Selepas raya, mi dan buah-buahan import dikenakan GST, kata laporan
Tarikh : Monday, June 19 @ 20:21:16 MYT
Topik : Ekonomi




PETALING JAYA: Beberapa barang makanan yang selama ini dikecualikan daripada cukai barang dan perkhidmatan (GST) bakal naik harga, susulan keputusan kerajaan menamatkan pengecualian cukai 6% itu, menurut laporan China Press.

Mulai 1 Julai, lebih daripada 60 barang makanan akan dikenakan GST, termasuk beberapa jenis makanan laut, sayur-sayuran, buah-buahan, teh, kopi, rempah dan mi.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Datuk Subromaniam Tholasy ketika dihubungi FMT berkata kenyataan rasmi mengenainya akan dikeluarkan petang ini.

Antara makanan yang terkesan ialah belut, ikan todak dan buah-buahan yang diimport seperti avokado, buah ara, anggur, buah pic, ceri dan beri.

Barang makanan lain yang akan dikenakan GST 6% termasuk bihun, kuey teow, laksa mi dan minyak kelapa.

Di bawah kategori sayur-sayuran, kentang, kacang panjang, kacang, bayam dan jagung manis akan mula dikenakan GST.

Kerajaan memperkenalkan GST 6% ke atas barangan dan perkhidmatan pada April 2015.

Ketika membentangkan Bajet 2015 pada Oktober 2014, Datuk Seri Najib Razak membutirkan beberapa barang makanan yang dikecualikan GST.

Antaranya ialah semua jenis buah-buahan tempatan dan diimport, roti putih dan roti wholemeal, serbuk kopi, serbuk teh dan serbuk koko, dan mi kuning, kuey tiau, laksa dan bihun.





Diterbitkan oleh :
Ikatan Blogger Terengganu (IBT)
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap IBT
(Ikatan Blogger Terengganu)
This article comes from TranungKite Online (TKO)
http://www.tranungkite.net/x3
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35492