Posted: Mon May 13, 2013 9:03 am Post subject: Tugas, Kuasa & Peranan YB PAS sbg Pentadbir & Pmbgkg
PRU dah berlalu. sebagaimana penggal-penggal terdahulu. ada yang menang dan kalah. sekarang tibalah waktu untuk berkhidmat.
di Trg, kawasan2 yang dimenangi (PAS) akan diterajui oleh YB-YB baru & lama
tika sarapan, terdengar cerita bagaimana seorang YB baru PAS / wakil?? di tertawa oleh kakitangan Pejabat Daerah kerana meminta borang Bina Baru & Baik Pulih Kediaman dari Pej. Daerah. Kelazimannya peruntukan ini akan melalui Penghulu Mukim/YB-YB BN/Pegawai Pembangunan DUN. soalan saya :
1. apakah tugas seorang YB PAS di dalam negeri pemerintahan lain (BN) ??
2. apakah peruntukan yang ada serta kuasa yang ada pada YB-YB ini ??
3. apakah bentuk perkhidmatan yang disediakan/boleh disediakan kepada rakyat (kesemua) & ahli (PAS sahaja) oleh YB-YB ini selain peranan dalam sekadar suara & idea dalam sesi Dewan Undangan Negeri sahaja??
--- harap dapat di bincangkan dengan matang. politik takkan berpenhujung selagi ada matahari & bulan, SDAI sendiri kata "kemahuan manusia lebih kuat daripada batang besi (penjara)".
secara teorinya, baik di pihak pemerintah mahupun pembangkang, matlamat akhir adalah sama.. untuk berkhidmat kepada rakyat.
Last edited by PendugaArus on Mon May 13, 2013 10:18 am; edited 1 time in total
camne nak matang, umno menguasai kerajaan? semua berbincangan hanya sia2...
ambe mendesak mat kijal kotakan katanya nak tutup PPD dan haramkan rumah mampus milik kpd penyokong pakatan...
bermaksud kalau parti yang disokong menang barulah dikira matang,jujur & bersih?? patut la....
ini bukan perbincangan sia2, ini boleh dijadikan panduan kepada YB2 PAS yg mentadbir kawasan masing2.
rakyat bukannya bodoh. rakyat faham kekangan kewangan YB2 PAS, tapi adakah itu perlu dijadikan alasan?? forum ini boleh menjadi BANK IDEA, tempat luahan dan cadangan agar perkhidmatan YB2 Pembangkang nampak berfungsi & bukan sekadar nama sahaja...
YB2 PAS biasanya tidak akan diajak untuk mesyuarat di peringkat Daerah dalam apa2 Jawatankuasa seperti Jawatankuasa Tanah, Jawatankuasa Tindakan Daerah, Jawatankuasa Kebajikan Daerah, Jawatankuasa Keselamatan Daerah, Jawatankuasa Ahli Majlis Daerah etc.. Jawatan2 kuasa ni menjadi think tank yg menentukan hala tuju sesuatu kawasan selaras dengan polisi kerajaan memerintah. pun begitu, bukan bermaksud sesuatu keputusan itu rigid, ada pertimbangan & perbincangan di dalamnya.. Idea dr YB2 PAS ni yang perlu ada sebagai wakil suara majoriti rakyat dalam sesuatu kawasan!!!
& sebenarnya, selaku YB yang diiktiraf, YB2 PAS seharusnya menhapuskan EGO & TEBALKAN muka, cukup sudah jadi YB2 kayu yg hanya nampak hebat di pentas ceramah...kalian selaku Wakil Rakyat, yang seharusnya menjadi Hamba Rakyat, Suara Rakyat, yang dipilih dgn sah oleh rakyat..ada hak untuk masuk dlm Mesyuarat2 diata..untuk ambil tahu & beri cadangan etc..
pokoknya.. nak atau tak je.. di calonkan & jadi YB mahu..kenapa kerja tak mahu lak kn??? chaiyok2
Joined: Jun 30, 2007 Posts: 4219 Location: pondok salafi
Posted: Mon May 13, 2013 10:28 am Post subject:
PendugaArus wrote:
abuadil_alkaff wrote:
camne nak matang, umno menguasai kerajaan? semua berbincangan hanya sia2...
ambe mendesak mat kijal kotakan katanya nak tutup PPD dan haramkan rumah mampus milik kpd penyokong pakatan...
bermaksud kalau parti yang disokong menang barulah dikira matang,jujur & bersih?? patut la....
ini bukan perbincangan sia2, ini boleh dijadikan panduan kepada YB2 PAS yg mentadbir kawasan masing2.
rakyat bukannya bodoh. rakyat faham kekangan kewangan YB2 PAS, tapi adakah itu perlu dijadikan alasan?? forum ini boleh menjadi BANK IDEA, tempat luahan dan cadangan agar perkhidmatan YB2 Pembangkang nampak berfungsi & bukan sekadar nama sahaja...
apa yg berlaku adalah perkosaan umno terhadap rakyat. camne nak pikir, bincang2 lagi?
pernah satu ketika sewaktu pas dapat menguasai kelantan 1990. MB kelantan telah dihantar surat untuk hadir mesyuarat menteri2 besar yg dipengerusi oleh madey. sebaik saja mb kelantan sampai ke KL, dimaklumkan mesyuarat batal!! lepas itu terus tak dijemput hadir sama..
1999 madey cuba buat sikit perubahan, dijempunya mb kelantan dan teganung, tapi itulah jemputan pertama dan terakhir.
PPD sebenarnya tiada pun dalam carta organisasi pentadbiran awam. sengaja dibuat mempastikan hanya orang UMNO saja dibantu....
kenyataan mat kijal hanya menunjukkan kebodohan tepu die saje.
apa lagi yg tuan mahu?
jadi perwakilan umno, bawa ke sidang PAU, bahas, dan batalkan segala kezaliman, baru boleh bincang. bukankah royalti juge dirampas melalui PAU?
kini tak p[erlu apa2 diskusi hatta idea penyatuan melayu atau rakyat, kami akan terus bekerja menghancus lebuskan umno, ibu segala tipu..
Dengan sanubari sequdus hasrat
lelangkah yang luhur sepadu hajat
kita berhimpun sepenuh harapan
sedia tentang inti kemungkaran.
Awalnya segala tersenyum ilham
cuaca dan hajat akrab bersalam.
Kita memangkahnya secekal kalbu
rindu memahat sejarah yang syahdu.
Iklim yang gusar tetiba meledak
ketika kendera menyusup rahsia,
dan demokrasi sengaja dikocak
sebijak helah sekejam pendera.
Kertas undi yang terkumpul berbalam
sopan dan segan diusik khayalan,
sebaik senja disenyumi malam
sesenyapnya bermula pencemaran.
Malam debaran tersentap amarah,
cahaya bulan dikoyak-koyaknya,
rahsia gelap memulai dosanya,
berterbanganlah undi yang ditambah.
Kita berhimpun di padang sejarah
demi melawan kemungkaran baru;
demokrasi wajar dipelihara
daripada ibu segala tipu.
Sasterawan Negara
A Samad Said,
Himpunan ‘Suara Rakyat Suara Keramat’,
Kelana Jaya,
8 Mei 2013
sebab tu ambe kata..YB2 PAS kena TEBALKAN MUKA. dah nasib dia, nak sangat jadi wakil kita. dari sudut Undang2, YB2 ada hak untuk ambil tahu & beri buah pandang. kenapa nak ego, masuk dalam kandang kambing, takkan la kita nak buat gaya rimau kita jugak!!! takkan la harap nak menang satu negeri @ satu negara baru nak buat kerja. habis tu buat apa kami mengundi & menang di DUN2 kami ni???
YB2 PAS kena tabah, zaman makin maju..jangan YB2 baru ni ikut gaya YB2 lama PAS. mereka tak pa kerana dah ramai pengikut. buat apa pun akan ada org yg defend. YB2 baru akan dinilai berdasarkan prestasi..
Bawak je Peguam sama. pergi mengadap Pegawai Daerah..minta nak masuk AJK Mesyuarat itu ini..biar Peguam terangkan hak2 YB2 ni kepada DO dari sudut Undang2 depan2..apa mereka nak kata??? masih tak boleh ke??
soal TGNA & TGHH nak marah merajuk semua tu, itu soal mereka...kaedah mereka mentadbir org lama, kita nasihat apa semua pun dah tak guna dah..
sy org Marang..saya tau apa itu tugas PPD. sy kenal siapa Haji Nik Dir..dia walaupun kalah masih dihormati rakyat. PAS, UMNO @ sapa2 yang datang memohon bantuan, selagi termampu dia akan mampu. tgk di Dun Rhu Rendang, berapa ramai org PAS dapat PPR, baik pulih, bantuan e kasih..tak ke kerana jawatan PPD ni.. seolah2 seperti dia pulak yg YB. sedangkn YB sebenar hmmm. hinggakan ramai rakan2 ahli UMNO sendiri khuatir kaedah beliau ni..jadi jika tiadda PPD di sesuatu DUN..bermakna langsung akan tiada peruntukan pembangunan di kawasan tersebut...yg jadi mangsa rakyat, tapi padanlah dah kita yg pilih camtu..
beza ada atau tak PPD ni mudah je..dulu dgn ada PPD peruntukan pembangunan akan melalui saluran Negeri-DO-PPD-Penghulu Mukim-agensi2 pelaksana/ngo2/ketua2 kg/jkkk-rakyat..tampa PPD, Negeri-DO-Penghulu Mukim..cumanya Penghulu Mukim ni kakitangan Gov, dan mereka secara peribadi ada yg BN & PR, kecenderungan tu selaku manusia dok leh lari..tapi hok pasti Tok2 Mulu ni yg nyata semuanya bawah Naungan Tuanku Terengganu, mari PM sertara ana pun..kalu Tuanku ada..langsung dok layan doh org2 politik ni napok!!...nak tak nak Tok Mulu mereka tak da pemutus sebagaimana YB @ PPD, hatta Do yang jadi Raja Daerah pun takda kuasa pemutus cam YB & PPD..dua2 DO & Tok Mulu kalau YB dok suka mereka tetap boleh dipindahkan ke kawasan lain oleh org politika..kecuali diarahkan oleh yg lebih berkuasa @ Istana.. maksudnya dgn tiadanya PPD, lebih kurang cam takde peruntukan la jawabnya... nk harap dari kocek YB2 PAS jenuh la menunggu.. jadi soal YB2 sah dari PAS ni buat kerja atau tak tak dipersoalkan rakyat, sebab semua dah tau seperti dikempem..nak akhirat undi pas, nak dapatkan bantuan minta ngan YB @ PPD BN. YB2 PAS pun tak runsing rakyat mereka kebulur apa semua. nak nak polisi najib lak tak sekeras Dr M yg dahulukan org BN sgt. tgk aja agihan bantuan JKM, bantuan bulanan, dana BRIM, dan aremaja, dana budak sekolah..buleh kata semua dapat..yg tak dapat tu cuma yg ego. buat2 malu nk minta borang ngan JKKK..tak isi borang, harap bantuan datang keriba..mana nak ada zaman sekarang camtu..
Nak hapuskan UMNO???? dah di cuba dalam PRU, jawapan rakyat dah beri..Qada & Qadar Allah kenapa nak ditentang... cuba lagi lain kali je la..masih nak berpolitik melampun buat pe. makin mual rakyat. rakyat bukan dungu macam dulu. dunia hujung jari, saat ni bukak Harakah Daily, jap lagi baca Utusan Online...dua2 sudut pandang boleh dibaca & dinilai..
kalau cakap bab tipu undi... mohon maaf, cukup la menghina petugas SPR..kebanyakan nya yg bertugas !@ KTM adalah guru2 yg rata2 sedia maklum majoriti sokong PAS @ PR. kiraan undi di buat tak sampai 1 meter dari muka wakil2 parti. daftar pemilih di keluarkan setiap 3 bulan & dibenar untuk dibuat semakan dan bantahan sejak 2008 lagi. ejen2 parti ada dalam pusat2 & bilik mengundi tak sampai 3 meter dari meja mereka, bila ada keraguan ejen parti mana2 boleh minta kTM hentikan undi semak dulu etc..bila ada bantahan, boleh dibincang terus utk teruskan atau tak dgn KTM. daftar pemilih ada di tangan ejen2 masing, dan gerak kerja parti mana2 pun semua tahun sejak 2008 lagi dah kenal pasti siapa mengundi di saluran mana, siapa dia, duduk di mana etc, bacaan sikap dah dibuat sejak 2008 lagi..dah nk muntah di baca dah..ejen2 parti yg gilir2 tiap 2 jam tu semua kenal siapa pengundi di setiap saluran..tak mungkin akan ada undi hantu semua tu..semua dah lengkap, tak bosan2 ke berpolitik cara tak cerdik ni, taraf budak sekolah je berpolitik cara camtu. cerita bab bangla mengundi semua ni..ish ish..tunjuk la gambar dalam pusat mengundi, bukan di luar pagar mengundi..itu sapa pun boleh masuk. kalau masuk pun, nama takda dalam daftar pemilih tak boleh jugak. kat barong luar lagi dah kena sekat!!! takkan sampai kat saluran pun.. apa ingat Gerak kerja PR bodoh sangat tgk nama Hameed Bin Mydin Kutii, Salam Bin Zaheer..ingat mereka tak pergi semak ke bacaan sikap..yg 3 bulan sekali SPR kemaskini & keluarkan kepada parti tu, tu la nama yg mengundinya..mustahil parti2 tak kenal. ish ish
jadi kalau ikut cara percakapan abuadil ni..maksudnya YB2 PAS tak perlu buat apa2. cuma merintah BN curi itu ini, buat jahat itu ini berterusan hinggalah PRU 14, untuk kita jatuhkan UMNO balik???? kerja2 untuk rakyat semua ni & janji2 masa kempen PRU 13 hari tu..kita KIV dulu ke camne???
p/s : kalau beri pandangan dengan emosi, nak cari salah..memang mudah dan dapat sambutan. tgk saja prestasi thread2 di TKO ni. kalau mencari jalan penyelesaian, pandangan membina..susah diterima @ tak dilayan.. sori to say, pahit tapi benar teryata walaupun Malaysia maju, minda rakyat terutama penyokong2 PR kita masih jauh ke belakang.. masih terlalu panas, nasib baik negara ni dah maju sikit je. kalau mundur sikit..pasti tiap2 minggu akan ada rusuhan, protes itu ini, pergaduhan semua..semuanya sebab beza ideologi je ..hmmmm
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
Mega link (link-link yang lain)
* Link laman yang dipaparkan adalah yang aktif sahaja. Laman tidak dikemas kini lebih daripada sebulan akan dikeluarkan secara automatik..
[Untuk yang lain-lain sila klik Mega Link atau Link Pilihan pada atas Homepage ini]
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER @ IBT (IKATAN BLOGGER TERENGGANU - IBT) Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan. (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)