Posted: Sat Nov 24, 2007 2:30 pm Post subject: Letupan Misteri Gemparkan Terengganu
KUALA TERENGGANU: Bandar Kuala Terengganu semalam (Jumaat 23 Nov 2007) dikejutkan dengan gegaran seperti bunyi letupan bom yang kuat kira-kira satu atau dua saat hingga menimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk di bandar ini.
Dentuman yang turut menghasilkan gegaran selama kira-kira satu hingga dua saat itu mengejutkan sebahagian pengunjung pusat beli-belah di negeri ini dan difahamkan turut dirasai hingga ke Marang, Dungun dan Besut.
Tinjauan Berita Harian di beberapa lokasi di sini mendapati penduduk yang ditemui merasai gegaran selepas letupan walaupun singkat.
Malah, beberapa penduduk yang ditemui menyifatkan bunyi yang mereka dengar dan gegaran yang dirasai seperti bunyi bom dari dasar laut.
Pengarah Urusan Pasaraya Besar Mydin di sini, Murad Ali Mydin, berkata dia terkejut apabila mendengar bunyi letupan kuat ketika baru turun dari kapal terbang di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini, kira-kira jam 4 petang.
"Saya hairan juga mendengar bunyi letupan itu dan turut dimaklumkan pekerja di pasar raya merasakan gegaran kecil pada masa sama," katanya ketika ditemui, semalam.
Suri rumah dari Kampung Pengadang Baru, Fatimah Embong, 50, berkata dia mendengar bunyi letupan kuat kira-kira jam 4 petang dan pada masa sama merasai gegaran.
"Saya bertanya jiran sama ada mereka turut mendengar dentuman sama dan mereka memaklumkan turut mengalami gegaran," katanya.
Seorang kakitangan kerajaan, Shuhaimi Ahmad, 40, berkata dia mendengar bunyi letupan kuat dan berlaku gegaran kecil ketika berada di bandar Kuala Terengganu.
Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Ayob Yaakob ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar letupan kuat itu.
"Kami menghubungi Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan beberapa agensi lain bagi mengenal pasti bunyi itu.
"Saya turut mendengar bunyi letupan itu dan sudah menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen bagi memaklumkannya dan meminta siasatan dijalankan segera," katanya.
"Bagaimanapun sehingga kini kami masih belum dapat memastikan sama ada ia letupan atau sebaliknya," katanya.
Bagaimanapun katanya, rakyat di negeri ini diminta bertenang dan tidak panik kerana siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui punca letupan itu dan tidak menolak kemungkinan ia berpunca dari dasar Laut China Selatan.
Jurucakap Bilik Gerakan Petronas di Rantau Petronas, Kerteh ketika dihubungi berkata, tiada sebarang laporan diterima berhubung bunyi itu tetapi ada menerima maklumat daripada Institut Teknologi Petronas (Instep) berhubung gegaran yang dirasai di Kuala Terengganu.
Di KUALA LUMPUR, Jabatan Meteorologi mengesahkan tiada gempa bumi berlaku berdekatan Terengganu mahupun di negara jiran berdekatan.
Jurucakap jabatan itu yang mengakui menerima laporan berlaku gegaran berkenaan bagaimanapun berkata, pihaknya tidak mengesan sebarang gegaran bawah tanah mahupun di dasar Laut China Selatan.
Sumber: Berita Harian
PS:\ Aku tgh tido time tu. Tiba jer terkejut drpd tido. Ingatkan kapal terbang terhempas. Ada sape2 tahu maklumat pasal nie?
Joined: Nov 24, 2007 Posts: 4345 Location: worldwide
Posted: Sat Nov 24, 2007 5:31 pm Post subject:
saya dengar gok bunyi tu. Memandangkan setakat ini tiada yg tahu puncanya, maka wajiblah kita beringat! Mungkin petanda dari Allah swt. Nanti, bandaraya entah kemana, nestapa pula yang datang melanda. Minta allah jauhkan segala musibah dan kurniakan yang baik2 buat rakyat tgg khasnya dan juga seluruh rakyat malaysia. Amin!Amin!Amin!
Bunyi cam letupan di ikuti gegaran. Adik aku cakap cam kapal terbang jatuh jer (pengaruh filem nie). Aku tido time tu tapi terbangun gak ler disebabkn bunyi tu. Sempat gak ler rasa gegarannya.
All times are GMT + 8 Hours Goto page 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8Next
Page 1 of 8
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
Letupan Bom 28 Dis - Benazir Bhutto (21 Jun 1953 - 27 Disember 2007) telah terbunuh dalam serangan berani mati dalam satu rali perarakan parti..
Rintihan.. 30 Dis - Solat hajat diperkarangan kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu...
Punk Hadhari.. 1 Jan - Pakaian dan stail diorang kat bawah ni jenis apa? Punk ke, Gothik ke, Skinhead ke? Susah beb gua nak menjawab... Inilah Terengganu Bestari!
Kerajaan tetap zalim... 26 Sept - Hari ini bermula jam 12 tgh, rakyat berkumpul di Masjid Jamek, KL utk menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan kerajaan Malaysia menggunakan ISA..
* Klip pada pada paparan gambar untuk melihat lebih banyak lagi gambar menarik...
Mega link (link-link yang lain)
* Link laman yang dipaparkan adalah yang aktif sahaja. Laman tidak dikemas kini lebih daripada sebulan akan dikeluarkan secara automatik..
[Untuk yang lain-lain sila klik Mega Link atau Link Pilihan pada atas Homepage ini]
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKD (DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN) Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan. (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)