Untuk pancai; Amanat Hadi masih terpakai tapi untuk.....
Tarikh : Friday, May 19 @ 14:19:02 MYT
Topik : Respon




Assalamualaikum,,,
Saya terbaca tentang Amanat Hadi yang masih diencho oleh pancai.Amanat Hadi kononnya digembar gempurkan sebagai sikap kluk klik PAS yang satu ketika dulu sanggup mengkafirkan Umno dan sekarang mula makan dedak Umno.Walaupun Amanat Hadi yang sebenarnya mula digunakan oleh pencacai Umno untuk menunjukkan sikap buruk PAS sudah lama dijawab dan dijelaskan kedudukannya tetapi pancai masih recycle untuk pula menunjukkan dasar kluk klik PAS sehingga ada satu tulisan pancai yang mendakwa Amanat Hadi seumpama tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri tetapi sebenarnya bukan terpercik ke muka sendiri tetapi terpercik ke muka pancai, ha3x...

Pancai bertanya kenapa PAS yang dulu melawan Umno sampai tak rak tetapi sekarang sudah sanggup makan dedak Umno.Saya nak tanya balik, di mana dedak Umno tu? apakah cukup dengan menuduh makan dedak sudah dikira PAS makan dedak?cukup dengan menjaja ke sana ke mari tentang wang RM90 juta yang diterima PAS dari 1MDB sudah dikira PAS sudah sah menerimanya? Atau sudah cukup dengan SD yang dibuat Mamat SD untuk membukti PAS terima duit itu? Kalau ditanya kembali apakah benar DSAI meliwat Saiful, apakah agaknya jawaban pancai? Jawablah siapa nak jawab, saya tunggu.....

Untuk maklumat Pancai yang buat buat tak reti base, saya ingin menjelaskan dulu PAS lawan Umno yang diketuai oleh Mahathir yang pula berpegang kepada politik suku, ugama suku dan inilah penyebabnya munculnya Amanat Hadi.Mahathir bukan sahaja berpegang kepada ibu sekular itu tetapi siap mendakwa apa jua usaha untuk membawa carahidup Islam oleh PAS bukannya carahidup Islam tetapi carahidup PAS, Mahathir pernah mendakwa Hudud yang nak dilaksanakan oleh PAS bukan Hudud Islam tetapi Hudud PAS.

Saya percaya dan yakin Mahathir masih berpegang dengan prinsip sekular ini dan dengan pegangan itulah dia muncul kembali dalam arena politik tanah air menyertai PH.Nah, sekarang ambillah kau pancai, Amanat Hadi yang kau encho enchokan itu kini kembali mengikut Mahathir ke dalam PH, makna kata ianya masih terpakai tetapi bukan kepada Umno sebaliknya kepada PH.Itu yang saya kata air yang ditepuk di dulang sudah terpercik ke muka pancai, ha3x....

Saya tak mahu sambung pasal Umno, cukuplah saya kata Umno sekarang berbeza dengan Umno dulu di zaman Mahathir dan Mahathir sendiri pernah kata tak ada musuh dan kawan yang kekal politik.

Lain kali agak agaklah kalau nak putar atau recycle mana mana isu yang pernah dihangatkan oleh cai Umno.....





Diterbitkan oleh :
Ikatan Blogger Terengganu (IBT)
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap IBT
(Ikatan Blogger Terengganu)
This article comes from TranungKite Online (TKO)
http://www.tranungkite.net/x3
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35004