 |
Masuk/Login @ Daftar sebagai ahli baru
Perhatian : Sekadar baca sahaja, percaya? itu kena fikir dahulu.
Isnin, 1/12/2008
Amaran banjir buruk di Pantai Timur
Tanah runtuh, 2 beradik maut
Soi Lek hiris hati Melayu
Jangan bermain api - Pemuda UMNO
Lucut gelaran Soi Lek, Mei Fun
‘Terikut-ikut rentak pembangkang’
Tsu Koon: PULAU PINANG
Salah menyatakan Malaysia adalah kerajaan Melayu?
Mayat korban banjir ditemui terapung
Pembekal dibenar simpan stok lebih
Penduduk berang Perhilitan lepaskan 3,000 biawak
Mayat mendiang Hema tiba dari Mumbai pagi ini
MAS bawa balik 750 dari Bangkok
AirAsia tambah dua lagi penerbangan ihsan ke Bangkok
60 peratus produk kraf tangan akan dijual di Harrods
Tiada cili merah
Bantuan bina, baik pulih rumah naik
Ibu rayu bantu suami, anak penyakit kronik
Empat kakitangan perpustakaan maut
Mayat mangsa bot karam ditemui
Remaja mati lemas di lombong
Pelajar UiTM pemenang terakhir Susun dan Menang
Sembilan beranak diami rumah usang
Sasaran sejuta ahli baru belia
Zaid wajar dihukum -Tidak boleh dimaafkan
Zaid wajar dihukum -Subang desak pecat
Zaid wajar dihukum -UMNO tidak rugi apa-apa
Zaid wajar dihukum -Tindakan akan dibincang
Kredibiliti Anwar dipertikai
Modal baru permainan politik PKR
PPP ugut keluar BN jika tidak pinda ISA
UMNO KT bincang calon minggu depan
PKR minat Kuala Terengganu
Bergilir-gilir ke Sarawak
Hasrat PKR 'angan-angan Mat Jenin'
Pulau Pinang tidak cadang ganti TKM1
Menteri India letak jawatan
Kafe Leopold's sasaran serangan dibuka semula
Pelakon Britain ditahan disyaki militan
Penumpang cari jalan lain
Pertempuran di Karachi, 13 terbunuh, 70 cedera
Jemaah Palestin dihalang ke Mesir
Iraq-Iran tukar mayat tentera
Kumpulan terakhir pengaman Malaysia pulang
Korban keganasan meningkat 500 orang
Rakyat India selar pemimpin politik
Penunjuk perasaan diarah beredar
India tingkat kawalan keselamatan
Bush pantau perkembangan di India
Lanun setuju bebas kapal kargo senjata Ukraine
Pekerja asing buang mayat ibu di sungai, ditangkap
Pakistan raih sokongan
Kuan Yew selamat dibedah
Sidang kemuncak ASEAN ditangguh Mac?
Rusia, Venezuela setuju operasi tentera bersama
Arroyo arah pindahkan rakyat Filipina
Jepun urus pemindahan pelancong
Sepanyol rancang hantar 3 pesawat
|
|  |
SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT.
Dilulus terbit pada Monday, July 28 @ 18:54:06 PDT oleh reformi
|
|
Oleh pacingko
"Kepada,
Semua ahli, penyokong dan pengundi PAS.
Pertamanya marilah kita bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatnya. Saya menuliskan surat terbuka ini adalah dengan tujuan untuk memohon maaf kepada semua ahli dan penyokong PAS si atas kenyataan saya baru-baru ini yang menafikan wujudnya sebarang pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno. Saya memohon berbanyak kemaafan di atas ketelanjuran ini.
Sebenarnya kenyataan yang saya buat sebelum ini bukanlah atas sifat pribadi saya, tetapi dibuat atas kapasiti sebagai Ketua Penerangan PAS berdasarkan keputusan parti yang mengarahkan saya berbuat demikian. Saya tidak menyalahkan pimpinan PAS yang mengarahkan saya berbuat demikian, tetapi ia adalah kesalahan beberapa individu yang gagal memberikan maklumat sebenar kepada pimpinan PAS. Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno.
Saya berharap individu terbabit dapat tampil kehadapan membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS tentang pertemuan berkenaan termasuk butir-butir perbincangan seperti yang didedahkan oleh Presiden Umno baru-baru ini. Mereka juga harus bertanggungjawab secara khusus dalam masalah ini kerana tindakan peribadi mereka. Saya sendiri amat terkejut dengan pendedahan tersebut yang sama sekali bertentangan dengan kenyataan saya sebelum ini. Ia kemudian disahkan oleh Presiden PAS. Lebih memeranjatkan lagi apabila ‘muzakarah’ tentang kepentingan Islam dan ketuanan Melayu yang didedahkan oleh Presiden Umno telah bertukar menjadi rundingan untuk membawa PAS menyertai kerjasama politik dengan Umno/BN. Sebelum ini kami sendiri tidak dimaklumkan tentang apa yang didedahkan oleh Umno ini, bahkan kami diberitahu tiada sebarang pertemuan dan rundingan rasmi antara kedua-dua parti.
Apabila bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo turut mendedahkan adanya rundingan khas selama 4 hari berturut-turut selepas pilihan raya baru-baru ini, saya berpandangan ia adalah tindakan peribadi individu tertentu tanpa melibatkan sebarang keputusan parti. Kerana itu, saya tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan rundingan yang disebut oleh Dr Mohamad Khir itu. Saya berharap individu yang terbabit ini turut membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan mengambil tanggungjawab di atas apa yang berlaku. Atau saya meminta Dr Mohamad Khir Toyo yang mengaku turut terlibat dalam pertemuan di antara Perdana Menteri dan beberapa pimpinan PAS agar dapat memperincikan butir-butir pertemuan tersebut supaya kita dapat sama-sama mengetahuinya.
Oleh kerana tindakan beberapa individu atas nama PAS tanpa pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan tidak pula memaklumkan tindakan mereka secara terperinci kepada parti, maka PAS mengarahkan saya membuat kenyataan menafikan adanya pertemuan dan rundingan tersebut. Ia adalah salah faham akibat adanya maklumat yang disembunyikan daripada pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Saya sedar kesilapan yang telah saya lakukan apabila mengumumkan tiada sebarang pertemuan dan rundingan antara kedua-dua parti. Saya menerima banyak teguran dan kritikan di atas ’pembohongan’ ini daripada ahli-ahli dan penyokong PAS baik yang Islam atau yang bukan Islam serta rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat. Kerana itu, dengan hati yang terbuka saya ingin memohon maaf di atas kesilapan yang saya tidak sengajakan itu. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang profesor Universiti Tempatan yang telah mengingatkan bahawa ”jika kita lupakan sejarah, sejarah akan mendera kita”. Saya amat sedar tentang hakikat sejarah berkaitan kerjasama PAS-Umno yang telahpun saya sebutkan dalam kolum saya di Harakah pada minggu lepas.
Saya mengakui bahawa sejarah tidak pernah berulang, sebaliknya yang berulang ialah kesilapan manusia. Saya menyeru pimpinan PAS supaya jujur kepada ahli-ahli dan penyokong parti serta berusaha memperkukuhkan pakatan politik sedia ada. Saya mengajak ahli-ahli PAS memerhatikan hakikat sejarah yang ada supaya kesilapan itu tidak berulang.
Akhirnya, sekali lagi saya memanjatkan jutaan kemaafan kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas ketelanjuran yang berlaku. Saya bersedia untuk menerima apa sahaja teguran dan kritikan membina untuk kebaikan bersama dan saya juga rela dihukum oleh ahli-ahli di atas kesilapan yang tidak sengaja saya lakukan ini.
Maafkanlah saya.
Sekian, wassalam. Yang benar,
HAJI MAHFUZ HAJI OMAR Ketua Penerangan PAS Pusat Ahli Parlimen Pokok Sena. "
|
| |
|
Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
|
Average Score: 5 Votes: 1

|
|
| "SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT." | Login/Create an Account | 54 comments | Search Discussion |
|
| | The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content. |
|
|
|
No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by ikanlepu on Monday, July 28 @ 19:01:15 PDT (User Info | Send a Message) | Okey... bila dah cakap terus-terang kita terima.
Alhamdulillah.
Tapi yang lain dok menyorok tu camne?
Kami tak marah, cuma kesal je!
Selawat kita. |
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by toknyang on Monday, July 28 @ 19:18:46 PDT (User Info | Send a Message) | kpd yg bersembunyi, jangan lupa ahli pas pernah buang pemimpin tidak lama dulu. kami bukan macam umno, ikut ketua membabi buta.....
|
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by Topeng_Perak (poji2ya@gmail.com) on Monday, July 28 @ 19:25:34 PDT (User Info | Send a Message) | "sejarah tak pernah berulang, yang berulang ialah kesilapan"
pada pimpinan PAS yang "menyuruk" tu...sindri mau hengat!
Buat YB Mahfuz...anda layak menjadi pemimpin, anda layak berada ditempat anda sekarang & anda layak untuk berada didalam syaf pimpinan PAS. tahniah kerana menerima segala teguran & kritikan para ahli2 & penyokong2 PAS...
kami sentiasa berdoa untuk kesejahteraan para pimpinan seperti anda.
|
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by Escortmatsabu on Monday, July 28 @ 19:30:55 PDT (User Info | Send a Message) | harap bende mcm nie takkan berulang lagi.. kita bekerja keras siang mlm untk memenangkan pas, tapi timbul desas desus nak berbaik ngan umnoo.. fikir dulu pemimpin pas weh!!!
|
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by Mchinese on Monday, July 28 @ 19:31:45 PDT (User Info | Send a Message) | | saya maafkan, |
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by SOLEHNET on Monday, July 28 @ 19:31:55 PDT (User Info | Send a Message) http://tawanpekan.blogspot.com |
TAHNIAH YB,
KETERBUKAAN SEMACAM INI AMAT DI HARAPKAN / DIALU-ALUKAN
SEMOGA ALLAH MEMBERKATI USAHA KITA SEMUA
isu liwat http://www.youtube.com/watch?v=GCPPSV_JQHg
|
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by audit on Monday, July 28 @ 19:36:42 PDT (User Info | Send a Message) | Hebat kau Mahfuz. Baru le berjiwa besar. Bukan senang mengaku salah. Hj hadi bila pulak. Nasha bila pulak.
|
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by akupunyasuka on Monday, July 28 @ 19:42:40 PDT (User Info | Send a Message) | asalamualaikum,
ha, mcm ni lah dikatakan pemimpin bila salah berterus terang, kita org ka bwh ni taraf pencacai je, tp kami ttp ada maruah, pegang dgn apa yg kita perjuangkan, bagus dan tahniah pd YB.. berani krn benar...
anda mmg layak bergelar pemimpin, ustaz hadi dgn ustaz nasha bila lg? tak nak cite ttg pergi london minta fatwa tu ke? jgn lupa maklumat direct to DSAI, lain kali jgn pandang sebelah mata, ingat DSAI tak pakai serban mcm korang kurang ke Islam dia, pg London minta fatwa bekerjasama dgn UMNo, tup tup diorg inform DSAI.. tak ke malu... mana nak letak mua woi, satu malaysia dah tahu...
so nak tegakkan benang yg basah lg? perniagaan kat dubai ada untung ke ustaz nasaharuddin? bila dah jadi presiden Pas besok boleh pakai keta besar no plat PAS 1, ada eskot moto besar lg...
ustaz nasha org dok perati kat awak tu, kalau tak juga buat statement, samapi kiamat pun akau tak respek kat kau, buang je lah kopiah kau tu...
wasalam wama karu wama karallahhu hairul makirin |
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by lelakidicermin on Monday, July 28 @ 19:42:45 PDT (User Info | Send a Message) | | sebenar pemimpin mcm nilah yg patut pas kedepankan..... bukan mcm nasaruddin......klu minta maaf secara terbuka .....org yg ada iman mesti terima. berdebat bagus..dgn fakta...dah silap minta maaf...itulah pemimpin sejati. |
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by lanmaila on Monday, July 28 @ 19:43:27 PDT (User Info | Send a Message) | Kami penyokong semua amat menghormati keputusan saudara Hj. Mahfuz sanggup memohon maaf secara terbuka sebegini.
Alhamdulillah. Rasa sejuk hati pada saudara.
|
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by abanghensem on Monday, July 28 @ 19:43:39 PDT (User Info | Send a Message) | | tahniah YB...... jaranag pemimpin seperti anda sanggup merendah diri mengaku kesilapan secara terbuka.... keapda pemimpin PAS yang menyorok atau "kerah peda" tak nak mengaku kesalahan kita tunggu muktamar nanti.... pastikan spesis macam ni tersingkir...... |
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by kaka_81 on Monday, July 28 @ 19:44:03 PDT (User Info | Send a Message) | | aku bnar2 mngagumi pmimpin sperti yb mhfuz ni. kmaafan yg dminta insyaalah kmuliaan yg kami beri kepada yb. |
|
|
pantun (Score: 1) by Melayunett on Monday, July 28 @ 19:50:19 PDT (User Info | Send a Message) | Parti nasionalis fahaman setan, rakyat miskin dia tukar kereta! UMNO cuba melagakan pakatan, Semoga tuhan menyelamatkan kita..
Eyah.. jawab kasim jawab.
|
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by trimas on Monday, July 28 @ 19:55:49 PDT (User Info | Send a Message) | | Kita mesti membuang pemimpin yang persis seperti musang berbulu ayam termasuk presidennya sekali jika didapati secara terbuka untuk menghancurkan pakatan rakyat. Sikit mau ingat Ameno ini banyak think thank untuk menghancurkan musuh Islam. |
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by jengkingbeluran (jejj9@lahu.com) on Monday, July 28 @ 19:58:44 PDT (User Info | Send a Message) | Assalamualaikum.
Firstly, saya menerima permohonan maaf dan saya maafkan, tapi dilain masa sila jangan dibuat lagi. Secondly, diharap jangan menipu, walaupun menggunakan ayat seperti berikut "menafikan' itu bermakna saudara menipu. Apakah saudara cuba menjadi seorang penipu?. Please in next time >> don't do it.
jengking: bagaimana plak dengan saipolpokpet?
|
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by happyfeet on Monday, July 28 @ 19:59:35 PDT (User Info | Send a Message) | Alhamdulillah..
Masih ada pemimpin yang berjiwa besar seperti YB Mahfuz. Muga2 ramai lagi pemimpin PAS yg akan mengikuti contoh YB Mahfuz dan Allahyarham Ust Fadzil Noor. Merndah diri memohon maafbila tersasar. Saham takkan jatuh, malah akan naik menembusi index komposit.
Syabas YB! Yang lain2 tu kami nak ingatkan, labuh jubah dan tinggi serban bukanlah syarat untuk masuk syurga....so bila nak mintak maaf?????
Jangah marah ye....
|
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by pendokongpas on Monday, July 28 @ 20:00:28 PDT (User Info | Send a Message) | Saya kagum dengan perinsip dan penderian Tuan Haji Mahfuz.Seorang pemimpin berjiwa besar, tidak takut mengaku kesillapan.Tak hilang bisa dek menyusur akar ! Untuk pengetahuan Tuan Haji .. yang menyedih dan mendukacitakan semua penyokong Pas ialah ADANYA PERTEMUAN SULIT dengan Umno,yang melibatkan pemimpin Pas tertentu tanpa pengetahuanTok Guru Dato Haji Nik Abd Aziz.pastinya pertemuan itu merupaka proses awal dalam kerangka mengadakan dialog kerjasama politik.Kalau tidak mana mungkin Umno setuju,sedang waktu itu ..mereka sedang bergelut dengan ketenatan dan kepayahan Jadikan segalanya sebagai satu pengajaran.Apa guna berjuang berpuluh tahun dengan segala nilai kepayahan hatta nyawa ahli ada yang terkorban. Alih-alih dengan sekali pujukan Umno pemimpin Pas tersebut dah HILANG PUNCA gelap mata.
Apa yang saya takut... pada PRU akan datang semuanya akan hilang.Jadilah seperti Terengganu sekali .. berpeluang kemudian ..sukar dan peritnya untuk bangkitkan kemenangan!
|
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by greencircle on Monday, July 28 @ 20:02:27 PDT (User Info | Send a Message) | Macam nilah baru YB bertaraf 1st Class Minded...Gentleman.
|
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by Juana on Monday, July 28 @ 20:10:28 PDT (User Info | Send a Message) | | Kalau jadi lagi macam ni, susahlah PAS nak menang pilihanraya akan dtg. Jaga-jaga dengan musuh Islam terutamanya sebelah nu. |
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by ibnurahmah on Monday, July 28 @ 20:19:40 PDT (User Info | Send a Message) | Mengapa Presiden Pas tak buat kenyataan macam ni..? Mohon maaf dari ahli...
YB Mahfuz tidak berjubah...YB Mahfuz tidak berserban... tapi YB Mahfuz jauh lebih baik dari Ustaz Hadi Awang.... setakat pakai jubah... Abu Jahal pun tahu pakai jubah... |
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by lam on Monday, July 28 @ 20:25:35 PDT (User Info | Send a Message) | Alhamdulillah syukur kepada Allah. Pemimpin yang mengaku tersilap dan memohom maaf disanjung. Sedarlah diri kita wahai pemimpin
|
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by aniqoh on Monday, July 28 @ 20:45:39 PDT (User Info | Send a Message) | | http://brokertanahn9.wordpress.com/ |
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by nettsaver on Monday, July 28 @ 20:54:31 PDT (User Info | Send a Message) | ASSALAMUALAIKUM,
SAYA TERIMA MAAF YB.... MEMANG YB MEMPUNYAI PERIBADI SEORANG PEMIMPIN.
--------------------------------- AKU CUMA NAK INGATKAN KORANG SEMUA, TAK KIRA PENYOKONG PAS KE , PKR KE , ATAU YANG TAK DE MANA2 PARTI..... KORANG TAU KAN ? BILA RASULULLAH SAW ADA MENGINGATKAN KITA 3 SIFAT ORANG MUNAFIK..... DAN SIFAT NI TERMASUK JUGA YANG BERPAKAIAN MODEN KE, BERJUBAH DAN BERSERBAN KE.... ITU TAK DIKIRA SYARAT.. 1. KALAU BERCAKAP DIA BOHONG.... 2. KALAU BERJANJI DIA MUNGKIR... DAN 3.KALAU DIBERI AMANAH, DIA KHIANAT.......... HAL MACAM NI KORANG BUAT MAIN2.... SIAPAKAH RASULULLAH SAW ? KORANG TENTU TAU KAN ? SETERUSNYA KORANG FIKIRLAH SENDIRI .....
TERIMA KASIH.
|
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by abglebai36 on Monday, July 28 @ 20:56:38 PDT (User Info | Send a Message) | ALHAMDULILLAH....SAMA=SAMALAH KITA BERMAAF-MAAFAN... |
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by abg_zemin on Monday, July 28 @ 20:59:08 PDT (User Info | Send a Message) | Kalau Si Khir Toyo berbohong tak pe juga inikan pula ...ustaz2 , org -org yg asyik meyebut islam , ALLAH bila bercakap ..solat tak tinggal ...
Ini kan basic untuk menjadi umat islam yg baik .. bercakap hendak lah jujur, taggungjawab kenalah amanah , bila berkuasa jgn lupa daratan...
Bayangkan lah persaaan mangsa2 kekejaman ISA, memali dan lain2 . Apa perasaan mereka mendengar semua ini.. Sepatutnya Ustaz2 nie memperjuangkan kebenaran ini kan pula terjun bersama-sama tahi-tahi tersebut. Jgn mohon maaf pada kami sahaja ..Minta maaf dengan ALLAH ..buat taubat nasuha ..Anda telah melanggar amanah rakyat...
Insaf lah kembali kepada ALLAH ..Ingat KAMI AKAN TUNTUT NANTI KAT AKHIRAT KELAK.. Inilah namanya USTAZ akhir zaman ..mengajar untuk kepentinmgan sendiri ..yg paling tak tahan nak tengok tu buat kerja diam2 dan tak nak mengaku ...suruh saman lagii..
TOLONG JG MENYOROK .. KAMI Mengelarkan anda semua tidak amanah..Gagal sama sekali.. Terjun lah dgn tong-tong tahi tuu.....
LETAK JAWATAN PADA YG TERLIBAT KERANA AKIBATYA BURUK PADA PANDANGAN ORG ISLAM KEPADA PARA USAZ2 PAS...
|
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by xnazrix on Monday, July 28 @ 21:03:33 PDT (User Info | Send a Message) | tahniah YB.. saudara seorang pemimpin yg berjiwa besar.
P.S kepada pimpinan PAS yg terlibat dgn sulit mulit nih, khususnya yang dari negeri sy, TERENGGANU DARUL IMAN.
MENGATA DULANG PAKU SERPIH, DULU KATA KE UMNO, LENIH MU PULOK HOK LEBIH-LEBIH!
SEKIAN. TERIMA KASIH.
|
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by nuno on Monday, July 28 @ 21:04:47 PDT (User Info | Send a Message) | Saya hairan sungguh mcm boleh adakan pertemuan dengan Umno ...
Pemimpin yang berjumpa tu kenapa belakangkan DS Anwar dan pemimpin PAS yang lain ..? ingat la sikit kami orang yang kat lembah kelang ni menang selangor tu pun dgn pertolongan bukan melayu jugak kalau tak ..tak dapat la usrah bagus2 dlm masjid selangor ni...
mungkin tahun depan boleh la buat pertukaran jawatan no 1 dan 2 ambik Dato Tuan Man ker Dato Nizar ker Husam ker ... |
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by Walida-Maya on Monday, July 28 @ 21:25:15 PDT (User Info | Send a Message) | Syabas YB Mahfuz! Syabas! Saya percaya sepenuhnya dgn pengakuan YB...semoga kesilapan ini (bukan salah YB mahfuz) tidak akan berulang...
YB Mahfuz tak salah...jauh sekali utk berbohong...bukan juga kerana YB mendapat maklumat yg tidak tepat....Bukan! Cuma YB Mahfuz tidak dapat maklumat itu...maklumat tersorot....Saya sedih sebab YB Mahfuz yg sangat saya hormati dan kasihi, telah menjadi mangsa..!
Tak apa YB...benda dah lepas....semoga jadi pengajaran. Saya dan keluarga tetap setia menyokong YB Mahfuz.
|
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by nettsaver on Monday, July 28 @ 21:33:32 PDT (User Info | Send a Message) | ASSALAMUALAIKUM, SEKARANG NI, KITA HEBOH DI WAR2KAN DENGAN LIWAT DIMANA DSAI DITUDUH LIWAT SAIFUL...... DAN BELUM LAGI DIBUKTIKAN DIMAHKAMAH.... TETAPI, HARI INI JUGA KITA DIKEJUTKAN ADA 3 PELIWAT ( PERJUMPAAN MELALUI PINTU BELAKANG ... DIKIRA LIWAT LAH TU ) DIDALAM BARISAN PAS. DAN, INI TELAH DISAHKAN SENDIRI. AKU MALU BETUL LA KAT PUAK2 UMNO.... DENGAN ADANYA SEGELINTIR PEMIMPIN PAS SEDEMIKIAN.... TERIMA KASIH.
|
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by abuadil_alkaff on Monday, July 28 @ 21:38:21 PDT (User Info | Send a Message) | kenyataan yb hj mahfuz atas kapasiti ketua penerangan pas pada pandangan ambe akan menambah kusut lagi keadaan. ketua penerangan tidak sayugia mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana pas sebagai harokah islamiah mempunyai mekanisma yang dipandu oleh syarak dalam menyelesaikan masalah dalaman, bukan kenyataan terbuka sebagaimana yang yb ketua penerangan telah lakukan. aku cadangkan kita semua belajar semula fiqh haroki atau amal islami. fahami semula fiqh maqosid, fiqh awlawiyyat, fiqh almuwazanah, fiqh alwaqi' dsb. atau apakah kita tidak meyakini kepimpinan ulama?
aku ingin ambil contoh untuk lebih kita fahami. terdapat hukum yang wujud disebabkan berlaku sesuatu peristiwa, misalnya wajib 'ain berjihad apabila musuh telah memasuki negara kita. hamba tidak perlu meminta izin tuannya, begitu juga orang yang berhutang. selepas pru12, telah berlaku keputusan yang menuntut kita menyatakan stand kita berdasarkan kefahaman fiqh alwaqi', maqosid dsb. apakah anda jangka ianya hanya boleh dicongak secara mudah semata2 ingin membunuh ameno, misalnya. bagaimana maslahah ummah islam di malaysia.? bagaimana andainya pakatan rakyat didominasi oleh bukan islam? bagaimana pula najib ganti pak lah sebagai pm? apa analisis syar'i kita? kedua, perlukan dalam perkara begitu sensiti dan memerlukan kerahsiaan yang tinggi semua ahli dimaklumkan.? bagaimana keputusan arrasul membuka mekah hanya dimaklumkan terlebih dahulu kepada beberapa orang saja yang termasuk juga seorang yang secara alpa cuba membocorkan kepada orang mekah? sedang ramai sahabat besar tidak dimaklumkan terlebih dahulu. ketiga dan seterusnya... aku malas nak menulis, nak buat bola roti canai dulu.... sila datang kewarong ambe untuk keterangan lanjut... |
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by jiwaraga on Monday, July 28 @ 21:43:27 PDT (User Info | Send a Message) | THANKS YB, MULAI SAAT INI AKU DAH FAHAM SEJELAS JELASNYA. KEPIMPINAN YG SEPERTI INILAH YG AKAN MENYELAMATKAN PAS DAN PENGIKUTNYA DARI TENGGELAM BERSAMA AMENO..SYUKUR ALHAMDULILLAH.
|
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by abg_zemin on Monday, July 28 @ 21:44:38 PDT (User Info | Send a Message) | Kita penyokong2 PAS terasa seperti telah diliwat beramai2 oleh pemimpin PAS..tapi yg paling sedih sekali pemimpin UMNO pun terlibat sekali berkongsi katil .. manakah maruah kita ... |
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by puyuh on Monday, July 28 @ 21:45:02 PDT (User Info | Send a Message) | Tahniah YB Hj Mahfuz kerana berterus terang, orang berjiwa besar tidak malu untuk memohon maaf kerana semua kita melakukan kesilapan.
Pimpinan tertinggi PAS harus menjadikan peristiwa ini sebagai iktibar kerana peminpin dan penyokong saling melengkapi antara satu sama lain seperti satu binaan yang kukuh.
|
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by abbyabadi on Monday, July 28 @ 22:01:39 PDT (User Info | Send a Message) | salam kepada semua penyokong pas,
aku sebenarnya dah malas nak komen pasal muzakarah @ muqabalah ni..apa yang aku nak sampaikan adalah kita penyokong inilah yang sedang menjahanamkan parti islam kita sendiri..bukan umno dan bukan media. malah kita penyokong dan pejuang2 pas sendiri..
aku tak nak komen pasal kepimpinan kita...sebenarnya kita yang tak tahu menilai perancangan mereka untuk 10-20 tahun akan datang... yang kita tahu nak bantai pemimpin kita...aku tak nampak kenapa ustaz haron din yang ahli seumur hidup itu boleh mencetuskan idea utk berdakwah kepada umno sedangkan dia tahu sokongan umno akan membawa rebah kpd pas...takkanlah dato haron din nak tgk kejatuhan pas depan mata dia...kita yang tidak tahu menilai jangkaan mereka...dan kita tidak pernah cuba untuk memahami firasat mereka...aku amat sedih melihatkan penyokong pas sendiiri yang merobohkan pas ini...kita tidak boleh bersatu walaupun benda kecik yang kita sendiri pun tak faham apa akan berlaku...aku harap mereka2 yang sedang menjanamkan pas sedang bergembira ketika ini..harapan aku...kembalilah kita bersatu....kalau nak kritik pun biarlah ada santunnya... |
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by spookiesux on Monday, July 28 @ 22:15:35 PDT (User Info | Send a Message) | | SAYA PUN MAAFKAN |
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by abg_zemin on Monday, July 28 @ 22:31:16 PDT (User Info | Send a Message) | Nampak tak sekarang APA BEZANYA PAS dengan UMNO... tiada bezanya kan benar lah kata pemimpin UMo yg pemimpin PAS mengunakan Alquran untuk kepentingan politik sendir.. Dah terbukti dah ...Tuhan tu maha kaya . Kebenaran pasti datang , janji Allah telah dtg , lihat lah sedar lah...
Siang malam jadi imam tapi belakang duduk berebut kuasa dgn Umno...
Macam cerita p.ramlee dgn 40 penyaaaaaamunnnn
MB untuk aku TMB untuk engkau Exco 1 untuk engkau Exco 2 untuk aku Exco 3 untuk aku Exco 4 untuk aku
|
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by adiputar on Monday, July 28 @ 22:36:52 PDT (User Info | Send a Message) | Terimakasih YB Mahfuz kerana beri penerangan ini.
Dan bagi pimpinan PAS yang menyembunyikan perkara tersebut dari pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, maka, perlulah belajar dari kesilapan ini. Kenapa perlu sembunyikan??? Takkan disebabkan PAS banyak menang dalam PRU12, nak jumpa dengan umno pun kena sembunyi2.
Dan sekarang PAS jugak yang terkena dengan tipu muslihat umno, sampai DAP pun dah serang PAS balik. Hari tu dah molek, sekarang dah jadi kelam kabut balik.
Salah siapa??? Jawablah pimpinan PAS yang jumpa dengan umno tu!!! |
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by ahmed_nejad on Monday, July 28 @ 22:40:39 PDT (User Info | Send a Message) | APA DAH JADI DENGAN PEMIMPIN PAS INI....
KENAPA HARUS BERBOHONG KEPADA AHLI SENDIRI..?
ANTUM SEMUA KENA INGAT, KAMI AHLI DIBWH INI DIPUKUL, DI BALUN SERTA DI HINA OLEH PUAK UMNO DEMI UTK PERJUANGKAN ISLAM. KAMI MENGHARAPKAN KECEKALAN KAMU SEMUA UTK PERJUANGKAN ISLAM..APAKAH KAMU SEMUA LUPA DGN JANJI2 DARI ALLAH TAALA..
KAMU SENDIRI TAHU, ISLAM DI HINA KRN UMNO, ISLAM DIHIMPIT KRN UMNO, PEJUANG ISLAM DI ISAKAN KRN UMNO, MESJID N SURAU DIROBOH KRN UMNO... ALIH2 KAMU BERJUMPA DGN PEMIMPIN2 UMNO KRN NAK CARI JLN PINTAS UTK ISLAM BERTAPAK DI MALAYSIA ATAU DI SELANGOR INI... APA PUNYA TERUK LAH KAMU ITU..
|
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by ahmed_nejad on Monday, July 28 @ 22:45:05 PDT (User Info | Send a Message) | APA DAH JADI DENGAN PEMIMPIN PAS INI....
KENAPA HARUS BERBOHONG KEPADA AHLI SENDIRI..?
ANTUM SEMUA KENA INGAT, KAMI AHLI DIBWH INI DIPUKUL, DI BALUN SERTA DI HINA OLEH PUAK UMNO DEMI UTK PERJUANGKAN ISLAM. KAMI MENGHARAPKAN KECEKALAN KAMU SEMUA UTK PERJUANGKAN ISLAM..APAKAH KAMU SEMUA LUPA DGN JANJI2 DARI ALLAH TAALA..
KAMU SENDIRI TAHU, ISLAM DI HINA KRN UMNO, ISLAM DIHIMPIT KRN UMNO, PEJUANG ISLAM DI ISAKAN KRN UMNO, MESJID N SURAU DIROBOH KRN UMNO... ALIH2 KAMU BERJUMPA DGN PEMIMPIN2 UMNO KRN NAK CARI JLN PINTAS UTK ISLAM BERTAPAK DI MALAYSIA ATAU DI SELANGOR INI... APA PUNYA TERUK LAH KAMU ITU..
|
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by ahmed_nejad on Monday, July 28 @ 22:45:11 PDT (User Info | Send a Message) | APA DAH JADI DENGAN PEMIMPIN PAS INI....
KENAPA HARUS BERBOHONG KEPADA AHLI SENDIRI..?
ANTUM SEMUA KENA INGAT, KAMI AHLI DIBWH INI DIPUKUL, DI BALUN SERTA DI HINA OLEH PUAK UMNO DEMI UTK PERJUANGKAN ISLAM. KAMI MENGHARAPKAN KECEKALAN KAMU SEMUA UTK PERJUANGKAN ISLAM..APAKAH KAMU SEMUA LUPA DGN JANJI2 DARI ALLAH TAALA..
KAMU SENDIRI TAHU, ISLAM DI HINA KRN UMNO, ISLAM DIHIMPIT KRN UMNO, PEJUANG ISLAM DI ISAKAN KRN UMNO, MESJID N SURAU DIROBOH KRN UMNO... ALIH2 KAMU BERJUMPA DGN PEMIMPIN2 UMNO KRN NAK CARI JLN PINTAS UTK ISLAM BERTAPAK DI MALAYSIA ATAU DI SELANGOR INI... APA PUNYA TERUK LAH KAMU ITU..
|
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by adiputar on Monday, July 28 @ 22:59:46 PDT (User Info | Send a Message) | | Perwakilan PAS yang akan berucap dalam muktamar PAS di Ipoh nanti perlu kritik pemimpin PAS yang sembunyi2 berjumpa dengan umno. Jangan takut berucap dan mengkritik, kerana inilah dasar perjuangan PAS dari dahulu lagi. Iaitu apabila ada pemimpin yang membuat silap, walaupun kesilapan itu adalah kecil, maka perlulah diperbetulkan dan diperjelaskan. Tolonglah pemimpin-pemimpin PAS, tolonglah jangan buat silap lagi, tolonglah beri penjelasan. Hidup PAS!!! Takbir!!! |
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by zulput on Monday, July 28 @ 23:37:50 PDT (User Info | Send a Message) | | KEPADA YB MAHFUZ,ANDA SEORANG POLITIKUS YG BERJIWA BESAR DAN BERPOTENSI MENJADI SEORANG PEMIMPIN YG DISEGANI KAWAN DAN LAWAN,TAHNIAH |
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by jawwad on Monday, July 28 @ 23:58:52 PDT (User Info | Send a Message) | YB MAHFUZ
HATI-HATI RAMAI YANG DENGKI DGN SEDARA. SDR HANYA ADA SPM TAPI KALAHKAN ORG YG BERGELAR DR SUATU MASA DAHULU ..MASA NAK JADI KETUA PEMUDA PAS.
SDR TAK PAKAI JUBAH BARANGKALI SFDR FAHAM JUBAH HANYA JAID BAHAN BAKAR DI DALAM NERAKA JIKA DIGUNAKAN UNTUK MENUTUP KELEMAHAN DIRI.
PAS PERLUKAN PEMIMPIN YANG JUJUR, CERDIK, DAN RAJIN. KUMPUL HARTA TAK APA TAPI BANTULAH RAKYAT KHASNYA PENYOKONG YANG PAPA KEDANA.....APA KHBAR MANGSA MEMALI SEKARANG?
NASA HANG TOLONG LETAK JAWATAN SAMA HJ HADI DI IPOH NANTI... BG HUSAM DAN MAT SABU PANGKU JAWATAN PRESIDEN DAN TIMBALAN SEMENTARA MUKTAMAR AKAN DATANG ATAU PILIHAN SATU LAGI PAS KALAH TERUK PRU KE 13 NANTI.
HJ HADI BOLEH JADI DUTA KE ARAB SAUDI .....PAK LAH BOLEH LANTIK ANYTIME...NASA BOLEH JADI SLEEPING PARTNER DAIM ZAINUDIN... TAK PAYAH SIBUK DENGAN POLITIK LAGI YA....HANG DAH KAYA RAYA MAKA SILA TAMBAHKAN KEKAYAAN DENGAN TIDAK MEMUSNAHKAN PAS.
|
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by Kingkent on Tuesday, July 29 @ 00:16:19 PDT (User Info | Send a Message) | Kalau ahli UMNO nak sangat pada PAS, tinggalkan UMNO masuk PAS. Selesai masalah. Kalau jadi parti baru ahli UMNO lebih ramai dari PAS. Kalau ada pemilihan ahli UMNO akan menang. Biasalah mereka akan guna WANG. Kalau ahli PAS marah nak buat camna lagi? nak masuk PAS balik dah tak boleh. PAS dah berkubur macam UMNO jugak. Kalau sekadar nak jadi MB Selangor setakat sementara je. Bila PAS tak jadi musuh UMNO, UMNO akan bangun kembali dan lebih kuat. Tahulah apa akan jadi lepas tu. MB Selangor UMNO ambik balik punya.... UMNO nak sangat pada PAS bukan dia suka PAS tapi untuk menghalang kemaraan Anwar Ibrahim supaya REKOD BURUK tidak dibuka. Jadi mereka tak masuk penjaralah. Kisah bunuh2 pun tutuplah. MAAF AKU TIDAK BUTA. PAS TAK TAULAH. PAS FIKIRLAH SENDIRI.. |
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by Kingkent on Tuesday, July 29 @ 00:23:38 PDT (User Info | Send a Message) | TANPA PAKATAN RAKYAT PAS TAK KE MANA.... JANGAN NAK BERLAGAK.... JANGAN IKUT STYLE UMNO PEMIMPIN YANG BUAT KEPUTUSAN... PAS PERLU AHLI YANG BUAT KEPUTUSAN..... PEMIMPIN HANYA MENYAMPAIKAN SAHAJA.... SEBAB RAMAI LAGI AHLI PAS YANG LEBIH BIJAK, LEBIH AMANAH DARI PEMIMPIN PAS TAPI MEREKA TAK TONJOLKAN DIRI KERANA SIFAT MENGHORMATI PEMIMPIN... |
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by Vladimir on Tuesday, July 29 @ 09:31:47 PDT (User Info | Send a Message) | post xnazrix saya setuju. KEPADA PIMPINAN PAS TERENGGANU,FIKIRKANLAH MASAK2 SEBELUM BUAT KEPUTUSAN. SAYA TIDAK TERKEJUT KENAPA PAS GAGAL MENGUASAI TERENGGANU WALAUPUN NEGERI2 LAIN YANG DULUNYA KUBU KUAT BN SPT PERAK DAN SELANGOR JATUH PADA TANGAN PEMBANGKANG. INI LAH BUKTINYA,MAAF ANDAI TERKASAR BAHASA NAMUN UNTUK KEBAIKAN PAS NEGERI JUGA. SEWAJARNYA SAF PIMPINAN NEGERI DIROMBAK DAN DIBERIKAN KEPADA MUKA2 BARU YANG LEBIH BERTENAGA,ROMBAKAN BUKANLAH MELIBATKAN SEMUA JAWATAN TAPI MASUKKAN GOLONGAN MUKA BARU PROFESIONAL, DALAM HAL INI PIMPINAN SEPERTI YB DR SYED AZMAN DAN PROFESIONAL BOLEH DITONJOLKAN DI PERINGKAT NEGERI DAN DI ADUNKAN DENGAN ULAMA2 MUDA. PAS TERENGGANU SEBENARNYA TIDAK TANDUS PEMIMPIN TAPI BIMBING DAN BERIKAN LALUAN KEPADA MEREKA.
|
|
|
Re: SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT. (Score: 1) by aL-JuFFRi on Tuesday, July 29 @ 10:40:38 PDT (User Info | Send a Message) | Assalamualaikum
Tahniah YB. Inilah contoh kepimpinan yang kami mahu lihat. Tapi cukupkah dengan sekadar permohonan maaf. Bagaimana pula dengan fitnah-fitnah yang telahpon tersebar luas. Bagaimana pula dengan caci-maki yang terlontar. Yang tersilap cakap sudahpon memohon keampunan. Yang tersilap laku dah ready nak bermaafan jugak ke? Cepatla sang penabur fitnah, sang pencaci-maki..
|
|
|
|
|