 |
Masuk/Login @ Daftar sebagai ahli baru
Perhatian : Sekadar baca sahaja, percaya? itu kena fikir dahulu.
Isnin, 1/12/2008
Amaran banjir buruk di Pantai Timur
Tanah runtuh, 2 beradik maut
Soi Lek hiris hati Melayu
Jangan bermain api - Pemuda UMNO
Lucut gelaran Soi Lek, Mei Fun
‘Terikut-ikut rentak pembangkang’
Tsu Koon: PULAU PINANG
Salah menyatakan Malaysia adalah kerajaan Melayu?
Mayat korban banjir ditemui terapung
Pembekal dibenar simpan stok lebih
Penduduk berang Perhilitan lepaskan 3,000 biawak
Mayat mendiang Hema tiba dari Mumbai pagi ini
MAS bawa balik 750 dari Bangkok
AirAsia tambah dua lagi penerbangan ihsan ke Bangkok
60 peratus produk kraf tangan akan dijual di Harrods
Tiada cili merah
Bantuan bina, baik pulih rumah naik
Ibu rayu bantu suami, anak penyakit kronik
Empat kakitangan perpustakaan maut
Mayat mangsa bot karam ditemui
Remaja mati lemas di lombong
Pelajar UiTM pemenang terakhir Susun dan Menang
Sembilan beranak diami rumah usang
Sasaran sejuta ahli baru belia
Zaid wajar dihukum -Tidak boleh dimaafkan
Zaid wajar dihukum -Subang desak pecat
Zaid wajar dihukum -UMNO tidak rugi apa-apa
Zaid wajar dihukum -Tindakan akan dibincang
Kredibiliti Anwar dipertikai
Modal baru permainan politik PKR
PPP ugut keluar BN jika tidak pinda ISA
UMNO KT bincang calon minggu depan
PKR minat Kuala Terengganu
Bergilir-gilir ke Sarawak
Hasrat PKR 'angan-angan Mat Jenin'
Pulau Pinang tidak cadang ganti TKM1
Menteri India letak jawatan
Kafe Leopold's sasaran serangan dibuka semula
Pelakon Britain ditahan disyaki militan
Penumpang cari jalan lain
Pertempuran di Karachi, 13 terbunuh, 70 cedera
Jemaah Palestin dihalang ke Mesir
Iraq-Iran tukar mayat tentera
Kumpulan terakhir pengaman Malaysia pulang
Korban keganasan meningkat 500 orang
Rakyat India selar pemimpin politik
Penunjuk perasaan diarah beredar
India tingkat kawalan keselamatan
Bush pantau perkembangan di India
Lanun setuju bebas kapal kargo senjata Ukraine
Pekerja asing buang mayat ibu di sungai, ditangkap
Pakistan raih sokongan
Kuan Yew selamat dibedah
Sidang kemuncak ASEAN ditangguh Mac?
Rusia, Venezuela setuju operasi tentera bersama
Arroyo arah pindahkan rakyat Filipina
Jepun urus pemindahan pelancong
Sepanyol rancang hantar 3 pesawat
|
|  |
Ezam mengali kuburnya sendiri
Dilulus terbit pada Saturday, May 31 @ 17:53:31 PDT oleh SongkokPutih
|
|
Oleh othimbra
" Setelah Ezam sertai semula UMNO ramai yang gelabah dan terkejut bercampur hairan dan kecewa kenapa beliau tiba-tiba kembali semua kepada UMNO yang pernah menghantarnya ke penjara. Kegemparan itu terjadi seolah-olah beliau adalah seorang tokoh yang terlalu penting dan menguntungkan UMNO yang sedang dilanda masalah itu. Mereka semacam tidak dapat menerima kenyataan terhadap peristiwa tersebut, tetapi lebih rela jika beliau menyertai parti lain selain UMNO.
Sebenarnya kembalinya Ezam kepada UMNO bukan sahaja mengejutkan penyokong PR, malahan juga menggusarkan pemimpin-peminpin muda UMNO sendiri yang risau dan sangsi dengan keikhlasannya. Jika keluarnya Mahathir dianggap membuang duri dalam daging UMNO, sebaliknya kemasukan Ezam dianggap kehadiran ular tedung ke dalam rumah tangga UMNO. Ular walau pun jinak dan tidak ganas tabiatnya, tapi awas pagutannya amat berbisa dan boleh membunuh mangsanya.
Perhitungan Ezam adalah silap jika beliau kembali kepada UMNO dengan menggalas impian agar beliau dilantik menjadi pemimpin besar UMNO. Beliau harus ingat, ahli-ahli UMNO baik peringkat akar umbi mahupun peminpin atasan, tidak akan respect kepada orang yang pernah murtad dari parti tersebut.
Sebagai muallaf, beliau perlu dimasukkan ke pusat pemulihan akidah UMNO untuk memantapkan pegangan sebagaimana Datuk Nakaie Ahmad, Datuk Mustaffa Taib dan lain-lain. Sampai sekarang pun, mereka belum lulus kursus pemulihan. Sebab itu mereka tidak layak dilantik sebagai pemimpin tertinggi UMNO walau pun dulu pernah menyandang jawatan kanan dalam PAS. Inilah bentuk oreantasi UMNO ke atas pendatang baru.
Ezam harus belajar dari peristiwa yang menimpa bekas pemimpin Semangat 46 yang kembali semula kepada UMNO. Lihat apa terjadi kepada Tengku Razaleagh Hamzah yang sampai berusia lanjut pun tidak dipulihkan dari pangkat gurkhanya. Demikian juga beberapa orang tokoh negeri yang seperjuangan dengan beliau seperti Dato’ Razali Ishak, Dato’ Shukri Muhammad, Dato’ Rusli Ibrahim - semuanya dari Kelantan - mereka diletakkan sebagai pemain simpanan setelah menyertai semula UMNO sehingga ke akhir kerjaya politik mereka.
Bahkan Datuk Ibrahim Ali juga turut menerima hukuman dari pemimpin UMNO kerana beliau adalah bekas pemimpin Semangat 46. Ini semua terjadi kerana dendam UMNO terhadap orang yang pernah berusaha menghancurkan benteng UMNO. Keyakinan terhadap mereka telah lenyap sekali pun berada di bawah bumbung yang sama.
Ezam usah berangan bahawa beliau mampu memulihkankan kekuatannya dalam UMNO dengan mencagar keupayaannya berucap ala Anwar Ibrahim (meminjam gaya Anwar) serta kemampuannya menyusun strategi agrasif untuk menyerang musuh seperti yang pernah dilakukan semasa dalam PKR dulu. Beliau boleh lakukan itu semua jika beliau dapat menghimpun kader-kader UMNO menjadi makmumnya.
Tapi dalam situasi yang ada sekarang, ahli UMNO mana yang sanggup menjadi pak turut beliau? Mungkin tokoh seperti Datuk Alwi Che Mat dan mereka yang se waktu denganya boleh ditarik, tetapi apa hal pula dengan tokoh-tokoh nasional seperti Datuk Hishamuddin, Datuk Mukhriz dan lain-lain? Mampukah beliau menjinak mereka? Ezam boleh mengadakan road show ke seluruh negeri untuk menerangkan dasar perjuangannya dalam UMNO, tapi mampukah beliau menghimpun odeon seramai semasa beliau berdiri di atas pentas PKR dulu? Siapakah yang sudi mendengar penjelasannya yang disifatkan sebagai menjilat balik muntahnya sendiri itu?
Tak percaya, cuba adakan dua rapat umum berasingan sekarang, satu anjuran UMNO dengan menampilkan beliau, manakala satu lagi anjuran PR yang menampilkan Saifuddin Nasution, Mat Sabu dan lain-lain. Dengan itu dapatlah diketahui sama ada sengatnya masih berbisa atau tidak.
Ezam seorang anak muda yang mempunyai karisma tersendiri tetapi langkahnya tempang dan tariannya sumbang. Inilah kelemahan yang wujud pada dirinya semenjak beliau dijulang sebagai wira pembela keadilan. Hari ini ramai yang berpendapat bahawa beliau sebenarnya sedang menggali kuburnya sendiri di samping menimbus segala kepercayaan rakyat Malaysia terhadap keihklasan perjuangan yang dilaksanakan selama ini. Terlalu banyak masa dikorbankan dengan menempoh berbagai liku dan ranjau, tetapi akhirnya nawaitunya terdedah jua. Masanya berlalu dengan sia-sia. Beliau tewas lantaran keegoanya sendiri.
Sepatutnya manusia yang pernah ditarbiah dengan kekentalan jiwa dan semangat waja pantang tunduk dan mengalah kepada pihak yang pernah menzalimi dan menghina dirinya kerana itu dianggap bacul dan tidak berprinsip, tetapi rupanya sikap tersebut tiada pada individu yang bernama EZAM.
Beliau boleh melakar seribu alasan bagi mewajarkan tindakannya rujuk semula kepada UMNO, tetapi rakyat Malaysia mampu menilai mutu persembahan sendiwaranya, termasuk ahli UMNO sendiri. Apakah beliau bakal menerima nasib yang sama seperti Mahathir yang akhirnya lari meninggalkan sarang ciptaannya sendiri?"
|
| |
|
Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
|
Average Score: 5 Votes: 1

|
|
|
No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
Re: Ezam mengali kuburnya sendiri (Score: 1) by toksikai on Sunday, June 01 @ 02:44:07 PDT (User Info | Send a Message) | Biar lah ezam mampus dengan UMNO.Aku tak peduli.Yang penting aku dah tahu perangai dan jenis perjuangan susuk yang bernama EZAM. Aku dah bosan nak bercakap hal ezam.Ok Bye dan chow
|
|
|
Re: Ezam mengali kuburnya sendiri (Score: 1) by kimiko on Sunday, June 01 @ 09:43:58 PDT (User Info | Send a Message) | | Moderator please jangan bincang isu mamat ini masuk Ameno...no benifit at all. Tidak ada apa-apa pun yang terjejas atau tercalar dengan PR. |
|
|
Re: Ezam mengali kuburnya sendiri (Score: 1) by fatamorgana71 on Monday, June 02 @ 01:37:47 PDT (User Info | Send a Message) | Lawan Tetap Lawan Reformasi
|
|
|
Re: Ezam mengali kuburnya sendiri (Score: 1) by fatamorgana71 on Monday, June 02 @ 01:44:42 PDT (User Info | Send a Message) | Saya pasti & optimist 1 hari nanti, Sdr Ezam akan merindui masa2 lalu sewaktu berjuang bersama dgn rakyat yg dahakan keadilan & kebenaran. Insyaallah, suatu hari nanti, Sdr Ezam akan sedar betapanya silapnya beliau menipu pendokong2 reformasi mendengar ucapan2/pidato2 beliau pada era reformasi tetapi dijilatnya semula selepas 10 tahun. Sedarkah Sdr Ezam dgn apa yg dipegang dan diperkatakan oleh beliau pada hari ini? Adakah Sdr Ezam benar2 ikhlas? Allah maha kaya, satu hari petunjuk dan hidayat akan diberi kembali kepada Sdr Ezam bahawa pemilihan saudara kembali ke UMNO adalah satu pilihan yang amat silap dan tidak sepatutnya saudara lakukan. Sdr lah pengkhianat perjuangan. |
|
|
Re: Ezam mengali kuburnya sendiri (Score: 1) by mindamus on Monday, June 02 @ 08:51:55 PDT (User Info | Send a Message) | Ezam telah tersilap langkah, beliau nak masuk umno nak selamatkan umno yg semakin nazak slps org2 kuat dan pendokong2 umno sprt mahathir firaun keluar dari umno. Dia ingat dia boleh ganti maha.... secara spontan. Dia kena baca sejarah sprt org2 kuat umno yg keluar & masuk semula umno sprtmana yg dikatakan oleh othimbra di atas tu. Mula2 akhbar hebohlah satu dunia mengenai kemasukan semula tokoh2 umno tu. Lepas tu apabila berita dah reda tokoh2 tu jadi pemain simpanan & tak akan ke manapun. Apa masih belum prcaya ka? 0.000000000001% ezam oooiii. |
|
|
|
|