 |
Masuk/Login @ Daftar sebagai ahli baru
Perhatian : Sekadar baca sahaja, percaya? itu kena fikir dahulu.
Isnin, 1/12/2008
Amaran banjir buruk di Pantai Timur
Tanah runtuh, 2 beradik maut
Soi Lek hiris hati Melayu
Jangan bermain api - Pemuda UMNO
Lucut gelaran Soi Lek, Mei Fun
‘Terikut-ikut rentak pembangkang’
Tsu Koon: PULAU PINANG
Salah menyatakan Malaysia adalah kerajaan Melayu?
Mayat korban banjir ditemui terapung
Pembekal dibenar simpan stok lebih
Penduduk berang Perhilitan lepaskan 3,000 biawak
Mayat mendiang Hema tiba dari Mumbai pagi ini
MAS bawa balik 750 dari Bangkok
AirAsia tambah dua lagi penerbangan ihsan ke Bangkok
60 peratus produk kraf tangan akan dijual di Harrods
Tiada cili merah
Bantuan bina, baik pulih rumah naik
Ibu rayu bantu suami, anak penyakit kronik
Empat kakitangan perpustakaan maut
Mayat mangsa bot karam ditemui
Remaja mati lemas di lombong
Pelajar UiTM pemenang terakhir Susun dan Menang
Sembilan beranak diami rumah usang
Sasaran sejuta ahli baru belia
Zaid wajar dihukum -Tidak boleh dimaafkan
Zaid wajar dihukum -Subang desak pecat
Zaid wajar dihukum -UMNO tidak rugi apa-apa
Zaid wajar dihukum -Tindakan akan dibincang
Kredibiliti Anwar dipertikai
Modal baru permainan politik PKR
PPP ugut keluar BN jika tidak pinda ISA
UMNO KT bincang calon minggu depan
PKR minat Kuala Terengganu
Bergilir-gilir ke Sarawak
Hasrat PKR 'angan-angan Mat Jenin'
Pulau Pinang tidak cadang ganti TKM1
Menteri India letak jawatan
Kafe Leopold's sasaran serangan dibuka semula
Pelakon Britain ditahan disyaki militan
Penumpang cari jalan lain
Pertempuran di Karachi, 13 terbunuh, 70 cedera
Jemaah Palestin dihalang ke Mesir
Iraq-Iran tukar mayat tentera
Kumpulan terakhir pengaman Malaysia pulang
Korban keganasan meningkat 500 orang
Rakyat India selar pemimpin politik
Penunjuk perasaan diarah beredar
India tingkat kawalan keselamatan
Bush pantau perkembangan di India
Lanun setuju bebas kapal kargo senjata Ukraine
Pekerja asing buang mayat ibu di sungai, ditangkap
Pakistan raih sokongan
Kuan Yew selamat dibedah
Sidang kemuncak ASEAN ditangguh Mac?
Rusia, Venezuela setuju operasi tentera bersama
Arroyo arah pindahkan rakyat Filipina
Jepun urus pemindahan pelancong
Sepanyol rancang hantar 3 pesawat
|
|  |
PAS, Jangan Memetik Buah Yang Belum Masak
Dilulus terbit pada Friday, August 29 @ 11:21:32 PDT oleh SongkokPutih
|
|
Oleh abuhikam
"Kalau lah benar cerita burung, mengatakan pimpinan PAS mengugut akan bertindak keluar dari pakatan rakyat, seandainya kerajaan baru yang sedang digerakkan ini tidak menjadikan Islam sebagai dasar negara, maka sangatlah naif pertimbangan politik gerakan Islam ini.
Malah tragedi politik persis inilah yang menggagalkan pembentukan negara Islam di Indonesia oleh Masyumi, di Pakistan oleh Jamaat Islami, di Jordan dan Mesir oleh Ikhwan.
PAS harus bijaksana memilih dua keadaan dalam memenangi dakwah. Sama ada memilih kemenangan dan menjadi kerajaan baru yang belum jelas formatnya atau memilih kekalahan dan menjadi pembangkang berterusan sampai bila-bila.
Bertahun-tahun PAS menjulang panji Islam tanpa toleran dalam gelanggang demokrasi untuk mencapai kuasa bagi membolehkan perlaksanaan syariah. Namun bertahun-tahun PAS gagal meraih walau secuit kuasa dalam politik negara.
Dakwah PAS tetap gagal meraih kepercayaan ummah melayu Islam, apatah lagi kepercayaan dan keyakinan bukan Islam tentang kemampuan PAS dan pemerintahan Islam di bawah kepimpinan PAS.
PAS kalah teruk, malah hilang dalam peta politik di negeri-negeri ramai bilangan bukan Islam. Apatah lagi di Sabah dan Serawak. ( ingat, untuk menjadi penguasa, PAS mesti mendapat dokongan bukan Islam Semenanjung, Sabah dan Serawak )
Itulah hakikat setiap kali pilihan raya. Jangan salahkan sistem yang tidak betul atau padang yang senget sebelah, kerana itu adalah sebahagian dari strategi musuh yang perlu dihadapi dengan gagah berani.
PRU ke 12, hasil dari pakatan rakyat bersama Keadilan dan DAP, PAS meraih kejayaan yang sangat besar. PAS mula didokong oleh sebahagian pengundi bukan Islam.
Apakah benar mereka yang bukan Islam ini telah memahami dan menerima ideologi politik Islam PAS atau hanya sebagai imbalan kerana pengundi PAS memberi kemenangan kepada DAP?. Atau kerana mereka mempercayai Keadilan menjadi buffer zone antara mereka dengan PAS.
Atau PAS telah membaca bahawa mereka yang bukan Islam telah memberi wala' kepada gerakan Islam ini, untuk meneraju pemerintahan negara?. Lalu PAS menjadi besar kepala?
Menuntut sesuatu atau mengugut kerajaan pakatan rakyat di peringkat persekutuan yang entah bila munculnya dan mengugut kerajaan pakatan rakyat di peringkat negeri yang masih bayi dan masih lemah untuk berdiri tegak, sangat mengecewakan.
Sedangkan musuh sedang mengintai, mendesak dan mengatur mencari peluang untuk membinasakan mangsa yang lemah dan berpotensi untuk ditumbangkan.
Mereka menjadi lupa bahawa PAS masih kerdil di Perak dan Selangor, tapi PAS menjadi sebahagian dari kerajaan negeri.
Mereka juga lupa bahawa PAS punya peluang di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Mereka lebih-lebih lagi lupa, bahawa banyak perkara reformasi bisa dilakukan seandainya kerajaan pakatan rakyat peringkat persekutuan dapat dibentuk. Reformasi secara total dalam perundangan, kepolisian, pengurusan negara, media, kebudayaan, pendidikan dan sebagainya dapat dilakukan.
Semua ini akan menjadi lahan yang subur buat perkembangan Islam yang telah lama tertindas dan terhalang oleh sistem yang sedia ada di bawah pemerintahan BN.
Mungkin tidak semua perkara bisa dicapai, tapi terlalu cukup dan memadai untuk sementara berada pada tahap ini. Tunggulah sampai buahnya masak ranum dan boleh dimakan, barulah kita petik bersama. Marilah kita sama-sama menjaga bunga yang sedang berputik dan akan menjadi buah yang kita impikan.
Jangan sampai kita memetik buah yang belum masak.
Bersyukur, kita masih mempunyai pimpinan seperti Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang melihat jauh kedepan, juga pernah menyebut perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau.
Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan! ( pesan Tuan Guru ) "
|
| |
|
Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
|
|
|
No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
Re: PAS, Jangan Memetik Buah Yang Belum Masak (Score: 1) by ramlisdar on Friday, August 29 @ 11:30:37 PDT (User Info | Send a Message) | Moga TGNA dapat terus menunjokan jalan, yang sekaran ibarat maseh kabor. Dengan ada yang maseh ramai ingin kembali pada manifesto PRU11, secara sedar atau tidak
Ramai yang bangga yang ramai nya non malay dan non muslims yang memenagkah PAS. Dan mereka yakin non malay dan non muslim ini sekarang telah yakin dengan perjuangan PAS. Mereka juga telah faham akan teras perjuangan PAS. BETUL kah?
|
|
|
Re: PAS, Jangan Memetik Buah Yang Belum Masak (Score: 1) by mambangtanah73 on Friday, August 29 @ 11:31:43 PDT (User Info | Send a Message) | JANGAN SESEKALI TERMAKAN PUJUK RAYU IBLIS UMNO BN TU LAGI CUKUPLAH SEKALI....KITA KEDEPAN BERSAMA PR BUKAN NYE KEBELAKANG BERSAMA SETAN2 UMNO BN LAGI.... |
|
|
Re: PAS, Jangan Memetik Buah Yang Belum Masak (Score: 1) by pendekarmustar on Friday, August 29 @ 12:29:27 PDT (User Info | Send a Message) | aku heran lah... apesal asyik PAS je yg kena tegur... itu DAP boleh pulak cakap besar kepala! baru2 ni dlm muktamar DAP... bebas je dia nak bagi amaran jgn tegakkn negara Islam... takdak org berani tegur ka??? pas tu pandai2 pulak DAP ni keuarkan 5 prinsip PR yg dikatakan telah disepakati oleh pemimpin2 PR -antaranya utk menjadikan m'sia negara sekular....
SIAPA YG BESAR KEPALA?? PAS ATAU DAP?? |
|
|
Re: PAS, Jangan Memetik Buah Yang Belum Masak (Score: 1) by latiffharon on Friday, August 29 @ 14:02:04 PDT (User Info | Send a Message) | | Pas seharusnya memperkenalkan atau mempromosikan programnya berdikit dikit. Bagi kita orang Islam tiada masalah. Kita bolih, malah mesti terima cara Islam ni. Tapi bagi yg bukan Islam tentulah kena ada caranya. Jadi cara tu kena dipromosikan hingga mereka yakin. Negara dah berbilang kaum dan agama bukan baru. Belum perang Jepun pun mereka dah ada di Negara ni. Usahlah kita guna ugutan untuk memporakperandakan PR. Bukan semua ahli Pas setuju cara ugutan ni. Setakat ini mungkin kita telah mampu untuk memberikan sedikit keadilan menerusi negeri negeri PR. Itu pun sudah baik. Namun itu bukan noktah. Jadi bayangkan kalau sekiranya orang Cina,India berpaling tadah kepada BN. Maka alamat berkuburlah. Wal hasil balik asal. Maaf....selamat Menyambut Ramadan Almubarak. |
|
|
Re: PAS, Jangan Memetik Buah Yang Belum Masak (Score: 1) by IbnuQalil on Friday, August 29 @ 16:36:49 PDT (User Info | Send a Message) | Salam.
Sudahlah abuhikam, kalu tak ada ilmu, tak yah bagi pandangan dalam soal dasar. Serahkan pada mereka yang ahlinya. Kalu anda ahli jemaah Pas, yakinlah dan taatlah dengan pendirian dan keputusan pimpinan. Ingat, organ paling tinggi dalam Pas ialah Majlis Syura.
Dok sahlah nak kutuk2 pimpinan atau keputusan mereka. Tak habis-habis nak jadi batu api. Maaflah kalu teguran ana kasar tapi itulah yang ana nak sampaikan. Wallahua'lam.
|
|
|
Re: PAS, Jangan Memetik Buah Yang Belum Masak (Score: 1) by phalal on Friday, August 29 @ 19:22:04 PDT (User Info | Send a Message) | Assalamualaikum,saudara abuhaikam, saudara ni dari parti mana? saudara ni ngaji kat mana? umue berapa,lama kelagi nak hidup. apa kerja yang saudara dah buat. selalu nya orang yang bercakap ni jarang buat kerja. bila nampak menang baru datang. saya ingat saudara ni ada kepentingan baru merintah negeri dah berebut jawatan
|
|
|
Re: PAS, Jangan Memetik Buah Yang Belum Masak (Score: 1) by PonDok on Friday, August 29 @ 21:34:22 PDT (User Info | Send a Message) | Penulis artikel jenis ini nampaknya tidak yakin dengan PAS. PAS bukannya Al-Qaeda, Taliban, Hamas atau Fatah. Jika PAS bertindak sedemikian barulah wajar ia ditentang. Toleransi dan pemberian hak ada hadnya. Kenapa selalu sahaja Islam yang disuruh bertoleransi. Apakah Islam itu agama yang tiada toleransi. Wahai penyokong PKR yang beragama Islam. Sedarlah diri anda itu siapa. Janganlah merasuahkan agama dan bangsa demi mencapai cita-cita. Matlamat tidak menghalalkan cara. Kes PKR ini, samalah dengan UMNO. Kalau UMNO amalkan Islam yang syumul sejak dari dulu lagi memang senang. Tiada perpecahan. Tiada permusuhan. Dan PAS jangan ingat anda itu mulia sangat. Mana agenda ekonomi anda? Berpijaklah di bumi yang nyata. Kita umat Islam juga perlu bersaing di arena antarabangsa. Bukan hanya menjual goreng pisang dan nasi lemak di kaki lima. Jangan kita ini hanya terkebil-kebil melihat orang lain mengaut harta dunia. Dan kita hanya pandai bersungut. Sedarlah diri wahai umat Islam yang anda itu hanya melukut di tepi gantang di tanah air sendiri. Jangan hanya pandai menyalahkan orang lain. Buktikan! |
|
|
Re: PAS, Jangan Memetik Buah Yang Belum Masak (Score: 1) by asun5 on Friday, August 29 @ 22:00:31 PDT (User Info | Send a Message) | Assalamualaikum, abuhaikam, saudara ni dari parti mana?belajar kat mana?Jurusan ape?keje ape? keturunan ape..dayak @ Iban? atau PATI selalu nya orang yang bercakap ni , tak faham uslub perjuangan, sejarah islam tak reti bahasa,bila nampak nak menang baru bersuara meracau2. saya ingat saudara ni ada kepentingan gila jawatan
|
|
|
Re: PAS, Jangan Memetik Buah Yang Belum Masak (Score: 1) by STONEFACES on Friday, August 29 @ 22:35:05 PDT (User Info | Send a Message) | | Wahai sedara abu hikam..DAP pun ada pendiriannya yang jelas tidak akan membenarkan negara malaysia menjadi negara Islam..Tgk statement2 yg dikeluarkan oleh KARPAL SINGH, LIM KIT SIANG dll tu semua kenyataan maut so apa salah nya PAS memberi peringatan kpd mrk pasal pendirian & dasar parti ini..agak2 la klu gila nak tumbangkan BN pun takkan nak KORBANKAN ISLAM kot...pasal keluar dr PR tu bknnya keputusan muktamad lg..itu cuma WARNING ler bro... |
|
|
Re: PAS, Jangan Memetik Buah Yang Belum Masak (Score: 1) by mawaddahfinance on Saturday, August 30 @ 00:05:15 PDT (User Info | Send a Message) | masak atau tidak..toleransi ada batasnya..kalau memang tak sesuai tak perlu tunggu masak!
|
|
|
|
|