| View previous topic :: View next topic |
| Author |
Message |
MRSESAK Koperal


Joined: Nov 06, 2006 Posts: 676 Location: dalam negeri dua alam
|
Posted: Sat Jan 26, 2013 8:39 pm Post subject: Zambry: BN dalam situasi baik tawan kembali kerusi Taiping |
|
|
Zambry: BN dalam situasi baik tawan kembali kerusi Taiping
26 Januari 2013
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
TAIPING - Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan yang cukup baik untuk menawan semula kerusi Parlimen Taiping, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Zambry yang juga Pengerusi BN negeri berkata kenyataan itu bukan bermakna BN angkuh namun berdasarkan maklum balas penduduk Taiping terhadap BN sejak kebelakangan ini.
"Saya amat positif, kita lihat sambutan serta maklum balas rakyat. Selain itu ia juga berdasarkan gabungan dan kerja keras yang dijalankan semua rakan komponen dalam BN...kerja kuat, tidak angkuh dan berdoa kepada Tuhan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Kasih Sayang dan Mesra Jiran Komuniti 1Malaysia anjuran Jabatan Penerangan di Kompleks Rakan Muda di Kamunting, di sini hari ini.
Mengenai aspek sabotaj, Zambry yang tidak menolak kemungkinan perkara itu berlaku, berkata pemerhatian dalam kalangan anggota parti komponen juga mendapati mereka akan menyokong calon yang dapat memberi kemenangan kepada BN.
Sementara itu, Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe yang turut hadir, berkata BN telah bekerja keras untuk merampas semula kerusi Taiping.
Pembangkang sudah diberi peluang sepenggal di kerusi itu dan pengundi kini tahu ragam mereka yang tidak menunaikan janji, sedangkan BN berusaha menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat di situ, katanya.
"Kita berharap rakyat kini dapat membezakan calon yang bekerja dan calon yang hanya banyak bercakap," kata Tan yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Mengulas mengenai kedudukan kerusi itu yang sebelum ini ditandingi Parti Progresif Penduduk, Tan berkata perkara tersebut telah selesai dan pengundi
boleh menjangka siapa calon BN.
Desas-desus mengatakan Tan akan bertanding di situ. |
|
| Back to top |
|
 |
pak_lang Leftenan Jeneral @ Ultra Mod


Joined: Mar 13, 2007 Posts: 1567
|
Posted: Sun Jan 27, 2013 8:08 am Post subject: |
|
|
Dok sembang banyak2 pun tak guna juga...
bubar saja Parlimen sekarang...
lepas tu lawan.... |
|
| Back to top |
|
 |
DreamboxJB Sarjan


Joined: Feb 11, 2012 Posts: 1394 Location: Singapore
|
Posted: Sun Jan 27, 2013 8:11 am Post subject: |
|
|
penakut punya umngo bn _________________ www.dreamboxjb.com |
|
| Back to top |
|
 |
mofza Pegawai Waran II


Joined: Jul 16, 2007 Posts: 2271 Location: atas bumi Allah yg fana...
|
Posted: Sun Jan 27, 2013 10:30 am Post subject: |
|
|
| jgn dok berangan la... |
|
| Back to top |
|
 |
Tetamu Veteran-TKO


Joined: Apr 02, 2005 Posts: 1069 Location: Malaysia
|
Posted: Sun Jan 27, 2013 10:44 am Post subject: |
|
|
| Sapa2 p tepen..p singgah kt masjid yg warna hijau yg dekat simpang dua tu. Hehe..masuk2 jer depa terus tya. Adik masih sokong bn ka? Jwb molek2..salah jwb silap2 kena tongkat |
|
| Back to top |
|
 |
seliji Koperal


Joined: Oct 21, 2007 Posts: 707 Location: Ardennes Forest, December,1944
|
Posted: Sun Jan 27, 2013 12:26 pm Post subject: |
|
|
parlimen taiping ramai kaum cina
so...x pyh ckp byklah BN...hahahaha |
|
| Back to top |
|
 |
pak_lang Leftenan Jeneral @ Ultra Mod


Joined: Mar 13, 2007 Posts: 1567
|
Posted: Sun Jan 27, 2013 12:38 pm Post subject: |
|
|
Yeop Ikanlepu pun ada di tepen...
mampus la Zambri... |
|
| Back to top |
|
 |
mutiarakata Prebet


Joined: Sep 09, 2011 Posts: 216
|
Posted: Sun Jan 27, 2013 3:07 pm Post subject: |
|
|
Hang amik la taiping tu zamri...
tapi PR nk amik perak....
Menangis la hang....
 |
|
| Back to top |
|
 |
Tetamu Veteran-TKO


Joined: Apr 02, 2005 Posts: 1069 Location: Malaysia
|
Posted: Sun Jan 27, 2013 3:15 pm Post subject: |
|
|
| mutiarakata wrote: | Hang amik la taiping tu zamri...
tapi PR nk amik perak....
Menangis la hang....
 |
Dia nk sangat tepen sebab senang nk melawat penjara dgn zoo |
|
| Back to top |
|
 |
cempedak Sarjan


Joined: Mar 16, 2008 Posts: 1398 Location: Atas Petak 64
|
Posted: Sun Jan 27, 2013 8:46 pm Post subject: |
|
|
taiping tu ramai cina maaa.. sembang banyak pun tak guna si methalik nie ajak Debat lari.. huhuhu..
kalau rasa boleh tawan taiping semula.. apakah Cina cina di sana telah buat U Turn.. huhuhuhukk..
macam lawak pulak aku mendengarnya.. |
|
| Back to top |
|
 |
|