Joined: Oct 18, 2005 Posts: 1807 Location: Kuala Lumpur, Bandaraya Islam Hadhori ;)
Posted: Fri May 18, 2007 11:09 pm Post subject: Update lawatan delegasi TKO ke SABAH
SMS dari ramlisdar
"sampai sabah dsebuah pondok tahfiz yg gurunya hanya mampu dbyr 200 sbln n tepaksa bepuasa tiada makanan.. pondok hampir hanyut dibawa sungai.."
"Alhamdulillah selamat tiba d Kota Belud SABAH. Gembira melihat anak2 bersungguh belajar ugama d pusat pend islam. Ada pelajar muaalaf yg belajar dgn azam untk menyebarkan islam pd famili dan kampong mereka belum islam. SEDEH SUNGGUH makanan tak cukup. Kadang anak2 terpaksa puasa. Sambil Sms ni saya nangis. saya cadangkan Tko beri tumpuan pd sekolah pondok ni. Akan kaji long term help. Sebab bangunan dah uzur. Tolong, SOS. RAMLISDAR"
GAMBAR DELEGASI TKO KE SABAH - NO.3 ASRAMA
sedeh hati melihat keadaan tempat tinggal pelajar yang amat daif. Mereka tidak punya katil. Kalau ada pun katil, adalah katil yang di buat sendiri dari kayu terpakai.
Gambar asrama pelajar pondok. Bawah ujong kat corner sekali tu dapor tempat memasak. Mereka maseh menggunakan dapor kayu di asrama.
Bangunan kayu burok dan sebahagian telah roboh adalah bekas asrama. Terpaksa ti tinggalkan kerana tidak lagi selamat di duduki
[b]GAMBAR DELEGASI TKO KE SABAH
Di atas adalah bekas asrama, yang terpaksa di robohkan kerana tidak selamat di duduki oleh pelajar2 sekolah Pusat Pengajian Pendidekan Islam Fi Dzilal Quran Kg Rosok, Kota Belud.. Di belakang ialah bangunan yang kini di gunakan sebagai asrama sementara.
The building/hostel on the forefront, has to be demolished as it was deemed to unsafe, due to serious erosion by the river. As a temporary measure the students have been relocated in the building at the back.
Dua lagi pondok yang sekarang tak dapat digunakan kerana tidak selamat kerana hakisan sungai yang amat serious. Satu lagi bangunan di sebalek. Pokok pisang, kena selak pokok pisang tu.
These are 2 other buildings used as hostesl. Have also been abandoned as they were also deemed unsafe, due to erosion
Lagi gambar hostel sementara pelajar, pandangan sisi. Bangunan ni pun dah uzur.
Gambar hostel pada waktu maghrib di ambil tanpa flash. Lembu di bawah tu di sembeleh ke esokan hari nya untuk majlis akikah. Lihat bangunan yang dah uzur. Tu lah sebab kita bercadang untok membina bangunan asrama baru. Usaha ini memerlukan dana dan bantuan rakan. Tak banyak cuba kumpulkan 50sen sehari, bila dah terkumpul sebulan bank-in dalam akaun TKO GLOBAL.
Ahli TKO yang ingin membuat sumbangan bolehlah melakukannya ke akaun rasmi KELAB TKO GLOBAL:-
NAMA : TKO GLOBAL
NOMBOR AKAUN : 564726100475
AKAUN : ALWADIAH MAYBANK
Hanya dapat buat laporan yang sengkat atas sebab kesuntokan masa. Akan membuat laporan susulan dan akan menyertakan gambar2 yang telah di ambil di Sabah, insyaallah.
Bermula nya azam untok ke Sabah adalah bermula dari kesah 3 orang kanak2 yang telah di tinggalkan oleh kedua2 ibu bapa mereka.
Ibu nya adalah seorang Kristian yang telah memelok Islam kerana berkahwin dengan bapa mereka seorang Islam berasal dari Kedah.
Kedua2 ibu bapa ini kemudian nya telah berhijrah ke Semenanjong, dengan meninggalkan ketiga2 anak2 ini untok di jaga oleh nenek mereka yang berugama Kristian. Anak2 ini telah di tinggalkan oleh kedua2 ibu bapa mereka tanpa berita untok beberapa tahun. Saya sendiri dah lupa berapa tahun, tetapi ada saya paparkan dalam satu artikel dan saya poskan dalam forum. Tetapi saperti biasa artikel dan forum saperti ini tidak berapa di minati oleh pengunjong TKO.
Nenek kanak2 ini yang telah tua membuat rayuan memohon bantuan agar cucu nya dapat di didek dan di besarkan dalam suasana Islam, walau pun beliau sendiri bukan lah seorang Islam.
Kerana tersentoh dengan berita ini saya telah memohon agar ada rakan2 kita yang dapat membantu, sama ada mengambil mereka sebagai anak angkat, atau pun memastikan anak2 ini dapat di masokan dalam rumah anak2 yatim yang di kendalikan oleh orang2 Islam.
Alhamdulillah rayuan saya di sahut oleh rakan kita dari Sabah serta dari KL. Rakan dari KL pula mengenali rakan dari Sabah, kerana usaha2 mereka yang memang pernah menolong kanak2 yang mengalami keadaan dan masaalah yang sama. Tetapi cuma 2 orang sahaja yang dapat di tempatkan di dalam rumah anak2 yatim, manakala yang bongsu maseh di pelihara oleh nenek mereka.
Bermula dari kesah ini juga saya dapat tahu, rupa nya banyak lagi kes2 yang seumpama nya, berlaku dan memerlukan bantuan kita semua. Malah ketika di airport Kota Kinabalu pagi tadi saya menerima berita sedeh, Bapa yang berugama Islam telah menceraikan isteri nya. Menyebabkan isteri kembali memelok ugama asalnya, iaitu Kristian. Yang amat menyedehkan ialah si bapa, meninggalkan isteri beserta ke tujuh2 anak dalam jagaan si ibu yang sekarang berugama Kristian. Malang sungguh. Rakan2 sekarang sedang berusaha untok memastikan agar ke tujuh anak2 ini dapat di besarkan dalam Islam.
Pada mulanya objektif asal ke Sabah adalah:
1. Melawat rumah anak2 yatim dan miskin di kawasan pendalaman.
2. Melawat ketiga2 kanak yang sangat menyentoh hati saya.
3. Melawat pusat pendidekan Islam Fizilallil Quran di Kg Rosok, di pinggir bandar Kota Belud.
Kita plan tetapi Allah yang mengator segala2 nya. Hajat kami, ia itu, gazut, isteri tercinta dan saya hanya mampu sampai ke Pusat Pendidekan Islam Kg Sorok sahaja. Item 1 dan 2 di atas tidak tercapai.
Saya tidak sangaka, tersorok hikmah yang sangat besar di sebalek semua ini. Rupa nya Allah telah menyediakan sesuatu untok kami, yang pada awal nya rasa tidak terpikul sama sekali, malah sekarang pun rasa tak terpikul.
Membantu rumah anak2 yatim maseh mampu kita lakukan. Tetapi tugas yang Allah beri kali ini, adalah tugas para2 nabi dan para2 anbiya. Itu sebab rasa tak mampu tetapi terpaksa di lakukan juga atas sebab tanggong jawab sebagai seorang Islam.
Kami tiba di Kg Rosok, yang mempunyai sejarah kebangkitan Islam yang amat menarek sekali. Bermula nya Islam di Kg Kg Rosok, ini adalah bermula nya dengan memelok nya Islam seorang insan, Beliau ini merupakan satu2 nya orang Islam di dalam Kampong nya. Tentu saja beliau menerima tentangan yang hebat dari ibu bapa dan ahli keluarga nya. Tetapi dengan kegigehan beliau seorang demi seorang adek beradek nya memelok nya Islam. Tetapi ibu bapa nya tetap tidak memelok Islam. Dengan berkat kesabaran anak2, akhir si ibu memelok Islam. Tetapi si bapa agak keberatan untok memelok Islam kerana sayangkan pada arak dan juga adat berdendam, yang merupakan tradisi kaum nya.
Kata anak nya, bapa pelok lah Islam dulu, slow2 tinggalkan arak. Sehinggalah akhir nya si bapa memelok Islam. Dari Islam nya keluarga ini, berkembang lah ugama Islam di Kampong ini, sdikit demi sedikit. Mengikut statistik yang terakhir terdapat lebeh kurang 700 orang Islam di Kg ini. Kampong ini amat memerlukan bantuan kita untok menguatkan dan mengembangkan Islam, bukan sahaja di kampong ini, malah kalau boleh agar Islam ini berkembang di kampong sekitar dan juga seluroh Sabah. Itu lah sebab saya katakan, tugas ini amat berat sekali'
Insyaallah di bahagian kedua, saya akan cuba terangkan atau berkongsi cadangan tentang peranan dan usaha2 yang dapat TKO lakukan untok membantu pengembangan ugama Islam di Sabah.
Antara nya:
1. Pembangunan pusat pendidekan Islam. terdapat bangunan yang telah terlalu uzor dan perlu di ganti segera.
2. Tuition untok kanak2 Islam dan juga Kristian. Kita berharap dapat menjinakan anak2 Kristian ini ketika menghadiri tuition yang bakal di adakan. Kami telah pun memberi greenlight pada rakan di sana untok memulakan tuition ini dengan kadar segera. TKO akan menanggong gaji guru2 tuition saperti yang sedang kita lakukan di Manjoi.
3. Pembiayaan guru2 ugama. Ketika ini guru ugama memang bersemangat serta sanggup mengajar dengan imbohan sebanyak RM200 sebulan sahaja. Mereka juga merupakan anak2 didek dari pusat pendidekan Islam ini juga.
Saya sedeh kerana mereka ini akan melanjutkan pelajaran mereka di pesantren di Jawa. Kemungkinana pusat ini akan di tutup, seketiadaan mereka. Saya telah merayu dan memohon pada ustaz di sana, agar pusat ini JANGAN DI TUTUP, kerana momentum akan sejok.
END OF PART 1
Last edited by ramlisdar on Wed May 30, 2007 10:01 pm; edited 1 time in total
terkenang wajah dua anak semasa majlis takruf, serta apa yang mereka tuturkan:
" Nama saya .......... (saya dah lupa), saya seorang mualaf". Wajah nya yang berseri2 penoh keikhlasan menimba ilmu di pusat pendidekan islam tersebut, menyentoh hati saya. Mereka2 ini perlu dan patut di bantu.
Kerana pelajar2 yang belajar di sini adalah dari keluarga yang miskin. Mereka belajar tanpa di kenakan apa2 bayaran.
memang hidop mereka jauh dari apa yanmg dapat kita bayangkan di Semenanjong ni. Sini kita risau anak2 tidor tanpa katil. Di sana mereka bukan sekadar tak ada katil, makanan pun kurang. Mungkin sebab kedudukan yang jauh di cerok kampong.
Kami dari PPIFDQ (Pusat Pendidikan Islam Fii Dzilalil Quran mengucapkan jutaan terima kasih kepada sdr berdua keran sudi singgah dan menghulurkan bantuan kepada kami. Kami masih mengharapkan bantuan semua demi membantu anak2 Sabah.
Joined: Feb 14, 2007 Posts: 365 Location: tengah padang
Posted: Mon May 21, 2007 12:27 am Post subject:
Alhamdulillah......
Adanya 2 org pengerak yg sukses mcm tuan Ramlisidar & tuan Gazut
insyaallah..... makin terbela le insan2 yg mengharapkan bantuan & pertolongan dr hamba2 allah yg sedia menghulur bantuan. Jika tdk di selongkar & dijelajahi seantaro ini. Pasti tdk mengetahui akan kesusahan yang di alami oleh insan2 yg memerlukan . TKo ni banyak memberi manfaat...dlm diri ini mendapat ilmu pun iye... yg pentingnya memberi keinsafan dlm diri ini.
ahli tko yang berdaftar 7k lebih (tidak termasuk yang suka baca shj )...katakan yang aktif cuma 3k shj....kalau kita masukkan dlm tabung tko global rm10 tiap2 bulan dah ada 30k sebulan.....woooiiii dah banyak tu.....
dah lama gazut tak menulis di TKO.. skadar memerhati dr jauh... lagipun agak sibuk dengan kursus panjang..
sebenarnya kalau ikutkan hati gazut masih sekadar nak melihat TKO menari mengikut alunan di dendang.. tp setelah ke sabah dgn tuan ramlisdar n Dr, gazut rasa perlu menulis juga..
seperti yg tuan ramli tulis, asal kami ke sabah utk program meninjau rumah anak yatim, bertemu 3 bradik yang di tinggalkan bersama nenek kristian dan ke pusat tahfiz.. tp hanya 1 program yg menjadi.. pun begitu menjadi dengan begitu besar bebanan yg harus kita pikul bersama..
hari pertama sampai di KK kami di sambut oleh Cikgu Anuar, antara org yg paling banyak jasa dlm perkembangan Islam di sabah.. kami terus ke Kg Rosok tempat pusat tahfiz.. pusat pekembangan Islam bg 13 kg sekitar.. kami di sambut oleh Ustaz mustaqim.. salah seorg anak tuan tanah yg mewakafkan tanahnya utk pengenbangan Islam sebelum pun beliau memeluk Islam.. ( sudah arwah pakcik ini)..
kali pertama menjejak kaki air mata gazut bagai tertumpah.. sebak yg teramat.. tanpa penerangan gazut meninjau ke sekitaran pusat.. dgn rumah penginapan yg amat daif, sebahagianya rebah di hanyut sungai..
gazut tak dapat gambarkan dimana lg gazut pernah berjumpa tempat sedaif ini..
selepas solah maghrib berjemaah, kami bertakruf bersama anak2 muda bakal ustaz.. sedar tak sedar air mata gazut mengalir mendengar cerita, kesungguhan dan pengorbanan anak2 muda dan jasabaik Ustaz Mustaqim dan beberapa penggerak pusat ini demi memartabatkan Islam di bumi sabah.. kebanyakan anak2 ini adalah dr pendalaman sabah.. termasuk anak2 muda ini adalah dua org mualaf yg bercita2 besar untuk menjadi pendakwah di kg masing2 kelak apabila kluar dr pusat ini..
pusat ini di tadbir oleh satu jawatankuasa dalam keadaan peruntukan yg ketat akibat dr kekurangan dana utk menaja anak2 ini.. makanan mereka sekadar ala-kadar.. kadang2 kena berpuasa.. penempatan mereka pada gazut tidak layak diduduki oleh org2 yg begitu besar kedudukan & tempatnya dalam masyarakat kita Islam.. tp itulah hakikat yg gazut lihat..
pun begitu gazut puji org sabah.. dalam keadaan mereka sedaif itu... masih sempat mengadakan keraian utk menyambut kami.. ( Ustaz sattar berkias mengatakan mereka mengadakan hari keluarga... ampun tuan).. siap tumbang lembu sekor buat akikah..
insya ALLAH gazut rasa banyak yg patut kita lakukan untuk pusat ini..
p/s: rasa bersalah pd tuan ramli kerana gazut ajak tuan ramli naik bas ke KL Sentral dr LCCT.. dompet tuan ramli di copet penyeluk saku di Kl Sentral.. dah la pegi sabah atas duit poket sendiri.. moga ALLAH memberi ganjaran yg terlebih baik dr yg hilang itu..
I probably have never written to you in English before, but rather always in German. I'm doing so now because I want family Ibrahim in Malaysia to understand what I write to you. I wish I could send this mail to Brother Lassad too, but his e-Mail hasn't worked for a month now. Everything I send him comes back. Can you give him a copy please in the mosque in Hall B and ask him to think about this too?
While I was in Malaysia, I met Ramli Ibrahim and his wife Azizah. We have stayed in contact (and I hope it stays that way). Ramli was the person who sent us the approximately 80 Qur'an translations in English. You have surely seen the paperback English translations in our mosque. I do not put a stamp of the airport in those translations like I do the others because if someone takes one, I replace it with another inchaAllah. I still have English translations at home and a few are below the bookcase if you need them. The German translation is below the bookcase too, but unfortunately those are the last ones we have, so be careful please.
Brother Ramli is involved in volunteer social work with orphanages (Kinderheime) in areas of Malaysia and Indonesia which were hit by the Tsunami and other areas which are just simply poor areas. We talked in December and January about the idea of our mosque in Frankfurt possibly helping some of his work. He was recently on a trip and wanted to visit some of the orphanages. I asked for his report, and this is what he said in an SMS:
Quote --
Back from Sabah Sunday. My intention to visit the orphanage was not fulfilled due to time constraint. Managed to visit one out of three in my list. The orphanage deep [in the forest?] is in the hinterland. There is no tarred road. About one-and-a-half hour journey on a road without tar -- a dirt road. But I was very pleased to visit the local religious school. The village is a place like it was in Islam in the early days. In the early 80s there was only one muslim. Now there are approximately 700 muslims. [Alhamdulillah!] But they need help badly. I cried when students had to fast because they had no food. [Sie fasten ganz einfach weil sie sowieso nichts zum Essen haben.] It was unimaginable to me. But that's a fact. Alhamdulillah we brought them a lot of food. I plan to provide teachers to teach math and science and make a class available to non-muslims in the village as a form of daawa.
-- End of Quotation.
[Sabah (arab. as-sabah „der Morgen“) ist der kleinere der beiden Teilstaaten von Ostmalaysia auf der Pazifik-Insel Borneo (der andere ist Sarawak).]
Dear Karim, what shall we do? How can we help? Ramli didn't give me a bank address with IBAN and BIC yet, but I hope he will do that soon. Let me know your ideas please.
Wa Salam,
Ibrahim
berkongsi email yang di terima dari Frankfurt. So wan_jtk and gazut macam mana dengan IBAN dan BIC dah activate ke belum?
Saya berpendapat, elok kita think small kalau kerja ni menjadi satu beban. Mulakan dengan 50 sen sehari. Saya harap ada rakan2 yang akan persue idea "KUMPUL 50 sen SEHARI" Agar impian mengumpul dana menjadi kenyataan.
Harap ada yang UP kan idea 50 sehari ni agar thread ni sentiasa ada di atas main page.
Joined: Dec 11, 2006 Posts: 1264 Location: Selangkah dari depan
Posted: Wed May 23, 2007 7:50 pm Post subject:
GAMBAR DELEGASI TKO KE SABAH - NO.2
Gambar sahabat kita gazut sedang survey keadaan tanah runtoh bersebelahan hostel yang terpaksa di kosongkan kerana tidak lagi selamat di diami
Sungai yang berpunca dari Gunong Kinabalu, yang mengalir bersebelahan Pusat Pendidekan Islam Fi Dzilal Quran, yang menyebabkan hakisan dan tanah runtoh. Sebahagian binaan dan tempat wuduk serta bilek air telah pon di hanyutkan sungai. Sila lihat bekas dinding dalam gambar.
Peti ais yang kosong, tak ada makanan langsong
Freezer juga kosong. Tak ada langsong makanan di dalam nya.
Pembelian barang2 makanan sedang di muatkan ke dalam lori. Sebelah lori tu ialah Abang Amin, pengerusi Pusat Pendidekan Islam. Ayah pada Abang Amin ini lah yang mewakafkan tanah untok sekolah pondok/pusat pendidekan
All times are GMT + 8 Hours Goto page 1, 2, 3 ... 32, 33, 34Next
Page 1 of 34
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
Letupan Bom 28 Dis - Benazir Bhutto (21 Jun 1953 - 27 Disember 2007) telah terbunuh dalam serangan berani mati dalam satu rali perarakan parti..
Rintihan.. 30 Dis - Solat hajat diperkarangan kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu...
Punk Hadhari.. 1 Jan - Pakaian dan stail diorang kat bawah ni jenis apa? Punk ke, Gothik ke, Skinhead ke? Susah beb gua nak menjawab... Inilah Terengganu Bestari!
Kerajaan tetap zalim... 26 Sept - Hari ini bermula jam 12 tgh, rakyat berkumpul di Masjid Jamek, KL utk menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan kerajaan Malaysia menggunakan ISA..
* Klip pada pada paparan gambar untuk melihat lebih banyak lagi gambar menarik...
Mega link (link-link yang lain)
* Link laman yang dipaparkan adalah yang aktif sahaja. Laman tidak dikemas kini lebih daripada sebulan akan dikeluarkan secara automatik..
[Untuk yang lain-lain sila klik Mega Link atau Link Pilihan pada atas Homepage ini]
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKD (DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN) Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan. (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)