Posted: Wed Jan 23, 2013 1:13 pm Post subject: Budaya Makan Gaji punca Melayu Penakut??
'Ahli akademik hanya mahu Datuk, naik pangkat'
Lee Long Hui
11:49AM Jan 23 2013
Kakitangan fakulti di universiti tempatan didakwa 'terlalu takut untuk memperjuangkan kebebasan akademik kerana ia boleh menjejaskan peluang mereka untuk naik pangkat atau menerima anugerah seperti datuk'.
Dakwaan tersebut dibuat di forum mengenai 'Kebebasan
Akademik dan Hak' malam tadi oleh bekas profesor undang-undang Abdul Aziz Bari dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Maszlee Malik.
"Mereka pergi ke Amsterdam atau Geneva untuk dianugerahkan pingat emas, menginap di hotel lima bintang ... selepas itu, mereka pergi ke Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapatkan lanjutan (kontrak mereka) untuk menjadi naib canselor atau timbalan naib canselor. Ini yang berlaku sekarang," dakwa Abdul Aziz.
Pakar undang-undang perlembagaan itu berkata tidak ada gunanya menyalahkan kerajaan atau Umno bagi keadaan tersebut kerana ahli akademik sendiri yang didakwanya malas.
Katanya, mereka tidak mempunyai idea baru, tidak menjalankan penyelidikan, tidak mengarang apa-apa - semua kerana takut.
Beliau mendakwa mereka masuk ke universiti (atau menjadi
profesor, timbalan dekan, dekan, naib canselor atau rektor) dengan 'menarik kabel' - dan menjadi takut.
"... mereka tidak menggalakkan kebebasan akademik, tugas mereka adalah untuk memastikan universiti dikekalkan sebagai sebahagian daripada birokrasi kerajaan," tambahnya.
Pada masa yang sama, dakwanya, ahli akademik yang bercakap untuk masyarakat luar kampus dianggap sebagai orang yang tidak diingini di universiti, sepertimana yang berlaku pada dirinya.
"Kami tidak mendapat geran penyelidikan, kami tidak mempunyai ruang untuk bercakap, kami dianggap sebagai subversif, dan akhirnya ditekan untuk meninggalkan universiti," tambahnya.,
Aziz Bari berhenti daripada UIAM pada akhir tahun 2011 selepas membuat kritikan secara terbuka terhadap Sultan Selangor.
Menyuarakan pandangan yang sama, Maszlee (kanan) berkata
budaya naungan dan takut di universiti sekarang, begitu menjejaskan ahli akademik dan pelajar.
Beliau mendakwa, ahli akademik bergantung kepada tuan politik mereka untuk dicalonkan bagi anugerah 'Datuk' atau 'Datuk Seri', atau kenaikan pangkat, dan mereka takut menerima surat amaran.
"Mereka telah hilang keberanian mereka, identiti dan keupayaan untuk berfikir. Mengapa? (Ini kerana) hati mereka diselubungi ketakutan.
"(Pelajar) takut (Pinjaman Pengajian Tinggi Nasioanal) akan ditarik balik. Mereka takut dapat markah rendah, takut dibuang universiti, takut segala-galanya," tambahnya. _________________
........
Hudud Adalah Rekaan Ahli Fekah Semata-mata - Mahathir
Negara akan huru-hara sekiranya Undang2 Islam dilaksanakan - Najib
“8 dpd 11 negara yg melaksanakan hudud dianggap sbg negara paling korup, tdk st
org barat sanggup hadapi mati atau hilang segalanya semata2 untuk menjelajah sesuatu yang tak pasti demi perkembangan tamadun mereka...kita??? _________________
........
Hudud Adalah Rekaan Ahli Fekah Semata-mata - Mahathir
Negara akan huru-hara sekiranya Undang2 Islam dilaksanakan - Najib
“8 dpd 11 negara yg melaksanakan hudud dianggap sbg negara paling korup, tdk st
melayu sebenarnya bukan penakut, tetapi kezaliman yang dilakukan ke atas orang melayu biasanya tiada pembelaan dari orang melayu sendiri. sejarah telah membuktikan bahawa orang melayu memang berani, peristiwa memali, al maunah, dan ramai lagi melayu yang mati dalam lokap polis tapi apakah pembelaannya berbanding bangsa lain, orang cina bangun bila ianya melibatkan bangsanya contohnya Teoh Beng Hock, gambar tahanan lokap disuruh berbogel samapai PM minta maaf last sekali perempuan melayu yang disuruh bogel tiada pembelaan yang bersungguh-sungguh.
Makan Gaji menyebabkan melayu jadi pengecut dan mudah di takutkan dengan sampah sarap seperti Umnok.
Jika hang keje gomen, mampuih di ugut Lanun Umnok ni, jika tak menyebelahi Lanun maka gantung tugas, di turunkan pangkat ler jawabnya.
Jika kereja swasta pun, sama gak, Umnok menyelinap melalui kuasa Kerajaan mengugut majikan swasta seperti yang berlaku pada kakitangan Bank Kapal Selam tu.
tapi walau bagaimana pun, aku puji yang kerja niaga jual stokin,beg duit,tali pinggang, mereka angkut barang-barang dari meja ke meja kedai makan, janji niaga, bila mereka rasa dah cukup hasil yg di target untuk hari tu, maka mereka berhenti, esok jual lagi.
Jangan angkut dvd dah ler, kang kantoi tak pepasal jer.
sebenarnya niaga bukan susah pun, niaga je ler, kerepek ke, kacang ke, barang pakaian ke, cuma yang penting usaha je ler, kalau malas susah ler, dua penyakit tiada ubatnya adalah Penyakit Malas dan Panjang Angan-Angan (Panjang angan- angan ni, usahanya takde, tapi harapannya menggunung jadi jutawan..yg ni memang takde ubatnya.)
Jangan berhenti kerja dan jadi pemain nombor ekoq atau penjudi profesional udah ler.
Bijak pintar dalam sistem mengira dan komputer, tapi yang di hasilkan adalah program,kursus,sistem komputer mengenai pengiraan nombor ekoq...hancur...hancur.
Aku tak salahkan mereka ni, mungkin kesempitan hidup, tiada peluang atau peluang di tutup majikan untuk naik pangkat dan naik gaji.
Tapi aku salahkan Umnok dan Kerajaan yang memerintah 55 tahun, ini yang di namakan kroni kaya raya, rakyat jelata pula merempit sana sini, hingga ke tahap bermain nombor melara sana sini.
Joined: Dec 11, 2006 Posts: 846 Location: Never underestimate the power of idiots in large groups
Posted: Wed Jan 23, 2013 2:36 pm Post subject:
Memang payah nak memerdekakan diri bila makan gaji terutamanya dalam keadaan sekarang bilamana tekanan penguasa yang terlalu mencengkam. Ada sesetengah tu pulak, masih lagi mengamalkan budaya "tuan dan hamba".
All times are GMT + 8 Hours Goto page 1, 2, 3 ... 11, 12, 13Next
Page 1 of 13
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
Mega link (link-link yang lain)
* Link laman yang dipaparkan adalah yang aktif sahaja. Laman tidak dikemas kini lebih daripada sebulan akan dikeluarkan secara automatik..
[Untuk yang lain-lain sila klik Mega Link atau Link Pilihan pada atas Homepage ini]
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER @ IBT (IKATAN BLOGGER TERENGGANU - IBT) Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan. (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)