Posted: Wed Nov 19, 2008 3:58 am Post subject: dulu_pas, masuk thread ni kejap.......pria_malaya08
Assalamualaikum..
Sedara yang dihormati,
sudah banyak kali saya menatap dan membaca posting sedara disini,
kebanyakannya berkisar mengenai kelemahan, kekurangan PAS, dan jarang membincangkan mengenai perbandingan diantara PAS dan umno secara adil walaupun sedara mendakwa pernah memasuki PAS, dan sekarang umno...
banyak kali juga, setiap kali saya berforum dgn sedara,
sedara tidak menjawabnya, dan akhirnya keluar dengan alasan2 tertentu..
jadi, saya rasa, sy perlukan satu thread khas utk berbincang dgn sedara..
kalau sedara busy pun, thread ini tetap akan diaktifkan oleh sy, dgn kata lain, sedara tidak akan terlepas peluang utk bertukar2 fikiran dgn saya..
bolehkan sedara?
saya memilih utk terus berbahas mengenai isu/bentuk perjuangan, bukan mengenai 'status' sedara sepertimana menjadi keutamaan sy sebenarnya sebelum berdebat, iaitu persoalan mengenai adakah benar sedara dahulunya PAS, sekarang umno..
apa pun, persoaln ttg itu, akan sy tanyakan pada pertengahan perbahasan kita nnt..
baiklah utk permulaan, sebagai jawapan terhadap kenyataan2 sedara yg lepas2, yang mengatakan pas sudah lari dr landasan yg sebenarnya, dlm masa yg sama bertindak menyertai umno seumur hidup..dikatakan juga di'utus'kan utk membetul dan mengislahkan PAS dan penyokong2nya, tidak terhadap umno dan lain2 lagi..
mungkin sedara tidak sedar atau kurang sedar, perjuangan pada ketika ini sebenarnya terdiri dari dua bentuk dan keadaan, saya bandingkan antara PAS dan umno, kerana ia adalah dua parti terbesar tanah air dan berpengaruh dikalangan melayu islam..
2 bentuk itu ialah,
pertamanya, 'berjuang' di dalam parti itu sendiri. membetulkan mana yg salah, menegur mana yg silap, mengkritik sambil memberi idea, berdakwah sesama pemimpin dan sesama ahli, tolak rasuah,salahguna kuasa, tutup aurat dikalangan keluarganya, membanyakkan program2 keagamaan dlm parti, jalinkan kerjasama dengan persatuan2 dan gerakan2 islam, mengutamakan kepimpinan berlatarbelakangkan agama, menolak pemimpin korup dan sebagainya lagi..
kedua, barulah perjuangan berbentuk zahir, luar parti. perjuangan ini biasa kita hadapi seperti hari ini, iaitulah perjuangan menentang 'musuh' yang nyata. berjuang untuk menegakkan prinsip dan dasar parti dan seterusnya. .
Tetapi, perjuangan bentuk kedua ini tidak akan tercapai atau sia-sia jika perjuangan bentuk pertama tadi tidak didahulukan..disinilah baru dpt kita lihat ianya akan berhasil jika pemimpinnya baik, tidak melanggar hukum Allah, tidak korup, tiada krisis kepimpinan dan sebagainya..sebab itulah 'perjuangan' pada tahap pertama tadi itu penting dan mesti didahulukan.
sedara setuju?
Sebab itu islam sendiri mengajar kita mendahulukan diri sendiri, keluarga, masyarakat setempat, kemudian barulah kepada negara..
dalam konteks politik kepartian, hendaklah dahulu memastikan 'perjuangan' kita didalam parti terlaksana dahulu, sebelum beriya2 berjuang diluar, pada peringkat nasional..
Lihat apa yg terjadi sekarang ini, negara kucar kacir, bobrok, pelbagai masalah dek kerana pemimpinnya(parti) tidak berhukum dengan hukum tuhan, tidak mengikut syariat tuhan..cuba memisahkan agama dgn politik..
Dikalangan pemimpinnya, dari bawah hingga keatas, bergaduh dan bertengkar sesama sendiri, saling jatuh menjatuh, tuduh menuduh, dan sebagainya..
Waktu kemuncaknya ialah semasa tiba waktu Pemilihan Agung Umno(PAU)..inilah tempoh utk mencari dan merebut jawatan dan kedudukan..maka, segala kepincangan yg cuba ditutup, akhirnya terburai juga, terdedahlah watak dan sikap sebenar umno..
ianya bukan saja dibongkar oleh pihak media dan parti pembangkang, tetapi didedahkan sendiri oleh pemimpin2 mereka yg lain..
Segala macam penyelewenagn, rasuah, salahgunkuasa, pergaduhan, ugut-mengugut menjadi perkara sinonim dikalangan pemimpin umno..
disinilah pepatah "ikan buruk bermula dari kepala" hendaklah diambil perhatian yg tegas oleh sedara..
kenapa sedara tidak memilih utk menegur/membetulkan pemimpin dan penyokong parti sedara, sebaliknya beriya2 mahu membetulkan penyokong pas semata2?
_____________________________________________________
sedara,
Itu belum dikira masalah2 dasar umno itu sendiri..
dari segi dasar perjuangannya, penerapan islam terhadap sesama pemimpin dan ahlinya..golongan agama pula seakan2 dipinggirkan, tiada tempat istimewa utk golongan ini menapak di dlm parti umno, cukup hanya berada dipinggiran sebagai penasihat, yg ada masa diperlukan dan ada masa dipinggirkan..
tidak hairan jawatan mufti diwujudkan, tetapi fatwanya diperlekehkan,
ada yg diikut, ada yg tidak..
kemudian, contoh dlm pemilihan umno baru2 ini, dimana calon yang berlatar belakangkan agama boleh tewas dgn calon yg mempunyai masalah moral..dan banyak lagi contoh2 yg lain..
Berbalik semula kpd bentuk perjuangan tadi,
adakah sedara hanya nampak perjuangan itu hanya perjuangan yg berbentuk zahir semata2? berjuang berhadapan dengan 'musuh' tanpa mempedulikan 'perjuangan' sesama jemaah dahulu??
sedara,
ingin saya tahu beberapa perkara mengenai sedara,
Bagaimana sedara boleh memilih umno utk memartabatkan islam dalam keadaan situasi yg jelek ini? bagaimana sedara mahu memperjuangkan islam di dalam parti ini sedangkan jelas partinya tidak berusaha kearah itu. islam yang bagaimana terdetik difikiran sedara untuk diperjuangkan di dalam umno?
saya menunggu sedara utk mula berbincang secara serius dan ilmiah..
membuat perbandingan dan pertimbangan yg adil,
seterusnya mengesahkan, adakah penggunaan istilah/kenyataan "dahulu pas, sekarang umno" sesuai utk sedara atau pun tidak..
saya tunggu saudara....
Last edited by pria_malaya08 on Wed Nov 19, 2008 1:13 pm; edited 2 times in total
Joined: Jul 02, 2008 Posts: 1748 Location: 30km from KL, 15km from Putrajaya, 320km from JB, 450km from Seberang Perai... where am i?
Posted: Wed Nov 19, 2008 4:27 am Post subject:
Pria.. aku bagi cadangan sket.. kalau boleh hang jangan quote dia soklan panjang2 sangat.. sebab dia nie bukan jenis balas fakta.. ko punya posting panjang2 dan dia akan balas pendek dan dangkal aje.. serta beberapa copy paste yang dia boleh dapat..
so ko bukak satu soklan yang spesifik dan mintak dia ulas.. dan plz dont xpect too much sebab dia nie memang bukan mmg bukan jenis hujjah yang bertahan sebaliknya jenis trooling dan konar baring..aku pon tak rasa dia ada keberanian nak masuk sgt thread nie..nanti ko tengok la dia punya ayat alim kucing tu.. hahahah,.. pokok kalau denga pon boleh muntah ijau..
DULU PAS.. Buktikan pada warga TKO bahawa saya salah telahan pada keberanian anda..
Fikir2kan.. (wah geli jer aku sebut ayat nie.. hehehe..)
Syabas! Kitaorang pun nak tengok juga perbahasan anda berdua. Tapi apa yang boleh saya katakan kedua-dua anda akan menang dan akan kalah.
Inilah yang terjadi kepada UMNO dan PAS. Kenapa?
Jawapan saya. Kerana satu kononnya kaya dengan duniawi (UMNO) tapi sikit ukhrawi. Dan yang satu lagi kononnya kaya dengan ukhrawi (PAS) tapi sikit duniawi. Tidak ada antara keduanya yang kononnya kaya kedua-duanya.
Kenapa saya kata konon? Sebab tidak ada yang betul-betul kaya oleh kedua-dua parti. Ukhrawi PAS? Duniawi PAS? Ukhrawi UMNO? Duniawi UMNO? Apa yang nak dibanggakan? Macam itu ke Islam yang PAS kata berjaya? Macam itu ke yang UMNO kata duniawi berjaya?
Yang boleh dibanggakan ialah UMNO telah memerintah 50 tahun. Banyak kemajuan yang telah dibawa. Tapi pecahan kek ekonomi masih sama buat umat Islam. Atau semakin kurang. Yang boleh dibanggakan dari PAS pula ialah secara konsisten menentang tindakan kerajaan yang tidak Islamik.
Jadi pada saya kita perlukan PAS dan UMNO. Sebab sebenarnya antara keduanya saling memerlukan. Kalau PAS lemah sangat. Sekular berleluasa. Kalau UMNO lemah sangat. Siapa yang harus jadi Bendahara Negara? Kerana tiada di Malaysia seorang yang berciri ulamak dan teknokrat dalam masa yang sama. Jadi kedua-dua ini harus berkompromi dan berasimilasi. Dan Islam itu bersaudara. Jadi kenapa gaduh tak sudah2. PRU dah selesai. Jadi saling sokong-menyokong la pulak. Tengok macam Demokrat dan Republican.
Jadi tak perlu gaduh-gaduh terutamanya dalam hal kepentingan bersama. Yang mana tak betul tentang je. Tak kira dari parti mana. Yang mana bagus puji je tak kira drpd parti mana. Ini baru jujur dalam perjuangan namanya. Dan berprinsip. Tiba PRU, pandai-pandailah buat pilihan.
Yang saya nampak kat sini. Penyokong UMNO lebih terbuka di mana mereka boleh terima kesalahan mereka. Dah memang tak boleh lawan pun. Terutama dari segi sosial Tapi tidak pada kebanyakan penyokong PAS. Kalau kata PAS salah terus jadi orang itu akan dikatakan UMNO. PAS semua betul. Apa punya fikiran lo ini.
pria_malaya08, maaf mencelah smentara kita tggu respon dulu_pas.
PonDok: ...Tapi tidak pada kebanyakan penyokong PAS. Kalau kata PAS salah terus jadi orang itu akan dikatakan UMNO...
sdr perlu faham, forum ini sgt terbuka penyertaannya. penyokong PAS disini bukan pendokong PAS, bnyk provokasi musuh yg kununnya pro PAS dan mmg ada ahli yg tidak mendapat tarbiyah secukupnya.
..Kalau UMNO lemah sangat. Siapa yang harus jadi Bendahara Negara?..
sdr sendiri mempunyai pandangan atau mempamirkan sikap memihak kpd UMNO. dr segi politik mungkin 'kelihatan' betul. lebih dari bendahara pun boleh dan mesti Islam sediakan, tambahan pula klu tkt level yg ada tu. namun adabnya jawatan bukan ghanimah...
tp saya lebih melihat dan menumpukan kpd kedaulatan Islam. dimana peranan kita didalam perjuangan Islam ? tentu tidak ada jika gunakan platform sekularisme, malah penentang besar...asas perselisihan PAS dan UMNO ialah sikap, penerimaan, pemahaman dan amalan terhadap al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. kiranya Islam kita hanyut, apa diharap kemenangan hakiki ?
All times are GMT + 8 Hours Goto page 1, 2, 3 ... 12, 13, 14Next
Page 1 of 14
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
Letupan Bom 28 Dis - Benazir Bhutto (21 Jun 1953 - 27 Disember 2007) telah terbunuh dalam serangan berani mati dalam satu rali perarakan parti..
Rintihan.. 30 Dis - Solat hajat diperkarangan kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu...
Punk Hadhari.. 1 Jan - Pakaian dan stail diorang kat bawah ni jenis apa? Punk ke, Gothik ke, Skinhead ke? Susah beb gua nak menjawab... Inilah Terengganu Bestari!
Kerajaan tetap zalim... 26 Sept - Hari ini bermula jam 12 tgh, rakyat berkumpul di Masjid Jamek, KL utk menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan kerajaan Malaysia menggunakan ISA..
* Klip pada pada paparan gambar untuk melihat lebih banyak lagi gambar menarik...
Mega link (link-link yang lain)
* Link laman yang dipaparkan adalah yang aktif sahaja. Laman tidak dikemas kini lebih daripada sebulan akan dikeluarkan secara automatik..
[Untuk yang lain-lain sila klik Mega Link atau Link Pilihan pada atas Homepage ini]
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKD (DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN) Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan. (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)