Dua peserta Bersih 3.0 cedera parah
Tarikh : Saturday, April 28 @ 09:11:29 MYT
Topik : Berita


Oleh MediaPemantangPauh



Dua peserta Bersih 3.0 cedera parah dan dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur petang tadi.

Haji Habizal bin Nadzir dikatakan cedera pada kepalanya akibat terkena tembakan botol gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis.

Beliau kini ditempatkan ke wad kecemasan HKL. Seorang lagi, Su Kwang Hong cedera akibat dilanggar oleh kereta polis ketika bersama-sama orang ramai dalam perhimpunan itu.

Beliau juga dilaporkan parah dan sedang dirawat di wad kecemasan HKL. Menurut sumber, ramai lagi yang cedera semasa perhimpunan kali ini sedang dirawat di HKL.

Mereka ditempatkan di wad bersebelahan dengan wad kecemasan dan tidak dibenarkan orang awam melawatnya.



Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online v11
http://www.tranungkite.net/v11
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=13890