KUPASAN PENYELEWENGAN ILMU HAKIKAT ( RENUNGKANLAH )
Di Malaysia, ajaran sesat yang paling awal dikesan dan dipercayai yang tertua ialah ajaran Taslim. Ajaran ini mula dikesau di Pulau Pinang pada 1870-an, seterusnya terus merebak ke negeri-negeri lain di seluruh Semenanjung. Pada 1950-an, lahir satu lagi ajaran di Kelantan yang dikenali dengan ajaran Subud. Walau bagaimanapun, ajaran ini tidak begitu mendapat tempat di kalangan masyarakat Islam dan akhirnya ia lenyap begitu sahaja.
Ajaran Ilmu Hakikat
Penyelewengan akidah atau ajaran sesat berlaku dengan lebih hebat dengan kemunculan satu ajaran yang dikenali dengan ajaran Ilmu Hakikat yang muncul sekitar 1980-an. Ajaran ini dipelopori oleh Haji Ahmad Laksamana bin Haji Omar yang terkenal melalui tulisannya dalam buku Hakikat Insan. Sebahagian besar isi kandungan buku berkenaan mempunyai persamaan dengan Hidayatul Anwar oleh Syed Jamalullail, pengasas ajaran Taslim.
Pengaruh ajaran ini tersebar luas dan mendapat sambutan daripada kalangan sebilangan kecil masyarakat di beberapa buah negeri seperti Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Iain-lain negeri di Malaysia Barat. Selepas pengharaman dilakukan oleh kerajaan terhadap buku Adam Perkataan ditafsirkan oleh Ahmad Laksamana dengansebagai Allah, dalam dan Muhammad, yang bererti Allah dalam Muhammad. Muhammad' yang dimaksudkan di sini bukannya Nabi Muhammad s.a.w. (yang lahir di Makkah dan wafat di Madinah) tetapi adalah berkaitan dengan teori Nur Muhammad sebagai manusia pertama yang terdapat dalam ajaran wahdat al-wujud. Ini dapat dilihat daripada penjelasan Ahmad Laksamana:
"Nama Allah itu baru, sebelum itu belum ada Tuhan bernama Allah. Zat tersebut mentajalli (menampakkan) dirinya serta di-tajallinya Nur Allah, kemudian ditajalli pula Nur Muhammad (insan kamil), pada peringkat ini hanya dikenali engkau aku - aku engkau
Ajaran bahawa "zahir manusia itu Muhammad dan batin ma-nusia itu Allah" berasal daripada ajaran wahdat al-wujud yang di-petik daripada ajaran Kristian. Ajaran Kristian mengatakan diri Jesus adalah himpunan dua nature iaitu Lahut dan Nasut atau tuhan dan manusia. Manakala pentafsiran berdasarkan huruf dan kalimah seperti perkataan dan sebagaimana dijelaskan adalah ajar-
an batiniyah yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam.
Pengertian Dua Kalimah Syahadah
Dalam buku Hakikat Insan, Ahmad Laksamana mengatakan bahawa pentafsiran yang dibuat oleh ulama bagi lafaz syahadah adalah salah dan tidak tepat. Terjemahan yang diterima pakai iaitu: "Aku naik saksi bahawa tiada tuhan (yang sebenar disembah) melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah" adalah terjemahan orang syariat.
Terjemahan yang tepat menurut pandangan ajarannya yang digelar "ilmu hakikat dan makrifat" adalah seperti berikut:
a. ertinya "kita bersaksi dengan diri kita sendiri tiada yang nyata pada diri kita hanya Allah semata." Ini bererti kita menafikan tubuh kita dan kita ithbatkan kewujudan Allah semata-mata. Jadi terjemahan tiada tuhan melainkan Allah adalah tidak tepat.
Selain itu, lafaz syahadah telah dipecah dan diregukan kalimah-kalimah tersebut dengan istilah dan bentuk yang bermacam ragam. Sebagai contoh yang mengandungi 24 huruf adalah sempena 24 jam seh'ari semalam.
Hakikat Sembahyang dan Zikir
Sembahyang diertikan dengan berdiri menyaksikan diri sendiri, bahawa tiada yang nyata pada kita, tetapi yang nyata hanya Allah (diri batin dan Muhammad diri zahir iaitu yang membina dan menanggung rahsia Allah). Hakikat sembahyang terkandung dalam setiap huruf pada kalimah huruf alif: niat, huruf lam: berdiri, huruf ha: rukuk, huruf mim sujud dan huruf dal: duduk antara dua sujud (Hakikat Insan, hal. 143).
Ahmad Laksamana juga mengatakan bahawa sembahyang yang dilakukan oleh umat Islam semuanya salah. Baginya sembahyang yang betul adalah dengan cara yang didapati daripada mimpi, diajar oleh Rasulullah, disaksikan oleh Nabi Yusuf, Wali Qutb Jadid, Syeikh Abdul Kadir al-Jilani dan Imam Syafie. Beliau me-nyatakan:
"Mereka datang kepada aku, sembahyang yang disahkan oleh Nabi Khidir dan direstui oleh guru Hakikat lagi mursyid."
Cara sembahyang yang tepat sebagaimana yang diperolehi melalui mimpi adalah seperti berikut:
a. Tiada bacaan surah pendek selepas bacaan al-Fatihah.
b. Tidak perlu membaca al-Fatihah dengan kuat dalam apa-apa
sembahyang sekalipun.
c. Tidak ada i'tidal selepas rukuk.
Selain penyelewengan yang dilakukan dalam bentuk perbuatan atau pengucapan (fi'li dan qawli), Ahmad Laksamana turut membandingkan kelazatan sembahyang adalah sama dengan persetubuhan. Ini suatu perbandingan yang amat keji dan penghinaan yang besar terhadap Islam. Ini kerana nikmat pengabdian diri kepada Allah adalah perkara ruhiyyah dan bukan perkara syahwat ba-dan atau nikmat jasad.
Zikir yang dilakukan dalam ajaran ini menepati dengan meditasi dalam mistikisme. Antara zikir yang paling kemuncak ialah "ah, ah, ah" yang diambil daripada huruf pertama dan terakhir daripada lafaz al-jalalah (Allah) dan ditafsirkan huruf alif itu adalah kemaluan lelaki dan ha adalah alat kelamin perempuan. Zikir "ah" adalah zikir makrifat Allah kerana diambil daripada lafaz Allah yang tajalli daripada ahadiyyah, wahdah, wahidiyyah, alam arwah, alam mithal, alam ajsam dan alam insan. Alam insan adalah benih lelaki dan alam ajsam adalah benih perempuan dan kedua-duanya datang daripada Allah. Oleh itu, diambil dan simbol alat kelamin lelaki dan perempuan . Sebutan "ah" dua kali dikatakan dua rakaat Subuh. Allah empat huruf adalah empat rakaat Zuhur, Adam tiga huruf adalah tiga rakaat Maghrib . Empat rakaat adalah empat rakaat Isyak.
Kesimpulannya buku tersebut dengan jelas cuba menyebarkan ajaran Batiniyah yang dicampur dengan wujudiyah (wahdat al-wujud) termasuk ajaran Martabat Tujuh yang bercanggah dengan Ahli Sunnah wal Jama'ah. Dalam buku tersebut, Ahmad Laksamana banyak menggunakan hadith palsu yang didakwa sebagai hadith Qudsi seperti:
Cara untuk Menjadi Wali
Dalam buku tersebut, penulis membahagikan tiga jenis ilmu, iaitu:
a. Ilmu biasa yang boleh dipelajari oleh semua orang.
b. Ilmu yang hanya boleh dipelajari oleh orang tertentu dengan bergurukan kepada para wali, nabi dan rasul.
c. Ilmu yang diajar oleh Tuhan sendiri apabila kita sudah sampai ke martabat wali.
Cara menjadi wali adalah dengan mengenal diri dan men-jalankan latihan dan amalan di bawah bimbingan guru mursyid yang mesti dipatuhi dengan sepenuhnya. Hasil daripada itu, dia akan beroleh mimpi, nur, tajalli daripada Tuhan, mata hati (basir) akan dapat melihat tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Seterusnya akan memperoleh fana' dengan Allah dan mulut akan terlatah dengan kata-kata "ana al-haq". Murid akan diiktiraf sebagai wali kerana telah dilawati oleh para tetamu yang terdiri daripada para wali, nabi-nabi dan rasul secara sedar dan bukan mimpi (Ha-kikat Insan, hal. 59)
5. Unsur Seks dalam Ilmu Hakikat
Seks ialah unsur yang penting dalam Ilmu Hakikat. Anggota seks telah dikaitkan dengan perkataan atau ayat al-Qur'an dan dengan pentafsiran yang berbagai-bagai. Dalam buku Hakikat Insan ditunjukkan dengan jelas rajah-rajah bagi menerangkan tentang bagaimana kaitan antara ayat al-Qur'an dengan anggota seks ma-nusia. Sebagai contoh lafaz , huraiannya seperti berikut:
a. Alif : rahsia Allah
b. Titik ba : mani
c. Pangkal huruf sin : kepala zakar
d. Batang huruf sin : batang zakar
e. Lingkaran luar huruf ha : bibir faraj
f. Lingkaran dalam huruf ha : lubang faraj
g. Huruf lam : batu zakar
Pentafsiran sebegini adalah sebagai satu cara bagi mereka me-ngaitkannya dengan konsep "nikah batin", iaitu sebagai satu alasan yang mudah bagi menghalalkan pertemuan antara lambang zakar dan lambang faraj. Perkara yang sama juga wujud dalam konsep "nikah batin" dalam ajaran Taslim.
6. Pembahagian Ilmu
Ahmad Laksamana membahagikan ilmu kepada tiga bahagian:
a. Ilmu Qalam.
b. Ilmu al-Ghaib.
c. Ilmu Syahadat.
a. Ilmu Qalam
Bagi membuktikan adanya ilmu Qalam, Ahmad Laksamana menggunakan ayat dengan menterjemahkannya "yang mengajar kamu ilmu Qalam".
Menurut Tafsir Pimpinan al-Rahman, terjemahan bagi ayat yang berkenaan ialah:
"Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan."
Dalam Islam tidak terdapat bidang ilmu yang dikenali sebagai Ilmu Qalam. Tentang Ilmu Qalam, Ahmad Laksamana mengatakan bahawa pancaindera manusia ada tujuh. Dakwaan tersebut adalah suatu pembohongan.
7. Kejadian Manusia dan Makrifat dengan Allah
Ahmad Laksamana mendakwa bahawa manusia bermula daripada alam ghaibal ghaib dan kemudiannya dipindahkan dari suatu alam ke suatu alam yang lain sehingga manusia wujud di alam ini. Be-liau juga mendakwa bahawa diri batin manusia adalah diri rahsia Allah yang ditajalli oleh zat al-haq rahsianya untuk ditanggung oleh manusia.
Apabila manusia menanggung rahsia, maka menjadi tugasnya memakrifatkan dirinya dengan Allah. Beliau seterusnya mendakwa bahawa tidak sempurna hidup manusia jika dia tidak memakrifat-kan dirinya dengan Allah seperti firman Allah:
Maksud: "Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk berbakti (mengenal diri)."
(Surah al-Zariyat ?:56)
Sabda Rasulullah s.a.w.: "Awal agama (cara hidup) adalah mengenal Allah." Dengan demikian dapat disimpulkan bahawa tugas manusia sebenarnya adalah menerima diri rahsia Allah dan ber-tanggungjawab pula untuk memulangkan diri rahsia Allah kepada empunya diri. Firman Allah:
Maksud: "Sesungguhnya Allah (diri empunya diri) memerintah supaya memulangkan amanahnya kepada yang (diri empunya diri)."
(Surah al-Nisa' 4:58 )
Beliau berpendapat, untuk memakrifatkan diri dengan Allah, telah diberi jalan untuk mengenal Allah dan untuk mengenal Allah, manusia mestilah mengenal dirinya. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
"Sesungguhnya dengan mengenal dirinya maka seseorang itu akan mengenal Tuhannya."
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa dapat mengenal Tuhannya maka nescaya binasa dirinya. "
Kesimpulannya Ahmad Laksamana mentafsirkan ()ayat 56 Surah al-Zariyat adalah tidak tepat kerana maksudnya yang se-benar ialah beribadat bukannya mengenal diri. Begitu juga hadith yang dibawa olehnya adalah hadith maudhu'. Ayat 58 Surah al-Nisa' ditafsirkan menurut kehendaknya.
8. Menambah Huruf dalam al-Qur'an
Dalam buku Hakikat Insan, pengarang mengatakan bahawa ada mengandungi 20 huruf termasuk satu huruf' ghaib. Alif ini adalah hakikat diri Allah yang ditajalli dari alam. Huruf "")pada(adalah hakikat diri mani yang mengandungi rahsia Allah danadalah hakikat sperma (ulat mani) pada mani yang menanggung diri rahsia Allah. Maka bacaannya adalah yang bermaksud:
"Adakah dengan nama Allah yang pemurah lagi mengasihani."
Ahmad Laksamana telah tersalah membilang huruf perkataan. Beliau mengatakan 20 huruf termasuk, sedangkan sebenarhya 22 perkataan. Beliau terlupa mengira tasydid (sabdu) yang merupakan penambahan satu lagi huruf. Penambahan hamzah sebelum pada adalah merosakkan al-Qur'an sedangkan' Allah berfirman: '
Maksud: "Sesungguhnya Kami menurunkan al-Qur'an dan Kami juga menjaganya."
Pengharaman Ajaran
1. Mesyuarat Jemaah Ulama, Majlis Agama Islam Kelantan mengharamkan ajaran ini dan Warta Kerajaan Kelantan pada 3 Julai 1996 no. 255 dan 256 memutuskan:
"Setelah mengkaji isi buku "Tajalli" dan "Hakikat Insan" ka-rangan Haji Ahmad Laksamana, pita rakaman ceramah atau pengajaran serta Iain-lain upacara keagamaan yang mem-punyai hubungan rapat dengannya, maka didapati jelas bertentangan dengan dasar akidah dan hukum-hukum Islam kerana mengandungi kata-kata syirik, sesat dan khurafat. Kata-kata karut dan mereka-reka perkara yang bukan dari ajaran sebenar agama Islam, dengan demikian femaah Ulama bersetuju memfatwakan bahawa Haji Ahmad Laksamana bin Omar mengamal dan menyebar ajaran sesat.
2. Pada 1985, Mahkamah Kadi Besar Kelantan, Kota Bharu mensabitkan tiga kes iaitu di bawah seksyen 68 (1), 69 dan 74 Undang-Undang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1996 dan menghukum:
Mengajar atau memberi penerangan agama tanpa ke-
benaran tauliah dari Majlis - dihukum denda RM 250.00
atau sebulan penjara.
Mengajar atau memberi penerangan yang berlawanan
dengan hukum syarak - denda RM 250.00 atau tiga bu-
lan penjara.
Mengeji atau mencaci agama Islam - dihukum denda
RM 1,000.00 atau 6 bulan penjara.
3. Buku Hakikat Insan oleh Haji Ahmad Laksamana bin Omar,Kota Bharu, Kelantan telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 5 November 1992, P.U. (A) 420.
Kesimpulan
Sumber penyelewengan yang utama ialah penerapan unsur-unsur batiniyyah yang dapat dilihat dengan jelas dalam penafsiran-pe-nafsiran yang dilakukan terhadap huruf dan kalimah-kalimah tertentu dalam al-Qur'an dan lafaz syahadah.
Oleh sebab ajaran ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam, maka semua umat Islam dinasihatkan menjauhi ajaran-ajaran yang seumpama ini dan tidak mempelajari atau mengamal ajaran ini demi menjaga akidah dan kesucian agama.
Ulasan.
Apabila yang batil dicampurkan dengan yang benar maka jadi rosak dan batil kesemuanya. Setiap hal ada kesannya pada jiwa manusia apabila tersalah menuainya. Semuanya ada impak yang menunjukkan kepada yang nyata tersalah mengambil ilmu.
Adat orang melayu gemar pada yang pelek pelek , aneh aneh serta gemar mencari yang batil.
Apabila ianya terbukti benar ada kesilapan maka akan keluar berbagai alasan dan ulasan.
Sehingga mereka dengan bangga dan bongkak memperlekeh dengan memecah bezakan antara syariat dan hakikat.
Firman Allah: “Mereka selalu menyebut dengan mulutnya apa yang tidak ada dalam hatinya.” (Ali Imran: 167)
wallahu a'lam _________________
Last edited by bijigetah on Sun Jan 27, 2013 9:35 am; edited 1 time in total
BG, cuba kamu tafsirkan n huraikan maksud kalimah tauhid kiranya kamu dikalangan org yg benar, LailahaillAllah .. n tlg tunjukkan kami mana dia brg tersebut, silakan sohibulsomah BG
Moga kami semua dapat belajar sesuatu dr tuan yg mulia
Joined: Jan 31, 2008 Posts: 1624 Location: Didalam Rahmat dan Redha Allah insyaallah.
Posted: Sun Jan 27, 2013 9:45 am Post subject:
ayambapok wrote:
BG, cuba kamu tafsirkan n huraikan maksud kalimah tauhid kiranya kamu dikalangan org yg benar, LailahaillAllah .. n tlg tunjukkan kami mana dia brg tersebut, silakan sohibulsomah BG
Moga kami semua dapat belajar sesuatu dr tuan yg mulia
Alhamdulillah.
Cuba tanya ahlul Hakikat pujaan anda dalam sini akan soalan itu.
Itu terlebih baik dan disukai oleh anda mungkin.
Bukan tempatnya disini untuk talakki perkara hakikat.
Semua dah tahu dan mahsyor perkara yang halus halus dari tasawuf perlu mendapat bimbingan guru yang mursyid.
Maaf BG bukan guru atau orang yang gemar gegak gempita bercakap pasal hakikat tapi dalam masa yang sama hemah bicara tiada sunyi dari mencela dan ujub serta riak kelakuannya.
Joined: Jan 31, 2008 Posts: 1624 Location: Didalam Rahmat dan Redha Allah insyaallah.
Posted: Sun Jan 27, 2013 9:47 am Post subject:
Paranormal wrote:
lerr tak abis bincang lagi ker bab ni.. haha layann
mana pi abis geng2 tuk shaykh tengganu tu?
bersuluk ker? hehe
kekeke..
Alhamdulillah.
Sheikh Paranormal, ini sekadar refresh saja.
Supaya generasi muda tidak terpedaya dengan yang batil dari hal akidah yang diiktikod didalam qalbi.
wallahu a'lam _________________
Last edited by bijigetah on Sun Jan 27, 2013 9:53 am; edited 1 time in total
sesetengah org suka membuka aib diri sendiri
sedangkan Allah menyuruh tutup aib sendiri
sesetengah org suka membuka lembaran lama yg tak berfaedah
lalu aib2 lama dirinya terbuka
nampaknya msykt semakin jauh dari Tuhan
jalan sufi diperlukan bagi membawa manusia kepada Tuhan
Joined: Jan 31, 2008 Posts: 1624 Location: Didalam Rahmat dan Redha Allah insyaallah.
Posted: Sun Jan 27, 2013 9:51 am Post subject:
Alhamdulillah.
Kita sama sama saksikan akan hemah manusia berbicara.
Insyaallah, Allah akan berikan kita ilmu mengenal hemah yang benar dan hemah yang batil dalam mencari redha Allah.
Joined: Jan 31, 2008 Posts: 1624 Location: Didalam Rahmat dan Redha Allah insyaallah.
Posted: Sun Jan 27, 2013 9:57 am Post subject:
bijigetah wrote:
Alhamdulillah.
Kita sama sama saksikan akan hemah manusia berbicara.
Insyaallah, Allah akan berikan kita ilmu mengenal hemah yang benar dan hemah yang batil dalam mencari redha Allah.
wallahu a'lam
Alhamdulillah.
Setiap reaksi zohir kita adalah alamat bagi yang ada didalam sirr.
Perhatikan dengan mata hati antara cerca, cela, perli, perlekeh, dendam, ungkit hal lalu, serang peribadi semuanya insyaallah akan kita ketemu didalam sini.
Ahli sufi/orang alim tidak sekali kali bersikap dengan perkara batil sebegitu.
Jika ada maka itu tanda mereka tertipu dengan ilmu serta hawa mereka.
Joined: Jan 31, 2008 Posts: 1624 Location: Didalam Rahmat dan Redha Allah insyaallah.
Posted: Sun Jan 27, 2013 10:01 am Post subject:
Alhamdulillah
Semoga nukilan yang dititipkan diatas akan menyegarkan dan menyedarkan kita tentang kerosakkan yang boleh berlaku kepada akidah yang diiktikod jika mendapat ilmu yang salah.
Diharap jangan salah faham bukan maknanya semua ILMU HAKIKAT INSAN adalah salah. Didalam Hikam ada dibicara tentang Hakikikat Insan dengan cara yang betul.
Tetapi yang dibawa adalah kesilapan pada Fahaman Hakikat Insan Ahmad Lakasamana.
mudah2an aib2 diri masih terpelihara
manusia semakin menjauhi Tuhanya dgn selalu memperlihatkan aib org lain
tetapi tak pernah melihat keaiban diri sendiri
kdg2 semasa memperlihatkan aib org lain
tak sedar aib sendiri terlondeh
org2 ini dikatkan mempunyai penyakit di dalam hatinya
harus segera diberi ubat atau mencari ubat untuk mengelakkan penyakitnya bertambah kronik
BG, cuba kamu tafsirkan n huraikan maksud kalimah tauhid kiranya kamu dikalangan org yg benar, LailahaillAllah .. n tlg tunjukkan kami mana dia brg tersebut, silakan sohibulsomah BG
Moga kami semua dapat belajar sesuatu dr tuan yg mulia
Alhamdulillah.
Cuba tanya ahlul Hakikat pujaan anda dalam sini akan soalan itu.
Itu terlebih baik dan disukai oleh anda mungkin.
Bukan tempatnya disini untuk talakki perkara hakikat.
Semua dah tahu dan mahsyor perkara yang halus halus dari tasawuf perlu mendapat bimbingan guru yang mursyid.
Maaf BG bukan guru atau orang yang gemar gegak gempita bercakap pasal hakikat tapi dalam masa yang sama hemah bicara tiada sunyi dari mencela dan ujub serta riak kelakuannya.
wallahu a'lam
Tuan yg mulia, mungkin versi tafsiran kalimah tauhid dlm kitab HI tu sudahpun kamu melihatnya n kamu menghukumnya sesat n tersasar dari yg sebenar, maka dgn segala ilmu yg kamu miliki n kefahaman yg benar dari kamu itu, bolehkah kamu tafsirkan n terangkan pd kami bagaimana tauhid yg sebenar2 yg sepatutnya difahami oleh sekalian umat, tiada gunanya kamu berkokok itu tak betul n itu salah walhal kamu sendiri pun masih kelam dlm apa yg sepatutnya,
silalah tafsirkan kalimah yg mulia itu dlm versi n kacamata kamu sebagai yg benar, moga2 dapat mempelajari sesuatu, jgn lupa kami mahu barangnya sekali..
Setidak2nya kamu huraikan apa yg ada dlm kalimah tersebut n bagaimana perlaksanaan serta tuntutan2 yg ada didlmnya, amalannya serta tempat jatuh tujunya, musyahadahnya serta barang yg diceritakan tanpa ragu serta waham
sebagaimana kebenaran yg kamu laung2kan ..
All times are GMT + 8 Hours Goto page 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9Next
Page 1 of 9
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
Mega link (link-link yang lain)
* Link laman yang dipaparkan adalah yang aktif sahaja. Laman tidak dikemas kini lebih daripada sebulan akan dikeluarkan secara automatik..
[Untuk yang lain-lain sila klik Mega Link atau Link Pilihan pada atas Homepage ini]
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER @ IBT (IKATAN BLOGGER TERENGGANU - IBT) Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan. (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)