Posted: Sat Oct 25, 2008 8:38 pm Post subject: dedah rasuah..anakanda melayunet rayu ayahanda tun..
kepada ayahanda tun..
saya pria_malaya08, sahabat kpd anakanda tun bernama melayunet..
jika ayahanda tun sering berada di TKO ini dan membaca msg ini, di harap ayahanda tun sudi mendengar rayuan anakanda tun ini..plizz, kesiankan anakanda tun ini kerana beliau adalah penyokong setia tun dan umno..
Quote:
Personal opinion. Komen camni menguntungkan pembangkang dan makin menjauhkan rakyat dari UMNO.
Saya harap Tun masih sayangkan UMNO dan rentikanlah komen camni,sekalipun wujud kebenaran dalam komen Tun ini.
Bantulah najib pulihkan UMNO. Spare some bullets for oppositions,jangan semuanya di tuju kepada UMNO, kerana UMNO dah ramai penentangnya.
If UMNO completely destroyed, it is very difficult to rebuild and fight back again Oppositions.
Rayuan Saya, beri la Peluang untuk UMNO pulih, dan bantulah UMNO menghadapi pembangkang semakin suka menangguk air yang keruh ini.
selebihnya, ayahanda tun boleh tengok sendiri thread anakanda tun(melayunet) ini di MYKMU...
kewujudan thread disana membuktikan kasih sayang yg teramat beliau kepada tun..
diharap ayahanda tun sudi mempertimbangkan hal ini,
jgn sampai anakanda tun itu ditimpa sakit dan musibah dek kerana kebranian tun membuka aib secara terbuka..
kalau ada pun, cubalah pandai berahsia..
akhir kata, sampaikan salam kpd ibunda hasmah,
kirim salam kepadanya..
Joined: Jul 03, 2008 Posts: 323 Location: dalam mimpi
Posted: Sat Oct 25, 2008 8:43 pm Post subject:
sebak akubaca tread ni...rasa nk nangispun ade....klau ayahanda xade apalah nk jadi nga maaysia ni..sorgpun takleh harap..sudikah ayahanda menjadi PM semula
Nak nangis ngan nak gelak sama banyak ni mcmmana ni?!!
Apapun.. bonda melayunet tu bukan Rosmah.. Hasmah!
emm ayahanda tun, tunggu dulu..
sebelum tu, anakanda tun meminta maaf kerana tidak mengingati nama ibunda siti hasmah, harap ayahanda tun sudi maafkan..
ok, sekarang ayahanda tun boleh pergi..
byeeee ayahandaaaa...
kalau ayahanda masih ingat,
ini antara komen ayanda tentang rasuah didlam umno,
dimana membuatkan hati anakanda terasa seperti ditusuk sembilu..
Quote:
Sabtu Oktober 25, 2008
Ganjaran wang politik perwakilan Umno cecah RM20,000?
Oleh G. MANIMARAN
PETALING JAYA: Ketika gejala politik dalam pemilihan Umno hangat diperkatakan, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mendakwa berdasarkan perkembangan semasa setiap perwakilan mampu memperoleh sehingg RM20,000.
Sambil menekankan amalan rasuah dalam UMNO di semua peringkat sudah menjadi buah mulut orang ramai, Dr. Mahathir berkata: "Kata orang melihat kepada jawatan-jawatan yang dipertandingkan tiap seorang wakil boleh dapat hingga RM20,000."
"Ada yang berpendapat tidak apa menerima sogokan tetapi tidak semestinya mengundi penyogok.
"Jangan percaya iman penerima begitu kuat sehingga tidak merasa terhutang budi. Lagipun duit yang diterima adalah duit haram. Yang menerima akan menanggung dosa," kata beliau yang mengulas isu yang sama buat kali kedua dalam seminggu menerusi blognya.
JAWATAN DITENDER
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Lembaga Disiplin Umno akan mengumumkan beberapa tindakan yang akan diambil berhubung politik wang, dalam masa terdekat ini.
Beliau yang kini merupakan calon tunggal untuk jawatan Presiden Umno berkata, parti itu telah menyerahkan mandat kepada jawatankuasa yang dipengerusikan Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Ismail itu untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang didapati mengamalkan politik wang.
Baru-baru ini, anggota Majlis Tertinggi Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengesyorkan supaya semua jawatan tertinggi parti Umno dipertandingkan secara "tender" kerana muak dengan gejala politik wang yang didakwa berlaku semasa pemilihan bahagian.
Justeru, dengan sinis Dr. Mahathir, bekas Presiden Umno, yang pernah menyentuh mengenai gejala politik wang dalam perhimpunan-perhimpunan agung Umno sebelum bersara berkata:
"Terimalah. Pedulikan jika semua orang tahu. Apa salahnya. Dosa, dosalah."
"Tetapi seperti disebut apabila pengundi pilihan raya umum sudah benci dan bosan dengan Umno mereka akan undi parti lawan untuk kalahkan Umno.
"Selepas kalah tidak ada lagi jawatan Perdana Menteri, Menteri dan lain-lain. Tidak akan ada lagi kontrak, AP dan lesen.Tidak akan ada lagi nikmat! Semua pihak akan merana, akan dihina oleh orang," katanya.
BANYAK LAPORAN
Dr. Mahathir berkata, beliau menerima banyak laporan berkenaan dengan politik wang dalam Umno.
"Demikianlah keadaan sehingga Datuk Seri Dr. Rais Yatim mencadang secara sinis supaya jawatan-jawatan Majlis Tertinggi ditender.
"Datuk Seri Shahidan Kassim amat marah dan akan tender sebanyak RM1 untuk Rais. Bila makan cili rasa pedas," katanya.
Sambil menambah beliau diberitahu wang banyak digunakan Dr. Mahathir menjelaskan, pada masa lalu cuma ketua-ketua Pemuda bahagian sahaja dapat.
"Ini menyebabkan pemegang jawatan lain dalam pergerakan enggan bekerjasama. Sekarang semua mendapat sogokan dan hasilnya amat memuaskan bagi penyogok.
"Ketua-ketua Bahagian dan ahli jawatankuasa juga dijemput ke Kuala Lumpur untuk berjumpa orang tertentu.
"Mereka di arah supaya mencalonkan orang-orang tertentu untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli Majlis Tertinggi. Juga pencalonan Ketua Pemuda. Berkesan atau tidak akan kita lihat daripada pencalonan yang dibuat," katanya.
Kini, kata beliau, cawangan dan ahli biasa pun sudah pandai.
MENAWARKAN SOKONGAN
"Mereka menawarkan sokongan mereka jika sekian-sekian banyak dihulur," katanya lagi.
Malah katanya, mereka yang menang boleh jadi Yang Berhormat, ahli Exco, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, pengerusi syarikat-syarikat Kerajaan dan juga dapat kontrak berjuta Ringgit.
"Ahli biasa yang memberi sokongan dengan undi mereka dapat apa? Dengan kesedaran akan soal ini maka penyokong dan pengundi pula berpendapat mereka juga harus dapat nikmat daripada pemberian undi mereka.
"Maka mereka akan menunggu sogokan sebelum memberi undi mereka," katanya.
Dr. Mahathir menambah, orang ramai sudah jelek dan muak "dengan Umno, orang UMNO dan pemimpin UMNO."
"Perasaan benci kepada Umno sebagai parti yang tidak bermoral merebak ke merata-rata tempat," katanya.
ini satu lagi kenyataan ayahanda tun dahulu..
Quote:
RASUAH DALAM UMNO
Posted by Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad at August 19, 2008 5:55 PM | Permalink | Comments (361) | TrackBacks (0) | Previous Blog
1. Dato Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang telah membuat kenyataan yang beliau tidak akan bertanding untuk Majlis Tertinggi UMNO kerana rasuah yang berleluasa dalam kempen pemilihan ketua-ketua pemuda, ketua bahagian dan Majlis Tertinggi.
2. Sebelum ini saya telah lapor berkenaan tindakan dua tokoh UMNO; seorang Ketua Bahagian yang menulis kepada Ibu Pejabat UMNO berkenaan rasuah yang dilakukan oleh Presiden sendiri untuk mendapat sokongan bagi pencalonannya sebagai Presiden pada Disember ini dan yang satu lagi tindakan seorang veteran UMNO yang telah lapor kepada Badan Pencegah Rasuah berkenaan rasuah yang sama yang dilakukan oleh Presiden, walaupun ia sendiri kerap bercakap dan mendesak semua orang supaya jangan amalkan rasuah.
3. Baru-baru ini saya telah dapat maklumat daripada beberapa pemimpin UMNO bahawa rasuah, iaitu pemberian duit yang tidak kecil jumlahnya dan pemberian lain-lain, telah dilakukan untuk pemilihan ke Majlis Tertinggi dan Ketua Pemuda.
4. Lebih daripada 150 ahli telah dikenalpasti yang akan mencabar ketua-ketua bahagian yang ada sekarang dengan diberi sogokan wang yang besar. Ada pula Ketua Bahagian yang diberi kontrak projek Kerajaan supaya mencalonkan calon tertentu.
5. Mereka yang menjadi Ketua Bahagian sekarang yang akan dicabar dan dijatuhkan tahu dan sedar yang rasuah ini sedang berlaku. Mereka kecewa. Tetapi mereka tidak sanggup mendedah secara tepat dan terbuka orang yang memberi sogokan dan siapa yang mereka dikehendaki mencalon dan menyokong dan lain-lain butir dan maklumat berkenaan kegiatan rasuah ini. Mereka yang disogok pula tidak sanggup membuat apa-apa laporan.
6. Mereka sedar bahawa rasuah yang berleluasa dalam UMNO ini akan menghancurkan parti, dan merosakkan masa depan orang Melayu dan negara Malaysia tetapi mereka masih berharap apabila mereka sudah tidak jadi Ketua Bahagian, tidak jadi ahli atau memegang jawatan dalam Majlis Tertinggi, apabila mereka tidak lagi jadi Menteri atau Timbalan Menteri, mereka mungkin diberi saguhati dengan dilantik sebagai Senator dan melalui saluran ini mungkin dapat jadi Menteri lagi, atau dapat jadi pengerusi syarikat GLC, atau jadi penasihat berpangkat Menteri kepada PM atau pengerusi badan-badan lain, atau dijadikan duta dan lain-lain, semuanya dengan elaun-elaun yang lumayan juga.
7. Oleh kerana harapan ini mereka sanggup melihat rasuah berleluasa dalam UMNO, melihat UMNO hancur, melihat orang Melayu diperhambakan, menjadi golongan yang miskin dan tidak berkuasa dalam negara, merosakkan negara. Tidak ada seorang pun daripada mereka, daripada Timbalan Presiden sehingga ke ketua cawangan, yang akan sanggup mendedah secara jelas, mengeluar 'statutory declaration' berkenaan rasuah yang akan hancurkan UMNO dan menghakis apa sedikit daripada kuasa orang Melayu di negara ini yang masih ada.
8. Mereka ini berharap orang luar daripada UMNO, NGO (Badan bukan Kerajaan) Melayu akan menyelamat UMNO supaya mereka yang tersingkir akan dapat kembali jawatan-jawatan mereka.
9. Semua ini berlaku kerana presiden UMNO membenar ianya berlaku. Sebagai Perdana Menteri beliau dipercayai akan selamatkan mereka yang terlibat dengan mengguna rasuah untuk mendapat tempat dalam kepimpinan UMNO daripada apa-apa tindakan jika laporan dibuat kepada Jawatan Kuasa Disiplin Parti atau Badan Pencegah Rasuah.
10. Perjuangan 62 tahun UMNO akan menjadi sia-sia kerana UMNO sudah dilanda gejala rasuah dan tidak lagi dapat perjuangkan tujuan-tujuan yang UMNO ditubuh. Perjuangan pemimpin dan ahli UMNO sekarang tertumpu kepada mendapat sesuatu bagi diri sendiri. Kerana semua mereka sudah terlibat dengan rasuah, samada memberi atau menerima, tiada ada siapa yang ingin bertindak memberhentikan jenayah ini.
11. Inilah keadaan dalam UMNO sekarang.
12. Malangnya yang boleh bertindak hanyalah ahli UMNO.
13. Saya tidak fikir ada dalam UMNO orang yang mampu bertindak. Masing-masing hanya utamakan kepentingan diri. Apa yang akan jadi pada kaum bangsanya tidak mengapa asalkan diri sendiri mendapat sesuatu.
14. Hari ini UMNO belum hancur lagi tetapi ia jelas sudah lemah. Dengan tahap kelemahan ini sahaja pun orang Melayu sudah berada dalam keadaan kelam kelibut, berpecah dan terdedah pada macam-macam serangan terhadap maruah bangsa dan agama yang mereka tidak berupaya mempertahankan.
15. Percayalah, apabila orang Melayu begitu mudah menjual hak mengundi mereka, ahkhirnya mereka akan terima padahnya; mereka akan hilang apa juga kuasa yang sedikit yang ada pada mereka untuk menyelamatkan kaum bangsa mereka. Mereka akan kembali menjadi hamba orang, mempertahankan orang. Mereka akan jadi seperti orang Melayu Singapura yang sudah jadi kaum minoriti yang termiskin di pulau yang sebenarnya sebahagian dari Tanah Melayu dahulu. Inilah nasib yang menunggu orang Melayu.
plizzz..
jgn sape2 kutuk sahabat aku melayunet..
siap korang kalau keluarkan kata2 kesat kpd dia..
aku just nk bantu dia sampaikan rayuan ini kpd tun..
aku tau, melayunet perlukan seseorang utk membuka thread ini di TKO..
cuma, mungkin dia agak segan atau keberatan..
mana tau, ayahanda tun selalu lepak disini, bukan di MYKMU..
jadi, hasrat melayunet akan tercapai, insyaallah..
so, diharapkan kalau ayahanda tun, atau sesiapa yg ada 'link' dgn ayahanda tun, tolonglah sampaikan hajat ini kpd ayahanda tun..
cukuplah mendedahkan rasuah, penyelewengan umno kpd umum..
betul x melayunet??
diharap melayunet bersabar dgn takdir yg berlaku..
Nampaknya hang peminat setia aku.. follow me where ever i go. Mungkin niat hang nak perlecehkan aku.But guess what?. I dont mind. Saya sudah biasa di aibkan sehingga saya telah diISAkan oleh TKO.You can create thousand tread about me, tapi jangan risau, saya takkan membalas.
Bukan saya kecut,just you try to be smart out of nothing.
I can take on much more senior,wiser smarter forumers like sp4n4r, kamu setakat junior ni shouldnt be a problem much.
Pagi tadi si Bantai bukak tread speechless, dengan mudah i patahkan tread dia. Tread hang ni dengan mudah aku boleh patahkan, but you dont expect me to waste time explaining all this one by one. Hang bukak satu topik baru, saya kena menjawab.I'm here to play offensive, not defensive!.
So i let you have high time bashing me till you feel statisfied.Mungkin itu kot kamu suka pria_malaya08. Banyak penulisan di KMU bakal menyusul. Harap kamu bawak semuanya ke sini, macam member hang sorang lagi tul, Bantai.Maybe you can learn how to do screenshot from him. I really admire him alot, pandai buang masa buat screen shot cantik2 penulisan aku di KMU, walaupun dia tu b0d0h tahap kambing. Mod pun boleh layan tread [ SENSOR DC ] camtu instead of locking. Hopeful MOD tak lock topic camni kerana pemimpin depa tak di sentuh atau di hina sini.
I spare my bullet on this tread. Saudara layanlah tread ni sepuas hati
Last edited by -Melayunet- on Sat Oct 25, 2008 9:06 pm; edited 1 time in total
All times are GMT + 8 Hours Goto page 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7Next
Page 1 of 7
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
Letupan Bom 28 Dis - Benazir Bhutto (21 Jun 1953 - 27 Disember 2007) telah terbunuh dalam serangan berani mati dalam satu rali perarakan parti..
Rintihan.. 30 Dis - Solat hajat diperkarangan kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu...
Punk Hadhari.. 1 Jan - Pakaian dan stail diorang kat bawah ni jenis apa? Punk ke, Gothik ke, Skinhead ke? Susah beb gua nak menjawab... Inilah Terengganu Bestari!
Kerajaan tetap zalim... 26 Sept - Hari ini bermula jam 12 tgh, rakyat berkumpul di Masjid Jamek, KL utk menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan kerajaan Malaysia menggunakan ISA..
* Klip pada pada paparan gambar untuk melihat lebih banyak lagi gambar menarik...
Mega link (link-link yang lain)
* Link laman yang dipaparkan adalah yang aktif sahaja. Laman tidak dikemas kini lebih daripada sebulan akan dikeluarkan secara automatik..
[Untuk yang lain-lain sila klik Mega Link atau Link Pilihan pada atas Homepage ini]
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKD (DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN) Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan. (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)