Nak melalut tu pandang pandanglah, pancai weh........
Tarikh : Monday, June 19 @ 20:12:31 MYT
Topik : Respon


Assalamualaikum,

Mula tu, saya ingat mahu diamkan dulu, tunggu kantoi dulu, baru tembak.Tapi bila difikirkan semula, ianya tak boleh dibiarkan terus berlaku tanpa ada tindakan balas yang sesuai.Kisahnya berlaku semalam dalam salah satu whatapps group yang kebetulan dikuasai oleh 2 orang pancai yang rancak bersembang dan dalam  sembangnya itu terkeluar kata kata hinaan kepada ulamak PAS yang kemudiannya dirujuk kepada ulamak yang beromen dengan perempuan dalam kereta.

Ini yang mengejutkan saya kerana selepas itu seorang dari mereka memuat naik video perlakuan tidak senonoh seorang lelaki yang berketayap terhadap seorang perempuan bertudung dalam kereta.Ulamak apa jenis ni? tak nampakpun kerektor seorang ulamak seperti didakwa pancai sebagai ulamak PAS apatah lagi mengenali lelaki biadap itu, jauh sekali dan inilah cara pancai membuat tuduhan dan fitnah mereka.Apa saja yang berketayap dan bertudung didakwanya ulamak PAS, yang suka peluk amoi, ulamak PAN.ha3x.

Satu  hal yang tak boleh dirancang dan dilakukan dengan baik oleh pancai ialah untuk menunjukkan peristiwa yang ditunjukkan itu dilakukan oleh orang atau ulamak PAS.Biasanya pancai akan kantoi akhirnya, sebab itu saya pada mulanya mahu menunggu isu ini kantoi, tetapi kekadang tindakan menfitnah pancai agak menjadi terlalu extrim sehingga terasa tidak patut berdiam diri.

Apa yang sangat sangat saya nak bangkitkan di sini ialah kemungkinan video itu adalah lakonan oleh pelakon upahan pancai.Masakan muka buruk lelaki yang muncul dalam video itu tak pernah kelihatan sebagai pemimpin atau ulamak PAS didakwa ulamak? bongok betul pancai ni!Kalau bukan lakonan, bagaimana kah kita boleh bayangkan seorang lelaki berketayap dan perempuan bertudung boleh berkelakuan sebegitu di khalayak ramai sehingga mengundang rakaman yang hari ini bukan perkara pelik lagi.Lagi satu, melihat kepada kedudukan video itu ternyata pelakonnya seperti menerima arahan dari seseorang atau dengan sukarela melakukannya di depan kamera.

Pancai tak dapat memberitahu siapa lelaki dan perempuan terbabit.Ianya tidak dikenali baik sebagai pemimpin atau ulamak PAS tapi pancai macam biasalah celupar menuduh ulamak yang tidak berakhlak itu ulamak PAS, ulamak yang peluk amai itu berakhlak mulia.

Cara Pancai mencacai amat mudah dikenali dan amat mudah dipatahkan tidak seperti ketika cai cai Umno begitu aktif menyebarkan fitnah demi fitnah dulu,video ulamak beromen dibuat lebih baik dari vedeo Cikgu Pa, tetapi nampaknya yang lebih dulu kantoi ialah video ulamak beromen.Itulah pancai sudah hilang kreativiti untuk menfitnah PAS.

Pancai kalau nak melalutpun pandang pandanglah, jangan main hentam saja labu, kesian nanti, dedakpun bukan seberapapun.....

 

 





Diterbitkan oleh :
Ikatan Blogger Terengganu (IBT)
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap IBT
(Ikatan Blogger Terengganu)
This article comes from TranungKite Online (TKO)
http://www.tranungkite.net/v12
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35488