Joined: Dec 11, 2006 Posts: 737 Location: Never underestimate the power of idiots in large groups
Posted: Wed Jan 23, 2013 4:41 pm Post subject:
zulfan wrote:
kedi wrote:
melayu sebenarnya bukan penakut, tetapi kezaliman yang dilakukan ke atas orang melayu biasanya tiada pembelaan dari orang melayu sendiri. sejarah telah membuktikan bahawa orang melayu memang berani, peristiwa memali, al maunah, dan ramai lagi melayu yang mati dalam lokap polis tapi apakah pembelaannya berbanding bangsa lain, orang cina bangun bila ianya melibatkan bangsanya contohnya Teoh Beng Hock, gambar tahanan lokap disuruh berbogel samapai PM minta maaf last sekali perempuan melayu yang disuruh bogel tiada pembelaan yang bersungguh-sungguh.
sejarah telah membuktikan, yang berani akan digelar pengkhianat atau ke lokap. yang penakut akan digelar pejuang sedangkan semasa hayat hanya mengikut telunjuk bos.
Kalau tak silap saya... saya rasa macam ada yang kerja dengan british dulu dapat jadi pm.
dalam 3 kategoori inilah.....katagori kerja gomen yg agak penakut. takut kena buang kerja laa. takut tak naik pangkat laa. takut segala jenis takut.
saya bukan nak mengata. saya pon bekas guru. saya bekerja selama 15 tahun.masa jadi cikgu..saya juai harakah pon sembunyi-sembunyi..punyalah takut nak mampuih.
bila saya berhenti cikgu, saya pacak berpuluh tiang bendera pas didepan rumah sewa saya. hilang rasa takut. _________________ wassallam
Joined: Mar 10, 2009 Posts: 4849 Location: Restoran NKH, Bangi
Posted: Wed Jan 23, 2013 5:47 pm Post subject:
malang sekali bangsa melayu. dibudayakan dengan makan gaji. sehinggakan, kat kg2 tuu....kalau nak minang anak depa...kalau tak kerja gomen...emmmmm......banyaklah songgehnya. sedangkan kita dan syok dah... _________________ wassallam
Posted: Wed Jan 23, 2013 6:07 pm Post subject: Re: Budaya Makan Gaji punca Melayu Penakut??
ashrof1 wrote:
'Ahli akademik hanya mahu Datuk, naik pangkat'
Lee Long Hui
11:49AM Jan 23 2013
Kakitangan fakulti di universiti tempatan didakwa 'terlalu takut untuk memperjuangkan kebebasan akademik kerana ia boleh menjejaskan peluang mereka untuk naik pangkat atau menerima anugerah seperti datuk'.
Dakwaan tersebut dibuat di forum mengenai 'Kebebasan
Akademik dan Hak' malam tadi oleh bekas profesor undang-undang Abdul Aziz Bari dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Maszlee Malik.
"Mereka pergi ke Amsterdam atau Geneva untuk dianugerahkan pingat emas, menginap di hotel lima bintang ... selepas itu, mereka pergi ke Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapatkan lanjutan (kontrak mereka) untuk menjadi naib canselor atau timbalan naib canselor. Ini yang berlaku sekarang," dakwa Abdul Aziz.
Pakar undang-undang perlembagaan itu berkata tidak ada gunanya menyalahkan kerajaan atau Umno bagi keadaan tersebut kerana ahli akademik sendiri yang didakwanya malas.
Katanya, mereka tidak mempunyai idea baru, tidak menjalankan penyelidikan, tidak mengarang apa-apa - semua kerana takut.
Beliau mendakwa mereka masuk ke universiti (atau menjadi
profesor, timbalan dekan, dekan, naib canselor atau rektor) dengan 'menarik kabel' - dan menjadi takut.
"... mereka tidak menggalakkan kebebasan akademik, tugas mereka adalah untuk memastikan universiti dikekalkan sebagai sebahagian daripada birokrasi kerajaan," tambahnya.
Pada masa yang sama, dakwanya, ahli akademik yang bercakap untuk masyarakat luar kampus dianggap sebagai orang yang tidak diingini di universiti, sepertimana yang berlaku pada dirinya.
"Kami tidak mendapat geran penyelidikan, kami tidak mempunyai ruang untuk bercakap, kami dianggap sebagai subversif, dan akhirnya ditekan untuk meninggalkan universiti," tambahnya.,
Aziz Bari berhenti daripada UIAM pada akhir tahun 2011 selepas membuat kritikan secara terbuka terhadap Sultan Selangor.
Menyuarakan pandangan yang sama, Maszlee (kanan) berkata
budaya naungan dan takut di universiti sekarang, begitu menjejaskan ahli akademik dan pelajar.
Beliau mendakwa, ahli akademik bergantung kepada tuan politik mereka untuk dicalonkan bagi anugerah 'Datuk' atau 'Datuk Seri', atau kenaikan pangkat, dan mereka takut menerima surat amaran.
"Mereka telah hilang keberanian mereka, identiti dan keupayaan untuk berfikir. Mengapa? (Ini kerana) hati mereka diselubungi ketakutan.
"(Pelajar) takut (Pinjaman Pengajian Tinggi Nasioanal) akan ditarik balik. Mereka takut dapat markah rendah, takut dibuang universiti, takut segala-galanya," tambahnya.
Bravo TT.. Teman mmg.stim ngan tajuk gini.. plak tuu ada tanda (??)
Dulu Prof. Abdul Aziz Bari tuu.. makan gaji gak kan.. tapi pasai per dia brani giler eekk..???
Orang kojer sendrik nie.. brani giler kut..???
Soo.. camner nok jadik brani eekk.. brenti kojer makan gaji eekk..??? _________________ "SINGKATNYA HIDUP INI"
Orang melayu yg.noreh getah,nanam padi, nangkap ikan,jual nasik lemak, panjat petai dll. tuu.. lagu mana plak braninya..??? _________________ "SINGKATNYA HIDUP INI"
Itulah namanya LUMRAH KEHIDUPAN.
Ada yang makan gaji, ada yg meniaga, ada yg profesional.
Dah kalau semua meniaga, korang nak jual barang niaga kpd siapa sebagai pelanggan ?Nak jual talipinggang, kasut, goreng pisang, nasi lemak, air tebu kpd monyet ker?
Ha bro ?
So, setiap orang/manusia sudah Allah tetapkan ranking kehidupannya berkadaran dengan tahap usaha, taraf pendidikan dan juga nasib masing2 yg ditentukan NYA.
Klakor tapi solid maa.. Heheee... _________________ "SINGKATNYA HIDUP INI"
apa dia cakap tu betul.
melayu penuh dengan ketakutan.
=====
org puteh sifat dia berani.
bila dia kritik benda yg tak betul, rakan2 yang lain datang menolong dan menyebelahinya.
melayu tak begitu.
kalau seorang melayu berani mengkritik benda yg tak betuL, dan dia kena tindakan tatatertib, rakan2 yang lain tak berani bersuara lantang utk membantu.
Ini bukanlah semua
tapi mungkin majority setakat yg aku dapat lihat.
sebab itulah bangsa melayu bukannya bangsa yang dominan dan melayu bukan juga suatu bangsa penakhluk. (dibaca menakhluki bangsa lain.)
maka, mungkin sebab itu, Allah tempatkan kita di suatu negara panas-lembab yang 'kena' dgn sifat bangsa melayu itu sendiri iaitu lembab melalui penghijrahan di atas pilihan sendiri kerana mungkin tidak terdaya dek tekanan demi tekanan di tempat asal.
Bangsa penakhluk dan bangsa dominan yang lain ditempatkan di negara2 yang sejuk, yang mana membolehkan ummatnya cerdik berfikir utk mengatasi kesejukan itu dan akhirnya ia membuahkan ilmu pengetahuan dengan pantas sekali.
wallahuaklam.
Ampun Pak.. Bagaimana si.. Bangsa Arab yg.banyak padang pasir gituu..??? _________________ "SINGKATNYA HIDUP INI"
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
Mega link (link-link yang lain)
* Link laman yang dipaparkan adalah yang aktif sahaja. Laman tidak dikemas kini lebih daripada sebulan akan dikeluarkan secara automatik..
[Untuk yang lain-lain sila klik Mega Link atau Link Pilihan pada atas Homepage ini]
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER @ IBT (IKATAN BLOGGER TERENGGANU - IBT) Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan. (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)