Ini dia dalilnya
Tarikh : Friday, May 19 @ 14:21:50 MYT
Topik : Analisis Isu




Bekas pengarah strategic hal ehwal orang Melayu-Islam DAP Mohammad Razali Abdul Rahman memberitahu, bahawa yang dia adalah setiausaha Bahagian masa itu.

Dia  ( YB Jeff) ahli parlimen Jelutong, Pulau Pinang, buat satu mesyuarat, ingin membuat satu jamuan makan malam meraikan kemenangan DAP di Sarawak.

Jadi, kita buat keputusan, ingin menjemput 12 orang calon yang menang disana datang ke pulau Pinang untuk merayakan bersama kami satu jamuan makan malam.

Kita tetapkan pada 5 Mei 2011 di Hotel Red Rock. Semua dah siap. kita dah atur semua dah. Selepas mesyuarat tu, saya terbang ke Indonesia balik, urusan kerja.

So, saya berada di Indonesia hampir seminggu. Jadi saya serahkan semua tugas tugas saya dekat penolong setiausaha saya.

Lepas itu Mohammad Razali  balik ke Malaysia 4 Mei 2011. Malam tu. Esok dah 5 Mei. Dia tak tanya kat dia perancangan, sebab dia tahu penolongnya tu can do everything.

Kata, Razali 5 Mei saya hadir, saya hadir dalam pukul 8 lebih. Sepatutnya kena ada dalam majlis tu 40 orang sahaja iaitu ahli parti bahagian Jelutong dengan ADUN yang menang 12 orang.

Katanya lagi, Tetapi yang ada pada malam itu hampir seratus orang berada dalam dewan tu. Ada setengah paderi yang saya biasa jumpa di Miri, Bintulu, di Sarawak. Di sarikei dan juga di Sibu. Banyak paderi yang saya kena. Begitu juga paderi daripada Seri Aman.

Dia rasa hairan. Majlis makan DAP, pasal apa paderi ni hadir. Ada pula sesetengah wakil luar Negara yang dia tak pernah kenal langsung. Dia Tanya kat rakannya. Pasal apa semua paderi ni hadir, sedangkan ni cuma makan malam DAP saja.Rakannya itu jawap dia pun tak tahu.

Kata Razali, saya rasa malam tu tak puas hatilah. Saya setiausaha Bahagian, kenapa benda ni tak dimaklumkan kepada saya terlebih dahulu. Saya tanya kat dia balik siapa orang orang putih ni. Dia kata mereka merupakan ketua paderi daripada beberapa Negara asing.

Tegas Razali, Majlis makan malam DAP pasal apa kertua paderi luar Negara dan dalam Negara hadir. Ini penganjur majlis dia, Ahli Parlimen Jelutong.

Majlis pun bermula dengan ucapan ahli parlimen Jelutong ni, sebelum ni ucapannya sama, saya boleh terima dia kutuk Islam, menghina Islam. Tak ada masalah bagi saya.

Terangnya, Tetapi pada malam itu,dia kata benda yang sama juga. Saya tak boleh nak terima langsung. Dia mempertikaikan, dia kata agama islam merupakan satu agama pengganas, terrorist religion. Dia pertikaikan kenapa al kitab tidak dibenar masuk ke semanjung Malaysia.

Dia (Razali) mendiamkan diri, datang seorang paderi daripada Seri Aman. Nama beliau paderi Jackson ketua paderi Seri Aman.

Ujarnya, ucapan dia. Dia kata, hanya Nabi Isa saja dalam dunia ini yang boleh membawa masuk syurga, bukan Nabi Mohammad.Dia kata nabi mohammad tidak layak di panggil nabi.

Kata razali, sebab itu pihak kristian telah berusaha telah mengkristiankan seramai banyak yang boleh untuk mereka bersama sama dia masuk ke syurga.

Dia kata, Nabi Isa merupakan anak Tuhan. Cuma dia seorang saja yang memberi jaminan semua orang dalam dunia ini masuk syurga.

Inilah yang dikatakan dakyah kristian, malangnya ada orang islam tergamak mengatakan kristian juga berdakwah yang sangat bercanggah dengan peristilahan sebenarnya.Awas menggunakan Istilah.

Selepas itu datang pula, Ketua paderi daripada Afrika Selatan.Ucapan beliau, dia kata mereka telah membuat satu Frame time

Dalam jangka masa sepuluh tahun, mereka akan pastikan agama rasmi Malaysia adalah agama kristian. Dalam pada itulah YB Jeff telah bangun dan memberi satu menyataan.

Dia (YB Jeff) kata, pihak DAP telah setuju untuk bekerjasama dengan pihak kristian untuk menjayakan misi ini. Kita akan berganding bahu dengan pihak kristian untuk pastikan dalam masa sepuluh tahun agama rasmi Malaysia adalah agama kristian.

Lepas itu paderi itu kata, kita akan menghantar banyak mubaligh mubaligh Kristina datang ke semanjung Malaysia. Dia kata projek  mereka di Sabah dan Sarawak telah Berjaya.

Lepas itu mereka akan fokus di Semanjung Malaysia. Tentang dana. No problem. Kita akan salurkan melalui parti DAP dan juga NGO NGO kristian.

Terang Razali lagi, Selepas itulah, 35 orang paderi dipanggil satu satu nama datang kedepan buat satu bulatan.Inilah cara mereka berikrar, bersumpah dan berdoa tiga dalam satu.

Ini kenyataan terakhir yang dikeluarkan oleh paderi itu, We must sure Christian became official religion in Malaysia and we must make sure the next prime minister is a Christian. (Kita mesti memastikan Kristian menjadi agama rasmi di Malaysia dan kita mesti memastikan perdana menteri akan datang seorang Kristian.)

 

 

 



Diterbitkan oleh :
Ikatan Blogger Terengganu (IBT)
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap IBT
(Ikatan Blogger Terengganu)
This article comes from TranungKite Online (TKO)
http://www.tranungkite.net/v12
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35005