pelajar itu sendiri? Kurang lebih… inilah gambaran yang berlaku hari ini.

Berukkan diri sendiri, jangan diberukkan manusia lain

Hal ini, bolehlah diibaratkan sebagai pendirian Charles Darwin yang berpendirian semua manusia hari ini berasal daripada beruk. Memang ada ramai pihak yang menentang. Malah, ada juga yang bersetuju.

Tapi kalau Charles Darwin sendiri mahu menganggap keturunannya berasal daripada beruk, ya silakan, tiada siapa yang akan marah. Tapi, dalam kajiannya, Darwin merumuskan bahawa keturunannya datang daripada beruk, lalu dia bertindak ‘memberukkan’ manusia lainnya, itu memburukkan keadaan.

Demikianlah pesan ringkas buat para pemimpin mahasiswa tadi. Kalau berasa diri sendiri tidak matang, kita terima kejujuran anda mengakui diri sendiri tidak matang dan kita terima, bahawa di atas keinsafan anda tidak matang, lalu anda ambil keputusan untuk tidak menyertai parti.

Ini satu hukum dan keputusan yang anda tegakkan ke atas diri sendiri dan tidak melibatkan mahasiswa lain yang sudah ranum fikiran dan matang tindakan. Tiada yang marah-marah jika anda berfikir begini.

Tapi, janganlah menjadi seperti Darwin; anggap dirinya keturunan beruk lalu diberukkan yang lain. Ini, demi sesungguhnya memburukkan keadaan dan ia adalah suatu jenayah ilmu yang jelas ketara.

Sungguh kurang asam. Melihat diri dan jalur keturunannya adalah beruk hal itu diharuskan. Tapi ketika jangkauan kajiannya ‘memberukkan’ manusia lain secara keseluruhan, itu patut ‘diharamjadahkan’ dan… ya… pelajaran yang ‘matang’ inilah yang telah menjadi bahan kuliah di universiti-universiti Barat.

Jadi, jika pemimpin siswa tadi sedar diri bahawa dia tidak matang, maka tindakan tidak masuk parti itu cuma khas buat dirinya sahaja dan tidak menjadi hal rujukan umum bagi pelajar lain. Malah, pemimpin siswa yang mengumumkan dirinya tidak matang, tidak sepatutnya menjadi pemimpin pelajar pun!

Bagi pemimpin pelajar yang tidak matang ini jangankan menceburi parti politik. Untuk memimpin satu gerakan mulia seperti gerakan mahasiswa ini pun mereka belum layak.

Hari ini, bagi yang sedar, kita patut berasa sedih dengan kejahilan pemimpin yang akhirnya membarah kepada kejahilan orang-orang yang dipimpinnya.

Kepada mereka yang tidak puas hati dengan kenyataan ini apabila kita sebut pentadbir universiti sudah melampau, maka perhatikan kes-kes yang pernah berlaku di bawah ini.

Ketika pilihan raya kampus berlangsung, sebelum ini, maka UPM membatalkan kedudukan mahasiswa yang ingin bertanding kerana mereka berkempen melalui Facebook (walhal FB ini sudah jadi fenomena dunia sehingga pemimpin dunia termasuk Najib Razak berkempen di Facebook mengenai 1Malaysia.)

Tapi, di USM terbalik pula. Naib Canselor berkata tempoh berkempen pilihan raya tidak perlu panjang, apatah lagi sekarang ini sudah muncul blog dan Facebook! Di sini pun, kita boleh lihat siapa yang tidak matang sebenarnya. Kita mesti malu kerana menyimpan pembuat dasar pilihan raya kampus seperti ini.

Rumusan awal-pemikiran Hal Ehwal Pelajar (HEP) termasuk menteri-menteri itulah yang tidak matang apabila mereka menyifatkan pandangan mahasiswa secara keseluruhannya itu tidak matang.

Rumusan keduanya–pemimpin mahasiswa yang sedar dirinya tidak matang, tidak boleh mengandaikan bahawa semua mahasiswa tidak matang seperti dirinya. Malah, mereka tidak layak menjadi pemimpin pelajar kerana sedar diri bahawa mereka sendiri tidak matang berfikir.

Rumusan ketiga-kerajaan tidaklah sepatutnya membuat keputusan dan menghukumkan bahawa ‘haram’ pelajar berparti hanya berpandukan ketidakmatangan pemimpin pelajar Aspirasi asuhan mereka sendiri. Kita perlu insaf sedar bahawa, ada siswa matang, tetapi enggan berparti kerana itu bukan minat mereka.

Begitulah ceritanya. Daripada ‘gerakan kemahasiswaan’ Hang Nadim sehinggalah kini, gerakan pelajar berterusan dimata-matai, diintai intip, dicemburui dan diserang dengan rencam gaya daya upaya, disula aneka tohmah dan ramuan fitnah. Hanya pemimpin siswa sejati, dapat menongkah arus kesesatan ini.




Klik Untuk lihat paparan iklan
   * Sila e-mel kepada [email protected]. Dapatkan maklumat lanjut di SINI

  1. Promosi Anda Bayar RM100 Prudential BSN Takaful bagi anda lebih Setengah Juta Cover

  2. Panduan Mudah BELAJAR BAHASA ARAB oleh Pensyarah UiTM

  3. Penyelesaian HUTANG KAD KREDIT. Kurangkan Beban Pembayaran. Improve Cashflow. Jimat Interest. Baiki rekod bank

  4. QURAN DIGITAL AKEDEMI AL-QURAN TV9 KINI BOLEH DIMILIKI DISINI..Baca Al-Quran kini dimana-mana sahaja

  5. >>Rasai NIKMAT Kepuasan Sebenar Dengan Kuat,Panjang,Tegang dan Tahan Lama!! Pasti Berbaloi<<

  6. REBUT SAHAM AKHIRAT...Cara Termudah untuk fahami "BIG PICTURE" Al-Quran dan Hafaz Surah idaman sekaligus!!!!

  7. PAKEJ WEBSITE SERENDAH RM150...!!!peluang bina INCOME TERHEBAT...!!!apa RAHSIANYA..??hentikan BERFIKIR...klik je..!!!

  8. MENJUAL PELBAGAI PRODUK SPY GADJET..SPY PEN, SPY SUNGLASSES, SPY ZIPPO DAN MACAM-MACAM LAGI

  9. Max Power Controller Penjimat Minyak Terhebat Untuk Kenderaan Anda. Berkesan Dalam Masa 3 Saat Sahaja Baru!

  10. "Kursus IT, Networking, Server, Data Recovery & Virus di MYI solution. Maklumat lanjut sila lawati myi-solution.com" Baru!


 
Artikel Hari Ini

Ceramah PGU - Cikgu Normala Sudirman

Peperiksaan Utama: Jangan Serahkan Kepada Sekolah

Sebangang - bangang Mahkluk yang lebih Bangang daripada Baboon

Matangkah Universiti Jika Anggap Mahasiswa Tidak Matang?

Pakatan Rakyat,Goodbye Putrajaya.?

Najib sekalipun calon, PAS tetap lawan-Presiden PAS

Siapa pun calon Umno, PAS tetap lawan- Nik Aziz

Rahimi Jadi 'C4' Untuk Ranapkan Anwar Selepas Saiful Gagal

Wanita Pertama Negara Maju Tidak Mahu Terbabit Dengan Program Rosmah

PADAN MUKA: Hari ni baru lah mangkuk ni nampak langit tu Tinggi

[ Artikel seterusnya.. ]
Login
Nickname

Password

Security Code: Security Code
Type Security Code

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Related Links
· More about Komentar
· News by BudakJalanan


Most read story about Komentar:

Pembunuhan Ngeri Ibu Saudara Rosmah Ė Video Rosmah: Dua Episod Yang Mencurigakan

Inikah Timbalan Menteri yang dikaitkan Salahlaku Seks dan Membekalkan Pelacur?

Misteri "Datuk Z" dapat "Datuk Seri" Terjawab ?

Nak tengok apa ada dalam rumah Perdana Menteri ?

Saiful serahkan bontot kerana sepatah perkataan??
Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Cetak Artikel

 Send to a Friend E-Mel kpd Kawan

Associated Topics

Komentar

"Matangkah Universiti Jika Anggap Mahasiswa Tidak Matang?" | Login/Create an Account | 0 comments
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register
REFORMASI
Tranung Kite
Laman [email protected]
Detikdaily
Buletin Online
klpost.com
Jiwo Kelete
Bukit Besi OnLine
Pemuda Wilayah
Jasin Daily
Pemuda BukitKatil
Kedahlenie..!!
Utara Online
Siasahdaily
Pahang daily
Sabahdaily
PORTAL
Mahasiswa Kini
ar-Romli
I Luv Islam
Terjah
Perak Bersatu
Ukhwah.com
ANALISIS ISU/BERITA
Tarmizi Mohd Jam
Kopitiam Bang Nan
Pink Turtle
Ahli Parlimen PAS
A.M.K.NS.
Perisik Rakyat
Rozmal Malakan
Republik kata
Go Malaysia
Zul Mamak
Bicara Pria Malaysia
Wartamaya
BLOGGER
Roslan SMS Corner
Amin Iskandar @ Black
...penarik beca
A L- H U S S E Y N
Amdang 81
Tun Telanai
Faisal Tehrani
Ibnu Hasyim
Merah Tinta
Ibrahim Baba
Fudzail
Cucu Mat Kilau
Anak Bapa
Cikgu Nuriís Online
Drs Idham Lim
Attakiri
Abu Ayysah
Suhaimi Taib
Redhuan D. Oon
Aktivis Nora
Dr. Hj. Hamirdin
Malaysia Waves
Sofi Wahab
Telahan Politik
Aduka Taruna
Nik Abdul Nik Aziz
Suhaizan Kayat
jahilGoBlog
Edyesdotcom
Orang Klawang
Tok Pepijat
Jamaludin Md Isa
Helang Jagat
Meli Kapak Jangak
Hishamuddin Rais
Che Kamala
Rusli Islam
Ahmad Fadhil
Eddie Putra
Amirulreza
Rosli Salem
Tempe Goreng
Sokong PR
Janggut
Wan Nordin Yaacob
Lanh14
Polis Pencen
Kalam Perantau
LAWAN ARUS
Tun Dr Mahathir
UMNO-Reform
Kadir Jasin
Sang Kelembai
Arah Kita
Rockys Bru
Screenshots
Mahaguru58
Kuda Kepang
Kickdefella
Jawatankuasa Ad-Hoc
Kuda Ranggi
Putera Maya
TAK AKTIF
DarulBayan
Politic Today
Ketua Perusuh
Blues Whereha
Lagenda Buta
Zahid Yusof
Taranama
Boneka, Penyu & SPR
Betul Ka?
Polis Pencen
Seberan
Adnan Ibrahim Al-Binjari
Ekonomi Islam
Jangan Beli
Akan dikeluarkan...
AKHBAR
Harakah Daily
Suara KeAdilan
Malaysiakini.com
Agenda Daily
Malaysia Today
Bernama
Utusan Melaysia
Berita Harian
Harian Metro
Berita RTM
The Star
The Star Melayu
Malaysia Insider
Sinar Harian
Kosmo
Siasah
Wasilah Online
MalayaDaily
Newskini
WEBBLOG POLITIK
Apa Ada Pada Nama
Mai Bincang-bincang
Pemuda Insaf
Al Banjari
Kamarudin Sidek
Desa Kerayong
Peghelih La...
Lord Azaab
Ilham Najmi
nakmarah...marahlah!
Barisan Untuk Rakyat
ASAM lambunau
Hashim Habeed
Ilmuan
Cenangau
Minta 5 Minit
Tawan Pekan
Tak Gedebe
Penawar Rindu
Beras Terpilih
Kuda Trojan
Seri Iskandar
Warta Nasional
Kembara Salik
PakNgah 70
Jendela Hikmah
Pemuda PAS Sura
Hasbullah Pit
syifa arjuna
..harapan tidak buta
In Deep tots
Forum Maya Intelek Muda
Selangor Today
Wartawan Rasmi LR
Hikayat Putera Batu
Alahai-Apa-Ni
Lot 250
Pengembara Jalanan
Anak Bapak
An Nasru
Harapan Baru
Ustaz Muktar
Mejoh
Silembiks
Talkjanz.com
Anak Kecil Main Api
FadhilNor & Rakan
Dr Speaker
Pancak Bicara
Rencana Rakyat
Tukul Besi
Bumi Perak
Anak Reformasi
DPP Gombak
sya~reformis
Mengejar Cahaya
Hanafiah Ahmad
Sidang Online
Gelombang Hijau
Zon Bukit Beruntung
ApSeReNaPeTe
Budu2U
WEBBLOG CP
Bukan Kerana Nama
Mohd Nasir
Tau Takpe
Kerabu Bersuara
Harapan Malaysia
Berfikir Dengan Waras
Barisan Rakyat
Demi Membela Islam
Skuad Batu Caves
Al Brangi
Beras Melaka
al-Futhuhat
al-Kerohi
Markaz Ehsan
WEBBLOG UMUM
Fikir2 Renung2
Jiwa Kita Merdeka
Ikan Pekasam..
Hembusan
Rampai Seri
Kereta Mayat
Syakur Ibrahim
Zulzaidi
Bangkit Dgn Sebuah Cita
SetiapKejadiahBerhikmah
Fi Thorikillah
Harisfadila.com
Unpublished Notes
Kami Perihatin
HalimIslam
Maliki Xp Blog
Sosialis Kanan
Ikatan Ilmu
Runtuh Kebatilan
Peduli Rakyat
Malaysia Tanah Air Ku
bawean termenung
Topeng Sakti
Ibnu Mustafa
Abu Bahsyir Al Muqry
Gaya Peneroka
Ustaz Amin
Cili Merah
Hati Sufi
Blog Rantau
Sekondakhati
Satu Pentafsiran
Pada Hemat Saya..
Hot Power
WEBBLOG B.I.
My Game
Juctice4all Kuantan
Pakatan Rakyat
729 NO ISA
Kata Tak Nak
Angin Perubahan
KakiBlog
Harism Ibrahim
Barking Magpie
FORUM @ e-GROUPS
Forum Gerak Reformasi
Guru Reformasi Online
Forum UMNO-Reform
Halaqah.Net
Shoutus Syabab
E-Minda Kita
IZ Forum Cak
Forum Al-Tawbah
PARTI POLITIK
Parti Islam Se-Malaysia
Pemuda Pas Pusat
Dewan Muslimat Pusat
Dewan Ulamak Pusat
PAS Kelantan
PAS Kedah
PAS Negeri Sembilan
PAS Penang
PAS Melaka
PAS Selangor
PAS Pahang
PAS Johor
PAS N. Sembilan
PAS Perak
PAS Kedah
PAS Sabah
DPP Kelantan
DPP Johor
DPP N9
DPP Sarawak
DPP Pahang
DPP Kedah
DPP Penang
DPP Perak
PAS Bukit Bendera
PAS Johor Bahru
Pas Jelebu
PAS Bangi
Pas Subang
Pas Batu
PAS Bakri
PAS Parit Buntar
DPPK Bagan Datoh
PAS Tanjung Malim
PAS Kuala Nerus
DPP Padang Serai
DPP Pasir Gudang
DPP Wangsa Maju
DPP Kuala Trg
DPP Sik
DPP Demit
DPP Kemaman
DPP Pengkalan Chepa
DPP Rompin
DPP Putrajaya
DPP Lumut
DPP Padang Besar
DPP Jerantut
DPP Muadzam Shah
DPP Besut
DPP Jempol
DPP Maran
DPP Gombak
DPP Pertaling Jaya Sel
DPP Serdang
DPP Kuala Langat
DPP Temerloh
DPP Lembah Pantai
DPP Ladang
Pemuda Seremban
MTD Guchil
MTD Peramu Jaya
MTD Tg Lumpur
MTD Pulau Tawar
MTPD Sura
PAS Mengkebang
PAS DUN Jeram
Dar At-Tarbiyyah
PP Sarawak
CP Bandar Bukit Mahkota
Pemuda PAS Rasa
Pemuda PAS Jln Yadi
PAS Caw. Shah Alam 2
Lajnah Pekerja
KeAdilan Rakyat
Angkatan Muda KeAdilan
Keadilan Johor
AMK P. Pinang
KeAdilan Sri Gading
Keadilan Batu
AMK Batu
AMK Serdang
AMK Permatang Pauh
Keadilan Bayan Baru
DAP
PERTUBUHAN/NGO
P.U.M.
Aliran
Suaram
Fomca
Muslim Consumer
Darul Izzah
Halal Jakim
Amal Malaysia
Jabatan Amal
Jabatan Amal 2
Unit Amal Pahang
PASTI Kelantan
Tunas Islam
Nisa W. Persekutuan
Nisa Negeri Sembilan
Nisa Pekan
Pasti Temerloh
Pasti Az-Zahra
BERSIH
Bersih N9
GERAK
Pemuda Bersamamu
Skuad Waja Terengganu
MAMPAT
GAMIS
Khidmat Meru
PIMPINAN
PIMPINAN PAS
Nasharudin Mat Isa
Husam Musa
Mustafa Ali
Mohamad Sabu
Dr. Mohd Hatta
Haji Mahfuz
Mahfuz Omar II
Khalid samad
Dr. Syed Azman
Ust. Ahmad Awang
Dr. Lo Lo
Dr. Zulkifly Ahmad
Iskandar Abdul Samad
Drs. Khalil Idham Lim
Ustaz Nasir Zakaria
Dr. Halimah Ali
Subky Latif
Herman Samsudeen
Adly Zahari
Azizi Abdullah
Aiman Athirah Al Jundi
Kembara Minda
PIMPINAN PKR
Anwar Ibrahim
Azmin Ali
Tian Chua
Zulkifli Noordin
CheguBard
YB Fuziah Salleh
YB Mohammad Fairus
Speak for Perak
PIMPINAN DAP
Lim Kit Siang
KM - Lim Guang Eng
MP @ ADUN
N17 Gombak Setia
P99 Ampang
N19 Bukit Antarabangsa
Hulu Langat
N18 Bukit Payung
MP Kapar
Adun Titi Serong
Adun Chempaka
YB Dr. Nik Mazian
Adun Bunut Payong
Dr. Lo Lo

Semua YB Pakatan...
WEBSITE/LINK BARU..
Adun Sg Abong
PAS Kawasan Bakri
Pasti Kawasan Bakri
Warta Utara
SMK Lughatul Quran
Penulis Minda Rakyat
Pemuda PAS Pahang
SMI Darul Bayan
PPDC Groups
Pemuda Sang Saka
Madrasah Al Insaniyyah
PAS Miri
KL Today
Solleh AlFatimi
Amal Pahang
Dun Maharani
ANAK (ngo)
MalaysiaDigest
Minda Rakyat
CPIAsia
MerdekaReview
PAS Maran
DPP Kuantan
ANN - Alternatif News
Pemuda Kuala Krau
DPP Petaling Jaya Selatan
Budak Balun
Malaysiakini Ku
Kajian Quran
Demokrasi 93
Syabab Paka
lajnah Penerangan Paka
Kaki Kawa
Setiawangsa KL
Dairy Muslim
SharpShooter
Syabab Kapar
Hartal MSM
Aaaadoii
Dun Chini
JunduMay
Harapan Malaysia
SharpShooter
Terengganukin BlogSpot
Ikut Suka Aku
DPP Batu caves
Abu Nuha Corner
Milik Siapa Kita?
Ambuyat El-Binangkit
Bayu Gunung
Islam Return
PAS Padang Besar
Anak Sungai Derhaka
Meniti Nur12
Ustaz Nik Nasri
Laj. Penerangan Paka
PRK Manek Urai
Abu Nuha Corner
Albelurani
Ambuyat
Bayu Gunung
Abu Asy-Syaffaa\'
PAS Padang Besar
Dari Sungai Derhaka
Meniti Nur12
Al-Kundangi
DPP Kota Raja
N37 Batu Maung
Siakap Hijau
Farid Rashidi
Nedwah Pahang
mycurrentissue
Konsesi Dakwah
Ulamadaily
Muktamar PAS ke-55
Pria Malaya
Ahnafkhat-zuhud
Cakap Rakyat
BKRM
Budak2 Sukan
AUDIO & VIDEO
WebRTV PAS
Terengganu Kini
WTV8 Altenatif
TV PAS
TVceramah
MyKuliah.Com
Grapes Nasyid
Siput Online
Pesan Untuk Umat
Amal Makrof
Hoh..?
Keadilan TV
TKOdaily
Kelab Greenboc
WorldTV
TV Utara
Kuliah Mazhab Akidah
Debat parlimen
Video Politik
Media Rakyat
Kuliah.net
Thinking Of Life
Malayaku
You Ceramah
TV Pakatan Rakyat
Al-Muttaqin TV
BICARA AGAMA
Ust Nasrudin
Zaharuddin.Net
Ustaz Muda
Ilmu & Ulama
Mesra Rakyat
The Rise Of Islam
Al-Bakistani
Al-Ahkam
SaifulIslam.Com
Harun Yahya
Jarum Emas
Tasek Pauh
Shamatun
Surau 2Faber
Sapaan Makrifat
Selak
Anda Tanya Saya Jawab
Isu Semasa Islam
Warisan Nabawi
Sampaikan Satu Ayat
Darul Mujahidin
Dr. Mohd Asri
Kebenaran Dari Allah
Ummah Online
Santapan Minda Pejuang
Ustaz Azhar Idrus
Akidah Alul Haq
Raja Ahmad Mukhlis
LUAR NEGARA
Republika Online
Kompas Cyber Media
Al Jazeera (English)
Al-Sofwah.or.id
Khalifah.com
Kavkazcenter.com
Al Manhaj
Majalah Ummi
Pattani Darulsalam
DUNIA ISLAM
Satu Umat
Al Muslimin
Suara Anak Muda
UMUM/LAIN-LAIN
Zulkiply Harun
Quran Online
Quran Flash
Laman PendidikanMY
Portal Pendidikan
Laman Emjay
Lowyat Net
Health Tips
Aiman Ku
Pondok AnNur
Nusa Mahsuri
Grafik Photoshop
Pondok
Karyawan Perak
Karya Cipta
DuniaICT
Pasir Puteh
Al-ahnaf Khat
Dunia Rossem
JARINGAN
Jaringan A Athoullah
My Jalinan
Sabilillah
Skoodeng
Calon & Blognya
Link Pas Sana-sini
Sopo Sentral
Shidinar Net
Mega link (link-link yang lain)
* Link laman yang dipaparkan adalah yang aktif sahaja.
Laman tidak dikemas kini lebih daripada sebulan akan dikeluarkan secara automatik..
[Untuk yang lain-lain sila klik Mega Link atau Link Pilihan pada atas Homepage ini]

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKD
(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN)

Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan.
(Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)

©1422 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
E-mel : [email protected] atau Webmaster : [email protected]

Lot 3672, Bangunan PAS Kawasan Dungun,
Kg. Pak Sabah, 23000 Dungun, Terengganu.
Tel/Faks : 09-848 5001



All logos and trademarks in this site are property of their respective owner.
The comments are property of their posters, all the rest © 2005 by me.
You can syndicate our news using the file backend.php or ultramode.txt
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi.