Akaun Anda Hantar Artikel Forums Prosedur Iklan Hubung Kami Top Hits Keluar RSS TKO Versi 12 Facebook TKO Twitter TKO TranungKite Online Melihat Waktu Solat
     Create an account      
  TERKINI..   Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai    Salah Siapa?    Buang Fail Windows 10 Lama Dan Dapatkan Storan Tambahan Selepas Naik-Taraf Windows 10 FCU    Cadang Naik Harga Rokok RM50 Sekotak    Yusof Apdal Bebas    Agenda Yahudi    Mat Sabu tak percaya janji manis PAS tapi percaya gila dengan janji LGE!    Bidas Tun M, Bellew Cuma Mahu ‘Balik Kampung’    PAS Kelantan 'gempur' Wisma Tok Guru    Air mata Wan Azizah berlinangan lagi  
Infomation
Iklan Kiri


UNTUK MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN IKLAN - sila emelkan ke [email protected]
Menu Utama
 Asas Laman
    · Home
    · 10 Teratas
    · Advertising
    · Akaun Anda
    · Album
    · Arkib Artikel
    · Beritahu Kawan
    · FAQ
    · Forum
    · iklan
    · Kajian
    · Kotak Sembang
    · Masej Peribadi
    · Muat Turun
    · Newsxxx
    · Pencarian
    · PHPNuke Editor
    · PRK Sg. Limau
    · Statistik
    · Sudut Cetak
    · Sudut Video
    · Topik
    · Tragedi MH17
    · Waktu Solat

 Tambahan
    · GuestBook
    · Mega Links
    · Tempahan Iklan
    · Peta Laman

 Peranan Anda
    · Tambah Download
    · Tambah Links
    · Beritahu Kawan
    · Komen/Cadangan
    · Kaji Selidik
    · Catat GuestBook

 Ahli Berdaftar
    · Hantar Artikel
    · Akaun Anda
    · Mesej Peribadi
    · SMS Percuma

 Khidmat Kami
    · Download
    · Webs Link
    · Waktu Solat
    · Kalendar Aktiviti
    · Papar Shout Box

 Radio & TV
    · TKO.fm
    · TKO.tv
    · WebTV1
    · WebTV2
    · KTV
    · WTV8
    · TVPAS
    · WebRTV

 Bantuan & Info
    · Dasar Kami
    · FAQ
    · Tips Webs
Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Statistik Pembaca
We received

471966290
page views since
1 September 2012

Jumlah Hits
· Hari Ini

40672

· Semalam

60979


Purata Hits
· Sejam

9,569

· Sehari

215,313

· Sebulan

6,555,087

· Setahun

78,661,048


Server Masa Server
· Masa

14:21:36

· Tarikh

23 Oct 2017

· Zon

+0800

Anonymous Online
TranungKite Online (TKO): Forum

www.tranungkite.net :: View topic - Perihal Panji Hitam Langkasuka
 Forum FAQForum FAQ   SearchSearch   UsergroupsUsergroups   ProfileProfile   Log in to check your private messagesLog in to check your private messages   Log inLog in 

Perihal Panji Hitam Langkasuka
Goto page 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8  Next
 
Post new topic   Reply to topic    www.tranungkite.net Forum Index -> Agama & Falsafah
View previous topic :: View next topic  
Author Message
alexanderwathern
Lans Koperal
Lans Koperal


Joined: Apr 13, 2007
Posts: 318
Location: Malaysia

PostPosted: Sat Mar 30, 2013 10:18 am    Post subject: Perihal Panji Hitam Langkasuka Reply with quote

PERIHAL PANJI HITAM LANGKASUKA (BAHAGIAN 1)
http://myalexanderwathern.blogspot.com/2013/03/perihal-panji-hitam-langkasuka-bahagian.html

Antara isi penting :

1. Pemuda Bani Tamim lahir di Malaysia.
2. Jemaahnya iaitu 313 Panji Hitam Langkasuka sudah dibentuk.
3. Jemaahnya sudah dibai’ah dan disahkan oleh Tuan Guru Wali Hidup, iaitu guru pondok Sungai Bayu, Gua Musang, Kelantan. 3 hari kemudian guru pondok itu meninggal dunia.
4. Nama kerajaannya ialah Kerajaan Islam Empayar Langkasuka Nusantara.
5. Pemimpinnya ialah Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II. Dialah Pemuda Bani Tamim merangkap Pemegang Panji Al-Mahdi.
6. Mereka boleh berhubung dengan arwah Tok Kenali.
7. Majlis mereka sering diadakan di Masjid Tok Kenali di Kubang Kerian, Kelantan.
8. Majlis-majlis mereka ada yang dihadiri oleh Wali-wali Songo/Sembilan, wali-wali kutub, jin-jin Islam, malah nabi-nabi seperti Nabi Khidhir, Nabi Ilyas dan ramai nabi lagi. Jemaah mereka mendapat 100% sokongan daripada tokoh-tokoh berkenaan.
9. Jemaah mereka turut diakui kewujudannya oleh Zionist.
10. Raja Langkasuka II itu berketurunan campuran antara keturunan Nabi Sulaiman dengan keturunan Nabi Muhammad. Juga berketurunan Nabi Ibrahim campur keturunan Nabi Sulaiman, iaitu satu kaum yang dikatakan hilang dalam sejarah.
11. Mendakwa ada lebih 80 hadith sahih tentang Pemuda Bani Tamim dan yang seumpama dengannya. (Sesiapa yang ada masa bolehlah buat semakan tentang hadis-hadis ini).
12. Dalam salah satu majlis mereka berlaku “keajaiban dari langit”.
13. Sebagai bantuan kepada pasukan mereka, Allah menghantar tenteranya menghuru-harakan New York.
14. Pihak Pesuruh & Pengikut Dajjal sudah mengesahkannya 5/10/12 surat pengesahan dan peralihan kuasa ekonomi kepadanya. (*Apa yang disah dan siapa yang mengesah itu tidaklah saya ketahui).
15. Bermula 1 Muharram 1434, Jemaah mereka sudha mula bergerak dari masjid ke masjid, bermula dari negeri Kelantan.
16. Mereka akan sampai kepada Yang Dipertuan Agong dalam masa terdekat.
17. Beberapa orang karkun (ahli Jemaah Tabligh) sudah menjadi pengikut Raja Langkasuka ini.

1.0 PENGENALAN

Alhamdulillah, syukur.

Selalunya apabila muncul ajaran-ajaran atau kumpulan-kumpulan yang pelik-pelik, para sahabat akan menghubungi saya kerana mereka tahu minatnya saya akan hal-hal sedemikian. Tahun 2013 ini merupakan tahun yang paling sibuk bagi saya, jadi saya sangat kekurangan waktu untuk melibatkan diri. Namun dalam minggu ini mesej demi mesej tiba meminta pandangan saya tentang kumpulan Panji Hitam Langkasuka/Nusantara.

Pada mulanya saya memang tidak bersedia untuk ikut campur, tapi kawan-kawan nampaknya sangat mengharap. Oleh itu, atas keterbatasan ruang masa, saya hanya akan mengkongsikan maklumat-maklumat yang saya sahaja. Berdasarkan maklumat-maklumat itu nanti, para pembaca bolehlah membina keputusan sendiri. Wallahua’lam.


2.0 DIALOG KAMI

Perbualan saya dengan salah seorang pengikut kumpulan Panji Hitam Langkasuka (*atau mungkin juga pemimpinnya sendiri) bermula pada 13 Ogos 2012.

ABON : Assalamualaikum....boleh minta pandangan dan pendapat? Menarik tulisan tuan tentang Pemuda Bani Tamim (*maksudnya tulisan-tulisan saya yang membongkar ajaran sesat Al-Mahdi Yaman dan Pemuda Bani Tamim Lombok).

ABU ZULFIQAR : Wlksm Abonrealtyestate Abon (*saya buat semakan di Facebook semalam, akaun dengan nama ini sudah tidak ada/tidak aktif). Boleh.

ABON : terima kasih..jika tuan ada kelapangan kita sembang di chat..minta tuan accept ana.
(*Selepas diterima sebagai rakan FB…)
Assalamulaikum, apa pendapat dan pandangan tuan, Pemuda Bani Tamim sudah pun lahir di Malaysia bumi bertuah ini. Beliau sudah membentuk Jamaahnya untuk permulaan selepas dibai'ah dan dan sahkan oleh Tuan Guru Wali Hidup (*saya tidak pasti siapakah orang yang dikatakan Wali Hidup ini, tapi mungkin sekali Ustaz Muhammad Tohir bin Ismail, pengasas Pondok Sungai Bayu, Gua Musang, Kelantan) . Identitinya Allah sembunyikan untuk mengelirukan musuh-musuh.

ABU ZULFIQAR : Wlksm tuan. Pendapat dan pandangan saya..... saya tidak tahu PBT (*Pemuda Bani Tamim) sudah lahir ataupun belum, tapi tidak mustahil jika dia sudah lahir ketika ini. Tentang tempat lahirnya tidaklah saya ketahui. Hadith-hadith Nabi cuma mengatakan PBT akan datang dari sebelah Timur. Timur itu pula sangat luas, dari Najd ke Iraq, Khurasan, Sind, Hind, India, China, Indochina, Jepun, Nusantara... sangatlah luas wilayahnya. Namun, tidak mustahil jika dia lahir di Malaysia.

Tentang PBT sudah membentuk jemaahnya sekarang, saya tak tahu juga. Boleh jadi sudah, boleh jadi juga belum. Tentang PBT dibai'ah dan disahkan oleh Tuan Guru Wali Hidup, hal ini kali pertama saya mendengarnya. Jadi saya tak ada maklumat tentangnya.

Tentang identitinya disembunyikan Allah, ya, saya berpandangan begitu kerana jika identitinya terdedah, sudah tentu dia akan dibunuh, atau dianiaya, atau dicacatkan, atau sebagainya sejak awal lagi oleh musuh-musuh Islam. (*Fahamlah kita, bahawa Pemuda Bani Tamim sebenar tak akan mudah-mudah menghebahkan dirinya sebagai PBT. Yang menghebah-hebah ke sana ke mari itu, ringkas cakap… bukan dia le tu)

Sebenarnya gelaran "Pemuda Bani Tamim" itu sendiri saya belum ketemu dalam hadith-hadith yang sesuai dijadikan sandaran kecuali satu hadith (mungkin ada yang lain, cuma saya belum jumpa). Dalam hadith-hadith lain, gelaran 'PBT' tidak dinyatakan secara langsung. Wallahua’lam.

ABON : Terima kasih atas pendapat tuan tu...memang tak jelas dalam hadith-hadith mengenai PBT ni, tapi ada satu hadith yang mengatakan pemegang/pembawa Panji Hitam ALMahdi, juga dia akan memperolehi kerajaan yang luas di Timur...sebenarnya dari kefahaman ana PBT ni satu rahsia Allah yang amat besar dan bukan mudah untuk difahaminya,,,melainkan dengan pentunjuk dari Allah...Tuan boleh scan nama seseorang untuk mengetahui asal usulnya? (*Kemudian dialog kami bersambung pada waktu yang lain, sebagaimana di bawah)

ABON : Maaf menggangu tuan. Tuan orang Taiping?

ABU ZULFIQAR : Ya, saya di Taiping. Tuan di mana?

ABON : Ana di KL tuan, tapi mentua orang Taiping. Tuan Taiping area mana?

ABU ZULFIQAR : Asal di Pokok Asam.

ABON : Dekat tu, tuan dah dapat mesej yang ana hantar tu (*tentang kemampuan scan nama orang untuk mengetahui asal-usulnya – satu ilmu yang hebat nampaknya)?

ABU ZULFIQAR : Oh, belum baca. Maaf, Baru nak baca, dia (*mesej itu) dok kat atas tadi, tak perasan. Pasal scan nama, saya tak ada ilmu tu.

ABON : Sebab ana tengok komen tuan pasal PBT Lombok tu, tuan tengok muka dia tapi tak nampak auranya (sebagai) PBT. (*Sebenarnya yang saya buat ialah memohon gerak daripada Allah dan menggunakan serba-sedikit ilmu menilai orang dari air muka. Itu sahaja.)
Tuan kenal dengan Tuan Guru Baba Hj Thahir Mohamad Bin Haji Ismail?

ABU ZULFIQAR : Ya, memang tak nampak dia PBT. Yang saya nampak wajahnya menunjukkan dia berpenyakit, tak sihat. Tuan Guru Sepanjang (*seorang ulama Pattani) ke?

ABON : Bukan, Pengasas Pondok di Sg Bayu Gua Musang. Dengar cerita dia yang dah membai'ah dan mengesahkan Jamaah 313 Panji Hitam tu, sebelum dia meninggal. Tarikh bai'ah 27/4/12 Allahyarham kembali ke rahmatullah 1/5/12. (*Dalam siri akan datang, saya akan bawa kisah ini selanjutnya. Kononnya Pemuda Bani Tamim (atau Raja Langkasuka) bersama-sama beberapa orang rakannya ada pergi bertemu Ustaz Tohir ini, dan Ustaz Tohir menangis dan membai’ah Raja Langkasuka. Selang beberapa hari, meninggallah si ustaz. Maka hilanglah saksi utama peristiwa itu dari alam ini. Benar atau tidak, tidaklah dapat kita pastikan. Wallahua’lam).

ABU ZULFIQAR : Belum pernah dengar ceritanya tentangnya. Dulu dia tinggal di mana?

ABON : Dia asal Patani...berguru juga di Pondok Pasir Tumboh. Dia buka pondok di Gua Musang tu.

ABU ZULFIQAR : Saya tak ada maklumat tentang diorang, jadi tak tahu nak komen apa-apa.

ABON : Ok tuan takpe, ana tanya aja. ana beraya di Taiping insyaallah..ingat nak kenal dengan tuan.

ABU ZULFIQAR : Oo... rumah saya di Trong. Kampung asal di Taiping. Tak ada orang dah di Pokok Asam. Rumah tuan di mana?

ABON : Taman Sri Kurau Kamunting. Kita boleh kat masjid solat jamaah, pastu boleh kenal-kenal.

ABU ZULFIQAR : Hmmm... tak berani janji lagi. Tengok dulu, sebab jadual raya ni memang agak padat.
_________________
Al-Amsyari
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
alexanderwathern
Lans Koperal
Lans Koperal


Joined: Apr 13, 2007
Posts: 318
Location: Malaysia

PostPosted: Sat Mar 30, 2013 10:18 am    Post subject: Reply with quote

ABON : Ok takpa tuan,,,bukan ape ana tertarik dengan komen tuan pasal PBT tu yang menjadi misteri ramai umat. Tuan tahu ke pasal Kerajaan Islam Empayar Langkasuka Nusantara akan bangkit?

ABU ZULFIQAR : Tak tahu juga. (*Dialog terhenti dan bersambung kemudian).

ABON : Assalamualaikum,,tuan dah tengok logo Saudi Arabia Police di Google?

ABU ZULFIQAR : Wlksm tuan. Belum. Jap nak Google. (*Saya pun mengambil masa mencari maklumat yang diperkatakan, yang menunjukkan kemungkinan perkaitan antara pasukan keselamatan Saudi dengan kongsi gelap Dajjal).

ABON : Dah tengok ke tuan?

ABU ZULFIQAR : Dah. Memang menarik info ni.

ABON : Inilah punca permasalahan umat Islam sekarang ini yang ramai umat belum faham
apa yang berlaku di Malaysia sekarang ni ada kaitan dengan ini.

ABU ZULFIQAR : Ya, kongsi gelap 'Satu Mata' menguasai dunia.

ABON : Sebab inilah Panji Hitam Langkasuka di utuskan untuk membawa umat kembali. Panji Hitam [email protected]

ABU ZULFIQAR : Harap-harap semua umat Islam bangkit sekali.

ABON : Di sinilah perlunya [email protected] yang berani memimpin untuk menegakkan ini. Tanpa [email protected] bagaimana Islam nak bangkit?

ABU ZULFIQAR : InsyaAllah akan didatangkan Allah rajanya.

ABON : Buktinya dah jelas...pemimpin mana yang berani menentang agen Dajjal ini,,,inilah Perintah & Amanat yang diterima oleh Jamaah 313 Panji Hitam Langkasuka dipimpin oleh Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II dengan izin dan panduan Allah akan bangkit menentangnya...InsyaAllah.

ABU ZULFIQAR : Kalau benar bagai yang dikata, kita tunggu sahaja masanya nanti. InsyaAllah tak ke mana. Akan kita kalahkan juga kongsi gelap Dajjal.

ABON : InsyaAllah tuan dengan bantuan dan pertolongan Allah...pasti ianya musnah. Jamaah 313 Panji Hitam Langkasuka sedang mempersiapkan dan melengkapkan jamaahnya dengan pilihan oleh Allah.

ABU ZULFIQAR : Tuan boleh berhubung dengan Tok Kenali (*yang sudah lama meninggal dunia, tapi sebahagian orang yang tidak mahu menerima hakikat kematian Tok Kenali percaya bahawa Tok Kenali hanya “berpindah alam” ataupun sebenarnya hanya “ghaib”. Sebenarnya banyak kumpulan di seluruh dunia yang ada kepercayaan sebegini ke atas tokoh-tokoh mereka)?

Aduh, saya mana sampai ke tahap tu tuan! Masih amatur lagi. Nak berhubung dengan orang di sebalik dinding pun kena pakai telefon lagi. Tuan ada kenal ke sesiapa yang boleh berhubung dengan Tok Kenali? Ataupun tuan sendiri mungkin pernah berhubung dengannya?

ABON : InsyaAllah..boleh diikhtiarkan...majlis Panji Hitam Langkasuka InsyaAllah akan diadakan di Masjid Tok Kenali Kubang Krian... InsyaAllah..dalam majlis yang sudah-sudah semuanya datang… (*seperti) Wali-wali Sembilan, Wali-wali kutub juga hadir. Nabi-nabi. Jin-jin Islam. (*Kelihatannya ini satu majlis yang sangat luar biasa hebat)

ABU ZULFIQAR : Memang menarik info ni. Nampak meriah majlisnya tu. Siapa antara nabi-nabi yang menghadirkan diri pada majlis tu tuan?

ABON : Alhamdulillah...jika dilihat dgn mata kasar majlis tu lihat para jamaah alam nyata ja, tapi jika dilihat dengan mata halus...kehadirannya terlalu ramai, sebab Jamaah 313 Panji Hitam Langkasuka ini mendapat 100% sokongan dari mereka dengan bantuan Allah...ini juga memang diakui oleh Zionist. Nabi Khidir, Nabi Ilyas dan ramai lagi. Mereka ingin mendengar apa yang di bincangkan.

ABU ZULFIQAR : Boleh tak diusahakan agar orang-orang di majlis tu "zass" kumpulan Nasser Mohamed (*Al-Mahdi Yaman) dan Abdul Aziz Lombok (*Pemuda Bani Tamim Lombok yang didukung kuat oleh Juniyati Hamid dari Puchong itu) tu, kasi habis. Kacau daun betul diorang berdua tu. (*Ye lah, oleh kerana kumpulan Panji Hitam Langkasuka ini ada hubungan erat dengan para nabi, para wali dan jin-jin Islam… saya ingatkan bolehlah mereka berbuat sesuatu ke atas Al-Mahdi Yaman dan lebih-lebih lagi PBT Lombok yang punya jin-jin yang hebat juga. Jawapannya……)

ABON : Biarkanlah aja tuan..bukan mereka aja yang mengaku camtu, yang dah dikuasai oleh jin, termasuklah Global Ikhwan, Abuya (Arqam).

ABU ZULFIQAR : Betul tu. Banyak pihak yang mengaku itu ini. Global Ikhwan pun salah satu juga.

ABON : Yang sahih Panji Hitam Langkasuka ini 100%, sebab tu semua wali-wali, para nabi hadir bila adanya majlis perjumpaan. 100%. (*Maksudnya gerenti lagi confirm betul dan benar).

ABU ZULFIQAR : Seandainya betul, kita mendoakan agar pasukan Panji Hitam Langkasuka mendapat kejayaan gemilang.

ABON : InsyaAllah tuan atas bantuan Allah juga hendaknya sebab Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II ini adalah dari keturunan Nabi Allah Sulaiman + Nabi Muhammad SAW, keturunan Nabi Ibrahim + Nabi Sulaiman yang hilang tu.

AU ZULFIQAR : Tuan, saya nak minta diri dulu, nak istirehat. TQ atas info-info menarik. InsyaAllah nanti kita sambung lagi. Aslkm.

ABON : Ok..ana pun nak berundur.

ABU ZULFIQAR : Baik. (*Dialog kami bersambung kemudian).
_________________
Al-Amsyari
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
alexanderwathern
Lans Koperal
Lans Koperal


Joined: Apr 13, 2007
Posts: 318
Location: Malaysia

PostPosted: Sat Mar 30, 2013 10:19 am    Post subject: Reply with quote

ABON : Assalamualaikum..terima kasih. Menarik post tuan pasal logo tu. Mana tuan dapat artikel tu? (*Iaitu artikel saya yang bertajuk “Mata Dajjal dan Pihak Berkuasa Saudi” yang boleh diikuti di http://myalexanderwathern.blogspot.com/2012/08/mata-dajjal-dan-pihak-berkuasa-saudi.html . Artikel ini terhasil apabila sahabat kita Tuan Abon memaklumkan sebelum ini kepada saya tentang simbol pada lencana pasukan keselamatan Saudi. Dari situ saya mengumpul lagi maklumat-maklumat lain lalu terhasillah artikel itu)

ABU ZULFIQAR : Lepas tuan bagitau tu, ana terus round-round internet le (*cari maklumat-maklumat berkaitan).

ABON : Kena sebarkan tu. Dah hilang dah artikel tu.

ABU ZULFIQAR : Saya sedang update laman Satu Umat ni (* http://satuumat.blogspot.com/ ialah sebuah lagi laman kelolaan saya yang menyajikan info suka duka umat Islam seluruh dunia dari segi semasa dan sejarah). Nanti saya try cari semula. Tapi kat wall saya ada lagi rasanya artikel tu.

ABON : Bagus tu tuan. Simpan baik-baik artikel tu. InsyaAllah,,,minggu majlis iktikaf di masjid Panji Hitam Langkasuka akan diadakan..di satu masjid yang dah terpilih oleh Allah.

ABU ZULFIQAR : Di Masjid Tok Kenali tu ke?

ABON: InsyaAllah tuan, majlis 1 malam iktikaf. (*Dialog kami bersambung kemudian)

ABON : Assalamualaikum tuan, hadith sahih tu...ada lebih 80 hadith sahih sebenarnya...

ABU ZULFIQAR : Wlksm. Hadith tentang Pemuda Bani Tamim ke tuan? Saya jumpa 1 hadith tu je yang sebut "Pemuda Bani Tamim". Hadith-hadith lain belum jumpa. Dari segi kesahihannya saya tak pasti, kerana setakat yng saya temui, hanya Imam Baihaqi yang meriwayatkannya. Tuan ada hadith-hadith sahih yang sebut "Pemuda Bani Tamim"? Harap dapat kongsi dengan saya (*kerana katanya hadith itu sahih bahkan ada pula lagi lebih 80 hadith sahih tentangnya.)

ABON : Ya tuan Hadith tentang PBT tu, memang tak banyak hadith sebutkan PB Tamim, tapi banyak yang menyebutkan Pemegang Panji ALMahdi, ana pun bukanlah pandai sangat dalam hal ini. InsyaAllah nanti ana rujuk dengan Guru dalam Jamaah yang pakar dalam hadith ini. Ana ada maklumkan kepada Guru semalam kat surau (*siapa orangnya tidaklah dapat dipastikan, tapi mungkin sekali orang yang mengaku sebagai Raja Langkasuka/Pemuda Bani Tamim/Syuaib bin Soleh itulah, yang beroperasi di sebuah surau di Gombak itu. Wallahua’lam), dia yang bagi tau ada lebih 80 hadith ini. Tuan juga boleh rujuk dalam Sahih Bukhari dengan Sahih Muslim, ada tu... (*berdasarkan kata-kata ini saya kira Tuan Abon sendiri tidak tahu dan tidak mengkaji pun benar atau tidak wujudnya hadith-hadith sahih yang lebih 80 buah itu, tetapi sekadar meyakini kata-kata guru tadi)

ABU ZULFIQAR : Ya, pemegang panji Al-Mahdi memang banyak disebut, tapi yang sebut "Pemuda Bani Tamim" saya jumpa hanya yang satu itu. Sebenarnya kata orang tua-tua, itu salah satu isyarat untuk kita mengetahui benarkah sesuatu pasukan itu Pasukan Panji Hitam yang dimaksudkan ataupun sekadar dakwaan sahaja. Pasukan panji Hitam yang sebenar katanya tidak akan menggunakan/mengaitkan diri mereka dengan "Pemuda Bani Tamim" (kerana gelaran itu tidak sahih dan tidak juga hasan, )tetapi mengaitkan diri mereka dengan pasukan panji hitam, pemegang panji Al-Mahdi dan seumpamanya sahaja. Itu petunjuk/rahsianya untuk kita mengenal Pasukan Panji Hitam yang asli. Kata orang tua-tua le. Wallahua’lam.

Saya pernah cuba-cuba cari dalam kedua-dua sahih yang disebutkan sekali imbas, tapi tak ada yang sebut "Pemuda Bani Tamim".

ABON : Ya betul tu tuan, itulah Panji Hitam Langkasuka Nusantara dari Timur rahsia yang ramai umat sukar untuk memahami,,hanya yang TERPILIH.
Betul tu pendapat tuan.

ABU ZULFIQAR : Dengar orng tua-tua cakap je. Mungkin ada betulnya.

ABON : Ya betul tu, memang tak salah lagi....petunjuk makin jelas selepas majlis iktikaf 1 malam baru-baru ini di Masjid Solehi Tok Kenali..

ABU ZULFIQAR : Ada info terbaru ke tuan?

ABON : Ada tuan...satu lagi keajaiban dari langit ditunjukan pada hari itu...
Ada dapat klue2 hal kebangkitan akhir zaman fasa 1 ka tuan? Empayar Langkasuka sudah hampir bangkit

ABU ZULFIQAR : Bagus, bagus. Biar satu dunia umat Islam bangkit.

ABON : InsyaAllah tuan,,,permulaan kebangkitan Islam akhir zaman...Empayar Islam Patani Langkasuka Nusantara dari Timur. Rahsia hadis akhir zaman- "Dia datang dari Timur Pemegang Panji ALMahdi" "Memperolehi kerajaan yang luas".

ABU ZULFIQAR : Panji hitam dari Timur dan pasukannya.

ABON : Ya tuan, rahsia hadis yang ramai umat sukar nak tafsirkan. Hanya Yang Terpilih Allah berikan petunjuk.
Tuan ada apat apa2 alamat dari Allah, tentang kebangkitan akhir zaman?

ABU ZULFIQAR : Tak da alamat yang istimewa pun, biasa-biasa je.

ABON : Ok la tu, biasa-biasa pun alamat juga…
Bencana di USA (*mungkin sekali yang dimaksudkan ialah Taufan Sandy yang melanda New York pada Oktober dan November 2012 lalu) petanda kuat dan jelas kebangkitan semakin hampir. Allah hantar tentera-tentera ghaib Allah musnahkan New York,USA tapak sistem RIBA, sebagai bantuan kepada Kerajaan Panji Hitam Langkasuka Nusantara.

ABU ZULFIQAR : Ya, memang situasi di New York gawat.

ABON : Raja Utusan [email protected] akhir zaman fasa 1 dah muncul di Malaysia. Pihak Pesuruh & Pengikut Dajjal sudah mengesahkannya 5/10/12 surat pengesahan dan peralihan kuasa ekonomi kepadanya. (*Apa yang disah dan siapa yang mengesah itu tidaklah saya ketahui).
Jamaah Khalifah/Raja Utusan Allah sudah mula bergerak 1 Muharram 1434.

ABU ZULFIQAR : Wlksm tuan. Bergerak ke mana tu tuan? Ke Gaza, Palestin ke? Atau ke lokasi lain? (*Maklumlah, tentera Al-Mahdi bergerak, bukan tentera biasa! Jadi tanggapan awal saya tentulah bergerak ke arah sesuatu yang besar seperti medan jihad ke apa ke… jawapannya…)

ABON : Masjid ke masjid, bermula di Kelantan.

ABU ZULFIQAR : Oo... bagus. bagus.

ABON : InsyaAllah akan sampai pada Yang DiPertuan Agong dalam masa terdekat.

ABU ZULFIQAR : Ya, ada connection dengan pemerintah lagi mudah kerja.

ABON : Semuanya adalah perencanaan Allah tuan, Dia yang mengaturkan semuanya dan tentukannya.

ABU ZULFIQAR : Ya, betul tu.

ABON : Jika Dia berkehendak, Dia akan permudahkanya. Allah sudah menghantar beberapa orang Karkun (*istilah ini biasanya ditujukan kepada para pekerja Jemaah Tabligh) menyertai jamaah Tuanku (*iaitu Raja Langkasuka).
_________________
Al-Amsyari
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
alexanderwathern
Lans Koperal
Lans Koperal


Joined: Apr 13, 2007
Posts: 318
Location: Malaysia

PostPosted: Sat Mar 30, 2013 10:20 am    Post subject: Reply with quote

PENUTUP

Setakat itu sahaja dialog kami. Saya hanya menghidangkan maklumat yang saya ada, tanpa meletakkan apa-apa hukuman atau pandangan peribadi kepada kumpulan Panji Hitam Langkasuka ini agar tuan-tuan boleh baca, selidik, buat pertimbangan sendiri dan meletakkan hukuman yang sesuai. Wallahua’lam.

Berikut ialah himpunan maklumat penting yang boleh kita perhatikan daripada dialog ini :
1. Pemuda Bani Tamim lahir di Malaysia.
2. Jemaahnya iaitu 313 Panji Hitam Langkasuka sudah dibentuk.
3. Jemaahnya sudah dibai’ah dan disahkan oleh Tuan Guru Wali Hidup, iaitu guru pondok Sungai Bayu, Gua Musang, Kelantan. 3 hari kemudian guru pondok itu meninggal dunia.
4. Nama kerajaannya ialah Kerajaan Islam Empayar Langkasuka Nusantara.
5. Pemimpinnya ialah Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II. Dialah Pemuda Bani Tamim merangkap Pemegang Panji Al-Mahdi.
6. Mereka boleh berhubung dengan arwah Tok Kenali.
7. Majlis mereka sering diadakan di Masjid Tok Kenali di Kubang Kerian, Kelantan.
8. Majlis-majlis mereka ada yang dihadiri oleh Wali-wali Songo/Sembilan, wali-wali kutub, jin-jin Islam, malah nabi-nabi seperti Nabi Khidhir, Nabi Ilyas dan ramai nabi lagi. Jemaah mereka mendapat 100% sokongan daripada tokoh-tokoh berkenaan.
9. Jemaah mereka turut diakui kewujudannya oleh Zionist.
10. Raja Langkasuka II itu berketurunan campuran antara keturunan Nabi Sulaiman dengan keturunan Nabi Muhammad. Juga berketurunan Nabi Ibrahim campur keturunan Nabi Sulaiman, iaitu satu kaum yang dikatakan hilang dalam sejarah.
11. Mendakwa ada lebih 80 hadith sahih tentang Pemuda Bani Tamim dan yang seumpama dengannya. (Sesiapa yang ada masa bolehlah buat semakan tentang hadis-hadis ini).
12. Dalam salah satu majlis mereka berlaku “keajaiban dari langit”.
13. Sebagai bantuan kepada pasukan mereka, Allah menghantar tenteranya menghuru-harakan New York.
14. Pihak Pesuruh & Pengikut Dajjal sudah mengesahkannya 5/10/12 surat pengesahan dan peralihan kuasa ekonomi kepadanya. (*Apa yang disah dan siapa yang mengesah itu tidaklah saya ketahui).
15. Bermula 1 Muharram 1434, Jemaah mereka sudha mula bergerak dari masjid ke masjid, bermula dari negeri Kelantan.
16. Mereka akan sampai kepada Yang Dipertuan Agong dalam masa terdekat.
17. Beberapa orang karkun (ahli Jemaah Tabligh) sudah menjadi pengikut Raja Langkasuka ini.

Bertemu lagi dalam penyajian maklumat seterusnya dalam bahagian kedua “Perihal Pasukan Panji Hitam Langkasuka”.

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2013/03/perihal-panji-hitam-langkasuka-bahagian.html
_________________
Al-Amsyari
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
alexanderwathern
Lans Koperal
Lans Koperal


Joined: Apr 13, 2007
Posts: 318
Location: Malaysia

PostPosted: Sat Mar 30, 2013 10:21 am    Post subject: Reply with quote

PERIHAL PANJI HITAM LANGKASUKA (BAHAGIAN 2)

1.0 PENDAHULUAN

Dengan kuasa Allah SWT, seorang blogger yang menggunakan nama Brado Kapak ada pergi menemui Raja Merongmahawangsa II (Putera Bani Tamim/Syuaib bin Soleh/Pemegang Panji Al-Mahdi/Raja Langkasuka Nusantara dan sebagainya) ini sebagaimana nukilan di blognya yang bertajuk “(Eksklusif] Raja Nusantara Empayar Langkasuka” http://bradokapak.blogspot.com/2013/03/ekslusif-raja-nusantara-empayar.html#more . Setakat pertemuan itu, Brado Kapak secara peribadi melihat wujudnya kebenaran pada dakwaan-dakwaan itu. Kita menghormati pandangan Brado Kapak. Terima kasih juga kepada Brado Kapak atas artikelnya itu yang sedikit-sebanyak membantu pemahaman kita akan hal ini.

Artikel Brado Kapak itu agak panjang, tuan-tuan boleh menelitinya di link yang diberikan di atas tadi. Jadi saya cuma mahu mengeluarkan beberapa lagi maklumat penting tentang Raja Merongmahawangsa II dan jemaahnya, sebagai sambungan kepada maklumat-maklumat terkumpul dalam bahagian pertama artikel ini.


2.0 MAKLUMAT TAMBAHAN UNTUK KITA

2.1 Brado Kapak dan beberapa orang lagi pergi menemui Tuanku Merongmahawangsa II di sebuah surau di Gombak (*kemudiannya saya mendapat maklumat bahawa surau yang dimaksudkan ialah Surau Al-Falah, Apartment Kenari, Taman Melati. Merong II biasanya berada di surau itu pada waktu Maghrib dan Isya’. Sesiapa yang berhajat bolehlah mencarinya di sana).

2.2 Ketika bersalaman, Brado Kapak dapat “merasakan tanda” pada diri Merong II.

2.3 Merong tidak mahu memberitahu nama sebenarnya ketika ditanya oleh Brado Kapak.

2.4 Merong maklumkan yang dia dan kawan-kawannya ada pergi menemui seorang yang didakwa sebagai wali Allah bernama Baba Haji Mohamad Tahir bin Haji Ismail di Gua Musang (*guru pondok Sungai Bayu itulah). Wali Allah itu menangis dan membai’ah Merong. Wali Allah itu kata Merong tak perlukan kawan-kawannya, dan kedudukan Merong adalah lebih tinggi daripada mereka. Beberapa hari kemudian, guru itu pun mati.

2.5 Merong mengatakan pada suatu petang pada pukul 6.45 (tarikhnya tak dimaklumkan) dia dibai’ah dari langit. Tempatnya ialah di surau itu, betul-betul di tempat Brado Kapak duduk.

2.6 Merong mendakwa bahawa pada bulan 3 tahun 2012, dia telah diberitahu yang dirinya ialah pemegang amanah harta Langkasuka. Siapa yang memberitahunya tidaklah dinyatakan dalam artikel Brado Kapak

2.7 Raja Merong mendakwa bahawa raja-raja dan Datuk Seri Najib sudah bertemu dengannya.

2.8 Merong juga mengatakan bahawa Pope Benedict (Ketua Kristian Katholik Sedunia di Vatican) meletakkan jawatannya sebagai pope kerana sudah mengetahui tentang Raja Merongmahawangsa II (dirinyalah). Pope dijangka akan datang menemui Merong ataupun Merong yang akan pergi bertemu Pope. Pope akan buat pengesahan (tentang apa tidaklah dimaklumkan kepada Brado Kapak).

2.8 Merong berkata dia sudah menghantar profail dirinya ke Istana Kedah, Istana Jalan Duta, istana di Palembang, Pejabat Amanah Manila, pejabat Pope Benedict dan beberapa istana lagi. Juga kepada unit Risik, orang-orang kenamaan dalam kerajaan dan MKN. Tak lama lagi Sultan Kedah sendiri akan isytiharkan (*isytiharkan apa tidaklah dimaklumkan).

2.9 Merong mendakwa ada ke Manila, Filipina sekitar bulan Februari 2013 atas urusan harta Kerajaan Sulu/Suluk. (*Dalam bahagian ke-3 nanti, kita akan bentangkan kemungkinan hubungan rapat antara Merong dengan apa yang berlaku di Lahad Datu. Parti-parti politik Malaysia jangan bergaduh dulu, lebih baik cari kunci peristiwa Lahad Datu pada diri Merong, manalah tahu kalau-kalau ada. Tak susah pun hendak mengadap dia di surau itu).
_________________
Al-Amsyari
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
alexanderwathern
Lans Koperal
Lans Koperal


Joined: Apr 13, 2007
Posts: 318
Location: Malaysia

PostPosted: Sat Mar 30, 2013 10:22 am    Post subject: Reply with quote

2.10 Merong mendakwa sudah bertemu dengan penjaga harta (emas) Kerajaan Sulu untuk beberapa pengesahan. Penjaga itu sudah memberikan satu surat kepada Merong, surat yang ditandatangani oleh orang amanah negara Filipina. Surat itu mengesahkan yang Merong ialah pewaris harta-harta Kerajaan Nusantara. (*Hendak tahu apa kaitan orang itu dengan situasi di Lahad Datu kalau-kalau ada, bolehlah bertanya kepada Raja Merong)

2.11 Raja Merong mengakui dia tidak membawa fahaman Sunni (*maksudnya dia bawa selain Sunnilah), Syiah, Tabligh, Salafi Wahabi dan sebagainya. Bahkan semua fahaman itu mesti mengikut ajarannya.

2.12 Merong tidak menjawab siapakah Ahmad Albab. (*Saya pun tidak pasti siapakah Ahmad Albab menurut artikel Brado Kapak, tapi mungkin dialah gelaran untuk penjaga harta Kesultanan Sulu/Suluk atau Langkasuka).

2.13 Merong mengakui dirinyalah Syuaib bin Soleh aka Pemuda Bani Tamim.

2.14 Brado Kapak sudah bersedia hendak membaiah Raja Merong tapi Raja Merong menolak dengan alasan belum tiba masa lagi.

2.15 Merong mendakwa sedang mengumpulkan ahli jemaahnya yang berjumlah 313 orang.

2.15 Merong mendakwa kerajaannya akan meliputi Malaysia, Selatan Thai, Brunei, Singapura, Indonesia dan Selatan Filipina.

2.16 Merong mengatakan dia ditawarkan 5 billion (tak dinyatakan dalam mata wang apa dan oleh siapa) untuk dia gunakan, tetapi dia menolak kerana tidak mahu menggunakan wang rakyatnya.

2.17 Merong mempelawa sesiapa yang ingin berbaiah kepadanya bolehlah datang ke surau itu (*tapi Brado Kapak yang mahu berbaiah ditolaknya tadi).

2.18 Mendakwa dirinya boleh keluar masuk istana (*tidak dinyatakan istana mana) dengan mudah dan tidak ditangkap.

2.19 Merong mengakui “personaliti” yang diminta untuk ditemui oleh Sultan Kiram III dahulu tidak lain ialah dirinya sendiri. (* Pihak keselamatan dan orang-orang politik elok sangatlah bertemu dengan Merong dan memohon penjelasan. )


3.0 PENUTUP

Begitulah… semakin banyak dakwaan yang dibuat. Terpulanglah kepada tuan-tuan untuk membuat penilaian. Bertemu lagi dalam bahagian ke-3, insya-Allah.

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2013/03/perihal-panji-hitam-langkasuka-bahagian_29.html
_________________
Al-Amsyari
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
alexanderwathern
Lans Koperal
Lans Koperal


Joined: Apr 13, 2007
Posts: 318
Location: Malaysia

PostPosted: Sat Mar 30, 2013 10:23 am    Post subject: Reply with quote

Sebenarnya bahagian ketiga ini sudah disiapkan dengan lebih kuran 1300 patah perkataan, dengan ulasan-ulasan. Sudah siap, cuma tunggu hendak “publish” sahaja. Tiba-tiba datang gerak untuk buat sedikit amalan. Jadi, saya tinggalkan dululah lebih kurang beberapa belas minit.

Dengan izin Tuhan, datang rasa tak sedap hati. Dapat alamat mengatakan lebih baik tidak di”publish”. Oleh itu saya pun padam tulisan tersebut dan hanya menulis perkara-perkara di bawah. Kefahamannya ikut masing-masinglah. Saya tak akan cakap lebih daripada itu. Sensitif lagi berbahaya (bagi yang faham, yang tak faham, buat tak tahu sahaja).

Mula-mula, baca artikel ini terlebih dahulu http://bradokapak.blogspot.com/2013/03/ekslusif-hikayat-duka-sultan-tidak.html . Tiada komen daripada saya tentang artikel itu.

Kemudian, perkara yang mahu saya jelaskan di sini ialah… dalam pertemuan antara Brado Kapak dengan Raja Langaksuka II di surau di Gombak itu (sebagaimana dalam artikel bahagian kedua sebelum ini), antara pengakuan Raja Langkasuka itu sendiri ialah :
a) dialah “PERSONALITI” yang diminta untuk ditemui oleh pihak waris-waris Kesultanan Sulu.
b) dialah yang pergi ke Filipina pada bulan Februari lalu (sejurus sebelum Isu Lahad Datu) atas urusan harta Kerajaan Sulu.
c) dialah yang sudah bertemu dengan penjaga harta Kesultanan Sulu, malah dia ada diberikan surat tertentu oleh penjaga harta itu.

Keimpulannya ringkas sahaja. Pihak-pihak yang mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku di sana, bolehlah menghadap ke bawah duli Tuanku Merangmahawangsa II untuk memohon ceritera. Itu pun jika ada kaitan. Jika tak ada kaitan, tak adalah.

Wallahua’lam.


Abu Zulfiqar
29 MAC 2013

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2013/03/perihal-panji-hitam-langkasuka-bahagian_9665.html
_________________
Al-Amsyari
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
archery
Banned
Banned


Joined: Oct 10, 2010
Posts: 1452

PostPosted: Sat Mar 30, 2013 10:28 am    Post subject: Reply with quote

mengarut Very Happy
Back to top
View user's profile Send private message
Tupai_Jantan
Lans Koperal
Lans Koperal


Joined: Jul 14, 2010
Posts: 336

PostPosted: Sat Mar 30, 2013 11:16 am    Post subject: Reply with quote

TT...yg kat FB mengaku sultan langkasuka tu.....dgn Merong II yg TT cerita ni org yg sama ka?
Back to top
View user's profile Send private message
awanbiru
Lans Koperal
Lans Koperal


Joined: May 27, 2006
Posts: 467

PostPosted: Sat Mar 30, 2013 11:23 am    Post subject: Reply with quote

Assalaamu'alaikum wrh wbt...

Sampai sekarang, dah berapa ramai orang klaim dia PBT agaknya... Masing2 dgn point tersendiri tp gunakan dalil yg sama. Cuma masalahnya bila ada dakwaan2 yg susah nak dibuktikan...cthnya, majlis dihadiri arwah para wali dan para auliya' Allah. Kalau cuma jin2 islam mungkin masuk akal lagi. Persoalannya apakah para arwah masih diberikan/ memainkan peranan dalam perkara yg akan berlaku diakhir zaman?

Dalam artikel dlm blog bradokapak, PBT terbru mengatakan telah menghantar surat kpd sultan2, pemimpin filipina dan juga pope, kenapa PBT perlu hantar surat kepada pope? Kalau utk pengesahan, org kafir tu boleh mengesahkan apa? Ntahlah....

Satu perkara lagi, kenapa PBT dipanggil sebagai Khalifah? Dalil mana agaknya yg ada....

Wassallam....
Back to top
View user's profile Send private message
alexanderwathern
Lans Koperal
Lans Koperal


Joined: Apr 13, 2007
Posts: 318
Location: Malaysia

PostPosted: Sat Mar 30, 2013 11:25 am    Post subject: Reply with quote

Kalau yang mengaku dirinya Sultan Langkasuka, YDP Agong, Raja Nusantara tu dialah rasanya. dia selalu leapk di Surau Al-Falah, Taman Melati, Gombak.
_________________
Al-Amsyari
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
matt007
Koperal
Koperal


Joined: Sep 12, 2008
Posts: 919
Location: Demak Bintoro

PostPosted: Sat Mar 30, 2013 11:53 am    Post subject: Reply with quote

Dia kena jumpa 'wakil tuhan' dulu kat petai bubus..mana leh claim mcm tu jer...

Ini sama spesis la ni..

Sorang claim wakil tuhan, sorang lagi claim pemuda bani tamim...poyooo Rolling Eyes Wink Idea

("raja nusantara" ni pun claim dapat bai'ah dari langit, mcm wakil tuhan petai bubus)

kesimpulannya dua-dua bedo'oh je.. Rolling Eyes Evil or Very Mad Twisted Evil
_________________
Syarah Al-Hikam
Back to top
View user's profile Send private message
matt007
Koperal
Koperal


Joined: Sep 12, 2008
Posts: 919
Location: Demak Bintoro

PostPosted: Sat Mar 30, 2013 12:06 pm    Post subject: Reply with quote

Watikah terbaru Raja Nusantara @ White Spiritual Boy yang korang harus baca



17 Jamadilawwal 1434

29 Mac 2013

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera kepada semua umat rakyat Beta di Malaysia dan juga seluruh Nusantara.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memerintah sekalian alam Solawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW dan Para2 Sahabat SAW. Syukur Alhamdulilah, Beta amat terharu dan bersyukur ke Hadrat Allah SWT begitu ramai sekali umat rakyat Beta yang mengikuti tentang hal Beta ini benar atau pun palsu akan ceritanya.

Pelbagai komen.pendapat,caci maki dan pelbagai-bagai lagi,Alhamdulillah Beta bersyukur ada juga umat yang di gerakan oleh Allah untuk mengikuti tentang Beta ini untuk mencari akan kebenaran tentang ceritanya.

Beta berdoa memohon kepada Allah SWT agar di beri kekuatan untuk melaksanakan TUGAS dan AMANAH yang di berikan dan menunaikan perintahNya. InshaAllah kebenaranya pasti akan tiba nanti bila jadual dan waktu dari Nya sudah tiba.

InshaAllah setelah Beta menaiki takhta Negeri Kedah dan YDP Agong Malaysia @ Raja Nusantara secara rasmi dalam waktu terdekat, Allah akan turunkan dan naikan kekayaan dari langit dan bumi (sudah tersedia) sebagai anugerah kepada Beta untuk umat sebagai keperluan pemeritahan Akhiruzaman Fasa 1.

Apapun kekayaan ini bukan lah maksud kepada pemerintahan Beta, iannya hanya keperluan dunia untuk maksud jalan ke akhirat dengan berpegang dan berlandaskan AQURAN DAN SUNNAH SAW. Mengajak umat kembali Esakan Allah dan Taat kepada Rasul serta kembali hidup di JALAN AMALAN KENABIAN juga untuk membebaskan diri umat daripada syirik kepada Allah seperti zaman sekarang ini dan terkeluar dari fitnah Dajjal.

Dengan ini juga sebagai keperluan dunia untuk maksud jalan ke akhirat Beta telah merancang dan mencadang akan beberapa perkara sebagai keperluan untuk umat rakyat Beta di Malaysia sebagai contoh pemerintahan.

Antara cadangan cadanganya seperti berikut:

Elaun sara hidup seisi keluarga(Islam) [email protected] sebulan selama 10 tahun

Elaun sara hidup seisi keluarga(bukan Islam DL1000-1500 @ RM sebulan selama 10 tahun

Elaun perkahwinan (isteri pertama sahaja) DL10,000 @ RM

Potongan 50% harga barang keperluan umat seperti Petrol,Minyak Masak,Gula,Beras dan yang lain-lain bersangkutan dengan keperluan dapur.

Tol di hapuskan sama sekali.

Pembelajaran percuma bermula dari anak berumur 5 tahun sehingga keperingkat Universiti.

Lain-lain cadangan akan di bincangkan bersama dengan Majlis Ulama Syura Kabinet Negara

INSHAALLAH..

Dari:Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II @ Raja Nusantara @ Sultan Kedah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Timbalan YDP Agong Malaysia

---------------------------------

matt007: sekadar tersenyum..tunggu ulasan dari puak2 petai bubus
_________________
Syarah Al-Hikam
Back to top
View user's profile Send private message
ikanlepu
Pegawai Waran II
Pegawai Waran II


Joined: May 09, 2008
Posts: 2386
Location: Hidup Sesudah Mati

PostPosted: Sat Mar 30, 2013 12:11 pm    Post subject: Reply with quote

alexanderwathern wrote:
Kalau yang mengaku dirinya Sultan Langkasuka, YDP Agong, Raja Nusantara tu dialah rasanya. dia selalu leapk di Surau Al-Falah, Taman Melati, Gombak.


Klu area Taman Melati tu... tkde nampak sosok yg pelik atau beraura di situ. Tatau la kot dia dlm bentuk ghaib.

Nape mesti kat surau... mesjid kan lebih aula; tak jauh pun.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger
katilempuk
Leftenan Muda
Leftenan Muda


Joined: Jun 02, 2008
Posts: 5864
Location: Terajang UMNO ke dalam tong Sampah

PostPosted: Sat Mar 30, 2013 12:25 pm    Post subject: Reply with quote



nak ty.
dia ni pernah makan KFC dan mekdi tak?

Laughing
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    www.tranungkite.net Forum Index -> Agama & Falsafah All times are GMT + 8 Hours
Goto page 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8  Next
Page 1 of 8

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group
Forums ©

BERITA & INFORMASI
Alternatif...
Buletin Online
CPI Asia
Detik Daily
Free Malaysia Today
Gegar Kelantan
Harakah Daily
Kedah Lanie
KLToday
KLpos
Laman [email protected]
Mahasiswa Kini
Malaysia Digest
Malaysia Insider
Malaysia Kini
Malaysia Kini (BM)
Malaysia Today
Merdeka Review (BM)
Minda Rakyat
NewsKini
Pahang Kini
Peghelih La
Roket Kini
Sabahdaily
Sarawak Report
Selatan Online
Siasah
TranungKite Online
TVS News
Utara Online
Warta Utara Baru!
Malaysia Transform Baru!

Info Negeri PR...
Buletin Kelantan
Buletin Mutiara
Selangor Kini
Warta Kedah

Perdana...
Bernama
Berita RTM
Berita Harian
Harian Metro
Kosmo
News Staits Time
Sinar Harian
The Star
The Star (BM)
The Sun
Utusan Melaysia
AUDIO & VIDEO
Isu Semasa...
MalaysiaKini TV
MP PAS
Kelantan TV
Koleksi Video PR
Malaysia Tube
Radio Web Selangor
Terengganu Kini
TVceramah
WebTV PAS
Youtube Buletin Online
Youtube PAS
Youtube TerengganuKini

Lain-lain...
Grapes Nasyid
Koleksi Ust Azhar
Kuliah.net
My Ceramah
My Maktabaty
One Kuliah Baru!
Koleksi Radio Online Kandangan TV Online
LUAR NEGARA
Al Jazeera (English)
Al Manhaj
Al-Sofwah.or.id
Kavkazcenter.com
Palestine Kini
Republika Online
LAMAN PORTAL
Al-Ahkam
Halaqah.Net
Hanan.Com
I Luv Islam
Lowyat Net
Portal Pendidikan
My Pendidik
TKO Daily
Ukhwah.com
INSTITUSI PENDIDIKAN
KIDU
KUDQI
KUIZM
KUIN
Maahad Darul Quran
Markaz Darul Bayan
SMI Darul Bayan
SRI Darul Bayan
SRAB Zainal Abidin
SRI Darul Iman
SRI Al-Irsyad, Balok
SRI Al-Irsyad, Kuantan
SRI At-Taqwa, Perlis
SRI Al-Hafidz, Sabah
Maahad Al-Ansoriyy
Madrasah Insaaniyyah
Pondok Pinang Merah
PAKATAN RAKYAT
Pakatan Rakyat
Parti Islam Se-Malaysia
Parti KeAdilan Rakyat
Parti Tindakan Demokrasi
PAS
Dewan Ulamak Pusat
Dewan Pemuda Pusat
Dewan Muslimat Pusat
Negeri
PAS Perlis
PAS Kedah
PAS Pulau Pinang
PAS Perak
PAS Selangor
PAS Negeri Sembilan
PAS Melaka
PAS Johor
PAS Kelantan
PAS Terengganu
PAS Pahang
PAS Sabah
PAS Sarawak
PAS W. Persekutuan

PAS Kawasan
P001 Padang Besar
P002 Kangar
P006 Kubang Pasu
P008 Pokok Sena
P009 Alor Star
P011 Pendang
P012 Jerai
P014 Merbok
P016 Baling
P028 Pasir Puteh
P030 Jeli
P031 Kuala Krai
P034 Setiu
P035 Kuala Nerus
P039 Dungun
P054 Gerik
P055 Lenggong
P057 Parit Buntar
P059 Bukit Gantang
P063 Tambun
P067 Kuala Kangsar
P068 Beruas
P072 Tapah
P073 Pasir Salak
P075 Bagan Datoh
P076 Teluk Intan
P077 Tanjung Malim
P082 Indera Mahkota
P085 Pekan
P086 Maran
P087 Kula Krau
P088 Temerloh
P090 Bera
P091 Rompin
P092 Sabak Bernam
P094 Hulu Selangor
P095 Tanjung Karang
P096 Kual Selangor
P108 Shah Alam
P111 Kota Raja
P125 Putrajaya
P126 jelebu
P129 Kuala Pilah
P131 Rembau
P133 tampin
P135 Alor Gajah
P137 Bukit Katil
P138 Kota Melaka
P139 Jasin
P141 Sekijang
P146 Muar
P166 Labuan
P182 Pensiangan

Pemuda PAS
Perlis
  Padang Besar
Kedah
  Langkawi
  Jerlun
  Kubang Pasu
  Padang Terap
  Sungai Petani
  Baling
  Padang Serai
  Kulim
Kelantan
  Machang
  Kuala Krai
  Jeli
Terengganu
  Besut
  K. Terengganu
  Marang
  Dungun
  Kemaman
Pulau Pinang
  Bukit Bendera
Perak
  Parit Buntar
  Bagan Serai
  Bukit Ganntang
  Sungai Siput
  Tambun
  Ipoh Timur
  Batu Gajah
  Kuala Kangsar
  Parit
  Kampar
  Gopeng
  Tapah
  Lumut
  Teluk Intan
  Tanjung Malim
  Bagan Datoh
Pahang
  Lipis
  Raub
  Jerantut
  Kuantan
  Paya Besar
  Pekan
  Maran
  Kuala Krau
  Termerloh
  Rompin
Selangor
  Sabak Bernam
  Hulu Selangor
  Gombak
  Ampang
  Hulu Langat
  Puchong
  PJ Selatan
  PJ Utara
  Shah Alam
WP Kuala Lumpur
  Batu
  Wangsa Maju
  Segambut
  Lembah Pantai
WP PutraJaya
  Bagan Datoh
PIMPINAN
Pimpinan PAS
Tuan Guru Nik Aziz
Tuan Guru Hadi Awang
Tn Hj Mohamad Sabu
YB Husam Musa
YB Mahfuz Omar
Tuan Guru Harun Taib
Ust Nasrudin Tantawi
YB Siti Zailah
Ust. Idris Ahmad
Dr. Mohd Hatta
Hanipa Maidin
YB Syed Azman
Tn Hj Hanipa Maidin
YB Khalid samad
Ust. Mohd Amar Abdullah
YB Zulkefly Ahmad
YB hasan Ali
Dr. Siti Mariah
Dr. Hj. Mahfodz Mohamed
Ustzh Nuridah
YB Siti Mariah
Ust. Abu Bakar Hussian Baru!

Pimpinan Pemuda PAS
Ust Nasrudin Hasan
Ust Nik Abduh
Khairul Faizi
Ust Riduan Mohamad Nor
Ust Mohd Yusni Mat Piah
YB Ust Mohd Nor Hamzah
Ust Fadhli Shaari
Ust Syed Abdul Kadir
YB Ust. Mohd Nasir Zakaria
Suhaizan Kaiat
YB Firdaus Jaafar
Dr. Suhazeli Abdullah
Herman Samsudeen

Pimpinan PKR
Anwar Ibrahim
Wan Azizah
Azmin Ali
Nurul Izzah
Tian Chua
Mansor Othman
Elizabeth Wong
Badrul Amin
Hee Lot Sian
Khalid Jaafar
Haniza Talha
Fariz Musa

Pimpinan DAP
Lim Kit Siang
Karpal Singh
Tan Seng Giaw
Lim Guang Eng
M. Kula Segaran
Fong Kui Lun
Teresa Kok Suh Sim
Lip Li Peng
Chong Eng
Liew Chi Tong
Tony Pua
Boo Cheng Hau
Wong Hon Wai
V.Sivakumar
SIASAH & SEMASA
Ajijoi
Al Brangi
Al Banjari
A L- H U S S E Y N
Al-Kundangi
A.M.K.NS.
Amin Iskandar
Anak Sungai Derhaka
Asam Lambunau
Attakiri
Bancuh Baru!
Beras Terpilih
Beras Melaka
Biaq Pi La
Bicara Khairul Faizi
Bloglist TKO
Bota Online Baru!
Budak Balun
Bumi Perak
Cenangau
Cikgu Nuri?s Online
Cina Islam
Edyesdotcom
GreenBoc
Go Malaysia
Hamirdin
Harapan malaysia
Halim Islam Online
Ibnu Hasyim
Ibrahim Baba
Ikut Suka Aku
Islam Return
Jiwo Klate
Kamarudin Sidek
Kalam Perantau
Kerabu Bersuara
Kide Picture
Kopitiam Bang Nan
Lagenda Buta
Lanh14
Lot 250
Love Perak
Mai Bincang-bincang
Malaysia Waves
Mengejar Cahaya
Merah Hitam
Merah Tinta
Milo Suam
Minda Lutfi
Minda Rakyat
MutaLigat
Nik Hasan Zzmi
Orang Klawang
Oh! Rakyat
Peghelih La...
Penarik beca
Penawar Rindu
Penoreh Getah
Penoreh Getah II Baru!
Perisik Rakyat
Pink Turtle
Rencana Rakyat
Roslan SMS Corner
SharpShooter
Sisi Bukit Baru!
Shahbudin
Sofi Wahab
Sokong PR
Suhaimi Saad
Suhaimi Taib
Suhaizan Kayat
Tarmizi Mohd Jam
Tawan Pekan
Tempayan Retak
Tempe Goreng
Tebas
Tok Pijat
Tun Telanai
Tukar Tiub
Tukul Besi
Ummni Anni
Ust. Nik Nasri
Ust. Saiful Bahri
Wan Nordin Yaacob
Warkah Daily
Warta Maya
Wartawan Laman Reformasi
Zul Mamak
Harism Ibrahim
Barking Magpie
Zorro Unmasked
BICARA AGAMA
Al-Ahkam
Al-Fikrah
E-Fatwa Malaysia
Fatwa Online
Ust. Azhar Idrus
Ust. Amin
Ust. Hasrizal
Ust. Zaharuddin
Dr. Mohd Asri
Dr. Abdul Basit
Darul Mujahidin
Harun Yahya
Ilmu & Ulama
Islam Online
Jarum Emas
Kajian Quran
Surau 2Faber
Tarbawi Baru!
TKO Offline
We Choose Islam Baru!
WEBLOG UMUM
Abu Nuha Corner
Aizek.Net Baru !
Al Belurani
Amirulreza
Bayu Gunung
Cili Merah
CikguCyber Baru !
Dairy Muslim
Desa Kerayong
Farid Rashidi
Fikir2 Renung2
Gaya Peneroka
Hati Sufi
Jiwa Kita Merdeka
Kembara Salik
Kereta Mayat
Minta 5 Minit
Nota Tercicir Baru !
Open Minda Baru !
PapaSiber
Perkhimatan Pelajaran Baru!
Rosli Salem
Satu Umat
Syakur Ibrahim
Unpublished Notes
UMNO & BN
Dr. Fathul Bari
PERTUBUHAN & NGO
Amal Malaysia
Aliran
BERSIH
Fomca
Halal Jakim
MAMPAT
Muslim Consumer
Nadwah Pahang
Persatuan Ulama Malaysia
Skuad Waja Terengganu
Suaram
UMUM/LAIN-LAIN
Ahnaf Khat
Guru Tajweed Syatibi Baru!
Grafik Photoshop
Health Tips
Quran Online
Quran Flash
Mega link (link-link yang lain)
* Link laman yang dipaparkan adalah yang aktif sahaja.
Laman tidak dikemas kini lebih daripada sebulan akan dikeluarkan secara automatik..
[Untuk yang lain-lain sila klik Mega Link atau Link Pilihan pada atas Homepage ini]

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER @ IBT
(IKATAN BLOGGER TERENGGANU - IBT)

Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan.
(Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)

©1422 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
E-mel : [email protected] atau Webmaster : [email protected]

764 Lorong 5 Kiri, Jalan Nibong Stesyen,
23000 Dungun, Terengganu Darul Iman
Tel/Faks : 09-844 8001



All logos and trademarks in this site are property of their respective owner.
The comments are property of their posters, all the rest © 2005 by me.
You can syndicate our news using the file backend.php or ultramode.txt
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi.