Salam..
Peristiwa yang terbaru ini begitu mengesankan kepada rakyat hingga rakyat “teralih” pandangan dari kegusaran mereka megenai krisis kenaikkan harga petrol,makanan dan kos sara hidup kepada kes liwat DSAI dengan Saiful Bukhari.
Rata-rata peenyokong PR tidak mempercayai laporan ini malah menganggap ini satu konspirasi yang diada-adakan untuk menjatuhkan karier poltitk DSAI kononnya. Saya juga ada juga terdengar yang ini mungkin mainan “ahli politik” tertentu yang mahu menjatuhkan DSAI dan DSNTR sekaligus.
Saya tidak mahu memihak kepada sesiapa. Kepada saiful pun tidak kepada DSAI pun tidak,Najib lagilah aku malas.Saranan Mufti Perlis supaya mereka bermubahalah adalah satu cadangan yang baik.Malah novelis terkenal Faisal Tehrani juga setuju dengan cadangan itu. Masing-masing bersumpah yang mereka difitnah dan rela dilaknat jika berbohong.
Mubahalah ini secara sejarahnya dari surah Ali Imran ayat 61.
"Maka sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya (kisah Nabi Isa) sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru (memanggil) anak-anak kami serta anak-anak kamu dan wanita-wanita kami serta wanita-wanita kamu dan diri-diri kami serta diri-diri kamu kemudian kita bermubahalah (memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh) dan kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan ke atas orang-orang yang berdusta".
"Nabi telah membawa Hussin, Hassan dan Fatimah dan mencabar puak Kristian di Najran untuk bermubahalah iaitu laknat-melaknati atas nama Tuhan tapi puak Kristian Najran tidak berani..."
Kaedah yang disarankan oleh Mufti seperti berikut:
"Ada orang kata kena kemukakan empat orang saksi. Saya tidak setuju sebab budak (Saiful) ini mendakwa diri dia sendiri (seorang diri), bukan orang lain. Pihak yang mendakwa (Saiful) hendaklah mendatangkan bai'nah (bukti). Sila bersumpah pada orang yang dituduh yang dia tidak melakukannya. Kedua-dua pihak (Anwar dan Saiful) hendaklah bersumpah. Kalau tidak puas hati lagi, bermubahalah seperti ini... 'Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya laknat Allah kepada saya' dan hendaklah bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi... saya tidak melakukannya."
Jadi kita sebagai individu yang terlibat menubuhkan PR ini saya rasa wajar kita ambil langkah berkecuali terlebuh dahulu. Ini perlu sebagai kita tidak bersikap zalim kepada mana-mana pihak, walaupun salah seorangnya mungkin salah dan mungkin betul. Proses kehakiman mungkin akan dipolitikkan tetapi kita janganlah pula terikut rentak badan kehakiman tersebut.Maksud saya kita mesti berhati-hati dalam mem
Read the rest of this comment...