Ke Laman Tranung Kite Balik Semula Pada Paparan Utama Hantar Artikel Forum Borak Siber Jalinan Siber Fhoto Album Hubung Kami Detikdaily ...

   SALURAN BERITA ALTERNATIF ANDA     
Teladan  ·  Penulis  ·  TKOBlog  ·  KelabTKO  ·  e-Groups  ·  WebRTV  ·  Iklan  ·  TKO V8
Masuk/Login @ Daftar sebagai ahli baru

Modules
 Asas Laman
    · Home
    · Arkib Berita
    · Bahan Bersiri
    · Cetak Artikel
    · Forums
    · iklan
    · Private Messages
    · Search
    · Surveys
    · Video_Stream
    · webrtv

 Tambahan
    · Arkib 2005
    · GuestBook
    · Mega Links
    · Tempah Iklan
    · Peta Laman

 Peranan Anda
    · Hantar Aktiviti
    · Tambah Download
    · Tambah Links
    · Beritahu Kawan
    · Komen/Cadangan
    · Kaji Selidik
    · Catat GuestBook

 Ahli Berdaftar
    · Hantar Artikel
    · Akaun Anda
    · Mesej Peribadi
    · SMS Percuma

 Khidmat Kami
    · Download
    · Webs Link
    · Waktu Solat
    · Kalendar Aktiviti
    · Papar Shout Box
    · Web Video

 Radio & TV
    · TKO.fm
    · TKO.tv
    · WebTV1
    · WebTV2
    · KTV
    · WTV8
    · TVPAS
    · WebRTV

 Bantuan & Info
    · Dasar Kami
    · FAQ
    · Tips Webs

Akhbar Hari Ini
Perhatian : Sekadar baca sahaja, percaya? itu kena fikir dahulu.

Isnin, 1/12/2008

  Amaran banjir buruk di Pantai Timur
  Tanah runtuh, 2 beradik maut
  Soi Lek hiris hati Melayu
  Jangan bermain api - Pemuda UMNO
  Lucut gelaran Soi Lek, Mei Fun
  ‘Terikut-ikut rentak pembangkang’
  Tsu Koon: PULAU PINANG
  Salah menyatakan Malaysia adalah kerajaan Melayu?
  Mayat korban banjir ditemui terapung
  Pembekal dibenar simpan stok lebih
  Penduduk berang Perhilitan lepaskan 3,000 biawak
  Mayat mendiang Hema tiba dari Mumbai pagi ini
  MAS bawa balik 750 dari Bangkok
  AirAsia tambah dua lagi penerbangan ihsan ke Bangkok
  60 peratus produk kraf tangan akan dijual di Harrods
  Tiada cili merah
  Bantuan bina, baik pulih rumah naik
  Ibu rayu bantu suami, anak penyakit kronik
  Empat kakitangan perpustakaan maut
  Mayat mangsa bot karam ditemui
  Remaja mati lemas di lombong
  Pelajar UiTM pemenang terakhir Susun dan Menang
  Sembilan beranak diami rumah usang
  Sasaran sejuta ahli baru belia
  Zaid wajar dihukum -Tidak boleh dimaafkan
  Zaid wajar dihukum -Subang desak pecat
  Zaid wajar dihukum -UMNO tidak rugi apa-apa
  Zaid wajar dihukum -Tindakan akan dibincang
  Kredibiliti Anwar dipertikai
  Modal baru permainan politik PKR
  PPP ugut keluar BN jika tidak pinda ISA
  UMNO KT bincang calon minggu depan
  PKR minat Kuala Terengganu
  Bergilir-gilir ke Sarawak
  Hasrat PKR 'angan-angan Mat Jenin'
  Pulau Pinang tidak cadang ganti TKM1
  Menteri India letak jawatan
  Kafe Leopold's sasaran serangan dibuka semula
  Pelakon Britain ditahan disyaki militan
  Penumpang cari jalan lain
  Pertempuran di Karachi, 13 terbunuh, 70 cedera
  Jemaah Palestin dihalang ke Mesir
  Iraq-Iran tukar mayat tentera
  Kumpulan terakhir pengaman Malaysia pulang
  Korban keganasan meningkat 500 orang
  Rakyat India selar pemimpin politik
  Penunjuk perasaan diarah beredar
  India tingkat kawalan keselamatan
  Bush pantau perkembangan di India
  Lanun setuju bebas kapal kargo senjata Ukraine
  Pekerja asing buang mayat ibu di sungai, ditangkap
  Pakistan raih sokongan
  Kuan Yew selamat dibedah
  Sidang kemuncak ASEAN ditangguh Mac?
  Rusia, Venezuela setuju operasi tentera bersama
  Arroyo arah pindahkan rakyat Filipina
  Jepun urus pemindahan pelancong
  Sepanyol rancang hantar 3 pesawat

Ranking TKO
Rebutlah ranking ini... © 2004 Tranung Kite

Meja Online #
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: rosman11
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 21093

People Online:
Visitors: 51
Members: 0
Total: 51

@TKO..

Jiwa besar Kepimpinan Ulama PAS
Dilulus terbit pada Friday, August 15 @ 22:58:51 MYT oleh SongkokPutih

Analisis Isu Oleh ibnuqalil

" Kebelakangan ini senario politik negara digegarkan oleh  satu perkembangan yang sangat menarik. Pertemuan PAS-UMNO, dua buah parti politik terbesar Malaysia yang mana hampir sepanjang sejarah berada di dua posisi saling bertentangan. Pertemuan UMNO-PAS melahirkan satu episod yang menggemparkan, dan mencelarukan pemikiran politik banyak pihak.

Ahli-ahli PAS menjadi keliru. Bahkan sesetengah kepimpinan PAS turut menjadi kelam kabut dan mengambil tindakan-tindakan yang bercelaru. Parti-parti sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP juga kelihatan tidak mampu menggarap perkembangan luar biasa ini.

Ahli-ahli UMNO pula seperti tergamam dan tidak dapat memberi respons secara jelas. Walau bagaimanapun, kepimpinan UMNO rata-ratanya menyokong pertemuan UMNO-PAS tersebut, di atas sebab yang sedia difahami umum; menyelamatkan survival politik mereka. Sikap pimpinan UMNO ini memang sedia termaklum, kerana begitulah darah-daging, budaya UMNO. Mereka akan sanggup melakukan apa saja, asal dapat memberi laba dan menjaga kepentingan mereka.

UMNO (baca: PM) melihat PAS sebagai talian hayat yang mampu melonjakkan kembali penerimaan rakyat kepada nya jika beliau berjaya memainkan lagu dan lenggok Islam dan Ketuanan Melayu menggabungkan PAS dalam kerangka UMNO/Barisan Nasional. Jika Pak Lah berjaya menggabungkan PAS di bawah dahan (rapuhnya), beliau akan berjaya ”membunuh” banyak burung dengan hanya satu balingan batu ajaib bernama PAS. Jika angan-angan Pak Lah ini berhasil, skim peralihan kuasa kepada timbalannya tidak perlu diteruskan lagi, legasi M akan dapat dipadamkan, Anwar Ibrahim, DAP dan Pakatan Rakyat akan segera menjadi hanya satu lagi nota sejarah. Pak Lah akan muncul selaku wira yang berjaya menyatukan bangsa Melayu-Islam, mewujudkan sebuah kekuatan politik yang begitu ampuh.

 

UMNO sudah tentu sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan survival kekuasan politik mereka. Lebih-lebih lagi di saat UMNO berada di tahap populariti politik yang paling rendah di dalam sejarah mereka. Tidak hairanlah mereka sanggup menghulurkan pelbagai tawaran lumayan kepada PAS termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri, Menter-Menteri Kabinet, Menteri-Menteri Besar, Timbalan-Timbalan Menteri dan Exco-exco serta lain-lain lagi.   

 

Tawaran-tawaran ini memang sangat menggiurkan. 50 tahun PAS berjuang, melalui pelbagai mehnah dan tribulasi, pahit-maung sepak terajang politik (selalunya di sepak dan di terajang oleh tidak lain dari UMNO sendiri), inilah agaknya saat PAS berada paling hampir dengan mercu kepimpinan politik negara (jika itulah yang menjadi matlamat mereka). Bayangkan tawaran-tawaran ini diterima dalam keadaan PAS dilayan kurang mesra di dalam Pakatan Rakyat. Pemerhati-pemerhati politik amnya dapat melihat bagaimana tokoh tertentu ”menguasai” keputusan-keputusan Pakatan Rakyat, dan bagaimana kehendak dan rengetan DAP diberi perhatian, sementara kepentingan PAS dipandang sebelah mata.

 

Ahli-ahli PAS di Pulau Pinang, Perak dan Selangor pedih hati dilayan acuh tak acuh oleh rakan-rakan Pakatan Rakyat, walhal merekalah yang bertungkus lumus melakukan kerja-kerja gurka tanpa upah memenangkan calon-calon dari parti lain dalam pilihanraya yang lalu. Bayangkan bagaimana tergurisnya perasaan mereka apabila Exco DAP menganggap laungan azan sebagai gangguan di Selangor, sementara di Pulau Pinang tiada sebarang semangat setia-kawan ditunjukkan kepada PAS. Lantaran itulah, apabila Tuan Guru Dato’ Seri Presiden mengeluarkan kenyataan tegas menggesa supaya semangat Pakatan Rakyat benar-benar direalisasikan, dan ahli PAS jangan dianggap bodoh, semua ahli-ahli dan kepimpinan PAS terutamanya di negeri-negeri berkenaan memberi sokongan sepenuh-penuhnya.

 

Sebaik seusai PRU-12, UMNO terus-menerus mendekati, mengajak PAS bertemu muka. Berkali-kali wakil-wakil UMNO dari pelbagai kem datang mahu membuat perjumpaan dengan kepimpinan tinggi PAS terutamanya Tuan Guru Presiden sendiri, khususnya bagi mempertemukan beliau dengan Pak Lah. UMNO selama ini adalah ”musuh” kepada PAS. Sewaktu mereka kuat, tidak ada keburukan yang tidak mereka lakukan kepada PAS. Sekarang apabila mereka terdesak, mereka menghulurkan tangan bermuka manis mahu bersahabat dengan PAS. Mereka tawarkan apa saja.

 

Jika PAS memusuhi UMNO kerana namanya UMNO, maka inilah masanya untuk menghenyakkan lagi, menghabiskan terus segala sisa-sisa nafas UMNO yang sedang tercungap-cungap itu. Sejarah lampau UMNO kepada PAS mudah saja mengimbau kembali memainkan bayangan Memali, peristiwa Lubuk Merbau, pemenjaraan, tahanan ISA, serta pelbagai  kezaliman lagi. Mudah saja api dendam bersemarak semula, nafsu amarah menguasai akal. Nyahkan saja UMNO, sepak dan terajanglah UMNO, lagipun tangan yang dihulurkan itu tangan muslihat. Seperti anjing tersepit, jika dilepaskan, kita pula yang digigitnya nanti.

 

Tapi, adakah ini prinsip dan matlamat perjuangan PAS? Adakah perjuangan PAS bersalutkan dendam?  PAS berjuang bertunjangkan Islam, berpelembagakan Al Quran dan As Sunnah. Dalam apa-apa hal, rujukan kita adalah Al Quran dan As Sunnah; apa kata Al Quran, apa kata As Sunnah?

 

Ayat 60 dan 61 Surah Al Anfal memberi jawapan secara tuntas, tepat tidak tertakwilkan lagi;

 

”Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang,kamu menggerunkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah nescaya akan diberi balasan dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiya.”,

”Dan jika mereka cenderung kepada perdamaian, maka cenderunglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang maha mendengar lagi maha mengetahui”

 

Apakah PAS bermusuhkan UMNO kerana namanya UMNO, atau kerana dasar nya yang merosakkan itu? Apakah sikap PAS jika UMNO menghulurkan tangan mahu mencari jalan persahabatan, sanggup mengubah sikap dan dasarnya? Bagaimana pula dengan niat sebenar UMNO, adakah mereka jujur?

 

Mereka yang beriman kepada ayat Allah, dan ahli-ahli PAS yang memahami dan benar-benar menjadikan Al Quran dan As Sunnah sebagai panduannya, akan segera tunduk dengan Al Anfaal;60-62 itu. Lantaran inilah sikap dan asas PAS. PAS tidak memusuhi UMNO kerana namanya UMNO, tetapi kerana sikap dan dasarnya yang bercanggah dengan Islam. Jika sekarang atau bila-bila masapun mereka menunjukkan kecenderungan untuk berbaik, mengubah sikap, maka PAS tidak ada pilihan selain mengikut seperti apa yang digariskan Al Quran dan As Sunnah. Allah swt mengatakan dengan jelas, bahawa dalam keadaan begitu (musuh menghulurkan tangan), hendaklah kita bersikap cenderung hati dan menyambut ”gesture’ tersebut.  

 

Tapi bagaimana pula dengan niat sebenar UMNO? Adakah mereka jujur, atau mereka hanya memerangkap PAS dalam keadaan mereka terdesak? Persoalan inilah yang mengelirukan dan mengharu-birukan ramai orang.

 

Di sinilah pimpinan tertinggi PAS dengan kepimpinan ulamaknya menunjukkan kebesaran jiwa mereka. Mereka sanggup melupakan segala kedukaan dan kezaliman yang dilakukan UMNO berpuluh tahun lamanya. Berlandaskan ajaran Al Quran, mereka berlapang dada memberi ruang kepada UMNO untuk menyatakan kesediaan-kesediaan mereka. Sekurang-kurangnya untuk mendengar apakah hajat UMNO.

 

Bagaimana jika UMNO berniat buruk? Tiada manusia yang akan tahu niat di dalam hati manusia lainnya. Apa yang perlu kita lakukan ialah berwaspada, agar anjing tersepit tadi tidak menggit tangan yang melepaskannya.  Inilah sikap yang diambil oleh Saidina Ali apabila Muawiyah menjunjung Al Quran mencari damai di waktu hampir menerima kekalahan di dalam peperangan Siffin. Inilah juga sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw apabila baginda telah memurkai seorang sahabat yang membunuh tentera musuh walaupun musuh tersebut telah mengucap as syahadah. Sahabat berkenaan mengatakan bahawa beliau yakin yang tentera musuh tersebut telah menipu dan hanya mengucap syahadah bagi mengelakkan dibunuh. Rasulullah saw menjawab, Adakah kamu telah membelah hati nya? Pimpinan PAS tidak boleh membelah hati pimpinan UMNO, tetapi cukuplah dengan janji Allah seperti firmanNya dalam ayat 61 Surah Al Anfaal,

 

”Dan jika mereka bermaksud hendak menipumu maka sesungguhnya cukuplah Allah. Dia lah yang menguatkan mu dengan pertolonganNya dan dengan orang-orang yang beriman”.

 

Ini tidak bermakna PAS perlu terus memeluk dan mendakap UMNO. Sikap berhati-hati sangat perlu dititik-beratkan di dalam suasana sebegini. Di atas sikap berhati-hati inilah Tuan Guru Presiden tidak berjumpa secara langsung dengan Pak Lah. Kerana objektifnya hanya mahu mendengar apa yang hendak diluahkan oleh UMNO, maka memadailah dihantar wakil. Jelas pada perkiraan Tuan Guru bahawa tidak ada sebarang keputusan yang akan dibuat di dalam pertemuan itu, maka tidak perlu beliau sendiri menghadirinya. Sebarang keputusan besar yang melibatkan dasar hanya dilakukan di dalam Muktamar PAS, setelah melalui pelbagai peringkat termasuk Jawatankuasa Politik, JK Pas Pusat, dan Majlis Syura. Tidak ada apa yang perlu ditakutkan dalam pertemuan-pertemuan ini jika kita yakin dan jelas dengan prinsip perjuangan kita. Perjuangan berlandaskan Al Quran dan As Sunnah yang telah memberi panduan yang cukup jelas dalam hal ini.

 

Persoalan berikutnya ialah impak pertemuan PAS-UMNO kepada Pakatan Rakyat. Adakah pertemuan dengan UMNO bermakna PAS meninggalkan Pakatan Rakyat? Adakah ini bermakna PAS telah membelakangkan perjuangan menegakkan keadilan bersama Pakatan Rakyat? Adakah PAS telah mengkhianati perjuangan untuk menguburkan UMNO?

 

Berulang kali Presiden PAS mengatakan bahawa PAS tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat; PAS komited dengan perjuangan menegakkan keadilan. Tetapi, menegakkan keadilan tidak bermakna membunuh musuh. Yang hendak dibunuh ialah sifat dan dasar ketidak-adilan musuh, bukannya batang tubuh musuh itu sendiri. Prinsip inilah yang dijelaskan oleh Al Quran dan As Sunnah tetapi gagal difahami oleh ramai orang termasuk segelintir kepimpinan serta ahli PAS sendiri. Disinilah terserlahnya kehebatan pengamatan politik kepimpinan Ulamak PAS dan jiwa besar yang mereka miliki.

 

Keputusan JK PAS Pusat memberi komitmen penuh kepada Pakatan Rakyat dan di waktu yang sama meneruskan pertemuan dengan UMNO adalah satu keputusan yang tepat seperti yang digariskan Al Quran dan As Sunnah. Kita komited dengan ikatan dalam Pakatan Rakyat dan sanggup mengenepikan layanan separuh-mesra; di waktu yang sama kita masih meneruskan agenda dakwah Islamiah sebagai dasar asas perjuangan PAS. Bahkan, PAS juga dengan jelasnya tidak menghalang mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat untuk membuat pertemuan dengan mana-mana pihak, dan mereka telah pun melakukannya tanpa merujuk kepada PAS.

 

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Tuan Guru Dato Mursyidul Am, Tuan Guru Dato Seri Presiden dan saf kepimpinan ulamak yang memperlihatkan kematangan politik yang tinggi dan kejelasan prinsip yang jitu. Selebihnya, hanya mereka yang berkepentingan diri dan yang dangkal politik sahaja yang masih mahu mencari-balah dalam hal ini. Inilah hikmah dari kepimpinan Ulamak berteraskan Al Quran dan As Sunnah yang mendapat sokongan dan dokongan penuh ahlinya.

 

Pendokong Kepimpinan Ulamak

"

 
Artikel Hari Ini

Alahai Pramugari MAS, Penerbangan Haji Bertudung, Penerbangan Biasa Buang Tudun

Hello Tamil, Lu Apa Tunggu Lagi?

Antara dua nilai

E-book Detik-detik Hidupku - Imam Hassan Al Banna telah terbit!

Perang MCA-UMNO II: Ong Tee Keat vs Mukhriz

Cara segera atasi stress

Penguasaan Bahasa Inggeris: Satu Formula

Kontrak Sosial

Tok Guru Nik Abdul Aziz tiada pengganti? Masalah besar ini!

Cina masuk Islam kerana dengar nasyid Melayu ini!

[ Artikel seterusnya.. ]

Login
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.

Related Links
· More about Analisis Isu
· News by SongkokPutih


Most read story about Analisis Isu:

Apakah Yang Ini Juga Gambar Palsu?

Siapakah Rosnah Mat Aris

Sekeping gambar seribu makna

Tudung: Salima perlu ditegur!

Teori Anwar Jadi PM Beberapa Bulan Lagi..

Article Rating
Average Score: 5
Votes: 1


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Options

 Printer Friendly Cetak Artikel

 Send to a Friend E-Mel kpd Kawan


"Jiwa besar Kepimpinan Ulama PAS" | Login/Create an Account | 11 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: Jiwa besar Kepimpinan Ulama PAS (Score: 1)
by herbos on Friday, August 15 @ 23:17:51 MYT
(User Info | Send a Message) http://id.wikipedia.org/wiki/Haji_Abdul_Malik_Karim_Amrullah
Alhamdulillah. harap mereka yang masih tak faham dgn isu PAS-UMNO boleh cuba baca dan fahamkan artikel ni. Kalau taknak faham juga, mungkin kena fikir betulkah anda penyokong perjuangan Islam, atau sekadar ikut2 saja...

Saya bersetuju dgn pendapat saudara. PAS boleh ber'sembang' dengan siapa saja.

Mari kukuhkan PAS dan kepimpinan ulama.

Terima kasih pada penulis.




Re: Jiwa besar Kepimpinan Ulama PAS (Score: 1)
by asun5 on Friday, August 15 @ 23:19:27 MYT
(User Info | Send a Message)
Allahu Akbar........!Allahu Akbar........!Allahu Akbar........!

"Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Tuan Guru Dato Mursyidul Am, Tuan Guru Dato Seri Presiden dan saf kepimpinan ulamak yang memperlihatkan kematangan politik yang tinggi dan kejelasan prinsip yang jitu. Selebihnya, hanya mereka yang berkepentingan diri dan yang dangkal politik sahaja yang masih mahu mencari-balah dalam hal ini. Inilah hikmah dari kepimpinan Ulamak berteraskan Al Quran dan As Sunnah yang mendapat sokongan dan dokongan penuh ahlinya."

semoga semua ahli faham perjuangan PAs sebenarnya

 





Re: Jiwa besar Kepimpinan Ulama PAS (Score: 1)
by adhuhai on Friday, August 15 @ 23:43:41 MYT
(User Info | Send a Message)
ALHAMDULILLAH...

ALLAHU AKHBAR!!!

ALLAHU AKHBAR!!!

ALLAHU AKHBAR!!!



Re: Jiwa besar Kepimpinan Ulama PAS (Score: 1)
by AdukaTaruna3 on Saturday, August 16 @ 00:03:16 MYT
(User Info | Send a Message)
kipimpinan ulama Hadi Awang satu hipokrit.

Menyerahkan Pesuruhjaya Terengganu kepada bukan ulama. Asal Melayu mudah ditipu.

http://adukataruna.blogspot.com/2008/08/bukti-hipokritnya-ulama-hadi-awang-dan.html [adukataruna.blogspot.com]

Siapa yg mampu menyangkal bukti ini sebelum dipadam TKO?



Re: Jiwa besar Kepimpinan Ulama PAS (Score: 1)
by NISA1694 on Saturday, August 16 @ 00:03:17 MYT
(User Info | Send a Message)
Inilah penjelasan yang sangat sangat saya harapakan terima kaseh banyak

Alaahu akhbar !!!!! kita mahu islam yang menang saya akan tetap dibelakang kepimpinan Ulamak PAS



Re: Jiwa besar Kepimpinan Ulama PAS (Score: 1)
by sheila on Saturday, August 16 @ 01:58:51 MYT
(User Info | Send a Message)
Sabda Rasullullah-SAHABAT YANG TIDAK MENASIHATI SAHABAT ATAS KESALAHANNYA,SEBENARNYA...IA MENIPU SAHABATNYA...



Re: Jiwa besar Kepimpinan Ulama PAS (Score: 1)
by sheila on Saturday, August 16 @ 01:58:54 MYT
(User Info | Send a Message)
Sabda Rasullullah-SAHABAT YANG TIDAK MENASIHATI SAHABAT ATAS KESALAHANNYA,SEBENARNYA...IA MENIPU SAHABATNYA...



Re: Jiwa besar Kepimpinan Ulama PAS (Score: 1)
by Bantai on Saturday, August 16 @ 07:36:22 MYT
(User Info | Send a Message)
ahli PAS dan penyokong di semua negeri yg MENANG atau KALAU

semua buat kerja IKHLAS... tak tuntut apa2 pun kalau MENANG



yg PENTING........ jangan abai ISLAM


               
Letupan Bom

Sila Klik
28 Dis - Benazir Bhutto (21 Jun 1953 - 27 Disember 2007) telah terbunuh dalam serangan berani mati dalam satu rali perarakan parti..
Rintihan..

Sila Klik
30 Dis - Solat hajat diperkarangan kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu...
Punk Hadhari..

Sila Klik
1 Jan - Pakaian dan stail diorang kat bawah ni jenis apa? Punk ke, Gothik ke, Skinhead ke? Susah beb gua nak menjawab... Inilah Terengganu Bestari!
Kerajaan tetap zalim...

Sila Klik
26 Sept - Hari ini bermula jam 12 tgh, rakyat berkumpul di Masjid Jamek, KL utk menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan kerajaan Malaysia menggunakan ISA..

* Klip pada pada paparan gambar untuk melihat lebih banyak lagi gambar menarik...


REFORMASI
Tranung Kite
Laman [email protected]
Detikdaily
Buletin Online
klpost.com
Jiwo Kelete
Bukit Besi OnLine
Pemuda Wilayah
Jasin Daily
Pemuda BukitKatil
Kedahlenie..!!
no2 umn0
Utara Online
Siasahdaily
PORTAL
Kampus Negara
Pemuda Seremban
Mahasiswa Kini
ar-Romli
DarulBayan
I Luv Islam
Terjah
Statesman
Buletin Purnama
Sabah Kita
Politic Today
Rakan Usrah
Kelate Kito
Tranung Lening
ANALISIS ISU/BERITA
Tarmizi Mohd Jam
Kopitiam Bang Nan
Pink Turtle
Ahli Parlimen PAS
A.M.K.NS.
Perisik Rakyat
Rozmal Malakan
Republik kata
Go Malaysia
BLOGGER
Roslan SMS Corner
Amin Iskandar @ Black
...penarik beca
A L- H U S S E Y N
Amdang 81
Ketua Perusuh
Tun Telanai
Faisal Tehrani
Ibnu Hasyim
Merah Tinta
Ibrahim Baba
Fudzail
Cucu Mat Kilau
Anak Bapa
Cikgu Nuriís Online
Drs Idham Lim
Attakiri
Abu Ayysah
Suhaimi Taib
Redhuan D. Oon
Jed Yoong
Aktivis Nora
Dr. Hj. Hamirdin
Malaysia Waves
Sofi Wahab
Telahan Politik
Aduka Taruna
Blues Whereha
Nik Abdul Nik Aziz
Suhaizan Kayat
jahilGoBlog
Edyesdotcom
Bulan Penuh 2012
Lagenda Buta
Orang Klawang
Tok Pijat
Zahid Yusof
Taranama
Boneka, Penyu & SPR
Dr. Lo\' Lo\'
Jamaludin Md Isa
Helang Jagat
Meli Kapak Jangak
Hishamuddin Rais
Che Kamala
Rusli Islam
Ahmad Fadhil
Eddie Putra
Amirulreza
Rosli Salem
Tempe Goreng
Sokong PR
Janggut
Wan Nordin Yaacob
LAWAN ARUS
Tun Dr Mahathir
UMNO-Reform
Kadir Jasin
Sang Kelembai
Arah Kita
Rockys Bru
Screenshots
Mahaguru58
Kuda Kepang
Kickdefella
Jawatankuasa Ad-Hoc
Kuda Ranggi
Putera Maya
TAK AKTIF
Kelantankini
Ukhwah.com
Seberan
Adnan Ibrahim Al-Binjari
Media Islam
Ekonomi Islam
Akan dikeluarkan...
AKHBAR
Harakah Daily
Suara KeAdilan
Malaysiakini.com
Agenda Daily
Malaysia Today
Bernama
Utusan Melaysia
Berita Harian
Harian Metro
Berita RTM
The Star
The Star Melayu
Malaysia Insider
Sinar Harian
Kosmo
Siasah
Wasilah Online
Newskini
WEBBLOG POLITIK
Apa Ada Pada Nama
Mai Bincang-bincang
Pemuda Insaf
Al Banjari
Kamarudin Sidek
Desa Kerayong
Peghelih La...
Lord Azaab
Ilham Najmi
nakmarah...marahlah!
Barisan Untuk Rakyat
ASAM lambunau
Hashim Habeed
Ilmuan
Cenangau
Minta 5 Minit
Tawan Pekan
Tak Gedebe
Penawar Rindu
Beras Terpilih
Kuda Trojan
Seri Iskandar
Warta Nasional
Kembara Salik
PakNgah 70
Jendela Hikmah
Pemuda PAS Sura
Hasbullah Pit
syifa arjuna
..harapan tidak buta
In Deep tots
Forum Maya Intelek Muda
Selangor Today
Wartawan Rasmi LR
Hikayat Putera Batu
Alahai-Apa-Ni
Lot 250
Pengembara Jalanan
Anak Bapak
An Nasru
Harapan Baru
Ustaz Muktar
Mejoh
Silembiks
Talkjanz.com
Anak Kecil Main Api
FadhilNor & Rakan
Dr Speaker
WEBBLOG CP
Bukan Kerana Nama
Mohd Nasir
Tau Takpe
Kerabu Bersuara
Harapan Malaysia
Berfikir Dengan Waras
Barisan Rakyat
Demi Membela Islam
Skuad Batu Caves
WEBBLOG UMUM
Fikir2 Renung2
Jiwa Kita Merdeka
Ikan Pekasam..
Hembusan
Rampai Seri
Kereta Mayat
Syakur Ibrahim
Zulzaidi
Bangkit Dgn Sebuah Cita
SetiapKejadiahBerhikmah
Fi Thorikillah
Harisfadila.com
Unpublished Notes
Kami Perihatin
HalimIslam
Maliki Xp Blog
Sosialis Kanan
Ikatan Ilmu
Runtuh Kebatilan
Peduli Rakyat
Malaysia Tanah Air Ku
bawean termenung
Topeng Sakti
Ibnu Mustafa
WEBBLOG B.I.
My Game
Juctice4all Kuantan
Pakatan Rakyat
729 NO ISA
Kata Tak Nak
Angin Perubahan
KakiBlog
Harism Ibrahim
Barking Magpie
FORUM @ e-GROUPS
Forum Gerak Reformasi
Guru Reformasi Online
Forum UMNO-Reform
Halaqah.Net
Shoutus Syabab
E-Minda Kita
IZ Forum Cak
Forum Al-Tawbah
PARTI POLITIK
Parti Islam Se-Malaysia
Pemuda Pas Pusat
Dewan Muslimat Pusat
Dewan Ulamak Pusat
Pas Kelantan
Pas Kedah
PAS Negeri Sembilan
Pas Penang
PAS Melaka
DPP Kelantan
DPP Johor
DPP N9
PAS Bukit Bendera
PAS Johor Bahru
Pas Jelebu
PAS Bangi
Pas Subang
Pas Batu
PAS Bakri
PAS Parit Buntar
DPP Padang Serai
DPP Pasir Gudang
DPP Wangsa Maju
DPP Kuala Trg
DPP Sik
DPP Demit
DPP Kemaman
DPP Pengkalan Chepa
DPP Rompin
DPP Putrajaya
DPP Lumut
DPP Padang Besar
DPP Jerantut
DPP Muadzam Shah
DPP Besut
DPP Jempol
DPP Maran
MTD Guchil
MTD Peramu Jaya
MTD Tg Lumpur
MTD Pulau Tawar
MTPD Sura
Dar At-Tarbiyyah
CP Bandar Bukit Mahkota
Pemuda PAS Rasa
Pemuda PAS Jln Yadi
Lajnah Pekerja
KeAdilan Rakyat
Angkatan Muda KeAdilan
Keadilan Johor
AMK P. Pinang
KeAdilan Sri Gading
Keadilan Batu
AMK Batu
DAP
PERTUBUHAN/NGO
P.U.M.
Aliran
Suaram
Fomca
Muslim Consumer
Darul Izzah
Halal Jakim
Amal Malaysia
Jabatan Amal
PASTI Kelantan
Tunas Islam
Nisa W. Persekutuan
Nisa Negeri Sembilan
Nisa Pekan
BERSIH
Bersih N9
GERAK
Pemuda Bersamamu
Skuad Waja Terengganu
MAMPAT
GAMIS
Khidmat Meru
PIMPINAN
PIMPINAN PAS
Nasharudin Mat Isa
Husam Musa
Mustafa Ali
Mohamad Sabu
Dr. Mohd Hatta
Haji Mahfuz
Mahfuz Omar II
Khalid samad
Dr. Syed Azman
Ust. Ahmad Awang
Dr. Lo Lo
Iskandar Abdul Samad
Drs. Khalil Idham Lim
Ustaz Nasir Zakaria
Dr. Halimah Ali
Subky Latif
Herman Samsudeen
Adly Zahari
Azizi Abdullah
Aiman Athirah Al Jundi
PIMPINAN PKR
Anwar Ibrahim
Azmin Ali
Tian Chua
Zulkifli Noordin
CheguBard
YB Fuziah Salleh
YB Mohammad Fairus
PIMPINAN DAP
Lim Kit Siang
KM - Lim Guang Eng
MP @ ADUN
N17 Gombak Setia
P99 Ampang
N19 Bukit Antarabangsa
Hulu Langat
N18 Bukit Payung
MP Kapar
Adun Titi Serong
Adun Chempaka

Semua YB Pakatan...
WEBSITE/LINK BARU..
Malayadaily
Al Brangi
Beras Melaka
PAS Caw. Shah Alam 2
Perak Bersatu
AMK Serdang
Betul Ka?
Abu Bahsyir Al Muqry
Pahang daily
Gaya Peneroka
Ustaz Amin
DPP Pertaling Jaya Sel
Jabatan Amal 2
Pemuda Pengkalan Chepa
Pancak Bicara
Lanh14
Rencana Rakyat
Cili Merah
Hati Sufi
Tukul Besi
Bumi Perak
Anak Reformasi
al-Futhuhat
Sabahdaily
AUDIO & VIDEO
WebRTV PAS
Terengganu Kini
WTV8 Altenatif
TV PAS
TVceramah
MyKuliah.Com
Grapes Nasyid
Siput Online
Pesan Untuk Umat
Amal Makrof
Hoh..?
Keadilan TV
TKOdaily
Kelab Greenboc
WorldTV
TV Utara
Kuliah Mazhab Akidah
Debat parlimen
Video Politik
Media Rakyat
Kuliah.net
Thinking Of Life
Malayaku
You Ceramah
TV Pakatan Rakyat
BICARA AGAMA
Ust Nasrudin
Zaharuddin.Net
Ustaz Muda
Ilmu & Ulama
Mesra Rakyat
The Rise Of Islam
Al-Bakistani
Al-Ahkam
SaifulIslam.Com
Harun Yahya
Jarum Emas
Tasek Pauh
Shamatun
Surau 2Faber
Sapaan Makrifat
Selak
Anda Tanya Saya Jawab
Isu Semasa Islam
Warisan Nabawi
Sampaikan Satu Ayat
Darul Mujahidin
Dr. Mohd Asri
Kebenaran Dari Allah
Ummah Online
Santapan Minda Pejuang
Ustaz Azhar Idrus
Akidah Alul Haq
Raja Ahmad Mukhlis
LUAR NEGARA
Republika Online
Kompas Cyber Media
Al Jazeera (English)
Al-Sofwah.or.id
Khalifah.com
Kavkazcenter.com
Al Manhaj
Majalah Ummi
Pattani Darulsalam
DUNIA ISLAM
Satu Umat
Al Muslimin
Suara Anak Muda
UMUM/LAIN-LAIN
Zulkiply Harun
Quran Online
Quran Flash
Laman PendidikanMY
Portal Pendidikan
Laman Emjay
Lowyat Net
Health Tips
Aiman Ku
Pondok AnNur
Nusa Mahsuri
Grafik Photoshop
Pondok
Karyawan Perak
Karya Cipta
DuniaICT
Pasir Puteh
Al-ahnaf Khat
Dunia Rossem
JARINGAN
Jaringan A Athoullah
My Jalinan
Sabilillah
Skoodeng
Calon & Blognya
Link Pas Sana-sini
Sopo Sentral
Shidinar Net
Mega link (link-link yang lain)
* Link laman yang dipaparkan adalah yang aktif sahaja.
Laman tidak dikemas kini lebih daripada sebulan akan dikeluarkan secara automatik..
[Untuk yang lain-lain sila klik Mega Link atau Link Pilihan pada atas Homepage ini]

 
PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKD

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN)

Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan.
(Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)


©1422 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
E-mel :
[email protected] atau Webmaster : [email protected]

Lot 3672, Bangunan PAS Kawasan Dungun,
Kg. Pak Sabah, 23000 Dungun, Terengganu.
Tel/Faks : 09-848 5001

All logos and trademarks in this site are property of their respective owner.
The comments are property of their posters, all the rest © 2005 by me.
You can syndicate our news using the file backend.php or ultramode.txt
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi.