Banyak Masakan Yang Dimasak Hari Ini Sangat Tidak Sihat
Tarikh : Wednesday, November 30 @ 07:00:00 MYT
Topik : Kesihatan




Seperti mana yang kita ketahui, minyak masak mempunyai kelebihan dan ia juga boleh membawa kesan buruk jika bahan asas itu diambil dalam kuantiti berlebihan.

Menurut sebuah artikel yang disiarkan di laman sesawang Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) bertajuk ‘Baik, Buruk Mikyak Masak’, minyak masak adalah baik kerana ia mengandungi lemak, yang merupakan sumber utama tenaga, selain mengandungi komponen yang membantu penyerapan vitamin seperti AHA, DHA dan vitamin penting yang lain.

Walau bagaimanapun, menggunakan minyak masak secara berlebihan boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan tubuh badan termasuk menyebabkan obesiti dan masalah jantung.

Minyak masak sawitt sering digunakan untuk makanan jenis goring rendam kerana strukturnya yang lebih stabil dan mempunyai tahap lemak tepu yang tinggi, tetapi kandungan asid lemak monotak tepu (MUFA) dan asid lemak poli tak tepu (PUFA) yang rendah.

Meskipun kajian yang dilakukan oleh negara-negara Barat sebelum ini mendakwa bahawa lemak tepu dikategorikan antara lemak jahat, namun beberapa tahun kebelakangan ini, manfaat minyak kelapa sawit neutral terhadap kesihatan telah terbukti.

Kajian menunjukkan bahawa asid palmitik dalam minyak sawit neutral terhadap paras kolesterol kerana ia membahagi sama rata kepada tiga bahagian utama molekul triglyceride dan tidak memberi kesan negatif kepada tubuh badan, lapor artikel tersebut.

Oleh kerana kandungan asid lemak tepu dan mempunyai tahap tertentu (smoke point) yang tinggi, minyak masak kelapa sawit adalah paling sesuai digunakan untuk menggoreng kerana strukturnya yang lebih stabil.

Bagaimanapun menurut Pakar Nutrisi DEMC, Shah Alam, Chew Lih Theng, bahan asas tersebut tidak boleh digunakan dalam kuantiti yang banyak kerana jika ia dipanaskan pada suhu melebihi had ditetapkan menyebabkan ia mengeluarkan bahan toksik 4-hydroxy-trans-2nonel (HNE), yang mana akan meningkatkan tahap kolesterol dalam badan.

Tambahnya, jenama minyak masak bukan faktor utama menentukan sama ada minyak masak itu baik atau sebaliknya, tetapi ia bergantung kepada berapa banyak dan bagaimana seseorang itu memlilih kaedah menggunakan minyak masak dalam menyediakan hidangan yang sihat.

Tegasnya, banyak masakan yang dimasak kini sangat tidak menyihatkan kerana ia menyerap banyak minyak ketika digoreng.

"Contohnya ayam goreng bersalut tepung. Selain tepung sendiri yang mudah menyerap minyak, daging ayam turut bertindak sedemikian menjadikan bilangannya berganda,” kata Lih Theng.

Satu cara mengurangkan penggunaan minyak adalah dengan menggunakan kuali tidak melekat kerana tidak memerlukan penggunaan minyak dalam kuantiti yang banyak.

Selain itu, minyak masak yang telah digunakan dinasihatkan supaya tidak digunakan lebih dari dua kali memandangkan minyak masak yang telah dipakai boleh menjadi toksik dan berbahaya kepada tubuh badan.

- mD





Diterbitkan oleh :
Ikatan Blogger Terengganu (IBT)
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap IBT
(Ikatan Blogger Terengganu)
This article comes from TranungKite Online (TKO)
http://www.tranungkite.net/x3
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=32645