Akaun Anda Hantar Artikel Forums Prosedur Iklan Hubung Kami Top Hits Keluar RSS TKO Versi 12 Facebook TKO Twitter TKO TranungKite Online Melihat Waktu Solat
     Create an account      
  TERKINI..   Tubuh RCI siasat tanah runtuh di Pulau Pinang    PDRM mohon bantuan Interpol kesan Jho Low    Remaja Reka Aplikasi Ganti Buku Teks    Bersedia hadapi musuh tradisi    Bila sebenarnya Hospital Rembau akan siap?    Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai    Salah Siapa?    Buang Fail Windows 10 Lama Dan Dapatkan Storan Tambahan Selepas Naik-Taraf Windows 10 FCU    Cadang Naik Harga Rokok RM50 Sekotak    Yusof Apdal Bebas  
Infomation
Iklan Kiri


UNTUK MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN IKLAN - sila emelkan ke [email protected]
Menu Utama
 Asas Laman
    · Home
    · 10 Teratas
    · Advertising
    · Akaun Anda
    · Album
    · Arkib Artikel
    · Beritahu Kawan
    · FAQ
    · Forum
    · iklan
    · Kajian
    · Kotak Sembang
    · Masej Peribadi
    · Muat Turun
    · Newsxxx
    · Pencarian
    · PHPNuke Editor
    · PRK Sg. Limau
    · Statistik
    · Sudut Cetak
    · Sudut Video
    · Topik
    · Tragedi MH17
    · Waktu Solat

 Tambahan
    · GuestBook
    · Mega Links
    · Tempahan Iklan
    · Peta Laman

 Peranan Anda
    · Tambah Download
    · Tambah Links
    · Beritahu Kawan
    · Komen/Cadangan
    · Kaji Selidik
    · Catat GuestBook

 Ahli Berdaftar
    · Hantar Artikel
    · Akaun Anda
    · Mesej Peribadi
    · SMS Percuma

 Khidmat Kami
    · Download
    · Webs Link
    · Waktu Solat
    · Kalendar Aktiviti
    · Papar Shout Box

 Radio & TV
    · TKO.fm
    · TKO.tv
    · WebTV1
    · WebTV2
    · KTV
    · WTV8
    · TVPAS
    · WebRTV

 Bantuan & Info
    · Dasar Kami
    · FAQ
    · Tips Webs
Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Statistik Pembaca
We received

471988341
page views since
1 September 2012

Jumlah Hits
· Hari Ini

62723

· Semalam

60979


Purata Hits
· Sejam

9,570

· Sehari

215,323

· Sebulan

6,555,394

· Setahun

78,664,724


Server Masa Server
· Masa

19:45:10

· Tarikh

23 Oct 2017

· Zon

+0800

Anonymous Online
TranungKite Online (TKO): Forum

www.tranungkite.net :: View topic - *Koleksi Putar Alam Menjelang PRU14*
 Forum FAQForum FAQ   SearchSearch   UsergroupsUsergroups   ProfileProfile   Log in to check your private messagesLog in to check your private messages   Log inLog in 

*Koleksi Putar Alam Menjelang PRU14*
Goto page 1, 2, 3, 4  Next
 
Post new topic   Reply to topic    www.tranungkite.net Forum Index -> Luahan, Coretan & Motivasi
View previous topic :: View next topic  
Author Message
abu_sirr
Major Jeneral @ Forumer
Major Jeneral @ Forumer


Joined: Apr 06, 2011
Posts: 39466
Location: Bawoh langit.. ataih bomi..

PostPosted: Thu May 11, 2017 4:00 pm    Post subject: *Koleksi Putar Alam Menjelang PRU14* Reply with quote

Mujahid persoal kenyataan Hadi Awang, hanya pilih Pas atau Umno sahaja untuk tadbir Malaysia



MACHANG: Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mempersoal dakwaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya orang Melayu hanya mempunyai pilihan sama ada Pas atau Umno pada pilihan raya umum akan datang.

“(Kata Abdul Hadi) Orang Melayu tidak ada pilihan kalau nak bernaung, sama ada undi Pas atau Umno. Jelas, serupalah saya ceramah malam ini.

“Kita dalam Pakatan Harapan hanya ada empat parti kita sokong. Inilah gabungan parti yang kita seru semua orang sokong.

“Begitulah, kita faham logik mantik ini kalau Presiden Pas kata Melayu hanya ada dua pilihan. Apa maknanya itu?” bidasnya dalam “Ceramah Perdana: Selamatkan Kelantan, Selamatkan Malaysia” di Machang malam tadi seperti dilapor Malaysia Dateline.

Beliau turut menjawab tuduhan bahawa tindakannya keluar dari Pas sebagai mengkhianati perjuangan almarhum ayahnya, Yusof Rawa yang menjadi Mursyidul Am Pas pada 1987 hingga 1995.

“Saya tidak pernah mengkhianati perjuangan ayahanda saya yang berjuang menjatuhkan Umno-BN,” tegas Pengerusi AMANAH Pulau Pinang itu.

Mengulas lanjut, Mujahid mengingatkan sebarang usaha atas nama Islam perlu adil dan mengikut tertib sewajarnya seperti terkandung dalam Surah An-Nahl, ayat 90 yang dibaca khatib pada akhir Khutbah Jumaat.

“Kena ada tertibnya. Allah memerintahkan kita melakukan keadilan. Syariat itu tertegak atas keadilan dan mesti dilakukan dengan ehsan iaitu membuat sesuatu dengan betul, dan tertib dan prosesnya.

“Ini, asal nak buat Islam boleh belaka. Dari segi piawaian syariat, itu tidak ikut perintah Allah. Apabila kita menyatakan pendirian, ini bukan bermakna kita menentang Islam,” jelasnya merujuk kepada polemik Rang Undang-undang (RUU) 355.

Mengimbas kembali sidang Dewan Rakyat yang ditangguhkan pada 6 April lalu, beliau berkata, Ahli Parlimen Marang dilihat mendapat keistimewaan untuk membentangkan RUU bagi meningkatkan hukuman Mahkamah Syariah itu.

“Apa ihsannya ramai ditanam di jirat Cina dan dikatakan anti Islam? Apakah Islam kita mahu bawa?

“(Tarikh) 5 haribulan kami habis (sidang) Parlimen 5 pagi. Mana ada Parlimen di dunia habis pukul 5 pagi. Esoknya hanya satu saja Rang Undang-undang (iaitu RUU 355).

“Hari akhir (sidang Dewan Rakyat) itu selepas pukul 12 tengah hari, hanya satu saja RUU 355 oleh Marang. Berjaga sampai 5 pagi untuk beri ruang kepada Marang untuk bentang.

“Kenapa Marang dapat istimewa ini? Kami pun mahu belajar bagaimana Marang boleh dapat bentang,” sindir Ahli Parlimen Parit Buntar itu.

Sehubungan itu, Mujahid menyifatkan isu RUU 355 adalah umpan Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 manakala sebagai ganjaran Pas tidak lagi menentang Umno.

“Pada 6 haribulan itu kali ketiga (baca usul). Sebelum itu, dua kali sudah diberi peluang. Kali pertama bila Speaker tanya bila nak bentang, katanya tangguh sesi akan datang.

“Bila tiba sesi selanjutnya, mereka (Pas) seolah-olah beri ugutan kepada orang bukan Islam, jangan campur tangan urusan orang Islam. Kalau sudah duduk di Parlimen secara demokrasi semua boleh bercakap.

“Isu RUU 355 umpan Pas dan sebagai ganjaran, Pas jangan lagi lawan Umno. Rosak negara hanya kerana dua parti Melayu ini,” tegasnya lagi.

Turut hadir dalam ceramah berkenaan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Timbalan Pengerusi PPBM Kelantan, Datuk Sazmi Miah dan Ketua AMANAH Machang, Dr Abdullah Tahir Othman.


_________________
"SINGKATNYA HIDUP INI"


Last edited by abu_sirr on Fri May 19, 2017 11:50 am; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
abu_sirr
Major Jeneral @ Forumer
Major Jeneral @ Forumer


Joined: Apr 06, 2011
Posts: 39466
Location: Bawoh langit.. ataih bomi..

PostPosted: Thu May 11, 2017 4:22 pm    Post subject: Re: Koleksi Putar Alam Menjelang PRU14 Reply with quote

Mat Sabu TERBARU -Terima Kasih Kepada Kenyataan Hadi Awang & Mursyidul AM PAS,Ramai Masuk AMANAH



Presiden Amanah, Mohamad Sabu menghargai peranan Pas yang diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana dianggap memberi sumbangan secara tidak langsung kepada parti Islam generasi kedua itu.

Menurutnya, kenyataan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang seperti disiarkan dalam akhbar pro Umno-BN, Mingguan Malaysia 16 April lalu merupakan salah satu sumbangan yang dimaksudkan.

"Saya berterima kasih kepada Presiden Pas kerana banyak membantu Amanah dan Pakatan Harapan.

"Di antaranya apabila Presiden Pas buat kenyataan mengatakan orang Melayu boleh mengundi sama ada Umno atau Pas.

"Tu dia, rupanya kamu (Pas) bersama (Umno). Ini yang syok ni. Kami cakap (sebelum ini), kamu tak percaya," ucapnya dalam nada berseloroh pada Ceramah Pakatan Harapan di Kijang, Pengkalan Chepa, Kelantan semalam.


Terdahulu, Abdul Hadi dalam wawancara khas bersama akhbar tersebut menegaskan kuasa politik orang Melayu ada pada Pas dan Umno.

"Jika mana-mana parti nak tadbir Malaysia, pilih Pas atau Umno. Kita terbuka kepada mana-mana parti nak bersama dengan Pas, syaratnya terima Islam," katanya seperti dipetik.

Mengulas lanjut, Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu kenyataan Abdul Hadi yang secara terbuka di pihak Umno itu bercanggah dengan apa yang ditekankan dalam perjuangan Pas sebelum ini untuk terus menentang Umno-BN.

Bahkan, beliau berkata, lantaran pendirian itulah dirinya pernah menjadi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Tiba-tiba sekarang boleh undi Umno atau Pas. Ertinya, sudah ada kerjasama.

"Inilah perkataan Presiden Pas yang amat membantu kita. Sekarang ini kami tak larat nak cetak borang Amanah.

"Di Selangor, beribu menyertai Amanah sampai keluar berita di Astro Awani menyatakan ribuan ahli Pas dan DHPP (Dewan Himpunan Penyokong Pas) sekarang," tambah Mat Sabu lagi.



_________________
"SINGKATNYA HIDUP INI"
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
makannasi
Kapten
Kapten


Joined: Jan 28, 2009
Posts: 10866

PostPosted: Thu May 11, 2017 5:18 pm    Post subject: Reply with quote

Kahkahkah...

Adakah ini signal bahawa dimana PAS x bertanding...ahlinya diharuskan mengundi UMNO...
Back to top
View user's profile Send private message
Auditor
Lans Koperal
Lans Koperal


Joined: Sep 29, 2011
Posts: 546

PostPosted: Thu May 11, 2017 5:59 pm    Post subject: Reply with quote

Quote:
Adakah ini signal bahawa dimana PAS x bertanding...ahlinya diharuskan mengundi UMNO...

Tak sekali-kali tangan ini memangkah UMNO atau DAP
Back to top
View user's profile Send private message
makannasi
Kapten
Kapten


Joined: Jan 28, 2009
Posts: 10866

PostPosted: Thu May 11, 2017 6:06 pm    Post subject: Reply with quote

Auditor wrote:
Quote:
Adakah ini signal bahawa dimana PAS x bertanding...ahlinya diharuskan mengundi UMNO...

Tak sekali-kali tangan ini memangkah UMNO atau DAP


Seruan tok guru jgn dibantah....
Back to top
View user's profile Send private message
abu_sirr
Major Jeneral @ Forumer
Major Jeneral @ Forumer


Joined: Apr 06, 2011
Posts: 39466
Location: Bawoh langit.. ataih bomi..

PostPosted: Thu May 11, 2017 6:51 pm    Post subject: Reply with quote


Memang PAS nak baik dengan UMNO, kata Hadi
_________________
"SINGKATNYA HIDUP INI"
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
alkapong
Koperal
Koperal


Joined: Jan 05, 2009
Posts: 670

PostPosted: Thu May 11, 2017 6:58 pm    Post subject: Reply with quote

Auditor wrote:
Quote:
Adakah ini signal bahawa dimana PAS x bertanding...ahlinya diharuskan mengundi UMNO...

Tak sekali-kali tangan ini memangkah UMNO atau DAP


Jangan sia2 kan tangan yg ada. Gunakan utk conteng dan rosakkan kertas undi umno & dap tu
Back to top
View user's profile Send private message
abu_sirr
Major Jeneral @ Forumer
Major Jeneral @ Forumer


Joined: Apr 06, 2011
Posts: 39466
Location: Bawoh langit.. ataih bomi..

PostPosted: Thu May 11, 2017 7:13 pm    Post subject: Re: Koleksi Putar Alam Menjelang PRU14 Reply with quote

Bukan tarbiyah ini yang kami terima - Salahuddin Ayub



"Dan janganlah kamu cenderung menyokong orang-orang yang zalim kelak (kalau kamu berbuat demikian), api neraka akan membakar kamu, Pada hal tiada seorang penolong pun untuk kamu selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat apa-apa pertolongan." (Hud:113)



Sikap Pas yang tidak lagi lantang menentang penindasan rejim Umno-BN bercanggah dengan tarbiyah atau proses pendidikan daripada kepimpinan Pas terdahulu, tegas Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.

"Ini bukan tarbiyah yang dididik Yusof Rawa (bekas Mursyidul Am Pas, 1987-1995), Nik Aziz (bekas Mursyidul Am Pas, 1995-2015), Ustaz Fadzil Noor (bekas Presiden Pas, 1989-2002).

"Bukan tarbiyah ini yang kami terima. Kita lawan kezaliman dengan apa yang kita ada. Kita berjihad dengan apa termampu.

"Hari ini mereka (Pas) tidak berani menegur Najib Razak kerana kononnya dia Melayu dan Islam. Pulak dah,"

Salahuddin berkata, kerjasama politik antara parti pembangkang berpecah-belah, rakyat keliru manakala Pas menjadi parti paling tidak boleh dipercayai ekoran sikap pemimpinnya pasca pemergian Almarhum Nik Aziz.

"Paling jelas isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad) dan MO1 (Malaysian Official 1). Adakah kaedah feqah nak tunggu empat saksi lagi?" bidasnya.

Untuk rekod, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 2015 dilapor berkata, sebarang tuduhan dan dakwaan salah laku yang dilemparkan kepada Najib Razak perlu berasas dan memerlukan saksi.

Mengulas lanjut, Salahuddin menegaskan pendirian Pas berhubung skandal 1MDB bercanggah dengan reaksi beberapa negara luar yang mengambil tindakan undang-undang termasuk ke atas ahli perniagaan Jho Low.

"Singapura, Switzerland, Amerika mengambil tindakan dan Jho Low mendapat waran dan akan didakwa tidak lama lagi. Tiba-tiba ada ulamak (Pas) katakan tidak boleh.

"Dalam sejarah dunia ini ada pemerintah yang zalim disokong oleh agamawan yang korup. Oleh itu, kita tidak boleh bertolak-ansur dengan kezaliman seperti ini.

"Semua orang tahu Najib korup, Umno tidak boleh diselamatkan. Kenapa DAP, Amanah, PKR ada di sini? Kerana kita hari ini tidak boleh lagi bersekongkol atau menyokong kezaliman yang dilakukan Umno-BN," ujar Salahuddin.

Tidak khianat

Bekas Naib Presiden Pas itu berkata, beliau bersama beberapa pemimpin Amanah hari ini yang dahulunya menerima tarbiyah Pas boleh sahaja menyertai Umno jika mahu.

"Sekiranya kami meninggalkan Pas, kami masuk Umno. Datuk Husam bukan sekadar menteri, perdana menteri pun boleh. Mat Sabu (Presiden Amanah) boleh.

"Saya boleh jual kerusi saya dulu," katanya yang juga bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian selama dua penggal itu.

Walau bagaimanapun, mereka sama sekali tidak berbuat demikian kerana berpegang pada amanah yang diberi oleh rakyat dalam menentang Umno-BN.

"Kami tidak pernah khianat dengan mandat yang rakyat beri. Kami tidak khianat. Kami lawan Umno atas dasar bukan peribadi.

Salahudin Ayub mengulas isu Hj Hadi suruh pilih PAS atau UMNO dalam PRU akan datang.

Salahuddin Ayub juga memberitahu dalam usrah diberitahu oleh Tok Guru, tidak boleh sokong, redha, ikut mereka yang zalim, tetapi sekarang boleh pula undi UMNO.



_________________
"SINGKATNYA HIDUP INI"
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
UTellMe
Staf Sarjan
Staf Sarjan


Joined: Oct 10, 2010
Posts: 1770

PostPosted: Thu May 11, 2017 7:23 pm    Post subject: Re: Koleksi Putar Alam Menjelang PRU14 Reply with quote

abu_sirr wrote:
Bukan tarbiyah ini yang kami terima - Salahuddin Ayub


Weiii...Din weyyy..dalam tarbiyyah tu ada tak dia kata kena tentang sampai 24 jam menentang kena bersama DAP. Jika sebaliknya kena keluar PAS dan terus bersama DAP sampai kena jilat semua bijik kata mereka. DAP kata PAS sesat pun mung hangguk. Lagu tu mung masuk DAP je lah ikut Sahibul Sahamah LGE

Din...pakailah kepala. Bukan kepala lutut.
Back to top
View user's profile Send private message
Jomfikir
Pegawai Waran I
Pegawai Waran I


Joined: Jul 14, 2008
Posts: 3171

PostPosted: Fri May 12, 2017 2:13 am    Post subject: Reply with quote

Coba tanya Mujahd Rawa itu. Parti AMANAH (PAN) berTEMAN RAPAT dengan DAP parti politik yang pemimpin tertingginya penganut agama kristian yang anti Melayu dan anti ISLAM. Hendak dicampak buang ke mana Perintah dan Amaran Alah SWT ini?

FIRMAN ALLAH SWT
لَّا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۖ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلَّا أَن تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً ۗ وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ ۗ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ
Yang Maksudnya:
"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi TEMAN RAPAT dengan meninggalkan orang-orang yang beriman dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu) dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diri-Nya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali." [Surah Aal-i-Imran, 3 : 28].

FIRMAN ALLAH SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَتُرِيدُونَ أَن تَجْعَلُوا لِلَّهِ عَلَيْكُمْ سُلْطَانًا مُّبِينًا
Yang maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi TEMAN RAPAT dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu”. [Surah An-Nisaa, 4 : 144].

FIRMAN ALLAH SWT
[Surah Al-Baqarah, 2 : 120.]
وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰ‌ۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ‌ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ (١٢٠)
Yang Maksudnya:
”Orang-orang Yahudi dan Nasrani (kristian) tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar.)”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”
[Notakaki No. 44: Ayat ini memberi pengajaran kepada umat Islam bahawa orang-orang Yahudi dan Kristian itu akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya orang-orang Islam supaya mengikut kehendak mereka. Berbagai-bagai cara dan jalan yang mereka lakukan untuk merosakkan kepercayaan dan keperibadian orang-orang Islam, dan kerana banyak yang tidak menyedari hakikat ini maka bukan sedikit dari kalangan umat Islam yang terikut-ikut kepada adat dan cara hidup mereka, semata-mata dengan alasan menurut peredran zaman, sekali pun yang diikuti itu bersalahan dengan ajaran Islam dan bertentangan dengan nilai-nilai akhlak dan budi pekerti yang mulia. Hakikat ini WAJIB disedari, dan mana-mana yang telah terlanjur, WAJIB kembali ke jalan yang benar.".
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal.46].

FIRMAN ALLAH SWT
وَالَّذِينَ كَفَرُوا بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ إِلَّا تَفْعَلُوهُ تَكُن فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ وَفَسَادٌ كَبِيرٌ
Yang maksudnya:
“Dan orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar." [Surah Al-Anfaal, 8 : 73].
Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal.422.].

.
Back to top
View user's profile Send private message
abu_sirr
Major Jeneral @ Forumer
Major Jeneral @ Forumer


Joined: Apr 06, 2011
Posts: 39466
Location: Bawoh langit.. ataih bomi..

PostPosted: Sat May 13, 2017 3:33 pm    Post subject: Re: Koleksi Putar Alam Menjelang PRU14 Reply with quote

PAS TIDAK AKAN SESEKALI TUNDUK



MUKADIMAH

APRIL mungkin boleh dianggap bulan bermakna kepada DATUK SERI ABDUL HADI AWANG. Sebagai Ahli Parlimen Marang, beliau mencatatkan sejarah apabila membentangkan Rang Undangundang 355 di Dewan Rakyat pada 6 April lalu, manakala pada 11 April pula, beliau diisytiharkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden Pas.

Sememangnya kedua-dua peristiwa itu amat bererti kepada ulama berusia 70 tahun tersebut, apatah lagi ia dicapai ketika Pas dan beliau sendiri diasak dengan pelbagai ‘serangan’ politik.

Dalam wawancara secara e-mel dengan Wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR, Presiden Pas tersebut menjawab pelbagai isu yang melumuri parti tersebut termasuklah hubungan dengan UMNO dan Pakatan Harapan serta Muktamar Pas Kali Ke-63 di Alor Setar, hujung bulan ini.



KEMENANGAN SEBAGAI PRESIDEN PAS

MINGGUAN: Tahniah Datuk Seri atas kemenangan tanpa bertanding bagi jawatan Presiden Pas. Apakah komen Datuk Seri berhubung kemenangan ini?

ABDUL HADI:
Ini suara ahli Pas, sebelum ini saya telah maklumkan, saya serahkan kepada ahli Pas untuk menentukan kedudukan saya dan kepemimpinan Pas.

Dengan kepercayaan ini, saya dengan penuh tanggungjawab akan menunaikan amanah ini sebaik-baiknya, insya-Allah.

Ramai pihak berpendapat kemenangan ini menunjukkan pemimpin dan ahli Pas tidak terpengaruh dengan pelbagai asakan yang dilihat bertujuan menggugat kedudukan Datuk Seri sebagai Presiden, apa pandangan Datuk Seri?

ABDUL HADI:
Kita ahli-ahli Pas dididik supaya menyertai Pas kerana dasar Islam yang diperjuangkan. Maka ahli Pas memilih pimpinan yang boleh membawa dasar Islam, tegas mempertahankan Islam dan tak terpengaruh dengan suara luar Pas. Mereka yang cuba ingin mengubah hala tuju perjuangan Pas akan ditolak oleh ahli Pas. Sejarah telah membuktikan.

Adakah Datuk Seri terganggu dengan kenyataan bahawa kepemimpinan Datuk Seri kurang berkarisma berbanding Allahyarham Tan Sri Asri Muda, Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat?

ABDUL HADI:
Kepemimpinan terdahulu telah berjuang sehingga ke akhir hayat mereka bersama dengan Pas kerana mereka meyakini Pas adalah sebuah gerakah Islam, dan mereka bekerja keras dengan kelebihan tersendiri. Saya hanya menyambung perjuangan Islam yang pernah didokong oleh mereka yang telah lalu.

Muktamar kali ini dianggap muktamar terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 diadakan, apakah yang Datuk Seri harapkan daripada perwakilan?

ABDUL HADI:
Saya mengharapkan jentera Pas bekerja keras, setiap cawangan, kawasan dan negeri berada pada tahap bersedia dengan sebarang kemungkinan. Patuh dan taat kepada arahan pimpinan. Dekati rakyat, tidak ada jalan lain untuk selamatkan negara ini dengan kita kembali kepada bahtera Islam.

Pada tahun lalu, ucapan dasar Datuk Seri berkisar soal mewujudkan budaya politik matang, tahun ini apakah pula mesej yang ingin Datuk Seri sampaikan kepada perwakilan?

ABDUL HADI:
Mesej kali ini kita mahu sampaikan kepada perwakilan dan rakyat, kita mahu selamatkan negara dengan Islam.

Ini kerana, selepas terbuktinya kegagalan agama dan ideologi lain dalam menyelesaikan masalah ekonomi, politik dan moral, kini sudah tiba masanya Islam diberi peluang untuk menyelesaikan masalah negara. Kita mahu tukar sistem yang sedia ada dengan sistem Islam, tidak cukup sekadar tukar individu semata-mata.

Budaya politik matang yang Datuk Seri kemukakan dilihat sesetengah pihak hanya merugikan perjalanan politik Pas kerana berpandangan ia akan menjejaskan usaha Pas untuk menggantikan UMNO, apa pendapat Datuk Seri?

ABDUL HADI:
Mesej Pas adalah menyelamatkan manusia bersama Islam, maka konsep Dakwah Bil Hikmah yang mengutamakan damai atau disebut Muwajahah Silmiyyah hendaklah diutamakan. Nabi Muhammad SAW sudah bagi panduan untuk memerintah negara. Apabila Raja Habsyah, Raja Oman, Raja Bahrain dan ketua-ketua kaum menerima Islam, mereka semua dikekalkan di tempat masing-masing.

Namun kalau ada yang menolak, maka diturunkan daripada jawatannya dan digantikan dengan mereka yang beriman dan bertakwa bersama Islam.



HUBUNGAN DENGAN PKR DAN PAKATAN HARAPAN


Datuk Seri sudah membuat keputusan bahawa Pas tidak akan bersama dengan Pakatan Harapan kerana tidak mahu menjalin hubungan dengan DAP dan PAN, tetapi ramai yang tertanya-tanya soal hubungan Pas dengan PKR kerana PKR juga adalah komponen dalam Pakatan Harapan?

ABDUL HADI:
Tunggu Muktamar Pas Ke-63 nanti.

Ketika ini desakan di peringkat kawasan semakin ketara menggesa Pas supaya memutuskan hubungan dengan PKR, pada pandangan Datuk Seri kenapakah desakan itu wujud?

ABDUL HADI:
Kita pimpinan Pusat akan dengar dulu pandangan ahli, dan kita akan bawa suara mereka untuk dibincangkan di peringkat kepemimpinan parti.

Ramai meramalkan Pas akan kalah teruk jika bertanding sendirian dalam PRU-14 nanti. Ini berikutan perpecahan yang berlaku dalam Pas sehingga tertubuhnya PAN, adakah Datuk Seri tidak bimbang dengan pandangan ini?

ABDUL HADI:
Keahlian Pas meningkat setiap bulan, Pas semakin kuat. Pimpinan dan ahli bersatu dan jelas matlamat yang hendak dibawa. Kita ada kekuatan akar umbi yang tidak dimiliki oleh parti pembangkang yang lain. Kita ada strategi tersendiri. Kita yakin masa depan cerah untuk Pas dalam PRU-14.

Apa yang nyata ialah dalaman Pas semakin kuat dengan gerombolan kemasukan semua kalangan termasuk profesional dan agamawan, rakyat dan sebagainya ke dalam Pas. Pas tidak berpecah daripada muktamar lalu, apa yang berlaku ialah ada pihak yang kecewa dan mereka ini memisahkan diri daripada Pas kerana gagal mengubah dasar dan kaedah mengikut selera mereka. Apa yang berlaku ialah dasar perjuangan Pas yang tetap kekal hingga kini.

PAN cuba meraih undi dengan terus memperalatkan nama Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz dan DAP pula membandingkan Allahyarham dengan kepemimpinan Datuk Seri, persoalannya kenapakah mereka berbuat demikian?

ABDUL HADI:
Sekiranya sesuatu pihak itu kuat dan mampu berdikari, tentunya mereka tidak akan mempergunakan tokoh yang tetap istiqamah bersama Pas hingga akhir hayatnya.

Nampaknya mereka tak boleh berdiri atas kaki sendiri sehingga terpaksa menggunakan nama Allahyarham Nik Abdul Aziz untuk menghalalkan tindakan mereka. Apatah lagi kita melihat mereka telah menjadi jurucakap kepada pihak yang keras dan kasar terhadap pelaksanaan syiar Islam dalam negara ini.

Lihat dan telitilah balik kenyataan Allahyarham Nik Aziz yang keras terhadap DAP apabila mereka menentang apa yang direncanakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Hakikatnya ialah Allahyarhamlah yang memberikan sokongan dan dokongan yang kuat kepada saya semasa saya menjadi Presiden Pas selama ini.

DAP nampaknya terus melakukan serangan ke atas Pas, pada pandangan Datuk Seri kenapakah mereka berterusan berbuat demikian sedangkan Pas bukan lagi berada dalam pakatan pembangkang dan tidak juga menjadi sekutu UMNO?

ABDUL HADI:
Kerana Pas tidak berkompromi soal kepentingan Islam. DAP sedar Pas menjadi penghalang utama kerakusan mereka yang mahu memerintah Malaysia atau mahu suara mereka kuat dan mampu menundukkan pihak lain. Ini bukti Pas tak pernah tunduk kepada sesiapa, sama ada DAP atau UMNO. Pas ada jati diri Islam.

Apakah pandangan Datuk Seri mengenai kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, apakah kesannya kepada kuasa politik orang Melayu memandangkan penubuhan sebuah lagi parti akan memecahkan lagi undi orang Melayu?

ABDUL HADI :
Kuasa politik orang Melayu ada pada Pas dan UMNO. Jika mana-mana parti nak tadbir Malaysia, pilih Pas atau UMNO. Kita terbuka kepada mana-mana parti nak bersama dengan Pas, syaratnya terima Islam.



RANG UNDANG-UNDANG 355


Apakah perasaan Datuk Seri sebagai Presiden Pas apabila impian untuk membentangkan Rang Undang-Undang 355 akhirnya tercapai?

ABDUL HADI:
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana mengizinkan usaha sedikit ini untuk mengusahakan cadangan memperkasa beberapa aspek perundangan untuk Mahkamah Syariah di negara kita.

Saya ucap terima kasih kepada kerajaan yang memberi laluan, kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, kakitangan kerajaan, para peguam, ahli akademik dan seluruh rakyat yang bertungkus lumus berusaha dan mendoakan usaha murni ini. Ia adalah usaha bersama semua pihak yang cintakan agama dan penghayatan agama dalam kehidupan mereka.

Walaupun pelbagai penjelasan diberikan termasuklah menegaskan berkali-kali bahawa RUU355 itu bukan hukum hudud dan khususnya untuk orang Islam, tetapi DAP, PKR dan PAN tetap menentangnya, apa komen Datuk Seri?

ABDUL HADI:
Sudah berkali-kali saya menjelaskan dalam ucapan dan penulisan saya bahawa cadangan pindaan ini tiada kaitan dengan hudud, tetapi nampaknya ada lagi individu dan parti-parti politik tertentu dalam negara ini yang tidak cuba memahami, atau buat-buat tak faham, atau sengaja tidak mahu faham. Sepatutnya baca dan lihatlah dengan mata hati yang murni dan tenang.

Kita mendapat maklumat, mereka takut sekiranya syariat Islam diperkasakan, orang bukan Islam akan melihat kebaikan ini.

Satu lagi tuduhan yang dilemparkan kepada Pas ialah langkah kerajaan membenarkan Datuk Seri membentangkan Rang Undang-undang ini hanya akan memecah belahkan orang Islam, apa pendapat Datuk Seri?

ABDUL HADI:
Orang Islam akan bersatu dengan berpegang kepada ajaran Islam, orang Islam akan berpecah apabila meninggalkan Islam. Kita lihat melalui RUU355 berlakunya kesatuan umat Islam, orang Pas sokong, orang UMNO sokong, NGO-NGO Islam pun sokong. Kita juga dapati rakyat yang cintakan agama berterusan menyokongnya.

Sejauh manakah hubungan Pas dengan UMNO memandangkan walaupun pihak kerajaan tidak membentang Rang Undang-undang tetapi laluan tetap diberikan kepada Datuk Seri untuk membentangkannya dan ada yang melihat Pas dan UMNO mempunyai pakatan sulit. Adakah pandangan ini benar?

ABDUL HADI:
Kerjasama Pas dengan UMNO atas dasar ta’awun, bekerjasama dalam perkara kebaikan dan tidak bekerjasama dalam perkara kejahatan. Pas bersama UMNO dalam isu RUU355, Rohingya tetapi Pas menentang UMNO dalam isu TPPA, GST dan Akta 164. Ini kematangan Pas dalam berpolitik.

Kita bukan berperang 24 jam, ada masa kita bekerjasama untuk kebaikan Islam dan rakyat. Kita ingin menawarkan politik yang lebih harmoni ke dalam masyarakat kerana politiking melampau dan adu domba tidak ada kebaikan untuk negara. Kita ingin membawa rakyat keluar daripada masalah, bukannya memberi masalah baharu kepada rakyat.

Apakah mesej yang Datuk Seri ingin sampaikan kepada seluruh ahli Pas dalam berhadapan dengan cabaran politik masa kini?

ABDUL HADI:
Istiqamah bersama Islam, sejahterakan negara dengan Islam.


Last edited by abu_sirr on Sat May 13, 2017 6:46 pm; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
abu_sirr
Major Jeneral @ Forumer
Major Jeneral @ Forumer


Joined: Apr 06, 2011
Posts: 39466
Location: Bawoh langit.. ataih bomi..

PostPosted: Sat May 13, 2017 6:42 pm    Post subject: Re: Koleksi Putar Alam Menjelang PRU14 Reply with quote

abu_sirr wrote:
MACHANG: Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mempersoal dakwaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya orang Melayu hanya mempunyai pilihan sama ada Pas atau Umno pada pilihan raya umum akan datang.

“(Kata Abdul Hadi) Orang Melayu tidak ada pilihan kalau nak bernaung, sama ada undi Pas atau Umno. Jelas, serupalah saya ceramah malam ini.

“Kita dalam Pakatan Harapan hanya ada empat parti kita sokong. Inilah gabungan parti yang kita seru semua orang sokong.

“Begitulah, kita faham logik mantik ini kalau Presiden Pas kata Melayu hanya ada dua pilihan. Apa maknanya itu?” bidasnya dalam “Ceramah Perdana: Selamatkan Kelantan, Selamatkan Malaysia” di Machang malam tadi seperti dilapor Malaysia Dateline.
abu_sirr wrote:
Menurutnya, kenyataan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang seperti disiarkan dalam akhbar pro Umno-BN, Mingguan Malaysia 16 April lalu merupakan salah satu sumbangan yang dimaksudkan.

"Saya berterima kasih kepada Presiden Pas kerana banyak membantu Amanah dan Pakatan Harapan.

"Di antaranya apabila Presiden Pas buat kenyataan mengatakan orang Melayu boleh mengundi sama ada Umno atau Pas.

"Tu dia, rupanya kamu (Pas) bersama (Umno). Ini yang syok ni. Kami cakap (sebelum ini), kamu tak percaya," ucapnya dalam nada berseloroh pada Ceramah Pakatan Harapan di Kijang, Pengkalan Chepa, Kelantan semalam.


Terdahulu, Abdul Hadi dalam wawancara khas bersama akhbar tersebut menegaskan kuasa politik orang Melayu ada pada Pas dan Umno.

"Jika mana-mana parti nak tadbir Malaysia, pilih Pas atau Umno. Kita terbuka kepada mana-mana parti nak bersama dengan Pas, syaratnya terima Islam," katanya seperti dipetik.
abu_sirr wrote:


Salahudin Ayub mengulas isu Hj Hadi suruh pilih PAS atau UMNO dalam PRU akan datang.

Salahuddin Ayub juga memberitahu dalam usrah diberitahu oleh Tok Guru, tidak boleh sokong, redha, ikut mereka yang zalim, tetapi sekarang boleh pula undi UMNO.


abu_sirr wrote:
PAS TIDAK AKAN SESEKALI TUNDUK




Apakah pandangan Datuk Seri mengenai kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, apakah kesannya kepada kuasa politik orang Melayu memandangkan penubuhan sebuah lagi parti akan memecahkan lagi undi orang Melayu?

ABDUL HADI :
Kuasa politik orang Melayu ada pada Pas dan UMNO. Jika mana-mana parti nak tadbir Malaysia, pilih Pas atau UMNO. Kita terbuka kepada mana-mana parti nak bersama dengan Pas, syaratnya terima Islam.

_________________
"SINGKATNYA HIDUP INI"
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
abu_sirr
Major Jeneral @ Forumer
Major Jeneral @ Forumer


Joined: Apr 06, 2011
Posts: 39466
Location: Bawoh langit.. ataih bomi..

PostPosted: Sun May 14, 2017 12:14 am    Post subject: Re: Koleksi Putar Alam Menjelang PRU14 Reply with quote

'Terima kasihlah Hadi'



Kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan kenyataannya mengenai niat PAS menguasai lima negeri di semenanjung 'dihargai' Setiausaha Agung PKR hari ini.

Menurut Saifuddin Nasution Ismail, kenyataan Abdul Hadi itu dapat memberikan gambaran sebenar bagaimana PAS meletakkan kedudukannya pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun beliau membayangkan kekeliruan mengenai kenyataan Abdul Hadi itu.

"Tapi kalau benar itu yang diucapkan (Abdul Hadi), saya ucapkan terima kasih kerana itu memberikan gambaran atau menunjukkan hasrat sebenar bagaimana PAS memposisikan dirinya dalam pilihan raya akan datang," katanya kepada media di Shah Alam hari ini.

Semalam Abdul Hadi menafikan beliau ada membuat kenyataan mengenai hasrat PAS memimpin lima negeri - Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor - manakala selebihnya terserah kepada Umno.

“Saya tak pernah buat kenyataan macam tu. Kita tak nampak (tak boleh tahu) masa depan. Sepuluh negeri ke, tiga negeri ke, satu negeri ke, itu keputusan PRU," katanya di Cyberjaya



Kenyataan itu sekaligus bercanggah dengan rakaman ucapan anggota parlimen Marang itu yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Rakaman sepanjang kurang dari dua minit itu menunjukkan Abdul Hadi berceramah pada tarikh yang tidak dapat disahkan.

Dalam rakaman video yang disunting itu Abdul Hadi berkata: "Sebab itu bagi Terengganu, bagi Kelantan, bagi Kedah, bagi Perak, bagi Selangor - biar PAS memimpin. Negeri lain, Umno nak lagi, biar ke dia.

"Kalau boleh (PAS) nak (sapu) habis, tapi (kita) kena ukur dengan saiz kita sendiri. Kita memerluan satu kerjasama untuk mengekalkan kuasa politik islam.

"Ini sangat penting. Kita kena sedar. Ini budaya politk matang dan sejahtera yang kita lakukan hari ini. Orang Umno pun selesa. Mereka pun tak mahu berbalah lama, tak mahu keras, (nak) lembut."



Alhusseyn

Untuk rekod, daripada lima negeri yang disebutkan Abdul Hadi itu, satu daripadanya kini dipimpin oleh PKR iaitu Selangor, satu memang dikuasai PAS (Kelantan) manakala selebihnya ditadbir oleh BN.

Perak pernah dikuasai Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum ke-12 namun perkembangan politik selepas itu menyaksikan BN kembali berkuasa.

Semasa Pakatan Rakyat menguasai Perak, seorang pemimpin PAS negeri, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, dilantik menjadi menteri besar walaupun parti itu hanya memiliki kerusi lebih kecil berbanding PKR dan DAP.

Bagaimanapun, Nizar tersingkir bersama sebahagian pimpinan sederhana dalam PAS pada muktamar 2015. Nizar kini menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).

Sementara itu, Anggota Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, berkata kenyataan Abdul Hadi itu menunjukkan ada kemungkinan tinggi bari PAS mengadakan kerjasama dengan Umno.

Kata pemimpin AMANAH itu, kepimpinan PAS mesti menjelaskan keadaan sebenar terutama kepada anggota parti berkenaan.

"Dengan mengambil kira kedudukan negeri yang dikatakan dipersetujui itu, lima negeri (yang disasarkan PAS) adalah banyak, separuh daripada Malaysia," katanya.

Walaupun kedua-dua parti menafikan mereka bekerjasama, kata Raja Kamarul Bahrin, keadaan semasa politik negara menunjukkan sebaliknya.

"Saya rasa ini tidak sihat, da sesuatu macam rang undang-undang meminda Akta 355 perlukan pembabitkan semua anggota PAS," katanya.


_________________
"SINGKATNYA HIDUP INI"
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
abu_sirr
Major Jeneral @ Forumer
Major Jeneral @ Forumer


Joined: Apr 06, 2011
Posts: 39466
Location: Bawoh langit.. ataih bomi..

PostPosted: Sun May 14, 2017 12:36 am    Post subject: Re: Koleksi Putar Alam Menjelang PRU14 Reply with quote

Hadi salahkan Dr M punca kuasa politik Islam lemah




Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyalahkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas apa yang didakwa beliau menyebabkan kelemahan kuasa politik Islam.

Hadi menegaskan kuasa politik Islam menjadi lemah walaupun negara ini terdiri daripada 65 peratus umat Islam manakala orang bukan Islam hanya 35 peratus.

"Namun kuasa politik Islam dalam keadaan yang sangat lemah. Puncanya ialah strategi perdana menteri yang lalu Tun Mahathir Mohamad yang mengambil strategi untuk menyingkirkan PAS.

"Yang mana strategi ini makan diri Umno dan makan diri Islam sendiri, yang perlu diperbetulkan oleh kita semua," katanya pada satu ceramah di Marang pada Jumaat lepas.

Rakaman video itu dimuat naik oleh Terengganukini.

Hadi berkata Mahathir melakukan strategi memecahkan kawasan pilihan raya, di mana kawasan yang mempunyai pengundi Islam lebih besar berbanding kawasan yang boleh dimenangi Umno.

"Apabila dipecahkan kawasan pilihan raya bagi menyingkirkan PAS, maka kawasan-kawasan di Terengganu, Kelantan, Kedah, utara Perak, yang kuat orang Islam, pengundi 80,000 hingga 100,000.

"Kawasan-kawasan yang Umno kuat, satu parlimen 20,000 hingga 30,000. Putrajaya 16,000. Tujuannya bagi memenangkan Barisan Nasional," katanya.

Oleh itu, Hadi berkata, Umno dan PAS perlu memperbetulkan keadaan itu bersama-sama.


_________________
"SINGKATNYA HIDUP INI"
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website
KaptTUDM
Rekrut
Rekrut


Joined: Sep 14, 2008
Posts: 92
Location: Terengganu

PostPosted: Sun May 14, 2017 12:44 am    Post subject: Reply with quote

makannasi wrote:
Kahkahkah...

Adakah ini signal bahawa dimana PAS x bertanding...ahlinya diharuskan mengundi UMNO...


Sebab tu jangan makanasi kankang,nanti jadi bebal. HjHadi kata Melayu ada 2 pilihan. 1. Kalu nak negara teruk macam sekarang, go ahead pilihlah UMNO.
2. Kalau nak negara sejahtera cara Islam pilihlah PAS. PANDAP tak masuk book lah maksudnya.
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    www.tranungkite.net Forum Index -> Luahan, Coretan & Motivasi All times are GMT + 8 Hours
Goto page 1, 2, 3, 4  Next
Page 1 of 4

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group
Forums ©

BERITA & INFORMASI
Alternatif...
Buletin Online
CPI Asia
Detik Daily
Free Malaysia Today
Gegar Kelantan
Harakah Daily
Kedah Lanie
KLToday
KLpos
Laman [email protected]
Mahasiswa Kini
Malaysia Digest
Malaysia Insider
Malaysia Kini
Malaysia Kini (BM)
Malaysia Today
Merdeka Review (BM)
Minda Rakyat
NewsKini
Pahang Kini
Peghelih La
Roket Kini
Sabahdaily
Sarawak Report
Selatan Online
Siasah
TranungKite Online
TVS News
Utara Online
Warta Utara Baru!
Malaysia Transform Baru!

Info Negeri PR...
Buletin Kelantan
Buletin Mutiara
Selangor Kini
Warta Kedah

Perdana...
Bernama
Berita RTM
Berita Harian
Harian Metro
Kosmo
News Staits Time
Sinar Harian
The Star
The Star (BM)
The Sun
Utusan Melaysia
AUDIO & VIDEO
Isu Semasa...
MalaysiaKini TV
MP PAS
Kelantan TV
Koleksi Video PR
Malaysia Tube
Radio Web Selangor
Terengganu Kini
TVceramah
WebTV PAS
Youtube Buletin Online
Youtube PAS
Youtube TerengganuKini

Lain-lain...
Grapes Nasyid
Koleksi Ust Azhar
Kuliah.net
My Ceramah
My Maktabaty
One Kuliah Baru!
Koleksi Radio Online Kandangan TV Online
LUAR NEGARA
Al Jazeera (English)
Al Manhaj
Al-Sofwah.or.id
Kavkazcenter.com
Palestine Kini
Republika Online
LAMAN PORTAL
Al-Ahkam
Halaqah.Net
Hanan.Com
I Luv Islam
Lowyat Net
Portal Pendidikan
My Pendidik
TKO Daily
Ukhwah.com
INSTITUSI PENDIDIKAN
KIDU
KUDQI
KUIZM
KUIN
Maahad Darul Quran
Markaz Darul Bayan
SMI Darul Bayan
SRI Darul Bayan
SRAB Zainal Abidin
SRI Darul Iman
SRI Al-Irsyad, Balok
SRI Al-Irsyad, Kuantan
SRI At-Taqwa, Perlis
SRI Al-Hafidz, Sabah
Maahad Al-Ansoriyy
Madrasah Insaaniyyah
Pondok Pinang Merah
PAKATAN RAKYAT
Pakatan Rakyat
Parti Islam Se-Malaysia
Parti KeAdilan Rakyat
Parti Tindakan Demokrasi
PAS
Dewan Ulamak Pusat
Dewan Pemuda Pusat
Dewan Muslimat Pusat
Negeri
PAS Perlis
PAS Kedah
PAS Pulau Pinang
PAS Perak
PAS Selangor
PAS Negeri Sembilan
PAS Melaka
PAS Johor
PAS Kelantan
PAS Terengganu
PAS Pahang
PAS Sabah
PAS Sarawak
PAS W. Persekutuan

PAS Kawasan
P001 Padang Besar
P002 Kangar
P006 Kubang Pasu
P008 Pokok Sena
P009 Alor Star
P011 Pendang
P012 Jerai
P014 Merbok
P016 Baling
P028 Pasir Puteh
P030 Jeli
P031 Kuala Krai
P034 Setiu
P035 Kuala Nerus
P039 Dungun
P054 Gerik
P055 Lenggong
P057 Parit Buntar
P059 Bukit Gantang
P063 Tambun
P067 Kuala Kangsar
P068 Beruas
P072 Tapah
P073 Pasir Salak
P075 Bagan Datoh
P076 Teluk Intan
P077 Tanjung Malim
P082 Indera Mahkota
P085 Pekan
P086 Maran
P087 Kula Krau
P088 Temerloh
P090 Bera
P091 Rompin
P092 Sabak Bernam
P094 Hulu Selangor
P095 Tanjung Karang
P096 Kual Selangor
P108 Shah Alam
P111 Kota Raja
P125 Putrajaya
P126 jelebu
P129 Kuala Pilah
P131 Rembau
P133 tampin
P135 Alor Gajah
P137 Bukit Katil
P138 Kota Melaka
P139 Jasin
P141 Sekijang
P146 Muar
P166 Labuan
P182 Pensiangan

Pemuda PAS
Perlis
  Padang Besar
Kedah
  Langkawi
  Jerlun
  Kubang Pasu
  Padang Terap
  Sungai Petani
  Baling
  Padang Serai
  Kulim
Kelantan
  Machang
  Kuala Krai
  Jeli
Terengganu
  Besut
  K. Terengganu
  Marang
  Dungun
  Kemaman
Pulau Pinang
  Bukit Bendera
Perak
  Parit Buntar
  Bagan Serai
  Bukit Ganntang
  Sungai Siput
  Tambun
  Ipoh Timur
  Batu Gajah
  Kuala Kangsar
  Parit
  Kampar
  Gopeng
  Tapah
  Lumut
  Teluk Intan
  Tanjung Malim
  Bagan Datoh
Pahang
  Lipis
  Raub
  Jerantut
  Kuantan
  Paya Besar
  Pekan
  Maran
  Kuala Krau
  Termerloh
  Rompin
Selangor
  Sabak Bernam
  Hulu Selangor
  Gombak
  Ampang
  Hulu Langat
  Puchong
  PJ Selatan
  PJ Utara
  Shah Alam
WP Kuala Lumpur
  Batu
  Wangsa Maju
  Segambut
  Lembah Pantai
WP PutraJaya
  Bagan Datoh
PIMPINAN
Pimpinan PAS
Tuan Guru Nik Aziz
Tuan Guru Hadi Awang
Tn Hj Mohamad Sabu
YB Husam Musa
YB Mahfuz Omar
Tuan Guru Harun Taib
Ust Nasrudin Tantawi
YB Siti Zailah
Ust. Idris Ahmad
Dr. Mohd Hatta
Hanipa Maidin
YB Syed Azman
Tn Hj Hanipa Maidin
YB Khalid samad
Ust. Mohd Amar Abdullah
YB Zulkefly Ahmad
YB hasan Ali
Dr. Siti Mariah
Dr. Hj. Mahfodz Mohamed
Ustzh Nuridah
YB Siti Mariah
Ust. Abu Bakar Hussian Baru!

Pimpinan Pemuda PAS
Ust Nasrudin Hasan
Ust Nik Abduh
Khairul Faizi
Ust Riduan Mohamad Nor
Ust Mohd Yusni Mat Piah
YB Ust Mohd Nor Hamzah
Ust Fadhli Shaari
Ust Syed Abdul Kadir
YB Ust. Mohd Nasir Zakaria
Suhaizan Kaiat
YB Firdaus Jaafar
Dr. Suhazeli Abdullah
Herman Samsudeen

Pimpinan PKR
Anwar Ibrahim
Wan Azizah
Azmin Ali
Nurul Izzah
Tian Chua
Mansor Othman
Elizabeth Wong
Badrul Amin
Hee Lot Sian
Khalid Jaafar
Haniza Talha
Fariz Musa

Pimpinan DAP
Lim Kit Siang
Karpal Singh
Tan Seng Giaw
Lim Guang Eng
M. Kula Segaran
Fong Kui Lun
Teresa Kok Suh Sim
Lip Li Peng
Chong Eng
Liew Chi Tong
Tony Pua
Boo Cheng Hau
Wong Hon Wai
V.Sivakumar
SIASAH & SEMASA
Ajijoi
Al Brangi
Al Banjari
A L- H U S S E Y N
Al-Kundangi
A.M.K.NS.
Amin Iskandar
Anak Sungai Derhaka
Asam Lambunau
Attakiri
Bancuh Baru!
Beras Terpilih
Beras Melaka
Biaq Pi La
Bicara Khairul Faizi
Bloglist TKO
Bota Online Baru!
Budak Balun
Bumi Perak
Cenangau
Cikgu Nuri?s Online
Cina Islam
Edyesdotcom
GreenBoc
Go Malaysia
Hamirdin
Harapan malaysia
Halim Islam Online
Ibnu Hasyim
Ibrahim Baba
Ikut Suka Aku
Islam Return
Jiwo Klate
Kamarudin Sidek
Kalam Perantau
Kerabu Bersuara
Kide Picture
Kopitiam Bang Nan
Lagenda Buta
Lanh14
Lot 250
Love Perak
Mai Bincang-bincang
Malaysia Waves
Mengejar Cahaya
Merah Hitam
Merah Tinta
Milo Suam
Minda Lutfi
Minda Rakyat
MutaLigat
Nik Hasan Zzmi
Orang Klawang
Oh! Rakyat
Peghelih La...
Penarik beca
Penawar Rindu
Penoreh Getah
Penoreh Getah II Baru!
Perisik Rakyat
Pink Turtle
Rencana Rakyat
Roslan SMS Corner
SharpShooter
Sisi Bukit Baru!
Shahbudin
Sofi Wahab
Sokong PR
Suhaimi Saad
Suhaimi Taib
Suhaizan Kayat
Tarmizi Mohd Jam
Tawan Pekan
Tempayan Retak
Tempe Goreng
Tebas
Tok Pijat
Tun Telanai
Tukar Tiub
Tukul Besi
Ummni Anni
Ust. Nik Nasri
Ust. Saiful Bahri
Wan Nordin Yaacob
Warkah Daily
Warta Maya
Wartawan Laman Reformasi
Zul Mamak
Harism Ibrahim
Barking Magpie
Zorro Unmasked
BICARA AGAMA
Al-Ahkam
Al-Fikrah
E-Fatwa Malaysia
Fatwa Online
Ust. Azhar Idrus
Ust. Amin
Ust. Hasrizal
Ust. Zaharuddin
Dr. Mohd Asri
Dr. Abdul Basit
Darul Mujahidin
Harun Yahya
Ilmu & Ulama
Islam Online
Jarum Emas
Kajian Quran
Surau 2Faber
Tarbawi Baru!
TKO Offline
We Choose Islam Baru!
WEBLOG UMUM
Abu Nuha Corner
Aizek.Net Baru !
Al Belurani
Amirulreza
Bayu Gunung
Cili Merah
CikguCyber Baru !
Dairy Muslim
Desa Kerayong
Farid Rashidi
Fikir2 Renung2
Gaya Peneroka
Hati Sufi
Jiwa Kita Merdeka
Kembara Salik
Kereta Mayat
Minta 5 Minit
Nota Tercicir Baru !
Open Minda Baru !
PapaSiber
Perkhimatan Pelajaran Baru!
Rosli Salem
Satu Umat
Syakur Ibrahim
Unpublished Notes
UMNO & BN
Dr. Fathul Bari
PERTUBUHAN & NGO
Amal Malaysia
Aliran
BERSIH
Fomca
Halal Jakim
MAMPAT
Muslim Consumer
Nadwah Pahang
Persatuan Ulama Malaysia
Skuad Waja Terengganu
Suaram
UMUM/LAIN-LAIN
Ahnaf Khat
Guru Tajweed Syatibi Baru!
Grafik Photoshop
Health Tips
Quran Online
Quran Flash
Mega link (link-link yang lain)
* Link laman yang dipaparkan adalah yang aktif sahaja.
Laman tidak dikemas kini lebih daripada sebulan akan dikeluarkan secara automatik..
[Untuk yang lain-lain sila klik Mega Link atau Link Pilihan pada atas Homepage ini]

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER @ IBT
(IKATAN BLOGGER TERENGGANU - IBT)

Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan.
(Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)

©1422 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
E-mel : [email protected] atau Webmaster : [email protected]

764 Lorong 5 Kiri, Jalan Nibong Stesyen,
23000 Dungun, Terengganu Darul Iman
Tel/Faks : 09-844 8001



All logos and trademarks in this site are property of their respective owner.
The comments are property of their posters, all the rest © 2005 by me.
You can syndicate our news using the file backend.php or ultramode.txt
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi.