Kenapa kedua tajuk nie.. lebih di highlight kan oleh kedua2 Tokoh Debat Islam nie.. pabila berdebat dgn. puak2 Kristian.. WHY??? _________________ "SINGKATNYA HIDUP INI"
Serulah kepada Tuhanmu secara hikmah dan pengajaran yang baik dan berhujah dengan mereka secara yang baik. (An Nahl: 125)
Rasulullah SAW pernah bersabda :
نحن معاشر الأنبياء أمرنا أن ننزل الناس منازلهم وأن نخاطب الناس على قدر عقولهم
Maksud Hadis :
“ Kami para nabi diperintahkan agar meletakkan manusia sesuai dengan kedudukkannya dan berbicara dengan mereka berdasarkan keupayaan akal mereka..”.
Hikmah: ialah perkataan yang tegas dan benar yang dapat membedakan antara yang haq dengan yang bathil.
Dalam menunaikan tuntutan hikmah dan bijaksana itu, Rasulullah saw membagikan golongan yang menjadi sasaran dakwah dan pendidikan kepada 3 kategori:
Golongan khawas (istimewa);
Golongam awam; dan
Golongan degil.
1. Golongan khawas (istimewa) ialah orang2 yang menerima kebenaran hanya apabila ia disampaikan dengan hujah yang tepat, jelas dan benar. Mereka adalah golongan bijak pandai, cerdik dan berilmu. Mereka hanya akan menerima sesuatu kalau ada dalilnya. Untuk menghadapi mereka agar mereka mau menerima Islam maka Rasulullah saw menggunakan susunan perkataan yang mengandungi hukum yang sahih dan dalil yang terang serta hujah2 yang tepat. Hingga dengan itu hilanglah keraguan mereka, bahkan mereka melihat islam begitu tinggi nilai kebenarannya, mengatasi pegangan2 yang lain.
2. Golongan awam tidak perlu hujah yang ilmiah dalam menerima kebenaran kerana fikiran mereka tidak diragukan oleh berbagai-bagai persoalan. Mereka cukup dengan melihat kebaikan yang ada dalam suatu pegangan. Kerana itu Rasulullah saw mendekati mereka dengan nasihat yang baik. Iaitu dengan mendatangkan iktibar yang memuaskan hati atau yang memberi pengajaran, pendidikan serta ibarat2/tamsil2 yg.memberi manafaat.
3. Golongan degil ialah golongan yang mempunyai rasa tidak senang dengan sesuatu. Untuk mendekati mereka, Rasulullah saw mengajak mereka berdialog tentang hal2 yang tidak disenangi itu.
Dialog itu dibuat dengan sebaik-baiknya, mudah dan lemah lembut. Hujah-hujahnya adalah hujah logik yang boleh diterima akal, untuk memadamkan hujah yang membuat hati mereka tidak senang dengan islam. Hasil dialog menjadikan mereka boleh menerima perintah2 ALLAH SBT. Kalaupun mereka tidak boleh menerimanya, mereka sudah tidak ada hujah lagi untuk menolaknya. _________________ "SINGKATNYA HIDUP INI"
Terdapat dua istilah yang patut dibezakan, istilah bertentangan dengan akal serta bertentangan dengan adat.
Maksud bertentang dengan akal adalah : Sesuatu yang tidak boleh tidak mesti berlaku tanpa pengecualian malah mustahil jika bercanggah dengannya. Contohnya seperti anak lahir terlebih dahulu daripada ayah, maka ini barulah dipanggil bertentangan dengan akal kerana tidak mungkin anak lahir terlebih dahulu daripada ayahnya.
Manakala maksud bertentangan dengan adat adalah : Sesuatu yang mungkin boleh berlaku pengecualian daripada kebiasaannya . Contohnya adalah seperti api yang pada kebiasaannya adalah panas dan membakar, namun pada peristiwa dibakar Nabi Allah Ibrahim alaihi al-salam, api yang pada kebiasaannya membakar tiba-tiba tidak membakar, maka kerana itulah ianya dipanggil bertentangan dengan adat. WALLAHUA'LAM. _________________ "SINGKATNYA HIDUP INI"
Imam Al-Syafie juga pernah berhujjah dengan Imam Ahmad bin Hanbal tentang masalah orang yang meninggalkan solat.
Imam Al-Syafie: Hai Ahmad, apakah kamu menganggap orang yang meninggalkan solat itu kafir?
Imam Ahmad: Ya.
Imam Al-Syafie: Jika jadi kafir maka bila pula ia menjadi Muslim?
Imam Ahmad: Apabila orang itu mengucap dua kalimah syahadah.
Imam Al-Syafie: Bukankah orang itu masih meyakini kalimah syahadah dan tidak mengingkarinya?
Imam Ahmad: Ia boleh dianggap Muslim jika solat.
Imam Syafie: Solatnya orang kafir tidak sah dan seseorang tidak boleh disebut Muslim hanya dengan solat sahaja.
Maka, Imam Ahmad pun terdiam dan perdebatan berakhir.
Tujuan Imam Al-Syafie berdebat bukanlah untuk menyalahkan lawannya tetapi tujuan sebenar beliau adalah untuk mencapai kebenaran melalui perdebatan, tanpa mengira sama ada kebenaran itu akan memihak kepadanya atau kepada lawannya.
Berkata Imam Ahmad bin Hanbal ra tentang Imam Syafie ra : “Sesungguhnya Allah memberi nikmat kepada kami melaluinya dan telah kami pelajari ilmu dari sesuatu kaum dan menulis ilmu dari mereka sehinggalah munculnya As-Syafie kepada kami dan setelah kami mendengar ilmu darinya maka tahulah kami bahawa dia itu lebih alim dari orang selainnya dan kami duduk bersamanya pagi dan petang tidaklah kami menemui darinya selain kebaikan.” (Tarikh Islam oleh Ad-dzahabi ms. 334). _________________ "SINGKATNYA HIDUP INI"
Membalas hujjah dengan menimbulkan perkara yang tidak ada kaitan dengan isu yang dibangkitkan, merupakan falasi dalam berhujjah. Perkara ini amat jelas dalam pengajian ilmu munazarah dan jidal.
Falasi digunakan, dikala tidak mempunyai kemampuan untuk berhujjah. Justeru, ia digunakan dikala untuk mengelak dari wujudnya pandangan terhadap kelemahan yang sedia wujud. Ekoran itu, falasi sering digunakan dalam propaganda dalam peperangan, juga dalam serangan politik.
Dari sudut pemikiran ilmiyyah, berhujjah dengan kaedah falasi, akan menampakkan kebodohan dari pihak yang berhujjah. Tetapi, dari sudut pandangan umum, ia sudah pasti dilihat sebagai satu kemenangan.
Perlu diingat, memang falasi digunakan dengan tujuan untuk menutup kelemahan, tetapi jangan sampai ia melahirkan mudharat yang lebih besar. _________________ "SINGKATNYA HIDUP INI"
Datuk Mohamad Asri Muda, Presiden PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, ketika kempen pilihanraya di RTM katanya, “Saya dengar Tunku Abdul Rahman dalam ceramahnya mengistiharkan akan membina lebuh raya timur - barat (Jeli – Grik sekarang) kalau Perikatan menang di Kelantan. Saya hubungi Tunku dan minta penjelasan, bagaimana kalau PAS memang juga?
Tunku sepontan menjawab, kita akan buat juga.” Berdasarkan jawapan itu, Datuk Asri mengakhiri ceramahnya di RTM itu katanya, “Kalau PAS memang, kerajaan pusat akan buat lebuh raya juga, jadi tuan-tuan dan puan-puan undilah PAS.” _________________ "SINGKATNYA HIDUP INI"
Sebagai seorang yg tak punya ilmu,saya suka berhujjah bersandarkan kitab dan sering saya tulis namakitab dan muka surat ke berapa.
Saya merasakan berforum begini lebih elok kerana penulis yg forumer lebih bertanggung jawab. Tulisannya akan jadi lebih mantap dan memberi kita ilmu.
Kita ambil contoh,walaupun saya bukan seorang wahabi.....Ada seorang dua forumer yg menyesatkan Wahabi dan sebagainya. Seeloknya forumer tersebut menyatakan dimana sesatnya wahabi,Ia bercanggah dgn Ayat Alquran dan Hadith yang mana, atau sebaganya.So ilmu ini yg penting yg perlu kita kongsi bersama. Begitu juga jika kita mempertikaikan Syiah,cuma Syiah ni mungkin tak sepenting kita membincangkan wahabi dek kerana bagi saya peratusannya amat keci di Malaysia ini. Walau bagaimana pun ia perlu juga disebut. Api eloknya dipadam sebelum besar.
Sehubungan dgn itu, izinkan saya membua thread , Wahabi dimana silapnya, utk kita bincang secara ilmiah.
Sebagai seorang yg tak punya ilmu,saya suka berhujjah bersandarkan kitab dan sering saya tulis namakitab dan muka surat ke berapa.
Saya merasakan berforum begini lebih elok kerana penulis yg forumer lebih bertanggung jawab. Tulisannya akan jadi lebih mantap dan memberi kita ilmu.
Kita ambil contoh,walaupun saya bukan seorang wahabi.....Ada seorang dua forumer yg menyesatkan Wahabi dan sebagainya. Seeloknya forumer tersebut menyatakan dimana sesatnya wahabi,Ia bercanggah dgn Ayat Alquran dan Hadith yang mana, atau sebaganya.So ilmu ini yg penting yg perlu kita kongsi bersama. Begitu juga jika kita mempertikaikan Syiah,cuma Syiah ni mungkin tak sepenting kita membincangkan wahabi dek kerana bagi saya peratusannya amat keci di Malaysia ini. Walau bagaimana pun ia perlu juga disebut. Api eloknya dipadam sebelum besar.
Sehubungan dgn itu, izinkan saya membua thread , Wahabi dimana silapnya, utk kita bincang secara ilmiah.
Saya tak mahu kata Wahabi sesat kerana saya kurang ilmu
Cuma dalam beberapa hal Wahabi banyak menegor yang itu bidah yang ini bidah ....... mereka mungkin ada nas mereka berkata begitu
Tu yang menyebabkan bir ji'ranah kena kambos, beberapa tinggalan sejarah dikuborkan/dilenyapkan. .... Cuma kadang hairan bila penekanan pada bidah di beri . Tapi yang tinggal atas bukit berhampiran tempat Sa'ie mereka bagai tak nampak, yang tu macam shaitan yang dikenali juga adanya.
Last edited by RAMLISDAR on Mon Dec 03, 2012 7:29 am; edited 1 time in total
LOGIK
Terdapat dua istilah yang patut dibezakan, istilah bertentangan dengan akal serta bertentangan dengan adat.
...akal adalah : Sesuatu yang tidak boleh tidak mesti berlaku tanpa pengecualian ...bla..bla...bla.... Contohnya seperti anak lahir terlebih dahulu daripada ayah...!
...adat adalah : Sesuatu yang mungkin boleh berlaku pengecualian daripada kebiasaannya . Contohnya adalah seperti api ...bla..bla....peristiwa dibakar Nabi Allah Ibrahim alaihi al-salam,
Dua contoh nih sering digembar gemburkan ke hulu dan ke hilir.
.
AKAL...tidak akan berbuat aper-aper ...kalau tiada ILMU. Keraner sumber AKAL bertindak ialah ILMU.
.
So?
Dalam kes Nabi Ibrahim a.s. tuh.........tak der sorang pun dah tengok bagaimana baginda a.s dibakat. Ertinyer..tiada ILMU mengenai nyer.
Jiker sekarang nih..mungkin orang boleh buat kajian bagaimana berlaku....terutama omputeh. Oghang melayu duduk tepi gelanggang jerh!
Maknernyer........ menggunakan hujah 'Nabi Ibrahim a.s tak dimakan api'... jiker rajin menyelidik....akan dapat dirungkai jua. Maker suatu ketiker nanti akan dapat dibuktikan juga.
Maser tuh........... logik adat dah tak laku!
Yang tinggal abadi ialah logik AKAL jua.
Al Quran jugak yang sering sebut 'AKAL'....tak der pun ceghiter pasal 'ADAT' kan?
.
. _________________
All times are GMT + 8 Hours Goto page 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9Next
Page 1 of 9
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
Mega link (link-link yang lain)
* Link laman yang dipaparkan adalah yang aktif sahaja. Laman tidak dikemas kini lebih daripada sebulan akan dikeluarkan secara automatik..
[Untuk yang lain-lain sila klik Mega Link atau Link Pilihan pada atas Homepage ini]
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER @ IBT (IKATAN BLOGGER TERENGGANU - IBT) Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan. (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)