| View previous topic :: View next topic |
| Author |
Message |
noCarRoad Prebet


Joined: Nov 28, 2008 Posts: 150 Location: dalam botol
|
Posted: Thu Jan 10, 2013 5:13 pm Post subject: |
|
|
| khalilah wrote: |
aegina island terletak di greece..antara pulau yg terdekat dengan athens..kalau tak silap saya, perjalanan 45mnt menaiki ferri..
sebaik touch down di athens international airport...kami ambik bas (mcm bas rapidkl) menuju ke pelabuhan piraeus..dari sana ambil feri ke aegina island. |
Puan
Terlebih dahulu nak ucapkan t.kasih kerana menjawab soalan saya tentang pulau.
Cuma ada satu lagi persoalan yang masih bermain dibenak fikiran saya. Saya diberitahu oleh pemandu MPV kami bahwa pelajar-pelajar yang menuntut di University UK yang pembiayaan mereka ditaja oleh kerajaan Malaysia.
Pelajar-pelajar yang mendapat kelulsusan yang cermelang ( excellent) pada peperiksaan semester, mereka akan diberi hadiah 1000 BP sebagai bonus hadiah atas kecermelangan tersebut.
Adakah ini benar atau sekadar hear say saja. Boleh sesiapa memberi pencerahan |
|
| Back to top |
|
 |
khalilah Leftenan Jeneral @ Ultra Mod


Joined: Dec 19, 2005 Posts: 2085 Location: I'm a lucky man, to count on both hands the ones I love
|
Posted: Thu Jan 10, 2013 5:26 pm Post subject: |
|
|
saya dulu belajar dalam negeri aje..jadi takleh jawab soalan saudara eheheh...sapa2 yg tau pasal ni boleh tolong jawabkan kot?
tapi saudara, yg saya tau..diorg ni biasanya menabung..pasal nanti long break boleh gi travel. |
|
| Back to top |
|
 |
katilempuk Pegawai Waran II


Joined: Jun 02, 2008 Posts: 2562 Location: Terajang UMNO ke dalam tong Sampah
|
Posted: Thu Jan 10, 2013 5:33 pm Post subject: |
|
|
negara omputeh, pada defaultnya adalah taman.
mereka tak perlu maintenance yang tinggi utk merekacipta landscape mereka kerana pada defaultnya, muka bumi dan tanaman2 di situ adalah sebuah taman yang indah.
Aku mengaku Malaysia adalah sebuah negara yang tidak cantik waimma alam semulajadinya agak buruk secara default (dibaca jauh tidak cantik berbanding negara eropah dan US-Utara)
walaubagaimanapun Malaysia tetap dicintai sebab di situ tumpah darah dan aku mempunyai berekar-ekar tanah pusaka di Malaya ni.
hehehehe...
uwekkk  |
|
| Back to top |
|
 |
noCarRoad Prebet


Joined: Nov 28, 2008 Posts: 150 Location: dalam botol
|
Posted: Fri Jan 11, 2013 3:17 pm Post subject: |
|
|
| katilempuk wrote: |
walaubagaimanapun Malaysia tetap dicintai sebab di situ tumpah darah dan aku mempunyai berekar-ekar tanah pusaka di Malaya ni.
hehehehe...
uwekkk  |
Ketika mula-mula membaca post KE dalam thread ini ada semacam rasa kurang puas hati dalam diri KE.
Ingin juga bertanya samada KE benar benci dan marah kepada negara tanah tumpah darahnya atau marah dan geram kepada individu atau golongan yang mentadbir negara tumpah darahnya.
Tetapi bila menatap post yang diatas.. rasanya kemushkilan saya telah terjawab |
|
| Back to top |
|
 |
noCarRoad Prebet


Joined: Nov 28, 2008 Posts: 150 Location: dalam botol
|
Posted: Mon Jan 14, 2013 10:38 pm Post subject: |
|
|
Salam kepada pengunjung tetap thread ini.
Kemungkinan ramai yang tertanya kenapa tidak ada update dalam thread ini.
Sebenarnya saya sengaja mematikan sementara posting potret-potret kembara seketika.
Ini bertujuan memberi penghormatan kepada rakan-rakan yang terlibat samada secara lansung atau tidak lansung dalam HKR yang baru berlansung baru-baru ini.
Tahniah kepada semua. |
|
| Back to top |
|
 |
noCarRoad Prebet


Joined: Nov 28, 2008 Posts: 150 Location: dalam botol
|
Posted: Sun Jan 20, 2013 11:08 am Post subject: |
|
|
Bertemu kembali dalam siri kembara kegunong Bromo
Detik permulaan pendakian kepuncak gunong Bromo. Menaiki tangga yang berjumlah 254 anak tangga.
Memandang kepada angka jumlah mungkin sesetengah pendaki akan mengatakan ‘ hmm..piece of cake’ namun pembinaan tangga yang amat curam, mencabar para pendaki terutama warga senja saperti saya. Rasanya diantara 5- 7 anak tangga terpaksa berhenti menarik nafas untuk mengembalikan kekuatan.
Setiap pendaki yang turun akan memberi perangsang kepada pendaki yang naik…Syabas pak…semangat pak…begitulah antara kata-kata dorongan yang diberikan.
Terasa puas saperti pendakian gunung Everest. Begitulah persaan setiap pendaki ketika berjaya tiba kepuncak.
Asap yang keluar dari kawah gunong Bromo
Dari sudut yang lain pula.
Pemandangan station terminal kuda dilihat dari puncak Bromo.
Jip yang menunggu para pendaki yang kembali dari pendakian. Dari sini masing-masing akan pulang kehotel untuk berehat.
Selain dari kewujudan tanah yang subur..gunung Bromo juga membawa rezeki kepada penduduk tempatan. |
|
| Back to top |
|
 |
jepunPAS Prebet


Joined: Oct 23, 2007 Posts: 119 Location: Kampung Ninja
|
Posted: Sun Jan 20, 2013 12:10 pm Post subject: |
|
|
Tuan NCR,
Untuk g Gunung Bromo tu tuan g sendiri atau guna package, klu g sendiri mcana iternery nya ? Nak ke puncak tu kena ada skill panjat gunung atau main redah je ?
TQ tuan. |
|
| Back to top |
|
 |
noCarRoad Prebet


Joined: Nov 28, 2008 Posts: 150 Location: dalam botol
|
Posted: Sat Jan 26, 2013 3:59 pm Post subject: |
|
|
| jepunPAS wrote: | Tuan NCR,
Untuk g Gunung Bromo tu tuan g sendiri atau guna package, klu g sendiri mcana iternery nya ? Nak ke puncak tu kena ada skill panjat gunung atau main redah je ?
TQ tuan. |
Maaf agak terlewat menjawab.
Saya mengikut package. Walaubagaimana ada beberapa info yang boleh dikongsi bersama , semuga ia memberi manafaat.
Tujuan utama keGunong bromo kerana mahumelihat matahari terbit diwaktu diawal suboh.Namun setelah suboh beredar kembara sampingan adalah pendakian kepuncak gunong Broma untuk melihat kawah gunong berapi Bromo yang masih active.
Untuk kegunong Bromo anda harus menginap dihotel yang berdekatan dengan kampong “Penanjakan’ jauhnya kurang lebih 280km dari Bandar Surabaya.Dari hotel keterminal ( dikaki gunung) mengambil masa selama 0.5 jam.Buat makluman jalan dari Surabaya kekampong tersebut adalah jalan kecil selorong. Oleh itu kelajuan keederaan anda terhad.
Untuk menuju keterminal ( dikaki gunong) anda boleh menyewa teksi ( kami menaik bas). Diterminal anda perlu menyewa jip pancuan empat roda max.penumpang 5 orang. Ia mengambil masa kurang lebih 20 minit. Dari perhentian ketempat melihat matahari anda kena berjalan. Ada juga taxi motor yang mengenakan 100k Rup.untuk keatas. Sebenarnya ia tidak jauh dari tempat turun dari jip ketempat melihat. Anda boleh juga memilih untuk berjalan. Namun nasihat saya atas factor keselamatan lebih baik naik jib. Ini kerana jalan kepuncak terlalu kecil dan gelap pula. ( awal suboh).
Sekian semuga ia membantu |
|
| Back to top |
|
 |
khalilah Leftenan Jeneral @ Ultra Mod


Joined: Dec 19, 2005 Posts: 2085 Location: I'm a lucky man, to count on both hands the ones I love
|
Posted: Sat Jan 26, 2013 4:06 pm Post subject: |
|
|
| Saudara nocarroad..tgk gambar tangga tu..saya plak yg naik semput ehehe..blom betul2 pqnjat lagi... |
|
| Back to top |
|
 |
noCarRoad Prebet


Joined: Nov 28, 2008 Posts: 150 Location: dalam botol
|
Posted: Sat Jan 26, 2013 4:26 pm Post subject: |
|
|
| khalilah wrote: | | Saudara nocarroad..tgk gambar tangga tu..saya plak yg naik semput ehehe..blom betul2 pqnjat lagi... |
benar puan
tangga berjumlah 254 anak tangga. Bila dipertengahan setiap3-4 anak tangga saya berhenti untuk menarik nafas/berehat. Saya kerap berjogging 2X seminggu. Sedikit sebanyak kegiatan tersebut memberi sedikit stamina jika terdapat aktiviti lasak ketika berkunjung kenegara luar. |
|
| Back to top |
|
 |
noCarRoad Prebet


Joined: Nov 28, 2008 Posts: 150 Location: dalam botol
|
Posted: Sat Jan 26, 2013 4:42 pm Post subject: |
|
|
Kini mari kita masuk ke…TIME TUNNEL…kita masuk ketahun 1963. Era dimana Indonesia merupakan negara pertama yang memiliki teknoloji kapal salam berbanding dengan negara-negara dengan asia tenggara yang lain.
Kapal selam 'wishkey class' dari Soviet Union.
Torpedo dibahagian hadapan kapal selam. Keselurohanya ia memiliki 6 torpedo. 4 dihadapan dan dua dibahagian belakang kapal selam.
Torpedo (2) dibahgian belakang. Pintu tiub yang terbuka menunjukan dalam tiub.
Tempat berehat/ tidur untuk crews.
Bilik air untuk mencuci muka. Tidak kelihatan bilik mandi atau tandas. tandas mungkin ada. Bilik mandi rasanya tiada ..mungkin didasar laut kurang berpeluh.
Engine room
Pandangan dari satu bilik kesatu bilik. Perhatikan lobang dihujung gambar. Ia adalah pintu masuk dari satu compartment kesatu compartment.
engine Room 2 |
|
| Back to top |
|
 |
noCarRoad Prebet


Joined: Nov 28, 2008 Posts: 150 Location: dalam botol
|
Posted: Sun Feb 03, 2013 9:43 am Post subject: |
|
|
Selamat Pagi.
Kita masih lagi dalam penerokaan didalam k.selam
Bahagian bawah kapal selam.
Ini pula tempat 'memandu'
Salah seorang teman kami cuba beraksi memandu k.selam
Bilik. Sonar. mengesan aktiviti diluar k.selam
Telescope. Meninjau aktivity dipermukaan air.
Dilihat dari sudut yang berasingan.
Pintu masuk dari satu cabin kesatu cabin.
Cara masuk melalui pintu ini. Hulurkan (masuk) sebelah kaki kesebelah cabin. Tangan memegang atas lobang. Tundukan badan dan masuk kedalam lubang.
Piintu besar kebilik kaptan kapal ( bilik memandu/ operasi).
Note. Unit aircon disebelah kanan bukanlah original dari k.selam tetapi dipasang oleh pemerintah untuk keselesaan pengunjung. |
|
| Back to top |
|
 |
noCarRoad Prebet


Joined: Nov 28, 2008 Posts: 150 Location: dalam botol
|
Posted: Sat Feb 16, 2013 1:13 pm Post subject: |
|
|
Salam kepada Tuan /Puan mod.
Suasana diTKO terkini dibahangi dengan demam PRU13.
Saya agak keberatan menyambung siri kembara ini . Ditakuti kemunculan siri ini merosakan momentum kegairahan pengunjung TKO dalam bahang PRU.
Namun untuk tidak menghampakan kepada pengunjung setia Thread ini saya akan cuba teruskan. Andai terdapat respon negative saya akan merehatkan siri ini buat seketika hingga selesai PRU nanti.
Kini kita berkunjung pula kekebun apple.
Pertama kali mendengar pengumuman ini agak tersentak jua. Maklomlah Apple hanya tumbuh dinegara yang mempunyai empat musim.
Pemandangan pekan dimana terletaknya kebun apple.
Suasana pagi dipekan tersebut
Kebun Apple
Ada tiga macam rasa apple disini.
1.Ranggup manis
2. Masam manis
3.Sedikit kelat
Hanya terdapat apple hijau saja yang boleh tumbuh disini.
Mengiukt penerangan pengusaha kebun ini, Terkini mereka sedang membuat uji/kaji untuk menanam apple berwarna merah.
Saiz kecil hingga yang besar hidup subur ditangkai.
Pengalaman memetik Apple dengan tangan sendiri.
Lagi gamabar buah Apple ditangkai.
Salah seorang sahabat kami yang agak kehairanan bila berada dikebun Apple dan melihat apple yang boleh dipetik. Maklomlah pengalaman ini hanya boleh diperolehi jika berada dinegara empat musim. |
|
| Back to top |
|
 |
rangers Prebet


Joined: Mar 02, 2011 Posts: 170
|
Posted: Sat Feb 16, 2013 1:26 pm Post subject: |
|
|
| pendapat saya tn ncr perlu teruskan coretkan pengalaman tuan di sini... kerana didalam kehangantan PRU.. pembaca perlu juga satu bacaan ringan utk dibaca... bagi meredakan suasana... |
|
| Back to top |
|
 |
khalilah Leftenan Jeneral @ Ultra Mod


Joined: Dec 19, 2005 Posts: 2085 Location: I'm a lucky man, to count on both hands the ones I love
|
Posted: Mon Feb 18, 2013 4:57 pm Post subject: |
|
|
| rangers wrote: | | pendapat saya tn ncr perlu teruskan coretkan pengalaman tuan di sini... kerana didalam kehangantan PRU.. pembaca perlu juga satu bacaan ringan utk dibaca... bagi meredakan suasana... |
setuju dengan rangers..insya allah, teruskan saudara ncr...sehingga ada pengumuman dari admin, teruskan perkongsian kembara saudara. |
|
| Back to top |
|
 |
|