Balik Brussels Belgium, Beranikah Azmin Ali Pecat Exco PAS?
Tarikh : Friday, May 19 @ 20:18:15 MYT
Topik : Artikel




Krisis exco Selangor ramai penulis mengulas dengan pelbagai tanggapan mengikut persepsi masing-masing. Sehingga hari ini perjalanan kerajaan Selangor masih berjalan seperti biasa dan seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Ini bukan kali pertama, sebelum ini semasa PKR dikepelai Rafizi dan Saifuddin Nasution membuat fitnah 91 muka surat untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim, kerajaan Selangor berjalan sepesrti biasa. Exco PAS kekal membantu TSKI melakukan tugas-tugas untuk mengerakan kerajaan Selangor.

Kerajaan Selangor masih kukuh sebagai kerajaan pembangkang dan UMNO "tersungkur lolai" tidak dapat berbuiat apa-apa daripada peluang yang baik tersebut atas sikap bijaksananya pimpinan PAS pada masa itu.

Kalau anda adalah pembaca boleh berfikir secara matang dan rasional, apa orang tak kata kepada Presiden PAS Abdul Hadi Awang dalam isu TSKI dan Exco Selangor pada masa itu. PAS membuat pelbagai kenyataan kenapa bersama TSKI serta kekal sebagai exco untuk mempertahankan Kerajaan Selangor daripada jatuh kepada UMNO. Pimpinan PAKATAN membuat tohmahan macam sekarang PAS TAMAK, PAS NAK JAWATAN, PAS SEKARANG KEBENDAAN... Cybertropper PAKATAN siang malam serang PAS atas isu ini.

Allah mengajar kita sabar dalam perjuangan. Akhirnya PAS berjaya membantu kerajaan PAKATAN RAKYAT (sebelum itu) kekal di Selangor.

Ternyata PAS benar. Fitnah dan tohmahan daripada rakan-rakan pembangkang PAKATAN ternyata beniat jahat kepada PAS. Semuanya dusta dan bohong.

PAS Putus Tahaluf dengan PKR

Bila PAS putus tahaluf dengan PKR, krisis Selangor kembali semula. PAS sekali lagi menunjukkan sikap yang bijak dalam menyelesaiakan isu ini dengan mengambil kepentingan rakyat Selangor lebih utama. Ini dipanggil BUDAYA POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA (BPMS) yang ramai dikalangan penyokong PAKATAN HARAPAN tak faham kerana mereka tidak mendalami politik ISLAM.



Dalam isu ini PAS membuat keputusan kekal sebagai exco. Azmin dan Wan Azizah juga menunjukkan kemantangan politik bila membuat kenyataan exco PAS kekal. Malah Azmin persetankan mereka yang cuba mengugat kestabilan kerajaan Selangor. Anda boleh baca di sini.

Kumpulan yang diSETANkan oleh Azmin terdiri daripada pimpinan PKR sendiri serta rakan PH tidak senang mereka mengoncang dan mengugat Azmin.

Selepas dipersetakan oleh Azmin, ada pimpinan PKR memberikan maklumat palsu kepada The Star akhbar MCA kononnya Azmin exco PAS letak jawatan. Biasa sebelum ini puak ini guna Sarawak Report untuk perkenakan PAS dengan tuduhan RM90 juta. Hanya tunggu masa selepas proses saman nanti berjalan "seekor demi seekor" pimpinan PH yang memberikan maklumat palsu kepada Sarawak Report akan didedahkan dan rakyat akan kenal celaka ini!!





Akhirnya biro politik PKR bermesyuarat tanpa Azmin membuat keputusan bahawa semua lantikan politik KEADILAN di dalam Kerajaan Negeri Kelantan diminta melepaskan jawatan-jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta. Perkara ini telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan serta kedudukan PAS di dalam Kerajaan Negeri Selangor telah dibincangkan pada malam ini dan akan diputuskan pimpinan KEADILAN bersama YAB Dato’ Menteri Besar Selangor sekembalinya beliau dari lawatan rasmi ke luar negara.

Keputusan ini dikatakan cuba memerangkap PAS dengan melepas jawatan lantikan di Kelantan, maka memberikan tekanan kepada PAS untuk meletakkan jawatan lantikan di Selangor tanpa memerlukan PKR memecatnya.

Sebelum Azmin balik, balaci PAKATAN akan menyerang PAS untuk melepaskan jawatan bagi menunjukkan kononnya sikap 'gentleman'.

PAS bijak dalam permainan politik PKR dan PH. PAS tak terperangkap dalam isu ini.




Dua hari kemudian PAS 'passing' bola itu kepada Azmin. Tiga exco PAS akan kekal dalam kerajaan negeri Selangor sehingga Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali membuat keputusan dan mendapatkan perkenan Sultan Selangor, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Ini satu strategi politik yang sangat baik yang PAS buat.

PAS diserang dalam isu ini yang lebai anggap sangat remeh dan tidak mempunyai hujah yang kukuh. Sekadar nak lepas geram bolehlah!!


Misalnya Lim Guan Eng kata PAS dan cerai talak 3 masih nak duduk sekali. Setahu lebai yang cerai talak 3, Dr Hatta Mohd Ramli, Khalid Samad dan beberapa orang lagi puak PAN. Baiah cerai isteri talak 3 tapi kerana tamakan kedudukan dan jawatan masih nak duduk sekali... Mereka anggap baiah tu sama dengan sumpah, sekadar bayar kifarah. Allah pun mereka nak putar beli. Kalau rakyat lagilah!!

Ada yang kata dah putus tahaluf kenapa nak kekal exco?
Lebai tanya dah keluar PAS tapi kenapa masih kekal MP dan DUN?? Misalnya puak PAN dan Kamarudin Jaffar yang masuk PKR? Mana lebih bermaruah, kamu betanding atas PAS tapi buat lari kerusi. Exco hanya lantikan kerajaan negeri yang berbeza dengan kerusi MP dan DUN.

Mana maruah kamu? Kata kepada orang tapi punggung penuh dengan najis!




Isu pecat exco Semangat 46 semasa PAS bersama S46 dulu telah dimainkan oleh Saifudin Nasution yang kini facebooker makan dedak DAP sedang rancak sebar telah dijawab oleh lebai dalam artikel ini. Sila baca di sini.

Mari kita belajar Hari ini dalam sejarah...
ADUN PMS46 TENDONG MASUK PAS (28 FEBRUARI 1998)

PADA hari ini dalam tahun 1998, ADUN Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) kawasan Tendong, Cikgu Hussein Ahmad telah mengumumkan penyertaan beliau ke dalam PAS setelah partinya dibubarkan dan pimpinan utamanya menyertai semula Umno pada 8 Oktober 1996. Krisis hubungan PAS -PMS46 yang tercetus selepas Pilihan Raya Umum 1995 telah memecahkan kerjasama PAS-APU apabila pemimpin PMS46 Kelantan berterusan menyerang Kerajaan Negeri sehingga tiga ADUN-nya menyatakan keinginan menyertai PAS.

Tiga wakil rakyat tersebut ialah anggota Exco, Kapten (B) Mohd Noor Ahmad (Pulai Chondong), Cikgu Haji Nordin Yaakub (Kelaburan) dan Cikgu Haji Hussein Ahmad (Tendong). Walau bagaimanapun, ADUN Pulai Chondong telah meninggal dunia pada 4 Disember 1996 sebelum sempat menyertai PAS, sedangkan ADUN Kelaburan telah menyertai PAS pada 19 Julai 1997, sekali gus membolehkan beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu pada 10 September 1997 dan terus kekal sebagai ADUN PAS sehingga 2004.


Perubahan politik di Kelantan yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum 1995 bukan sahaja menyebabkan pembubaran PMS46 pada 6 Oktober 1996 yang diikuti oleh penyertaan mereka ke dalam Umno pada 8 Oktober 1996, tetapi turut menyebab anggota Exco Kerajaan Kelantan dari PMS46 terpaksa meletakkan jawatan pada 9 Disember 1996 dan diikuti oleh kekalahan mereka dalam Pilihan Raya Kecil Pulai Chondong pada 7 Januari 1997 di mana PAS berjaya merampas semula kerusi yang dahulunya diwakili oleh PMS46. Pada 27 Mei 1997, empat wakil rakyat PAS telah dilantik sebagai anggota Exco menggantikan wakil dari parti serpihan Umno yang dibubarkan itu.


Pembubaran PMS46 untuk menyertai Umno menjadi lebih malang apabila Majlis Tertinggi Umno pada 28 November 1997 hanya menerima 10,000 sahaja daripada 120,000 permohonan bekas ahli PMS46 untuk menyertai semula parti itu. Pembubaran PMS46 inilah yang menyebab bekas-bekas wakil rakyat mereka memilih menyertai PAS, bukannya membawa lari kerusi yang dimenangi atas tiket PMS46 untuk mengkhianati parti mereka dengan menyertai PAS. Apabila PMS46 dibubarkan, tiga bekas ADUN-nya melihat menyertai PAS lebih baik dari menyertai semula Umno.


Cikgu Hussein Ahmad yang menjadi ADUN Tendong semenjak 1995 dengan mengalahkan calon BN, Mohd Yaman Mohamad dengan majoriti 587 undi telah mengisytiharkan
penyertaannya ke dalam PAS pada 28 Februari 1998. Menghargai komitmen beliau terhadap perjuangan Islam, pada 2 September 1990, beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu berkuat kuasa mulai 1 Januari 1999 hingga 30 Jun 2000 sebelum diganti oleh Haji Ramli Abu Bakar. Beliau terus istiqamah bersama PAS sehingga meninggal dunia pada 2008.
Ini Saifudin Nasution tak faham. PAS suruh pecat kerana menggugat kerajaan ANGKATAN (APU) bila menyertai UMNO. Di Selangor tak ada kes nak sertai UMNO yang ada fitnah PAS-UMNO nak UG semenjak 2008 lagi ini dibuat oleh puak-puak JAHAT dalam PAS ketika nak menjatuhkan ulama dalam PAS. Mereka (termasuk IRC/IKRAM) nak rampas kepimpinan PAS. Tapi Allah selamatkan PAS sehingga suatu perkara yang lebai sendiri tak pernah terfikir bagaimana mereka yang JAHAT ini gugur satu persatu secara menyeluruh membersihkan PAS daripada anasir dalaman.

Ada tinggal lagi saki baki (orang kata karat), kalau kita sentai tak payah kuat mereka ini gugur dan ada yang akan gugur sendiri tak payah kita sentai...

Berani ke Azmin Pecat Exco PAS?

 

Sekarang bola berada di kaki Azmin. Nak pecat exco tak payah. Lihat aje TSKI pecat semua exco kekal exco PAS sahaja. Ada payah ke?

Yang perlu dibuat hanya perkenan Sultan mengikut Undang-undang Kerajaan Tubuh Negeri Selangor 1959.





Kepemimpinan PAS Selangor membuat keputusan untuk menarik diri daripada kerajaan campuran yang diketuai PKR, jika Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali memaksa tiga Exco daripada parti itu meletak jawatan.

Kepimpinan parti negeri itu memutuskan bahawa semua 13 wakil rakyat akan melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri jika Azmin terus menerima tekanan daripada sekutu pakatan harapan untuk mengasingkan PAS.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi.

Keputusan ini akan dibawa ke PAS pusat untuk makluman.

Jika Azmin pecat exco PAS, dan keputusan itu benar-benar menjadi kenyataan, sudah pasti akan menggugat kestabilan kerajaan negeri.

BERANIKAH PKR menghadapi situasi ini?

Akhir sekali,
Kebijaksaan politik yang dimainkan oleh kepimpinan PAS sebenar telah menolak satu pandangan yang mengatakan selepas ramai pimpinan dikalangan profesional meninggalkan PAS menubuhkan parti baru PAN maka PAS akan kehilangan pemikir, pengatur dan perancang dalam politik. Tapi ternyata andaian itu meleset sama sekali dan PAS menunjukkan prestasi yang lebih baik.

Malah PAS dilihat sangat berwibawa dengan kenyataan-kenyataan media lebih kemas, politik yang sukar dibaca dan keputusan sesuatu perkara nampak lebih tertib dan teratur tidak seperti dulu, tak habis mesyuarat AJK PAS Pusat 'facebooker' sudah menulisnya. Tidak ada lagi "Usrah Barbican" mengatur politik PAS.

Tidak mustahil PAS akan menjadi kuasa politik yang kuat untuk Islam dan Melayu dalam negara ini.






Diterbitkan oleh :
Ikatan Blogger Terengganu (IBT)
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap IBT
(Ikatan Blogger Terengganu)
This article comes from TranungKite Online (TKO)
http://www.tranungkite.net/x3
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35011