Ke Laman Tranung Kite Balik Semula Pada Paparan Utama Hantar Artikel Forum Borak Siber Jalinan Siber Fhoto Album Hubung Kami Detikdaily ...

   SALURAN BERITA ALTERNATIF ANDA     
Teladan  ·  Penulis  ·  TKOBlog  ·  KelabTKO  ·  e-Groups  ·  WebRTV  ·  Iklan  ·  TKO V8
Masuk/Login @ Daftar sebagai ahli baru

Modules
 Asas Laman
    · Home
    · Arkib Berita
    · Bahan Bersiri
    · Cetak Artikel
    · Forums
    · iklan
    · Private Messages
    · Search
    · Surveys
    · Video_Stream
    · webrtv

 Tambahan
    · Arkib 2005
    · GuestBook
    · Mega Links
    · Tempah Iklan
    · Peta Laman

 Peranan Anda
    · Hantar Aktiviti
    · Tambah Download
    · Tambah Links
    · Beritahu Kawan
    · Komen/Cadangan
    · Kaji Selidik
    · Catat GuestBook

 Ahli Berdaftar
    · Hantar Artikel
    · Akaun Anda
    · Mesej Peribadi
    · SMS Percuma

 Khidmat Kami
    · Download
    · Webs Link
    · Waktu Solat
    · Kalendar Aktiviti
    · Papar Shout Box
    · Web Video

 Radio & TV
    · TKO.fm
    · TKO.tv
    · WebTV1
    · WebTV2
    · KTV
    · WTV8
    · TVPAS
    · WebRTV

 Bantuan & Info
    · Dasar Kami
    · FAQ
    · Tips Webs

Akhbar Hari Ini
Perhatian : Sekadar baca sahaja, percaya? itu kena fikir dahulu.

Isnin, 1/12/2008

  Amaran banjir buruk di Pantai Timur
  Tanah runtuh, 2 beradik maut
  Soi Lek hiris hati Melayu
  Jangan bermain api - Pemuda UMNO
  Lucut gelaran Soi Lek, Mei Fun
  ‘Terikut-ikut rentak pembangkang’
  Tsu Koon: PULAU PINANG
  Salah menyatakan Malaysia adalah kerajaan Melayu?
  Mayat korban banjir ditemui terapung
  Pembekal dibenar simpan stok lebih
  Penduduk berang Perhilitan lepaskan 3,000 biawak
  Mayat mendiang Hema tiba dari Mumbai pagi ini
  MAS bawa balik 750 dari Bangkok
  AirAsia tambah dua lagi penerbangan ihsan ke Bangkok
  60 peratus produk kraf tangan akan dijual di Harrods
  Tiada cili merah
  Bantuan bina, baik pulih rumah naik
  Ibu rayu bantu suami, anak penyakit kronik
  Empat kakitangan perpustakaan maut
  Mayat mangsa bot karam ditemui
  Remaja mati lemas di lombong
  Pelajar UiTM pemenang terakhir Susun dan Menang
  Sembilan beranak diami rumah usang
  Sasaran sejuta ahli baru belia
  Zaid wajar dihukum -Tidak boleh dimaafkan
  Zaid wajar dihukum -Subang desak pecat
  Zaid wajar dihukum -UMNO tidak rugi apa-apa
  Zaid wajar dihukum -Tindakan akan dibincang
  Kredibiliti Anwar dipertikai
  Modal baru permainan politik PKR
  PPP ugut keluar BN jika tidak pinda ISA
  UMNO KT bincang calon minggu depan
  PKR minat Kuala Terengganu
  Bergilir-gilir ke Sarawak
  Hasrat PKR 'angan-angan Mat Jenin'
  Pulau Pinang tidak cadang ganti TKM1
  Menteri India letak jawatan
  Kafe Leopold's sasaran serangan dibuka semula
  Pelakon Britain ditahan disyaki militan
  Penumpang cari jalan lain
  Pertempuran di Karachi, 13 terbunuh, 70 cedera
  Jemaah Palestin dihalang ke Mesir
  Iraq-Iran tukar mayat tentera
  Kumpulan terakhir pengaman Malaysia pulang
  Korban keganasan meningkat 500 orang
  Rakyat India selar pemimpin politik
  Penunjuk perasaan diarah beredar
  India tingkat kawalan keselamatan
  Bush pantau perkembangan di India
  Lanun setuju bebas kapal kargo senjata Ukraine
  Pekerja asing buang mayat ibu di sungai, ditangkap
  Pakistan raih sokongan
  Kuan Yew selamat dibedah
  Sidang kemuncak ASEAN ditangguh Mac?
  Rusia, Venezuela setuju operasi tentera bersama
  Arroyo arah pindahkan rakyat Filipina
  Jepun urus pemindahan pelancong
  Sepanyol rancang hantar 3 pesawat

Ranking TKO
Rebutlah ranking ini... © 2004 Tranung Kite

Meja Online #
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: rosman11
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 21093

People Online:
Visitors: 33
Members: 0
Total: 33

@TKO..

TranungKite Online :: View topic - Yoga vs Solat
 FAQFAQ   SearchSearch   UsergroupsUsergroups   ProfileProfile   Private MessagesPrivate Messages   MasukMasuk 

Yoga vs Solat
Goto page 1, 2  Next
 
Post new topic   Reply to topic    TranungKite Online Forum Index -> Borak Wanita & Kekeluargaan
View previous topic :: View next topic  
Author Message
YaAlifTaYa
Leftenan Jeneral
Leftenan Jeneral


Joined: Jul 05, 2005
Posts: 2035
Location: Kota Bharu, Bandaraya Islam.

PostPosted: Mon Nov 24, 2008 2:51 pm    Post subject: Yoga vs Solat Reply with quote

Quote:
SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian. Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.



Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok telah menjadi manusia perintis di Malaysia mengkaji kesan soalt ke atas kesihatan manusia secara saintifik. Kajian dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Profesor Wan Abu Bakar mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat dan Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh


Dapatan Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Otot Menjadi Lebih Kuat: Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh.


Dapatan Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Orang Mendirikan Solat Berfikiran Tenang : Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
Tama’ninah aktiviti paling Tenang: Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya. Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.
Solat Mampu Meningkatkan Daya Fokus: Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.


Dapatan Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Perlu Lakuan 5 aktiviti Untuk Kekalkan Tubuh Yang Baik: Untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir. Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Solat Jemaah Lebih Baik: kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian. Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh. Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif. ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang” katanya.

Solat Tarawih & Puasa: Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan. Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Pengubat Sakit Pinggang: Posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat. Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan. Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Pengubat Mati Pucuk: Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus. Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya. Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Denyutan Jantung Paling Baik Ketika Sujud: Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring. Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya. Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.
Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama. “Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.

Ubah suai dan sumber : Berita Harian


saya paste dari blog Abuaiman
Back to top
View user's profile Send private message MSN Messenger
khalilah
Leftenan Jeneral
Leftenan Jeneral


Joined: Dec 19, 2005
Posts: 2136

PostPosted: Mon Nov 24, 2008 2:59 pm    Post subject: Reply with quote

habaqmai wrote:
Ibadah solat bukan semata2 satu kewajipan utk mendekatkan diri kepada Allah tetapi juga secara tak langsung satu bentuk pergerakkan senaman/riadah badan atau satu jenis exercise utk meningkatkan tahap kesihatan diri dari segi spiritual dan fizikal.

Tetapi kenapa semakin ramai umat islam yg lebih meminati yoga drpd ibadah solat. Adakah kesannya berlainan?Kenapa org syok sgt dgn yoga terutamanya gol. wanita muda?Adakah kerana yoga dpt membentuk badan supaya lebin seksi dan mengancam?Adakah terlalu minat dgn spiritual hinduism berbanding dgn spiritual islam?

Back to top
View user's profile Send private message
YaAlifTaYa
Leftenan Jeneral
Leftenan Jeneral


Joined: Jul 05, 2005
Posts: 2035
Location: Kota Bharu, Bandaraya Islam.

PostPosted: Mon Nov 24, 2008 3:03 pm    Post subject: Reply with quote

Quote:
Terapi solat
Oleh Ziauddin Sharuddin
[email protected]




KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.

Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.



Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?

Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.

Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.


Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak.


Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.

Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.

Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.

Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.



SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.

Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.

Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.

Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.

Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.

Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.

“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.

Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.

Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.

Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.

sorry la.. ini sumber asal iaitu dari beritaharian.
Back to top
View user's profile Send private message MSN Messenger
YaAlifTaYa
Leftenan Jeneral
Leftenan Jeneral


Joined: Jul 05, 2005
Posts: 2035
Location: Kota Bharu, Bandaraya Islam.

PostPosted: Mon Nov 24, 2008 3:18 pm    Post subject: Reply with quote


komposisi tubuh yang menyakitkan bagi saya la..!!



tak sakit ke??!!!

Kenapa komposisi tubuh yang berbelit-belit dan berpintal2 melawan fitrah ni kita nak agung2kan sangat, lepas tu kena buat berjam2 pulak tu.
TAPI solat yang 5 minit pun berat nak buat.
Back to top
View user's profile Send private message MSN Messenger
bintangtimur
Kopral
Kopral


Joined: May 30, 2008
Posts: 277

PostPosted: Mon Nov 24, 2008 3:26 pm    Post subject: Reply with quote

betul tu...solatkan tiang agama Islam
Back to top
View user's profile Send private message
kiki
Pegawai Waran
Pegawai Waran


Joined: Mar 11, 2008
Posts: 1268

PostPosted: Mon Nov 24, 2008 3:30 pm    Post subject: Reply with quote

mula mula buat yoga ni sakit..lama lama ok .
sembahyang pun ramai yang "sakit" nak buat Smile

Setiap yang ALLAH perintahkan itu terkandung HIkmah yang besar. Ada baca hikmah bila sujud...siapa yang selalu sakit kepala, bykkan sembahyang. Mesti lega.

peace
Back to top
View user's profile Send private message
AL-AQSA
Kopral
Kopral


Joined: May 21, 2007
Posts: 299
Location: Selayang>Shah Alam>Sydney

PostPosted: Mon Nov 24, 2008 3:39 pm    Post subject: Reply with quote

Istaqamah lah solat 5 waktu tanpa gagal dan sebaiknya berjemaah 5 waktu... dan tambahlah dgn solat2 sunat.....insya Allah pasti muka bercahaya dan sihat tubuh badan dgn izin Allah....
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
budak_kampung
Kopral
Kopral


Joined: Nov 04, 2008
Posts: 242

PostPosted: Mon Nov 24, 2008 4:32 pm    Post subject: Reply with quote

Manusia mmg pelik. Rolling Eyes Rolling Eyes Rolling Eyes
Back to top
View user's profile Send private message
YaAlifTaYa
Leftenan Jeneral
Leftenan Jeneral


Joined: Jul 05, 2005
Posts: 2035
Location: Kota Bharu, Bandaraya Islam.

PostPosted: Tue Nov 25, 2008 5:42 pm    Post subject: Reply with quote

JAIP tarik balik kenyataan yoga haram


SALAH satu teknik senaman yoga yang perlukan tumpuan pemikiran dan penafasan. - Gambar hiasan

--------------------------------------------------------------------------------



IPOH - Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Jamry Sury semalam berkata, fatwa mengenai pengharaman senaman yoga untuk umat Islam belum dapat diterima pakai di negeri itu sebelum ia diperkenankan oleh Sultan Perak.

Bercakap kepada Bernama, bagi menarik balik kenyataannya kepada sebuah akhbar semalam bahawa Perak akan menerima pakai keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu, beliau berkata selaku Pengarah JAIP, adalah di luar bidang kuasa dan budi bicara beliau untuk membuat apa-apa pendirian berhubung sesuatu perkara yang menyentuh soal berkaitan agama Islam yang terletak di bawah bidang kuasa Sultan Perak.

"Fatwa tersebut belum dapat diterima pakai di negeri Perak kerana ia belum dibincangkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan dimaklumkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak untuk selanjutnya mendapat perkenan daripada Sultan Perak," katanya.

Sebuah akhbar kelmarin menyiarkan kenyataan Jamry bahawa Perak akan mematuhi ketetapan yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut.

Jamry, yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, dilaporkan berkata satu mesyuarat akan diadakan pada 9 Disember ini bagi mengumumkan secara rasmi mengenai perkara berkenaan.


cara mudah ada, kenapa cara yang bertentangan dengan fitrah jugak yang nak ikut? Memang pelik manusia ni.... berapa minit nak buat begini..? Kalau solat sama lama masa dengan yoga ni rasanya banyak rakaat boleh di kerjakan.
Back to top
View user's profile Send private message MSN Messenger
YaAlifTaYa
Leftenan Jeneral
Leftenan Jeneral


Joined: Jul 05, 2005
Posts: 2035
Location: Kota Bharu, Bandaraya Islam.

PostPosted: Wed Nov 26, 2008 12:43 pm    Post subject: Reply with quote

Maaf en.mag... saya alihkan ke sini sebab tajuk ini dah ada sebelum ni. Maaf jugak saya tak reti nak alihkan atas nama sedara... yang ni masalah teknikal yang saya belum pelajari. Wink

mag wrote:
Walaupun tidak nafikan latihannya baik untuk kesihatan namun percampuran mantera dan mempunyai unsur keagamaan menyebabkan yoga diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Lo'Lo' Ghazali berkata Majlis Fatwa tersebut telah mengambil langkah yang bertepatan apabila mengumumkan fatwa meminta umat Islam negara ini tidak mengamalkan senaman yoga yang didapati mengandungi unsur-unsur keagamaan, mantera dan pemujaan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi Majlis Fatwa tersebut, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin yang menyatakan bahawa apa jua bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang kerana bertentangan dengan Islam.

Jelas Lo'lo' yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa, fatwa tersebut dikeluarkan mungkin disebabkan timbul kekeliruan dan kemusykilan orang ramai tentang senaman yoga tersebut.

"Pendapat menyatakan bahawa yoga yang dilakukan tidak disertai dengan bacaan mentera dan hanya sekadar senaman, itu berdasarkan keyakinan dirinya. Peraturan ini ada macam-macam, tapi tak semua orang ikut.

"Dari segi kesihatan memang bagus sebab melibatkan latihan pernafasan. Tetapi mungkin disebabkan pencampuran dengan mentera serta asal usul yoga itu sendiri," katanya yang ditemui sewaktu majlis pelancaran Rakan Anti Dadah (Rada) peringkat Kebangsaan di Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 25 November lalu
Back to top
View user's profile Send private message MSN Messenger
Masa7374
Kapten
Kapten


Joined: Apr 19, 2008
Posts: 4465
Location: Jawa Meru Selangor

PostPosted: Wed Nov 26, 2008 6:26 pm    Post subject: Reply with quote

Orang Islam boleh fikir sendiri!
Back to top
View user's profile Send private message
Rafah
Sarjan
Sarjan


Joined: Sep 13, 2008
Posts: 457

PostPosted: Mon Dec 01, 2008 3:59 pm    Post subject: Reply with quote

Masa7374 wrote:
Orang Islam boleh fikir sendiri!


Assalamualaikum wbt..

masa...sy bersetuju...dan dalam masa yang sama, tak bersetuju dengan kenyataan masa Smile..maaf ye kalau tersinggung..

bersetuju kerana sememangnya kita sebagai manusia diberikan akal fikiran dan boleh berfikir dengan waras ditambah dengan serba sedikit *sy lah...masa dan yang lain mungkin banyak* ilmu agama, maka kita boleh berfikir mana yang elok dan mana yang tidak..mana yang haram dan mana yang tidak..

tidak bersetuju kerana dengan ilmu yang kita ada, kita hanya boleh mengkelasifikasikan halal dan haram tentang benda yang jelas..hatta rokok sekali pun sebelum keluarkan fatwa mengatakan ianya haram cerdik pandai di antara kita banyak yang berbelah bagi...

sy sendiri ada mengamal satu dua latihan yoga dan sebelum ini sememangnya sy berfikir jika tanpa mantera..tak apalah...lagipun sy niatkan semoga ianya salah satu sebab musabab sy jd sihat dengan izin Allah...

tetapi baru2 ini sy ada terbaca di dalam berita hairan *sy tak beli..baca kat kedai je Smile* tentang fatwa yoga oleh doktor yang kajiannya tentang yoga telah membuatkan ulama kita mengatakan yoga itu haram..

katanya, bg orang yang mcm sy *amalkan satu dua latihan dr yoga tanpa mantera* sebenarnya telah terpesong sedikit pemahaman tentang yoga...antara lain, dianalogikannya...tentang arak...minum sedikit tidak memabukkan pun..so apa salahnya jika kita minum arak dengan kuantiti sedikit...

tetapi, katanya lagi..arak itu haram, banyak..sedikit..tetap haram.

selepas membaca penerangannya yang agak panjang lebar..nak tak nak...sy terpaksa hentikan latihan sy...lagipun ada banyak lagi latihan lain yang tidak ada sangkut paut dengan yoga..

sekarang ni, tiap petang..sy cuma buat crunch n pumping..

satu lagi, sebagai teguran...rasanya tak perlulah kita samakan solat dengan yoga..

solat adalah ritual *mungkin perkataan ritual tak berapa tepat* pengabdian kita pada yang maha kuasa...tak ada yang sama dengannya..betapa hebatnya solat, hinggakan untuk menerimanya, nabi muhammad s.a.w diangkat ke langit, bertemu dengan khaliq untuk menerimanya..

latihan yang kita buat, cuma sebagai musabab utk kesihatan kita..sebagai usaha, semuanya, sihat atau tidak..tetap dari Allah s.w.t juga. Cuma, tanpa usaha, kita takkan dapat apa yang kita kehendaki...Smile, sebagaimana yang Allah firmankan bahawa nasib kita tidak akan berubah jika kita sendiri tidak mengubahnya..Smile

wallahualam.


Last edited by Rafah on Mon Dec 01, 2008 4:39 pm; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile Send private message
nouvoS
Lans Kopral
Lans Kopral


Joined: Oct 07, 2008
Posts: 82
Location: Jauh di mata, dekat di hati

PostPosted: Mon Dec 01, 2008 4:13 pm    Post subject: Reply with quote

Cara yang paling baik untuk menenangkan fikiran semestinya dengan bersolat..

Terutamanya solat sunat tahajjud. Pada masa tu, sekiranya kita mandi segala penyakit akan turun bersama air mandian tersebut. Setiap yang kita pakai akan sentiasa berdoa untuk kita termasuk selipar yang digunakan. Pada masa itu juga adalah masa paling banyak oksigen yang boleh membina fikiran kita. Masa paling banyak turunnya malaikat... Ketika itulah suasana yang paling sejuk....

Maka isikan hati dan harimu dengan zikrullah dan solat.. InsyaAllah lebih tenang dari Yoga yang tak tahu .......

Wallahu'alam..
Back to top
View user's profile Send private message
nouvoS
Lans Kopral
Lans Kopral


Joined: Oct 07, 2008
Posts: 82
Location: Jauh di mata, dekat di hati

PostPosted: Mon Dec 01, 2008 4:14 pm    Post subject: Reply with quote

Cara yang paling baik untuk menenangkan fikiran semestinya dengan bersolat..

Terutamanya solat sunat tahajjud. Pada masa tu, sekiranya kita mandi segala penyakit akan turun bersama air mandian tersebut. Setiap yang kita pakai akan sentiasa berdoa untuk kita termasuk selipar yang digunakan. Pada masa itu juga adalah masa paling banyak oksigen yang boleh membina fikiran kita. Masa paling banyak turunnya malaikat... Ketika itulah suasana yang paling sejuk....

Maka isikan hati dan harimu dengan zikrullah dan solat.. InsyaAllah lebih tenang dari Yoga yang tak tahu .......

Wallahu'alam..
Back to top
View user's profile Send private message
nouvoS
Lans Kopral
Lans Kopral


Joined: Oct 07, 2008
Posts: 82
Location: Jauh di mata, dekat di hati

PostPosted: Mon Dec 01, 2008 4:15 pm    Post subject: Reply with quote

Cara yang paling baik untuk menenangkan fikiran semestinya dengan bersolat..

Terutamanya solat sunat tahajjud. Pada masa tu, sekiranya kita mandi segala penyakit akan turun bersama air mandian tersebut. Setiap yang kita pakai akan sentiasa berdoa untuk kita termasuk selipar yang digunakan. Pada masa itu juga adalah masa paling banyak oksigen yang boleh membina fikiran kita. Masa paling banyak turunnya malaikat... Ketika itulah suasana yang paling sejuk....

Maka isikan hati dan harimu dengan zikrullah dan solat.. InsyaAllah lebih tenang dari Yoga yang tak tahu .......

Wallahu'alam..
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    TranungKite Online Forum Index -> Borak Wanita & Kekeluargaan All times are GMT + 8 Hours
Goto page 1, 2  Next
Page 1 of 2

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group
Forums ©
               
Letupan Bom

Sila Klik
28 Dis - Benazir Bhutto (21 Jun 1953 - 27 Disember 2007) telah terbunuh dalam serangan berani mati dalam satu rali perarakan parti..
Rintihan..

Sila Klik
30 Dis - Solat hajat diperkarangan kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu...
Punk Hadhari..

Sila Klik
1 Jan - Pakaian dan stail diorang kat bawah ni jenis apa? Punk ke, Gothik ke, Skinhead ke? Susah beb gua nak menjawab... Inilah Terengganu Bestari!
Kerajaan tetap zalim...

Sila Klik
26 Sept - Hari ini bermula jam 12 tgh, rakyat berkumpul di Masjid Jamek, KL utk menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan kerajaan Malaysia menggunakan ISA..

* Klip pada pada paparan gambar untuk melihat lebih banyak lagi gambar menarik...


REFORMASI
Tranung Kite
Laman [email protected]
Detikdaily
Buletin Online
klpost.com
Jiwo Kelete
Bukit Besi OnLine
Pemuda Wilayah
Jasin Daily
Pemuda BukitKatil
Kedahlenie..!!
no2 umn0
Utara Online
Siasahdaily
PORTAL
Kampus Negara
Pemuda Seremban
Mahasiswa Kini
ar-Romli
DarulBayan
I Luv Islam
Terjah
Statesman
Buletin Purnama
Sabah Kita
Politic Today
Rakan Usrah
Kelate Kito
Tranung Lening
ANALISIS ISU/BERITA
Tarmizi Mohd Jam
Kopitiam Bang Nan
Pink Turtle
Ahli Parlimen PAS
A.M.K.NS.
Perisik Rakyat
Rozmal Malakan
Republik kata
Go Malaysia
BLOGGER
Roslan SMS Corner
Amin Iskandar @ Black
...penarik beca
A L- H U S S E Y N
Amdang 81
Ketua Perusuh
Tun Telanai
Faisal Tehrani
Ibnu Hasyim
Merah Tinta
Ibrahim Baba
Fudzail
Cucu Mat Kilau
Anak Bapa
Cikgu Nuri’s Online
Drs Idham Lim
Attakiri
Abu Ayysah
Suhaimi Taib
Redhuan D. Oon
Jed Yoong
Aktivis Nora
Dr. Hj. Hamirdin
Malaysia Waves
Sofi Wahab
Telahan Politik
Aduka Taruna
Blues Whereha
Nik Abdul Nik Aziz
Suhaizan Kayat
jahilGoBlog
Edyesdotcom
Bulan Penuh 2012
Lagenda Buta
Orang Klawang
Tok Pijat
Zahid Yusof
Taranama
Boneka, Penyu & SPR
Dr. Lo\' Lo\'
Jamaludin Md Isa
Helang Jagat
Meli Kapak Jangak
Hishamuddin Rais
Che Kamala
Rusli Islam
Ahmad Fadhil
Eddie Putra
Amirulreza
Rosli Salem
Tempe Goreng
Sokong PR
Janggut
Wan Nordin Yaacob
LAWAN ARUS
Tun Dr Mahathir
UMNO-Reform
Kadir Jasin
Sang Kelembai
Arah Kita
Rockys Bru
Screenshots
Mahaguru58
Kuda Kepang
Kickdefella
Jawatankuasa Ad-Hoc
Kuda Ranggi
Putera Maya
TAK AKTIF
Kelantankini
Ukhwah.com
Seberan
Adnan Ibrahim Al-Binjari
Media Islam
Ekonomi Islam
Akan dikeluarkan...
AKHBAR
Harakah Daily
Suara KeAdilan
Malaysiakini.com
Agenda Daily
Malaysia Today
Bernama
Utusan Melaysia
Berita Harian
Harian Metro
Berita RTM
The Star
The Star Melayu
Malaysia Insider
Sinar Harian
Kosmo
Siasah
Wasilah Online
Newskini
WEBBLOG POLITIK
Apa Ada Pada Nama
Mai Bincang-bincang
Pemuda Insaf
Al Banjari
Kamarudin Sidek
Desa Kerayong
Peghelih La...
Lord Azaab
Ilham Najmi
nakmarah...marahlah!
Barisan Untuk Rakyat
ASAM lambunau
Hashim Habeed
Ilmuan
Cenangau
Minta 5 Minit
Tawan Pekan
Tak Gedebe
Penawar Rindu
Beras Terpilih
Kuda Trojan
Seri Iskandar
Warta Nasional
Kembara Salik
PakNgah 70
Jendela Hikmah
Pemuda PAS Sura
Hasbullah Pit
syifa arjuna
..harapan tidak buta
In Deep tots
Forum Maya Intelek Muda
Selangor Today
Wartawan Rasmi LR
Hikayat Putera Batu
Alahai-Apa-Ni
Lot 250
Pengembara Jalanan
Anak Bapak
An Nasru
Harapan Baru
Ustaz Muktar
Mejoh
Silembiks
Talkjanz.com
Anak Kecil Main Api
FadhilNor & Rakan
Dr Speaker
WEBBLOG CP
Bukan Kerana Nama
Mohd Nasir
Tau Takpe
Kerabu Bersuara
Harapan Malaysia
Berfikir Dengan Waras
Barisan Rakyat
Demi Membela Islam
Skuad Batu Caves
WEBBLOG UMUM
Fikir2 Renung2
Jiwa Kita Merdeka
Ikan Pekasam..
Hembusan
Rampai Seri
Kereta Mayat
Syakur Ibrahim
Zulzaidi
Bangkit Dgn Sebuah Cita
SetiapKejadiahBerhikmah
Fi Thorikillah
Harisfadila.com
Unpublished Notes
Kami Perihatin
HalimIslam
Maliki Xp Blog
Sosialis Kanan
Ikatan Ilmu
Runtuh Kebatilan
Peduli Rakyat
Malaysia Tanah Air Ku
bawean termenung
Topeng Sakti
Ibnu Mustafa
WEBBLOG B.I.
My Game
Juctice4all Kuantan
Pakatan Rakyat
729 NO ISA
Kata Tak Nak
Angin Perubahan
KakiBlog
Harism Ibrahim
Barking Magpie
FORUM @ e-GROUPS
Forum Gerak Reformasi
Guru Reformasi Online
Forum UMNO-Reform
Halaqah.Net
Shoutus Syabab
E-Minda Kita
IZ Forum Cak
Forum Al-Tawbah
PARTI POLITIK
Parti Islam Se-Malaysia
Pemuda Pas Pusat
Dewan Muslimat Pusat
Dewan Ulamak Pusat
Pas Kelantan
Pas Kedah
PAS Negeri Sembilan
Pas Penang
PAS Melaka
DPP Kelantan
DPP Johor
DPP N9
PAS Bukit Bendera
PAS Johor Bahru
Pas Jelebu
PAS Bangi
Pas Subang
Pas Batu
PAS Bakri
PAS Parit Buntar
DPP Padang Serai
DPP Pasir Gudang
DPP Wangsa Maju
DPP Kuala Trg
DPP Sik
DPP Demit
DPP Kemaman
DPP Pengkalan Chepa
DPP Rompin
DPP Putrajaya
DPP Lumut
DPP Padang Besar
DPP Jerantut
DPP Muadzam Shah
DPP Besut
DPP Jempol
DPP Maran
MTD Guchil
MTD Peramu Jaya
MTD Tg Lumpur
MTD Pulau Tawar
MTPD Sura
Dar At-Tarbiyyah
CP Bandar Bukit Mahkota
Pemuda PAS Rasa
Pemuda PAS Jln Yadi
Lajnah Pekerja
KeAdilan Rakyat
Angkatan Muda KeAdilan
Keadilan Johor
AMK P. Pinang
KeAdilan Sri Gading
Keadilan Batu
AMK Batu
DAP
PERTUBUHAN/NGO
P.U.M.
Aliran
Suaram
Fomca
Muslim Consumer
Darul Izzah
Halal Jakim
Amal Malaysia
Jabatan Amal
PASTI Kelantan
Tunas Islam
Nisa W. Persekutuan
Nisa Negeri Sembilan
Nisa Pekan
BERSIH
Bersih N9
GERAK
Pemuda Bersamamu
Skuad Waja Terengganu
MAMPAT
GAMIS
Khidmat Meru
PIMPINAN
PIMPINAN PAS
Nasharudin Mat Isa
Husam Musa
Mustafa Ali
Mohamad Sabu
Dr. Mohd Hatta
Haji Mahfuz
Mahfuz Omar II
Khalid samad
Dr. Syed Azman
Ust. Ahmad Awang
Dr. Lo Lo
Iskandar Abdul Samad
Drs. Khalil Idham Lim
Ustaz Nasir Zakaria
Dr. Halimah Ali
Subky Latif
Herman Samsudeen
Adly Zahari
Azizi Abdullah
Aiman Athirah Al Jundi
PIMPINAN PKR
Anwar Ibrahim
Azmin Ali
Tian Chua
Zulkifli Noordin
CheguBard
YB Fuziah Salleh
YB Mohammad Fairus
PIMPINAN DAP
Lim Kit Siang
KM - Lim Guang Eng
MP @ ADUN
N17 Gombak Setia
P99 Ampang
N19 Bukit Antarabangsa
Hulu Langat
N18 Bukit Payung
MP Kapar
Adun Titi Serong
Adun Chempaka

Semua YB Pakatan...
WEBSITE/LINK BARU..
Malayadaily
Al Brangi
Beras Melaka
PAS Caw. Shah Alam 2
Perak Bersatu
AMK Serdang
Betul Ka?
Abu Bahsyir Al Muqry
Pahang daily
Gaya Peneroka
Ustaz Amin
DPP Pertaling Jaya Sel
Jabatan Amal 2
Pemuda Pengkalan Chepa
Pancak Bicara
Lanh14
Rencana Rakyat
Cili Merah
Hati Sufi
Tukul Besi
Bumi Perak
Anak Reformasi
al-Futhuhat
Sabahdaily
AUDIO & VIDEO
WebRTV PAS
Terengganu Kini
WTV8 Altenatif
TV PAS
TVceramah
MyKuliah.Com
Grapes Nasyid
Siput Online
Pesan Untuk Umat
Amal Makrof
Hoh..?
Keadilan TV
TKOdaily
Kelab Greenboc
WorldTV
TV Utara
Kuliah Mazhab Akidah
Debat parlimen
Video Politik
Media Rakyat
Kuliah.net
Thinking Of Life
Malayaku
You Ceramah
TV Pakatan Rakyat
BICARA AGAMA
Ust Nasrudin
Zaharuddin.Net
Ustaz Muda
Ilmu & Ulama
Mesra Rakyat
The Rise Of Islam
Al-Bakistani
Al-Ahkam
SaifulIslam.Com
Harun Yahya
Jarum Emas
Tasek Pauh
Shamatun
Surau 2Faber
Sapaan Makrifat
Selak
Anda Tanya Saya Jawab
Isu Semasa Islam
Warisan Nabawi
Sampaikan Satu Ayat
Darul Mujahidin
Dr. Mohd Asri
Kebenaran Dari Allah
Ummah Online
Santapan Minda Pejuang
Ustaz Azhar Idrus
Akidah Alul Haq
Raja Ahmad Mukhlis
LUAR NEGARA
Republika Online
Kompas Cyber Media
Al Jazeera (English)
Al-Sofwah.or.id
Khalifah.com
Kavkazcenter.com
Al Manhaj
Majalah Ummi
Pattani Darulsalam
DUNIA ISLAM
Satu Umat
Al Muslimin
Suara Anak Muda
UMUM/LAIN-LAIN
Zulkiply Harun
Quran Online
Quran Flash
Laman PendidikanMY
Portal Pendidikan
Laman Emjay
Lowyat Net
Health Tips
Aiman Ku
Pondok AnNur
Nusa Mahsuri
Grafik Photoshop
Pondok
Karyawan Perak
Karya Cipta
DuniaICT
Pasir Puteh
Al-ahnaf Khat
Dunia Rossem
JARINGAN
Jaringan A Athoullah
My Jalinan
Sabilillah
Skoodeng
Calon & Blognya
Link Pas Sana-sini
Sopo Sentral
Shidinar Net
Mega link (link-link yang lain)
* Link laman yang dipaparkan adalah yang aktif sahaja.
Laman tidak dikemas kini lebih daripada sebulan akan dikeluarkan secara automatik..
[Untuk yang lain-lain sila klik Mega Link atau Link Pilihan pada atas Homepage ini]

 
PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKD

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN)

Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan.
(Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)


©1422 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
E-mel :
[email protected] atau Webmaster : [email protected]

Lot 3672, Bangunan PAS Kawasan Dungun,
Kg. Pak Sabah, 23000 Dungun, Terengganu.
Tel/Faks : 09-848 5001

All logos and trademarks in this site are property of their respective owner.
The comments are property of their posters, all the rest © 2005 by me.
You can syndicate our news using the file backend.php or ultramode.txt
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi.