Live from Dataran Merdeka
Tarikh : Friday, April 27 @ 23:34:02 MYT
Topik : Berita


Blog amenoworld



Gua secara rasminya pening. Crowd terlampau panjang dan banyak. Nak bernafas pun payah. Dah la panas. Sengsara jap. Maxis plak buat hal. Yang terkini kat sini ialah ;

1. Sehingga jam 12.44pm crowded semakin ramai di masjid jamek. Polis tak membenarkan pendemo berjalan menuju ke dataran merdeka tapi gua tak rasa situasi tue akan berjaya berdasarkan kepada jumlah hadirin. Gua pun dah pening nak kira neh der..

2. Beberapa jalan yang dah ditutup kini dibuka semula.

3. Tadi ada sorang mamat kecoh bawa kereta kancil dia angin press enjin kuat2 macam baguih2 jek last2 kena booo padan arh muka kaw ada aku kesah?

4. Aku ada rakam dan tangkap banyak gambar dan terus upload via fb melalui hp tapi tah hapa jadah maxis hari neh lemau tatau aku apa masalah ek.

5. Hari neh seven eleven dan mcdonald untung juta2. Gua dah jeles dah dengan dorang. Patutlah makin kaya banyak ek jasa bersih terhadap mereka tue. Nanti gua bagi bukti bergambar. Penuh siot. Padat. Sampai sekarang oke.

6. Tadi gua nampak polis dok perhati kiri kanan dan sms, peh tue perati lagi dan mesej.. gua saja2 nak suspect polis tue. Gambar pun dah tangkap. Tapi hari neh polis begitu baik dengan kami. Aku agak kehairanan disitu.

7. FRU memang tak nampak batang hidung langsung. Tahniah gua ucapkan. Ekekeke..

8. Pakcik2 yang jual mafela hari neh memang kaya raya gak. Laku siot mafela2 yang pakcik bertiga tue jual.

9. Gua nak upload gambar pun takley walaupun ada bawa sambungan tapi bateri laptop kan weak, balik kang aku upload lah..

10. Tadi lebih kurang kol 11 masa tengah lepak2 kat lrt masjid jamek, polis dok halau2 orang jangan melepak di tangga.

11. Sekarang neh pendemo2 sedang berjalan,. aku pun nak ikut sekali.. dah last2 neh mesti ada yang menarik di depan sana.. korang tak mai sapa suruh kan dah rugi.

12. Untuk rekod korang, takde sapa2 maki polis ari neh oke. Nada. Obso. Jadi kalau ada sapa2 cakap ada pendemo2 bersih maki polis gua bagi lue lesen hijau untuk maki dia balik sebab jaja fitnah.

13. Ada ada dua orang mangkuk ayun cakap mangkuk.. bila orang dok laung2.. bersih bersih..peh tue dia balas mangkok.. aku nak tangkap gambar dua ekor mangkok tue tapi tah camna aku dihalangi oleh orang ramai. Sekeliling aku penuh alih2 mangkok ayon berdua tue dah hilang. Pakai baju biru aku suspect orang bien. Peh.. aku suspect jek neh taw.. bukan fakta oke.

Sekarang ramai2 ngah laungkan slogan bersih..


Sumber: http://amenoworld.blogspot.com/2012/04/live-from-dataran-merdeka.html#ixzz1tJQnjo3U



Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online v11
http://www.tranungkite.net/v11
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=13882