Tampar tak ada zaman saya... tumbuk sampai lebam adalah sikit-sikit...
Tarikh : Saturday, May 20 @ 10:54:59 MYT
Topik : Ulasan/Komentar




Lebai tak nak ulas panjang pasal isu tampar ni kerana dah banyak orang ulas, malah 'trolling' dalam isu ini juga dah banyak. Lebai ulas sekadar membuka tirai pagi ini sahaja...

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata insiden tampar 2 hari lalu ketika program dialog Transformasi Nasional (TN50) yang dihadiri Datuk Seri Najib Razak adalah sesuatu yang memalukan kerana tidak berlaku sebelum ini.

“Tak pernah berlaku kepada saya atau perdana menteri lain sebelum saya. Ini berlaku hanya di zaman Najib kerana semua orang benci pemerintahannya,” kata bekas perdana menteri itu ketika menjawab pelbagai soalan secara langsung daripada pengguna Facebook.


Tun Mahathir sudah lupa peristiwa ini. Bukan Tun Mahathir sahaja lupa, penyokong PAKATAN HARAPAN pun lupa, sekarang mereka nak bekas PM yang lebamkan mata Anwar jadi pemimpin mereka. Mereka lupa kerana mereka asyik nak jatuh KETUA PEROMPAK sedangkan bekas PM itu adalah KETUA PENYAMUN.


Tampar-tampar tak mainlah... tembak terus kalau melawan dan membantah undang-undang ISA. Baru ceramah Tun Mahathir marahkan Najib kerana mansuhkan ISA... lebai rasa dah lupa (nyanyuk bahasa kasar..)
Memali adalah sejarah hitam bagaimana diplomasi politik tidak digunakan. Kerajaan UMNO menggunakan kekerasan bagi menentang saingan politik dengan pelbagai tuduhan kerana pada masa itu MEDIA dikuasai oleh kerajaan. Kerajaan UMNO/BN menggunakan apa sahaja bagi memastikan saingan politik dibinasakan manakala MEDIA memberikan berita palsu atas apa yang berlaku. Tak hairanlah kalau bekas PM dulu dikenali sebagai MAHAZALIM atau MAHAFIRAUN.


Tampar?? Tak kita tangkap kurung 2 tahun tanpa bicara. Pisahkan mereka dengan keluarga mereka. Itu hebatnya Mahathir (KETUA PENYAMUN) berbanding Najib (KETUA PEROMPAK). UMNO bergaduh dengan MCA, kemudian 106 orang pimpinan pembangkang ditangkap dalam Operasi Lalang 1987. Itu hebatnya Mahathir.

Lagi hebat Mahathir yang kena tangkap dalam operasi lalang kini bersama Mahathir untuk jatuhkan Najib dan percaya janji-janji Mahathir termasuk duit untuk PRU-14 nanti RM500 juta (ini bukan dedak tahu... Nanti Mahathir marah kerana dedak bagi yang sokong Najib).

SIAPA BIJAK
& SIAPA BODOH
ORANG BODOH SELALU KENA TIPU OLEH ORANG BIJAK







Diterbitkan oleh :
Ikatan Blogger Terengganu (IBT)
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap IBT
(Ikatan Blogger Terengganu)
This article comes from TranungKite Online (TKO)
http://www.tranungkite.net/x3
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35016