salam sejahtera dari saya sahabat baru semua,
saya dah mula mengguanakan minyak masak kelapa sawit hampir seminggu. saya menggunakan proton wira 1.5 auto.alhamdulillah berkesan. di sini saya huraikan kelebihan dan kelemahan minyak kelapa sawit sebagai minyak enjin.
Kelebihan:
1.enjin jadi smooth gegila
2.kelajuan kereta berbeza bila di atas jalan, tak sedar tekan 100km sejam,kalau idak atas highway tekan 110km sejam,enjin kereta saya mula mengeluarkan bunyi yg agak kuat cam pakai turbo..walhal standard ja.tetapi bila pakai minyak kelapa sawit,enijn jadi sepi.
3.penjimatan minyak yang ketara, saya bergerak hampir 120km, hanya dengan menggunakan minyak petrol sebanyak RM10.tu pon saya guna minyak BHP.
Kelemahan:
1.minyak kelapa sawit hanya 90% di dalam enjin dan tetap kena tambah 10% minyak enjin kereta (beli yg botoi kecik kat ESSO), saya cuba biarkan enjin kereta tidak di matikan selama 1jam 30 minit, mula membuat enjin kereta semput.tetapi setelah di atas jalan ia kembali normal.
2.susah cina kat bengkel nak percaya bila kita pi tukar minyak ni, mula banyak soalan..penat nak menjawab..akakakkekekkaakkek
itu sahaja saya nak kongsi pengalaman.
antara kenderaan yang saya dah test :
proton wira auto dan manual
kancil
satria
proton saga
evanza 1.3
datsun lama
motorsikal:
honda cup 70
ex5
kriss
RXZ
itu sahaja..
sekian..wassalam
sebarang persoalan leh email dekat email saya : aiztech@streamyx.com
-amin: alor setar
salam sejahtera dari saya sahabat baru semua,
saya dah mula mengguanakan minyak masak kelapa sawit hampir seminggu. saya menggunakan proton wira 1.5 auto.alhamdulillah berkesan. di sini saya huraikan kelebihan dan kelemahan minyak kelapa sawit sebagai minyak enjin.
Kelebihan:
1.enjin jadi smooth gegila
2.kelajuan kereta berbeza bila di atas jalan, tak sedar tekan 100km sejam,kalau idak atas highway tekan 110km sejam,enjin kereta saya mula mengeluarkan bunyi yg agak kuat cam pakai turbo..walhal standard ja.tetapi bila pakai minyak kelapa sawit,enijn jadi sepi.
3.penjimatan minyak yang ketara, saya bergerak hampir 120km, hanya dengan menggunakan minyak petrol sebanyak RM10.tu pon saya guna minyak BHP.
Kelemahan:
1.minyak kelapa sawit hanya 90% di dalam enjin dan tetap kena tambah 10% minyak enjin kereta (beli yg botoi kecik kat ESSO), saya cuba biarkan enjin kereta tidak di matikan selama 1jam 30 minit, mula membuat enjin kereta semput.tetapi setelah di atas jalan ia kembali normal.
2.susah cina kat bengkel nak percaya bila kita pi tukar minyak ni, mula banyak soalan..penat nak menjawab..akakakkekekkaakkek
itu sahaja saya nak kongsi pengalaman.
antara kenderaan yang saya dah test :
proton wira auto dan manual
kancil
satria
proton saga
evanza 1.3
datsun lama
motorsikal:
honda cup 70
ex5
kriss
RXZ
itu sahaja..
sekian..wassalam
sebarang persoalan leh email dekat email saya : aiztech@streamyx.com
-amin: alor setar
Terima kasih aiztech kerana kongsi ilmu dan pengalaman.
Banyak kenderaan yang hang dah test tuh hang punya ka??? Boleh tak cerita lagi mengenai Honda EX5???
Ada sesapa lagi nak cerita mengenai minyak masak sawit sebagai Lubricating Oil???
sama2...
semua tu bukan kenderaan saya, tapi kenderaan kengkawan yang jadi mangsa eksperimen saya..mau tak mau dierorgnya kenderaan kena jadi bahan eksperimen, kira eksperimen ala hitler..kejam.kekekekekkeke...
ex5 yang saya test ni ni ex5 mertua saya..time sebelumnya dia nya enjin ada bunyi kuat sket, bila dah tambah minyak masak kelapa sawit, make it as a suplementary..alhamdulillah,smooth..tak der semput2..
Joined: Nov 20, 2008 Posts: 37 Location: sebuah pulau
Posted: Sun Nov 23, 2008 5:38 pm Post subject:
cuba terbalikkan pulak.minyak hitam jadi minyak masak.ada effect apa2 tak pada kesihatan..kot2 ikan yg digoreng bertambah lazat ka.. tambah vitamin2 ka
cuba terbalikkan pulak.minyak hitam jadi minyak masak.ada effect apa2 tak pada kesihatan..kot2 ikan yg digoreng bertambah lazat ka.. tambah vitamin2 ka
kehkehkehkeh..kalau minyak hitam pi goreng ikan..yang pasti satu family tak lalu makan ikan tu..kesian kesian...
untuk bro pendekar,
saya tak la pendekar..tapi saya tekad dan beranikan diri mencuba..takkan hilang kelakian kalau tak mencuba..jadi itu atas diri sendiri..nak cuba...cuba jer..kalau nak jahanam..dah lama kereta saya dan rakan2 jahanam..tapi syukur tak jahanam.
saranan saya untuk pendekar yang was2 nak mencuba..try dulu seliter..campurkan dengan minyak hitam yang sedia ada..cuba lihat perbezaan..dengan minyak enjin yg asal bila di mixkan dengan minyak kelapa sawit..
saya pun memula campurkan jugak dengan minyak enjin sedia ada..pastu dah konfiden baru saya tukar total minyak masak terus...
wassalam
PORIM dan UPM dah buat research mengenai minyak sawit sebagai lubricating oil. Tapi research mengenai minyak masak sawit sebagai minyak pelincir kenderaan, aku belum dengar / tahu lagi.
FELCRA dan FELDA adalah agensi badan berkanun kerajaan untuk membangunkan tanah.
PORIM adalah badan berkanun kerajaan untuk membuat research mengenai apa-apa sahaja dari pokok kelapa sawit, dari segi penanaman hingga ke minyak yang dihasilkan dan bahan buangan dari pokok kelapa sawit. Palm Oil Research Institute Of Malaysia.
Satu idea jimat yang baus ni...
keta proton buruk aku boleh try ni....
tapi siapa tau lepas berapa km nak kena tukar minyak lain?
Quote:
Dipetik dari
KOSMO Jumaat 14 November 2008
PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?
Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.
Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.
"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.
Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.
Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.
Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.
Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.
Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.
Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas, Amerika Syarikat itu berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya."
Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.
Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.
"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.
Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta.
Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rahsia minyak masak boleh melayari http://ilmurahsia.name.my
Bernama
Artikel yang aku quote di atas yang dihighlight warna merah besar, munkin boleh menjawab pertanyaan anda.
PORIM dan UPM dah buat research mengenai minyak sawit sebagai lubricating oil. Tapi research mengenai minyak masak sawit sebagai minyak pelincir kenderaan, aku belum dengar / tahu lagi.
FELCRA dan FELDA adalah agensi badan berkanun kerajaan untuk membangunkan tanah.
PORIM adalah badan berkanun kerajaan untuk membuat research mengenai apa-apa sahaja dari pokok kelapa sawit, dari segi penanaman hingga ke minyak yang dihasilkan dan bahan buangan dari pokok kelapa sawit. Palm Oil Research Institute Of Malaysia.
Sesiapa lagi yang ada info bolehlah kongsi kat sini..
Teknologi menggunakan minyak berasaskan tumbuhan sebenarnya sudah lama diperkenalkan. Akan tetapi x mendapat perhatian serius kerajaan. Saya selalu menonton satu rancangan di discovery channel (astro) bertajuk invention nation. Ianya mengisahkan penemuan2 baru yang berkonsepkan mesra alam termasuklah bahanapi alternatif.
Kalau tak silap saya dalam beberapa episod permulaannya, mereka meneroka isu bahan api alternatif terutamanya biodiesel dan juga menggunakan minyak masak sebagai bahan api. Hos rancangan ini telah menambah sistem bahanapi sedia ada dengan sistem berasaskan minyak masak lebihan dari restoran2 spt KFC dsb. Enjin, transmisi dan komponen2 utama yang lain x ditukar, cuma ada penambahan komponen2 baru yang tidak begitu mahal pada pandangan saya. Apa yang dapat saya lihat ialah penambahan tangki yang dilengkapi sistem pemanas untuk minyak masak (minyak masak terbakar pada suhu yg agak tinggi berbanding diesel) dan juga penapis tambahan sebelum ia masuk ke combustion chamber enjin. Idea yang simple tapi berjaya.
Pada pendapat saya, rancangan2 sebegini patut diperluaskan dan diwar2kan agar rakyat Malaysia dapat mengetahui perkembangan2 semasa dalam bidang teknologi dan khususnya dalam bidang2 yang boleh membawa manfaat kepada kita semua. Sekurang2nya kita boleh mendapat idea dan mana tahu,ada diantara kita yang boleh mengembangkan idea tsb menjadi realiti.
Kerajaan sepatutya memandang alternatif2 kepada bahanapi fosil bukan sebagai ancaman kepada ekonomi tetapi satu jaminan kepda kelangsungan ekonomi itu sendiri. India sebagai contoh telah memajukan kereta elektriknya sendiri yang dijual ke Eropah dan US dengan harga yang sangat berpatutan. Peranchis pula berjaya menghaslkan kenderan ringan yang dipacu oleh enjin angin (udara mampat). Brazil pula sudah lama menggunakan ethanol yang diekstrak dari tebu sebagai bahan api untuk kenderaan2 negara tsb. Teknologi2 seperti inilah yang patut diutamakan, bukannya penyelesaian seakan melepaskan batuk ditangga sahaja.
Universiti2 kita sepatutnya digalakkan bagi meneroka teknologi2 ini dengan sepenuh tenaga. Tesis dan kajian pelajar2 & pensyarah2 sepatutnya dijadikan panduan atau asas dalam memajukan teknologi2 baru dan kerajaan mestilah memberi sokongan yang padu. Contohnya program DARPA (http://en.wikipedia.org/wiki/DARPA) anjuran Jab. Pertahanan Amerika yang memberi ganjaran besar untuk kajian2 seperti kereta automatik tanpa pemandu hinggalah ke kapal angkasa robotik.
Kesimpulannya, kalau pemerintah tidak mahu mengambil tanggungjawab untuk membangunkan negara sekaligus meningkatkan taraf hidup masyarakatnya, lebih baik dijatuhkan saja.
Joined: May 24, 2008 Posts: 316 Location: TAK KISAH..MAN-MANA PUN SAMA JE
Posted: Mon Nov 24, 2008 5:33 pm Post subject:
bila baca info yang diberikan rasa nak mencuba ..tapi masih belum ada keyakinan..sesape lagi yang ada maklumat dan yang telah cuba kongsilah sama2 untuk meningkatkan keyakinan kengkawan yang lain..
All times are GMT + 8 Hours Goto page Previous1, 2, 3, 4Next
Page 2 of 4
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
Letupan Bom 28 Dis - Benazir Bhutto (21 Jun 1953 - 27 Disember 2007) telah terbunuh dalam serangan berani mati dalam satu rali perarakan parti..
Rintihan.. 30 Dis - Solat hajat diperkarangan kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu...
Punk Hadhari.. 1 Jan - Pakaian dan stail diorang kat bawah ni jenis apa? Punk ke, Gothik ke, Skinhead ke? Susah beb gua nak menjawab... Inilah Terengganu Bestari!
Kerajaan tetap zalim... 26 Sept - Hari ini bermula jam 12 tgh, rakyat berkumpul di Masjid Jamek, KL utk menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan kerajaan Malaysia menggunakan ISA..
* Klip pada pada paparan gambar untuk melihat lebih banyak lagi gambar menarik...
Mega link (link-link yang lain)
* Link laman yang dipaparkan adalah yang aktif sahaja. Laman tidak dikemas kini lebih daripada sebulan akan dikeluarkan secara automatik..
[Untuk yang lain-lain sila klik Mega Link atau Link Pilihan pada atas Homepage ini]
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKD (DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN) Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan. (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)