Adun Kedah yakin PAS mampu pertahan Kelantan
Tarikh : Monday, March 20 @ 14:48:30 MYT
Topik : Berita


KUALA KRAI: Pemimpin PAS Kedah yakin kerajaan diterajui PAS di Kelantan dapat dipertahankan pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.Bagaimanapun mereka menjelaskan masalah dalaman di Kedah pada penggal lepas yang dicetuskan bekas pemimpin PAS antara sebab kerajaan negeri tidak dapat dipertahankan.

“Apa yang berlaku di Kedah pada penggal lepas kerana ada segelintir pemimpin PAS yang tidak ikhlas dalam perjuangan.

“Biarpun hanya dapat mentadbir Kedah dalam tempoh sepenggal namun banyak pencapaian yang diraih termasuk mewujudkan kampus Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil.

“Kita juga memberi bantuan kepada warga emas yang meninggal dunia sebanyak RM500. Kerajaan BN yang mentadbir Kedah sekarang hanya membayar Takaful Kafalah sebanyak RM250,” kata Adun Kuala Ketil, Md Zuki Yusof. Beliau berkata demikian pada ceramah di pekarangan Masjid Jauhar, Guchil baru- baru ini.

Hadir sama Naib Presiden PAS Dato’ Mohd Amar Abdullah, Yang Di pertua PAS Kuala Krai Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, timbalannya Mohd Fauzi Abdullah, Pegawai Khas Men teri Besar Lau Chin Chua dan Penyelia Dun Dabong, Ku Zaki Ku Hussin.

Orang ramai memenuhi pekarangan masjid ter sebut yang terletak di simpang tiga Kuala Krai-Kota Bharu- Gua Musang. Ha dir sama pemimpin dan masyarakat India tempatan.

Kata beliau, juga Kedah di bawah pentadbiran PAS mencatat sejarah apa bila berjaya membangunkan negeri itu biar pun berdepan pelbagai sekatan.

Menurutnya kerajaan negeri yang diketuai Tan Sri Azizan Abdul Razak berjaya mencatat lebihan belanjawan lebih RM22 juta dalam tempoh hampir lima tahun.

Namun katanya, selepas diterajui BN kerajaan Kedah berdepan dengan perbelanjaan melebihi pendapatan (defisit).

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang ber kata, PAS Kuala Krai sehingga sekarang mendaftar sehingga 1,500 ahli baru dan bilangan itu dijangka bertambah kepada 2,000 orang pada akhir bulan ini. “PAS Kuala Krai juga sudah melancarkan jentera pilihan raya pada Oktober lepas yang dihadiri kirakira 1,000 petugas.

“Berdasar kepada gerak kerja tersebut kita yakin dapat mempertahankan kerusi parlimen dan merampas Dun Dabong yang terlepas ke tangan Umno pada PRU lepas,” ujarnya.





Diterbitkan oleh :
Ikatan Blogger Terengganu (IBT)
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap IBT
(Ikatan Blogger Terengganu)
This article comes from TranungKite Online (TKO)
http://www.tranungkite.net/v12
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34102