 |
Masuk/Login @ Daftar sebagai ahli baru
Perhatian : Sekadar baca sahaja, percaya? itu kena fikir dahulu.
Isnin, 1/12/2008
Amaran banjir buruk di Pantai Timur
Tanah runtuh, 2 beradik maut
Soi Lek hiris hati Melayu
Jangan bermain api - Pemuda UMNO
Lucut gelaran Soi Lek, Mei Fun
‘Terikut-ikut rentak pembangkang’
Tsu Koon: PULAU PINANG
Salah menyatakan Malaysia adalah kerajaan Melayu?
Mayat korban banjir ditemui terapung
Pembekal dibenar simpan stok lebih
Penduduk berang Perhilitan lepaskan 3,000 biawak
Mayat mendiang Hema tiba dari Mumbai pagi ini
MAS bawa balik 750 dari Bangkok
AirAsia tambah dua lagi penerbangan ihsan ke Bangkok
60 peratus produk kraf tangan akan dijual di Harrods
Tiada cili merah
Bantuan bina, baik pulih rumah naik
Ibu rayu bantu suami, anak penyakit kronik
Empat kakitangan perpustakaan maut
Mayat mangsa bot karam ditemui
Remaja mati lemas di lombong
Pelajar UiTM pemenang terakhir Susun dan Menang
Sembilan beranak diami rumah usang
Sasaran sejuta ahli baru belia
Zaid wajar dihukum -Tidak boleh dimaafkan
Zaid wajar dihukum -Subang desak pecat
Zaid wajar dihukum -UMNO tidak rugi apa-apa
Zaid wajar dihukum -Tindakan akan dibincang
Kredibiliti Anwar dipertikai
Modal baru permainan politik PKR
PPP ugut keluar BN jika tidak pinda ISA
UMNO KT bincang calon minggu depan
PKR minat Kuala Terengganu
Bergilir-gilir ke Sarawak
Hasrat PKR 'angan-angan Mat Jenin'
Pulau Pinang tidak cadang ganti TKM1
Menteri India letak jawatan
Kafe Leopold's sasaran serangan dibuka semula
Pelakon Britain ditahan disyaki militan
Penumpang cari jalan lain
Pertempuran di Karachi, 13 terbunuh, 70 cedera
Jemaah Palestin dihalang ke Mesir
Iraq-Iran tukar mayat tentera
Kumpulan terakhir pengaman Malaysia pulang
Korban keganasan meningkat 500 orang
Rakyat India selar pemimpin politik
Penunjuk perasaan diarah beredar
India tingkat kawalan keselamatan
Bush pantau perkembangan di India
Lanun setuju bebas kapal kargo senjata Ukraine
Pekerja asing buang mayat ibu di sungai, ditangkap
Pakistan raih sokongan
Kuan Yew selamat dibedah
Sidang kemuncak ASEAN ditangguh Mac?
Rusia, Venezuela setuju operasi tentera bersama
Arroyo arah pindahkan rakyat Filipina
Jepun urus pemindahan pelancong
Sepanyol rancang hantar 3 pesawat
|
|  |
BENARKAH PAS BERI AMARAN PADA DAP?
Dilulus terbit pada Tuesday, July 29 @ 01:57:31 PDT oleh reformi
|
|
Oleh umnopenipu
"Berita radio jam 9 malam ini (28hb Julai 2008) mendendangkan isu PAS dan UMNO dengan suatu petikan bahawa (kononnya) PAS memberi amaran kepada DAP agar tidak mencampuri urusannya dengan UMNO. Malangnya dlam berita tersebut tidak disebutkan siapakah individu dalam PAS yang mengeluarkan amaran tersebut. Presidennye kah atau Timbalan Presiden atau Mursyidul Amnya atau seorang AJK Cawangan PAS? Sebagai orang Islam kita memang hati-hati dan waspada untuk mempercayai berita yang dibawa oleh si kafir (bukan munafik) UMNO ni.
Nampaknya sehingga ke hari ini, jelas UMNO telah berjaya memerangkap dan menggunakan PAS untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat (PR). Memang diseluruh dunia, Parti Islamlah yang paling senang dianiayai dan tidak keterlaluan jika saya menggunakan istilah 'diperdayakan' oleh parti sekular. Yang mutakhir ialah di Palestin di mana HAMAS diperdayakan oleh FATAH. Begitu juga di Mesir di mana Ikhwanul Muslimin di perdayakan oleh Gamal Abdul Naseer.
Sifat pemimpin gerakan Islam yang naif, berbaik sangka, tawadhuk, tasammuh dan mesra pelanggan memang mudah dieksploitasi oleh musuh. Bukan sahaja pemimpin malah ahli-ahli PAS juga bersifat demikian. Dalam jamaah Islam termasuk PAS, memang ada segelintir dari kalangan ahli yang cuba mempamerkan sifat 'low profile' dan beralah dengan musuh kononnya sebagai taktik atau pendekatan untuk mendekati dan melembutkan hati musuh atau 'mad'u'.
Golongan ini memang 'gullible'. Kami kerap menyatakan bahawa dalam PAS kalau ada individu yang pandai bercakap sedikit, atau selebriti, maka pantaslah ia menjadi pemimpin. Kalau Siti Norhaliza atau Mawi masuk PAS, kami yakin, dalam masa setahun, mereka akan jadi pemimpin dalam PAS. Ini terbukti dengan senario di Kelantan dan di negeri-negeri lain bilamana ada pemimpin UMNO yang masuk PAS, lalu mereka dilantik sebagai senator dan ADUN atau MP. Mereka yang veteran dalam PAS dipencilkan seolah-olah veteran ini tidak layak untuk jadi senator atau ADUN atau MP.
Terdapat juga golongan yang tegas dan tidak mahu berkompromi dengan musuh dan mengambil sikap musuh tidak boleh dipercayai. Tetapi golongan yang kedua ini selalunya dipencil dan diperapkan dalam balang kerana lazimnya mereka dianggap sebagai tidak berilmu dan ekstrim.
Inilah senario sekarang iaitu golongan pertama yang naif tadi memang mudah terperangkap dengan tipu daya musuh walaupun mereka terdiri dari bijak pandai agama. UMNO yang memang terkenal dengan kepakaran dasar pecah dan perintah dan memperbodohkan orang melayu sejak 60 tahun dahulu, dengan memanipulasi media, telah berjaya dengan umpannya. Kita tidak menyangka ketegasan TG Haji Hadi yang sejak dari tamatnya PRU 12 dengan jelas menyatakan bahawa beliau setakat ini tidak ada masa untuk berbincang dengan UMNO rupa-rupanya ada membuat pertemua sulit dengan UMNO (mush islan no 1 di Malaysia)
Kita dapat memikirkan apa rasionalnya berjumpa dengan musuh dan pengkhianat agama bangsa dan negara bagi membincangkan persoalan perpaduan bangsa dan kesejahteran agama. Dalam keadaan gabungan PR di mana DAP yang sentiasa prejudis pada PAS, maka tidak hairanlah DAP marah dengan tindakan pemimpin PAS bertemu dengan UMNO. Mereka ada justifikasinya. Malah sebilangan besar ahli PAS dari golongan kedua tadi juga marah. Bagaimana seorang imam boleh berbincang persoalan Islam dan perpaduan bangsa dengan seekor syaitan yang mewakili tuannya seekor iblis. Mungkin ulama-ulama dalam PAS boleh menjawab persoalan ini?!!!!..."
|
| |
|
Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
|
|
|
No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
Re: BENARKAH PAS BERI AMARAN PADA DAP? (Score: 1) by slayer_ken on Tuesday, July 29 @ 02:00:44 PDT (User Info | Send a Message) | tp TV3 suku kate yang bagi amaran tu ust azizan mb kedah .....ape hal yg sebenarnye?
|
|
|
Re: BENARKAH PAS BERI AMARAN PADA DAP? (Score: 1) by ryme77 on Tuesday, July 29 @ 02:25:00 PDT (User Info | Send a Message) | Cuba kita lihat semula kenyataan akhbar yg keluarkan oleh Presiden PAS pada 13 March 2008 ( sidang akhbar turut dihadiri oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar dan Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar) : - Beliau sendiri telah menandatangani surat bagi pihak PAS kepada Sultan Selangor menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor.
- PAS hanya berunding dengan PKR dalam isu Exco Kedah dan telah memberikan tiga kerusi untuk PKR tentukan wakilnya dalam kerajaan negeri. Terserah kepada PKR untuk memilih exconya dan PAS telah menyatakan kesediaannya jika salah satunya adalah dari DAP.
- PAS tidak menolak sepenuhnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerana dasar itu ada juga kebaikannya. Bagaimanapun, PAS bersetuju dengan dasar-dasar baik yang dikemukakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan ianya telah dilaksanakan di Terengganu dan Kelantan termasuk dasar mengisytiharkan harta, tender terbuka dan sebagainya.
- Buat masa sekarang, beliau tidak ada masa dan minat untuk berunding dengan Umno sehinggalah kesemua kerajaan negeri BA selamat ditubuhkan. Selepas itu, PAS bersedia untuk berunding dengan Umno untuk kepentingan negara.
Dan berikut penjelasan oleh YB Khalid Samad :
“Kita berunding dengan Umno (dijemput oleh UMNO) supaya parti itu tidak membuat kacau kepada kerajaan negeri Selangor kerana PAS telah mengeluarkan surat menyokong (wakil PKR, Tan Sri) Abdul Khalid (Ibrahim) sebagai menteri besar,Yang pasti tidak ada langsung dalam perbincangan sesama pimpinan PAS, pergi jumpa dengan pimpinan Umno ini untuk bekerjama dengan mereka. Yang ada untuk memenuhi janji dan mendengar apa mereka nak tawarkan." "Jadi kami dengar dan kata ya ya… tetapi kami tak boleh buat keputusan, kena bawa kepada parti dahulu,”... Mengulas sebab jemputan itu dibuat oleh Umno, Khalid berkata, ia bermula dengan kerisauan Umno akibat kemenangan besar DAP di Selangor dan hubungannya dengan nasib orang Melayu.
PAS SEDIA BERUNDING DGN UMNO BEBERAPA HARI SELEPAS PRU 12 YG LALU (KHUSUSNYA DI SELANGOR) ADALAH ATAS DASAR KEPENTINGAN ORANG MELAYU DAN KEDUDUKAN AGAMA ISLAM DI MALAYSIA. PRU 12 TELAH MENYAKSIKAN KAUM BUKAN ISLAM/MELAYU MENDAPAT KUASA YG LEBIH BERBANDING PRU YG SEBELUM-SEBELUMNYA. SELEPAS BERLAKUNYA TSUNAMI POLITIK YG MENGEJUTKAN DLM PRU12 , APA2 PUN BOLEH BERLAKU PADA MASA ITU YG BOLEH MEMBERI KESAN BURUK KPD ORG2 MELAYU/ISLAM DI NEGARA INI. TINDAKAN PAS BERTEMU UMNO SELEPAS PRU MEMBUKTIKAN PAS ADALAH SEBUAH PARTI YG BERTANGGUNGJAWAB DALAM INGIN MEMBELA ORANG MELAYU DAN MENJAGA KEDUDUKAN AGAMA ISLAM DI NEGARA INI. TAPI DALAM MASA YG SAMA PAS INGIN BERSAMA SAMA DGN DAP & PKR DALAM BERJUANG MENENTANG KERAJAAN BN PIMPINAN UMNO YG KORUP. MAKA KENYATAAN YG DIKELUARKAN OLEH PRESIDEN PAS PADA MASA ITU ADALAH YG TERBAIK UTK SITUASI PADA MASA ITU.
TGHA TIDAK PERLU MEMINTA MAAF KPD SESIAPA..... IA BUKAN SATU PEMBOHONGAN.. TAPI STRATEGI POLITIK YG MENGUTAMAKAN AGAMA DAN BANGSA...
UMNO JANGAN AMBIL KESEMPATAN ISU NI UTK MELEMAHKAN PAS. KAMU TDK AKAN BERJAYA.....
|
|
|
Re: BENARKAH PAS BERI AMARAN PADA DAP? (Score: 1) by Pak-kaLAH on Tuesday, July 29 @ 05:03:37 PDT (User Info | Send a Message) | Masha'Allah! Senang ajer panggil orang kaffir! Kalau UMNO kaffir DAP apa? Muslims? Walaupun kita tak suka seseorang mesti ada cara yg berhikmah! Kalau UMNO kaffir, hampir 50% orang melayu ni kuffar..adik beradik korang pun ada yang UMNO..maka banyaklah kaffir melayu ni. Dalam hukum takfir, jika UMNO tak kaffir orang yang tuduh adalah kaffir.
UMNOpenipu kau kena bagi hujah bahawa UMNO ni kaffir, jika kau tak boleh bagi hujah mereka ni semua kaffir kau patut bertaubat dan mengucap balik.
Jangan generalise terhadap sesuatu. Bahaya!
Musuh Islam adalah golongan kaffir dan munafiq. DAP kaffir kan? Jika kau nak berbaik dengan DAP boleh..mereka kena terima cakap PAS dan bayar jizyah. Pemimpin PAS melakukan yg terbaik untuk umat islam malaysia, biarkan sahaja mereka melakukan..orang jahil seperti kita patutnya senyap dan beri sokongan. Nik Aziz dah bagi syarat untuk UMNO kenapa kita perlu perlecehkan idea dia?
Jika DAP boleh berbincang dengan MCA/Gerakan dan offer jawatan di Pulau Pinang dan PAS tak bising kenapa bila PAS baru nak berbincang dengan UMNO, DAP dah bising? Think Twice bila bagi komen murahan dan menuduh orang kaffir sesuka hati!
|
|
|
Re: BENARKAH PAS BERI AMARAN PADA DAP? (Score: 1) by puyuh on Tuesday, July 29 @ 07:34:35 PDT (User Info | Send a Message) | Sudah la umnopenipu yang jahil. Orang jahil cmtu la x reti fikir rasional, tahu nak marah jer macam kena rasuk syaitan mengalahkan UMNO mabuk berebut jawatan parti. Buang masa jer baca artikel yang tidak berdasarkan ilmu sebaliknya EMOSI SYAITAN yang hanya merosakkan minda dan perpaduan jamaah.
|
|
|
|
|