Shahril Azman ganti Tuan Ibrahim di Kuala Krau
Tarikh : Monday, March 20 @ 07:51:12 MYT
Topik : Laporan




BEKAS Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Shahril Azman Abd Halim Al-Hafiz dipilih sebagai Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Kuala Krau yang baru menggantikan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden PAS melepaskan jawatan YDP PAS kawasan itu untuk sesi 2017-2019.

Dalam pemilihan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Krau hari ini, Naib YDP sesi lalu Ustaz Kamal Ashari yang juga Timbalan Pengerusi Tetap PAS Pusat, dipilih sebagai TYDP.

Manakala orang lama Haji Nazri Husin dipilih sebagai  NYDP.

Mesyuarat Agung dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin di tapak Kompleks Al-Makmur, Kerdau.

Sebanyak tiga kawasan mengadakan mesyuarat agung tahunan hari ini iaitu Kuala Krau, Temerloh dan Pekan.

Di Temerloh, tiga pimpinan tertinggi kekal iaitu Md Jusoh Darus (YDP), Hassanuddin Salim (TYDP – menang bertanding) dan Hasan Omar (NYDP).

Di Pekan, perwakilan juga mengekalkan barisan lama iaitu Ustaz Abu Kassim Manaf (YDP), Ustaz Fadzil Noor (TYDP) dan Kapten Ahiatuddin (NYDP). - HARAKAHDAILY



Diterbitkan oleh :
Ikatan Blogger Terengganu (IBT)
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap IBT
(Ikatan Blogger Terengganu)
This article comes from TranungKite Online (TKO)
http://www.tranungkite.net/x3
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=34093