Posted: Sat Nov 15, 2008 10:24 pm Post subject: RASUAH dlm UMNO: apa kata pemerhati politik & org akadem
1)
Quote:
04-08-2008 10:56:00 PM
Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB
PETALING JAYA: Gejala politik wang yang berlaku di kalangan ahli UMNO sekitar pemilihan di peringkat cawangan menunjukkan segelintir ahli parti itu masih tidak belajar daripada kesilapan lalu.
Pemerhati politik, Profesor Dr. Chandra Muzaffar berkata, mereka yang masih mengamalkan politik wang untuk meraih undi supaya dipilih mewakili cawangan ini tidak mengambil iktibar daripada keputusan pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac lalu.
“Pilihan raya baru berlangsung lima bulan yang lalu dan keputusannya ternyata tidak menunjukkan kesan yang baik kepada UMNO tetapi mereka masih lakukannya (politik wang) walaupun mereka sedar, ia adalah salah satu punca yang membawa kejatuhan parti,” katanya kepada mStar Online hari ini.
Chandra berkata, amalan politik wang dilihat sudah menjadi darah daging di kalangan ahli-ahli parti itu terutama menjelang sesuatu pemilihan.
“Mereka ini boleh diibaratkan seperti perokok dan penagih dadah... terlalu ketagih untuk melakukannya demi kuasa dan kalau sudah namanya ketagihan. Ia memang tidak dapat dipisahkan,” katanya.
Katanya lagi, amalan politik wang yang tidak berkesudahan ini tidak mustahil akan dimainkan oleh parti pembangkang termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya kecil Permatang Pauh akan datang.
Sementara itu, pensyarah sains politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Ghazali Mahyuddin berkata, amalan politik wang dalam UMNO bukanlah hal yang mudah untuk diselesaikan walaupun ada usaha untuk membasmi gejala itu daripada terus menular di kalangan ahli.
“Memang ada usaha untuk membasminya tetapi tidak menampakkan perubahan besar-besaran berlaku.
“Memang ada laporan dibuat (berhubung politik wang) tetapi ia baru sedikit. Mungkin ada banyak lagi yang tidak dilaporkan,” katanya.
Beliau berkata, walaupun mereka tahu amalan itu salah tetapi enggan menghindarinya kerana ramai yang beranggapan jika mereka tidak melakukannya, harapan untuk menang pada pemilihan adalah tipis.
“Selain itu, mereka juga fikir kalau mereka tidak melakukannya, orang lain akan tetap lakukan. Justeru, mereka menganggap tidak salah jika mereka melakukannya,” katanya.
pensyarah sains politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Azeem Fazwan Ahmad Faruk berkata, amalan politik wang di kalangan ahli UMNO akan mencemarkan nama parti itu di mata rakyat.
“Walaupun dalam pilihan raya lalu, politik wang atau rasuah ini merupakan salah satu isu yang dimainkan pembangkang tetapi apa yang berlaku hari ini tidak menunjukkan yang UMNO telah melalui proses perubahan,” katanya.
Beliau berkata, amalan politik wang merupakan perkara biasa dalam parti lebih-lebih lagi parti pemerintah seperti UMNO kerana mereka selalunya menjanjikan ganjaran berbentuk material kepada para pengundi.
“Berlainan dengan parti pembangkang, walaupun perebutan jawatan tetap berlaku, kebanyakan mereka menjanjikan ganjaran berbentuk ideologi, bukan material. Itu bezanya,” katanya.
KUALA LUMPUR: Penganalisis politik mengakui UMNO sememangnya dalam zon membimbangkan berikutan berleluasanya rasuah politik, termasuk yang berlaku pada mesyuarat peringkat cawangan yang berjalan sekarang.
Mereka menyifatkan masalah itu berlaku kerana UMNO sendiri menyempitkan amalan demokrasi seperti sekatan untuk ahli bertanding jawatan tertentu dan mengenakan kuota untuk membolehkan bertanding bagi jawatan tertentu.
Ketua Program Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff, berkata peraturan dan sekatan kepada ahli tertentu untuk bertanding menjadi antara punca berlaku politik wang.
Katanya, pemimpin UMNO juga perlu menjelaskan antara politik wang dan wang politik supaya tidak dikaitkan dengan rasuah politik.
Penganalisis politik, Prof Datuk Ibrahim Ahmad Bajunid berkata, negara sekarang memerlukan pemimpin yang hebat dalam semua bidang, bukan yang terpilih kerana sogokan.
"Malaysia sekarang berada di persimpangan jalan. Selepas 50 tahun merdeka, kita kini mempunyai banyak cabaran luar yang akan menyebabkan kita jauh ketinggalan berbanding negara jiran dan negara membangun lain jika cabaran ini tidak ditangani.
"Sebab itu kita perlukan pemimpin yang benar-benar berkaliber, yang boleh memimpin dan dipilih berasaskan politik yang bersih dan beradab," kata bekas Dekan Fakulti Ilmu Kemanusiaan dan Sains Sosial Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) itu.
Ibrahim berkata, sekarang bukan masanya untuk pemimpin negara dan parti bertelagah sesama sendiri kerana berebut kuasa sehingga lupa tugas hakiki mereka.
"Kita bercakap mengenai cabaran ekonomi dan bagaimana ketidakstabilan politik akan menjejaskan ekonomi kita. Politik yang tidak stabil akan menakutkan pelabur untuk datang ke sini.
"Jika ini berlaku, bagaimana kita mahu menjana kekayaan untuk dinikmati rakyat? Yang pasti pembangunan negara tidak akan dapat dilakukan jika pemimpin terlalu asyik bergaduh," katanya.
Tambahan pula, kata Ibrahim, rakyat kini sudah jelak dengan putarbelit pemimpin politik yang sanggup mempertaruhkan kepentingan rakyat demi diri sendiri.
"Tak kiralah pemimpin UMNO mahupun pembangkang, para pemimpin harus perjuangkan untuk rakyat dan negara. Ini yang rakyat mahu tengok sekarang. Mereka tidak mahu tengok lagi dakwaan konspirasi, politik wang, rasuah dan macam-macam lagi. Mereka hendak ketelusan, hendak tengok satu proses demokrasi yang bersih dan beradab," katanya.
Abdul Aziz dan Ibrahim bukan orang yang pertama meluahkan pandangan mereka mengenai rasuah politik dalam UMNO. Isu ini sudah terlalu kerap dibangkitkan termasuk oleh pemimpin parti itu sendiri.
Namun seperti mencurah air ke daun keladi, rasuah politik atau politik wang terus berleluasa setiap kali musim pemilihan parti.
Seperti yang pernah disuarakan oleh bekas Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Unversiti Malaya, Prof Datuk Dr Zainal Kling, bahawa orang Melayu ini terikat dengan amalan "terhutang budi".
Namun, persoalannya mahukah orang Melayu khususnya anggota UMNO, membenarkan diri mereka dipimpin oleh pemimpin murahan yang membeli undi?
Atau adakah mereka mahu dipimpin oleh mereka yang benarbenar berkualiti dan ikhlas memperjuangkan nasib Melayu? Tepuk dada tanya selera.-BERNAMA
Khamis November 13, 2008
Politik wang: Kikis orientasi 'Umno itu duit, duit itu Umno'
Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB
PETALING JAYA: Gejala politik wang sudah sebati dengan Umno! Ini rumusan penganalisis dan pemerhati politik yang mengikuti dengan dekat perkembangan tersebut sejak kebelakangan ini.
Pensyarah sains politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr Ghazali Mahyudin berkata, gejala politik wang sudah lama berakar umbi dalam Umno dan ia merebak daripada peringkat atasan hingga ke bawah.
"Ia dah berlaku lama. Bila ada bunga-bunganya, ia patut dicantas cepat tapi Umno dulu, masa hal ini (politik wang) berlaku, mereka menutupnya dan akibatnya semakin dapat dilihat pada hari ini. Ia semakin merebak dan sukar dibendung lagi," katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.
Ghazali berkata, walaupun ada tindakan yang diambil oleh Lembaga Disiplin tetapi ia tidak memberi kesan besar kerana hanya melibatkan beberapa orang ahli dan bukan menyeluruh.
"Selain itu, ini juga melibatkan masalah kepimpinan. Walaupun ada pemimpin Umno yang berdegar-degar bercakap politik wang berdosalah, merosakkan maruah bangsa dan sebagainya tetapi tidak semua ahli yang memandang berat cakap-cakap mereka.
"Ada sesetengah ahli yang bila pemimpin bercakap demikian, mereka pun kata 'alah, dia cakap, dia pun buat juga'... itulah yang membimbangkan," katanya.
Ghazali menambah, gejala yang berleluasa di kalangan ahli Umno ini tidak boleh dipandang mudah kerana golongan ini yang akan menerajui parti dan kemungkinan besar menerajui negara.
Justeru katanya, cara yang baik untuk mengekang gejala politik wang daripada terus berlaku adalah dengan menghapuskan sistem kuota yang menjadi salah satu punca kepada gejala ini terus berlaku.
"Jika tidak dilakukan, saya tidak nampak hal ini akan berkesudahan dan saya fikir tidak ada jawatankuasa yang mampu menanganinya kerana ia sudah seperti satu budaya.
"Pemimpin cakaplah apa pun, media tulislah apa pun, setakat ini memang tidak memberi kesan. Pada saya, politik wang dalam Umno boleh dikatakan 'kalau bagi salah, tak bagi kalah'," katanya.
Joined: Sep 07, 2008 Posts: 440 Location: DIMANA ADA JALAN DI SITU ADA AKU........ARAMAITI....BAGUS BAH
Posted: Sat Nov 15, 2008 10:45 pm Post subject:
Hahahahahahahahhhahahahahahahahahahh............walaupun Duli Yang Mulia Sri PAduka BAginda Yang Di Pertuan Agong yang menegur ahli dan pemimpin UMNO supaya jangan mengamalkan rasuah.....kauorang rasa diaorang ni akan dengar titah baginda tu ke?.........makan taik lah semua ahli UMNO......kerana duit dan kuasa semua ahli umno mengamalkan rasuah
Sementara itu, pensyarah Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Zaini Othman turut bersetuju jika sistem kuota dalam pemilihan Umno dihapuskan.
"Ia melibatkan aspek penstrukturan dalam pemilihan Umno kerana struktur sedia ada iaitu sistem kuota yang mendokong politik wang ini terus berlaku dalam parti tersebut.
"Bukanlah saya maksudkan ia akan terus terhapus tetapi mungkin sedikit sebanyak, gejala politik wang itu dapat dikurangkan," katanya.
Zaini berkata, salah satu cara bagi menggantikan sistem sedia ada adalah dengan mengadakan pemilihan secara serentak berbanding secara berperingkat-peringkat yang diamalkan pada masa ini.
"Sekarang ini, pemilihan yang diadakan melalui mesyuarat-mesyuarat agung (persidangan perwakilan) bahagian membolehkan calon meletakkan sasaran, bahagian mana yang mereka mahukan untuk mendapatkan lebih lagi pencalonan.
"Jika dilakukan serentak, hal ini dapat dielakkan kerana mereka tidak ada masa untuk melakukan semua itu," katanya.
Selain itu, Zaini berkata, ahli-ahli Umno juga perlu mengubah persepsi mereka bahawa Umno adalah sebuah parti yang menjanjikan wang kepada ahli-ahlinya.
"Ahli-ahli Umno ini perlu diorientasikan semula daripada menganggap Umno itu duit, duit itu Umno. Saya tidak pasti macam mana caranya tapi itulah yang perlu dilakukan," katanya.
Sementara itu, pensyarah jurusan pembangunan sosial Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, Lembaga Disiplin dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) perlu bekerja keras dalam membasmi gejala politik wang ini daripada terus berleluasa.
"Kalau betul-betul nak banteras (politik wang), Umno memang kena kerja keras termasuk Lembaga Disiplin perlu memantau daripada awal lagi perjalanan mesyuarat peringkat bahagian.
"Masalahnya sekarang, dalam gejala politik wang yang begitu teruk pada masa ini, ia boleh diibaratkan seperti rumah sudah terbakar tapi mesyuarat nak panggil bomba baru nak diadakan," katanya.
Jelas beliau, Lembaga Disiplin boleh mengadakan jawatankuasa di peringkat negeri supaya masalah disiplin ahli termasuk politik wang boleh dikawal.
"Masalahnya, politik wang ini sukar dikesan kerana tiada siapa yang mahu tampil menjadi saksi dan kita pun tidak tahu tangan-tangan tersembunyi yang menerima duit-duit itu.
"Bagaimanapun pada saya, setiap ahli sebenarnya perlu kembali semula kepada ajaran Islam iaitu keimanan dan ketakwaan serta sayang kepada negara," katanya.
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
Letupan Bom 28 Dis - Benazir Bhutto (21 Jun 1953 - 27 Disember 2007) telah terbunuh dalam serangan berani mati dalam satu rali perarakan parti..
Rintihan.. 30 Dis - Solat hajat diperkarangan kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu...
Punk Hadhari.. 1 Jan - Pakaian dan stail diorang kat bawah ni jenis apa? Punk ke, Gothik ke, Skinhead ke? Susah beb gua nak menjawab... Inilah Terengganu Bestari!
Kerajaan tetap zalim... 26 Sept - Hari ini bermula jam 12 tgh, rakyat berkumpul di Masjid Jamek, KL utk menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan kerajaan Malaysia menggunakan ISA..
* Klip pada pada paparan gambar untuk melihat lebih banyak lagi gambar menarik...
Mega link (link-link yang lain)
* Link laman yang dipaparkan adalah yang aktif sahaja. Laman tidak dikemas kini lebih daripada sebulan akan dikeluarkan secara automatik..
[Untuk yang lain-lain sila klik Mega Link atau Link Pilihan pada atas Homepage ini]
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKD (DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN) Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan. (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)