‘Superman’ ditangkap selepas parodi filem Disney hina Najib, Rosmah
Tarikh : Monday, March 20 @ 18:46:41 MYT
Topik : Berita




GEORGE TOWN: Polis hari ini menahan bekas ahli DAP Hew Kuan Yau kerana memuat naik kiriman Facebook menghina Datuk Seri Najib Razak dan dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada 13 Mac lepas.

Hew, yang juga terkenal dengan panggilan “Superman” dan peminat komik, merupakan kurator Muzium Kebudayaan Komik Asia yang bertempat di bangunan Komtar.

Beliau ditahan 3 anggota polis berpakaian biasa pada 1.20 petang, menurut pengurus muzium, Raymond Chong.

Hew, yang juga bekas pengerusi DAP Teluk Intan, memuat naik poster parodi filem Disney Beauty and the Beast. Bersertakan gambar Najib dan Rosmah, ia juga mengandungi ayat: “看不到beauty and the beast, 就看Jibbie and the b***h吧!” (“Tak dapat tonton Beauty and the Beast, jadi tontonlah Jibbie and the b***h!”).

Hew difahamkan akan dibawa ke Balai Polis Johor Jaya. Penangkapan itu dipercayai selepas laporan polis yang difailkan di balai berkenaan.

Kiriman parodi Hew itu dikongsi lebih 5,000 pengguna dengan lebih 700 komen.

Hew mengumumkan keluar DAP selepas kontroversi beliau mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman pada pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu.





Diterbitkan oleh :
Ikatan Blogger Terengganu (IBT)
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap IBT
(Ikatan Blogger Terengganu)
This article comes from TranungKite Online (TKO)
http://www.tranungkite.net/v12
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34108