Tanggungjawab muslim, hannah yeoh dan becoming hannah.
Tarikh : Saturday, May 20 @ 06:47:07 MYT
Topik : Respon




Isu buku becoming hannah, tulisan hannah yeoh, politikus dap, telah menjadi satu isu yang agak hangat sekarang. Ia bermula dengan kritikan dr kamarul zaman, dari pas, dalam satu tulisannya yang tersiar di detikdaily ini. Maka kabarnya hannah telah membuat laporan polis terhadap dr kamarul dan dibalas dengan laporan polis juga oleh dr kamarul.


Pada penulis, dr kamarul telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim. Dan tindakandr kamarul zaman wajib disokong oleh setiap individu yang mengaku muslim.

Apakah tanggungjawab seorang muslim? Jawaban yang biasa ialah tanggungjawab seorang muslim ialah menunaikan suruh dan meninggalkan tegah Allah. Memang itulah jawabannya. Namun apakah perinciannya?

Suka penulis nyatakan, tanggungjawab seorang muslim ada empat, iaitu pertama wajib belajar islam, kedua wajib mengamalkan islam, ketiga wajib menyebarkan islam dan keempat wajib mempertahankan islam. Yang pertama wajib kerana belajar adalah wajib. Yang kedua wajib kerana diciptakan manusia dan jin tidak lain untuk beribadah. Yang ketiga wajib kerana dakwah. Dan yang keempat wajib kerana jihad. Semuanya ada dalil yang kukuh dari quran dan hadith.

Maka dr kamarul zaman telah menjalankan tanggungjawabnya yang keempat iaitu mempertahankan islam dari anasir bukan islam. Penulis percaya tanggungjawab yang pertama dan kedua beliau telah amalkan, termasuk tanggungjawab ketiga melalui jamaah pas.

Ada yang berkata, imannya tidak goyah dan tidak tercabar langsung dengan membaca becoming hannah. Memang tidak akan tergoncang walau sedikit. Malah penulis memiliki bible terbitan bible sociaty of malaysia. Apa tahapnya buku tulisan hannah dengan bible yang didakwa penganut kristen sebagai kitab tuhan? 

Namun apabila disebut tanggungjawab muslim keempat iaitu mempertahankan islam, ia mempunyai ruang skop yang luas. Jika kita tidak tercabar kerana hebatnya iman kita, bagaimana dengan anak-anak kita? Jika anak-anak kita tidak tercabar imannya, bagaimana dengan anak-anak jiran kita? Hadith mengatakan setiap muslim ibarat satu jasad, jika sakit satu anggotanya maka seluruh tubuh merasa sakit.

Sering kita dengar anak-anak orang islam yang tidak tahu membaca quran malah tidak tahupun rukun islam. Dan mereka inilah yang menjadi sasaran gerakan yang mahu menyelewengkan mereka dari islam. Dan apa yang dr kamarul lakukan ialah untuk mempertahankan islam, mempertahankan aqidah umat islam selain dari dirinya dan selain orang yang merasakan imannya taraf kamil. Bukan umat islam sahaja menjadi sasaran malah penganut agama lain seperti hindu dan budha juga. Ini dinyatakan oleh dr chandra muzaffar dalam satu tulisannya.

Penulis tidak rasapun diejek atau direndahkan oleh dr kamarul. Kerana penulis amat faham hala tuju dan hujung jatuh (Istilah makrifat hj ahmad laksamana) kritikannya terhadap becoming hannah. Kritikannya terarah kepada anak-anak islam yang kurang mantap aqidah. Kita masih ingat kes aisyah bukhari. Siapa boleh lupa seorang muslim dimurtadkan. Dan umat islam bangkit memprotes besar-besaran untuk menunaikan tanggungjawab keempat itu.

Mahu diharamkan buku itu? Penulis setuju ia diharamkan. Kerana menurut tulisan dr kamarul, ia mempunyai maksud tersirat apabila cerdik panai kristen luar negara dijemput pulang ke malaysia. Untuk apa dikhususkan cerdik pandai kristen jika hanya mahu memperbaiki malaysia dari kebobrokan? Apakah tidak cukup dengan undang-undang sekular, seperti yang diagung-agungkan dap, maka cerdik pandai kristen di panggil membantu?

Ada yang menentang buku itu diharamkan dengan alasan ia tidak menggugat islam. Jika ia diharamkan, dakyah kristen di utube, facebook dan laman blog juga harus diharamkan. Penulis katakan ia adalah saranan yang dangkal. Sebab dakyah kristen di internet mudah dibantah. Jika sesiapa mempunyai akaun facebook, banyak group dan orang perseorangan yang membantah dakyah kristen, terutama dari indonesia. Penulis cukup banyak melakukan debat dengan penganut kristen dari indonesia yang banyak menyelewengkan islam, di facebook, malah pernah secara langsung melalui yahoo mesenger, secara online live. Penulis tidak setuju laman-laman itu disekat oleh skmm kerana dengannya mujahid cyber dapat membantahnya.

Ramai yang tidak sedar bahawa kristenisasi telah meletakkan asas yang kukuh dalam sistem pembelajaran negara. Islam dipisahkan dari negara. Islam diajar dari peringkat sekolah hingga universiti hanya menekankan ibadah amaliah sedang hukum jenayah dipadamkan dari kokurikulum pelajaran. Inilah kejayaan terbesar orientalis terhadap islam. Orientaslis adalah gerakan kristen dunia. 

Jangan ada yang terasa dan membuat kesimpulan bahawa dr kamarul menganggap semua semua umat islam malaysia imannya nipis, senipis kulit bawang. Fahami dahulu skop mana yang difokuskan dr kamarul sebagai menjalankan tanggungjawabnya sebagai muslim. Main borong menunjukkan kurangnya fahamnya kita terhadap tanggungjawab seorang islam.

Penulis tidak mengatakan hannah yeoh akan memurtadkan orang islam. Kerana hannahpun tahu akibatnya. Mungkin hannah akan didakwa dengan enakmen tertentu undang-undang negara. Namun, oleh kerana bukunya telah menjadi polimik, hannah harus menjelaskan maksud buku itu apakah ia tidak bertepatan dengan apa yang didakwa oleh dr kamarul zaman. Malah dr kamarul mendakw, dalam buku tersebut hannah mengatakan jawatan politiknya telah digunakan untuk melakukan diayah kristen digereja terhadap orang muda. Hannah harus membuat satu sidang media, jemput semua ilmuan islam mahupun kristen dan menjawab persoalan yang timbul dari buku beliau.

Wassalam.





Diterbitkan oleh :
Ikatan Blogger Terengganu (IBT)
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap IBT
(Ikatan Blogger Terengganu)
This article comes from TranungKite Online (TKO)
http://www.tranungkite.net/x3
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35012