Top Up TnG, tapi duitnya hilang
Tarikh : Friday, April 21 @ 11:17:19 MYT
Topik : Luahan




Sudah 2 hari aku adu masalah ini kepada pihak TNG melalui email dan Fb tapi sampai sekarang langsung tak der reply. Walaupun tak banyak duit yang hilang tapi kes sebegini bukan benda baru, banyak kisah kawan-kawan dan saudara-mara yang mengalami benda yang sama. Adakah ini kerja orang dalam ataupun kesilapan sistem pada TnG sendiri? Sebelum ini aku ada dengar dari orang lain akan kisah sebegini, sekali ianya terjadi pada aku pulak. Kalau sehari 'orang dalam' buat kerja ini untuk pow 100 pelanggan, berapa banyak duit dia dapat setiap hari? 



Disebabkan pihak TnG tak response email aku, maka aku terpaksa kongsikannya disini untuk pengajaran sahabat-sahabat yang selalu gunakan lebuhraya berbayar dinegara kita.

BUlan depan ini bermulalah penggunaan tol electronik untuk semua tol dinegara kita. Ini bermakna kita terpaksa reload kad TnG kita setiap kali hendak menggunakan lebuhraya bila bakinya kurang. Walaupun sistem baru ini menyenangkan pihak pengguna dari segi kelancaran perjalanan, tapi awas, ada makhluk dalam TnG yang akan buat kerja tidak bertanggungjawab ini.

Dari segi sistem TnG , mungkin ianya tidak memberi apa2 kerumitan pada pengguna. Tapi secanggih mana sekali pun sistem itu, pasti ada bahagian yang akan dimanipulasi oleh staff-staff terlibat untuk 'mencuri' duit-duit pelanggan tanpa kita sedari, dan kita akan sedar semula bila kita lalu ditol yang lain.

Kisah aku ini   adalah sebahagian daripada kisah pengguna lebuhraya yang mengalami masalah yang sama. Kesal sungguh kalau ini dijadikan sebagai duit tepi buat staf2 yang tidak bertanggungjawab itu dan mereka gunakan duit itu untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Ana nak cerita panjang pun dah tak der mood dah. Tapi mohon pihak bertanggungjawab selesaikan masalah yang menghantui pengguna TnG yang duit mereka hilang begitu sahaja.

Sudahlah lalu tol kena bayar, lepastu kena pow lagi duit ana.

Semoga staff yang terlibat diberi kekuatan untuk tidak melakukannya lagi.

Ana yang tertipu.

md daud yusri alhutan melintangi

wallahuaklam

www.dadiydoo.com 

 





Diterbitkan oleh :
Ikatan Blogger Terengganu (IBT)
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap IBT
(Ikatan Blogger Terengganu)
This article comes from TranungKite Online (TKO)
http://www.tranungkite.net/x3
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=34634