Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib
Tarikh : Tuesday, September 04 @ 22:47:05 MYT
Topik : Pendapat


Oleh PenorehGetah

Poster misteri menyokong Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13), telah diedarkan di Johor di percayai dicipta sebahagian daripada kumpulan pemikir Muhyiddin sendiri menurut maklumat dalam di Johor.

asas mereka cipta poster ini kononnya sebagai satu serangan saraf oleh PAS Johor bagi menawan Johor tetapi adalah "reverse psiko" untuk menjadikan isu bagi memberikan tekanan kepada DS Najib Razak yang akhir ini dilihat sebagai tidak mencapai hasrat dan cita-cita UMNO dan Barisan Nasional untuk menguasai dua pertiga dalam PRU-13 nanti.

Mereka bukan sahaja menunggu reaksi daripada pihak UMNO dan DS Najib tetapi menunggu reaksi daripada pihak Pakatan Rakyat sekurang-kurang perkara ini menjadi perbahasan di media. Sasaran awal adalah untuk media internet.

Bagaimanapun, Umno Johor menafikan bahawa poster itu dicetak oleh parti tersebut dan telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

NONEImej pada poster itu, bersama dengan potret Muhyiddin dan bendera Malaysia, telah disebarkan secara meluas di Internet.

Poster itu berbunyi'Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM sebelum PRU 13'di bahagian bawah dan 'Selamatkan Barisan Nasional' di atas.

Ia juga memaparkan logo BN dan Umno, serta tulisan 'Terbitan Barisan Nasional Negeri Johor'.

Mereka menggunakan sarapang dua mata. Dengan wujudnya poster ini, rakyat Johor akan marahkan PAS atau Pakatan Rakyat kerana buat kerja jahat cuba mecah belahkan UMNO dan dalam masa yang sama mereka juga menekan kepimpinan DS Najib Razak.

Tindakan UMNO Johor membawa kepada pihak POolis sebenarnya sudah menunjukkan perancangan Pemikir Team Muhyiddin telah berjaya menengahkan isu ini untuk perbincangan umum sekurang-kurangnya memberikan 'pressure' kepada DS Najib.

............
http://penorehgetah.blogspot.com



Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online v11
http://www.tranungkite.net/v11
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=16268