Malaysiakini tak payahlah buat berita bodoh macam Utusan & TV3¼
Tarikh : Friday, May 19 @ 15:27:59 MYT
Topik : Artikel




Lebai ada membaca artikel Zikri Kamarulzaman, wartawan Malaysiakini yang menulis artikel "Pertembungan PAS-PKR: Apa kata ahli akar umbi". Malaysiakini cuba membina persepsi pembaca supaya menerima aliran pemikiran mereka dan menolak mana-mana aliran yang tidak disenangi.


Cara ini membelakangi etika kewartawan yang bersifat melaporkan perkara yang sebenarnya tanpa prajudis atau membuat persepsi terhadap apa yang diloporkan.

Dalam isu politik pembangkang, PAS cuba bersendirian dan membina satu block politik yang baru yang bersifat matang yang dinamakan GAGASAN SEJAHTERA. Gagasan Sejahtera (GS) mengambungkan parti-parti politik, NGO-NGO dan individu-individu perseoangan dalam satu aliran politik baru yang bersifat mengkritik, membina dan mengadakan hubungan untuk ke arah Malaysia yang lebih baik masa akan datang.

Walaupun penyertaan Gasasan Sejahtera ini tidak begitu nampak mengugat politik Barisan Nasional kerana disertai oleh parti-parti yang tidak dikenali dan tidak terserlah, tetapi ini menjadi satu titik perpisahan dengan blok pembangkang yang sedia ada, PAKATAN HARAPAN. Titik ini akan ancaman kepada PH jika PH masih mangamalkan politik seperti sekarang.

Budaya politik yang berbeza diantara GS dengan PH ini membuka mata rakyat Malaysia yang inginkan Malaysia yang lebih baik pada masa akan datang membuatkan sedikit sebanyak PH mungkin tercicir dalam perebutan mendapatkan pengaruh kerana PH mengamalkan politik yang kurang beretika dan berakhlak sekiranya diteliti tidak banyak beza dengan BN.

Bila PAS serius dengan GS dan terakhir memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR. Ini adalah tamparan hebat kepada PAKATAN HARAPAN kerana tanpa PAS dalam PH cita-cita untuk ke Putrajaya dan menjatuhkan BN menjadi makin tipis.

Ini bukan kenyataan lebai tetapi adalah kenyataan daripada "MAHA ALIM" (anda boleh baca di sini yang kini menerajui PAKATAN HARAPAN meng'hijack' Anwar Ibrahim.



Oleh itu jangan hairan, mereka (PH) menyerang PAS macam orang giler. Malah dalam ceramah mega membongkar kezaliman BN tetapi isi ceramah menyerang PAS. Bongkar BN, PAS yang kena.

Mereka mencipta satu persepsi supaya semua rakyat percaya PAS akan bergabung dengan UMNO. Mana kata-kata yang boleh dijadikan sandaran maka mereka persarkan. Contoh bila Mursyidu AM PAS baru Tuan Guru Hashim Jasin berkata PAS "MUNGKIN" bertahaluf dengan UMNO bila ditanya wartawan adakah mungkin PAS bertahaluf dengan UMNO.

Kenyataan ini sama dengan Mursyidur Am sebelum ini Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang pernah berkata PAS akan bubar dan tidak akan melawan UMNO jika UMNO melaksanakan ISLAM. Maksud yang sama, bahasa sahaja berbeza, tapi macai PAKATAN HARAPAN dia orang bukan mahir bahasa.

Atas kerana tidak puas hati dengan sikap PAS tak nak bersama mereka, tak nak jadi tangga untuk dipjak, mereka tidak puas hati. Mereka menjadi hilang rasional, mereka sanggup membantu BN menyerang PAS Kelantan, untuk cuba menjatuhkan PAS Kelantan dan menjadi tongkat kepada BN semata-mata nak ugut PAS supaya bekerjasama dengan mereka.

Anda kalau berfikir rasional akan rasa pelik, PAKATAN HARAPAN termasuk DAP yang menyerang PAS setiap masaa masih lagi mengharapkan PAS bersama PAKATAN HARAPAN dan membuka pintu untuk PAS. Ini bukan berita 2 atau 3 bulan lalu... ini berita 16 Mei 2017.

Untuk mencapai cita-cita supaya PAS bersama PAKATAN HARAPAN, maka mereka membuat macam-macam kerja. Si Rafizi dengan INVOKEnya cuba sasarkan golongan intelek dengan pelbagai kajian yang kononnya PAS akan rugi kalau bertanding sendiri. Mereka manipulasi keputusan kajian untuk memberikan angka-angka tapi semuanya menjerat diri mereka sendiri.

Mereka sedar, jika PAS tak berjaya dipujuk
LANGKAH kedua mencuri penyokong PAS.
Untuk itu penyokong PAS perlu ditipu supaya penyokong ini ada simpati jika mereka undi PAKATAN HARAPAN mereka membantu BN dan Najib jatuh.

Akhbar pembangkang seperti Malaysiakini mula membuat berita setiap hari mengenai PAS yang semuanya akan menunjukkan PAS akan terpencil jika bertanding sendiri.

Sebab itu tidak hairan ada wartawan Melaysiakini berperangai macam UMNO membuat berita bodoh yang cuba membuat pembaca bodoh kononya mengambil temubual beberapa orang PAS yang tidak setuju dengan PAS sekarang dan akan memberikan sokongan kepada PAKATAN HARAPAN. Mereka harap ini menjadi ikutan.


Ini lama dah UMNO buat melaui UTUSAN dan TV3¼.
Nanti sampai satu masa orang akan MELOYA membaca MALAYSIAKINI macam membaca UTUSAN.

Berita Malaysiakini mula menjadi macam 'tong sampah', tempat najis dan pembohongan. Rakyat dalam dunia terbuka bukan lagi bodoh maklumat, maka Malaysiakini jangan buat kerja bodoh.






Diterbitkan oleh :
Ikatan Blogger Terengganu (IBT)
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap IBT
(Ikatan Blogger Terengganu)
This article comes from TranungKite Online (TKO)
http://www.tranungkite.net/x3
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35006