Ke Laman Tranung Kite Balik Semula Pada Paparan Utama Hantar Artikel Forum Borak Siber Jalinan Siber Fhoto Album Hubung Kami Detikdaily ...

   SALURAN BERITA ALTERNATIF ANDA     
Teladan  ·  Penulis  ·  TKOBlog  ·  KelabTKO  ·  e-Groups  ·  WebRTV  ·  Iklan  ·  TKO V8
Masuk/Login @ Daftar sebagai ahli baru

Modules
 Asas Laman
    · Home
    · Arkib Berita
    · Bahan Bersiri
    · Cetak Artikel
    · Forums
    · iklan
    · Private Messages
    · Search
    · Surveys
    · Video_Stream
    · webrtv

 Tambahan
    · Arkib 2005
    · GuestBook
    · Mega Links
    · Tempah Iklan
    · Peta Laman

 Peranan Anda
    · Hantar Aktiviti
    · Tambah Download
    · Tambah Links
    · Beritahu Kawan
    · Komen/Cadangan
    · Kaji Selidik
    · Catat GuestBook

 Ahli Berdaftar
    · Hantar Artikel
    · Akaun Anda
    · Mesej Peribadi
    · SMS Percuma

 Khidmat Kami
    · Download
    · Webs Link
    · Waktu Solat
    · Kalendar Aktiviti
    · Papar Shout Box
    · Web Video

 Radio & TV
    · TKO.fm
    · TKO.tv
    · WebTV1
    · WebTV2
    · KTV
    · WTV8
    · TVPAS
    · WebRTV

 Bantuan & Info
    · Dasar Kami
    · FAQ
    · Tips Webs

Akhbar Hari Ini
Perhatian : Sekadar baca sahaja, percaya? itu kena fikir dahulu.

Isnin, 1/12/2008

  Amaran banjir buruk di Pantai Timur
  Tanah runtuh, 2 beradik maut
  Soi Lek hiris hati Melayu
  Jangan bermain api - Pemuda UMNO
  Lucut gelaran Soi Lek, Mei Fun
  ‘Terikut-ikut rentak pembangkang’
  Tsu Koon: PULAU PINANG
  Salah menyatakan Malaysia adalah kerajaan Melayu?
  Mayat korban banjir ditemui terapung
  Pembekal dibenar simpan stok lebih
  Penduduk berang Perhilitan lepaskan 3,000 biawak
  Mayat mendiang Hema tiba dari Mumbai pagi ini
  MAS bawa balik 750 dari Bangkok
  AirAsia tambah dua lagi penerbangan ihsan ke Bangkok
  60 peratus produk kraf tangan akan dijual di Harrods
  Tiada cili merah
  Bantuan bina, baik pulih rumah naik
  Ibu rayu bantu suami, anak penyakit kronik
  Empat kakitangan perpustakaan maut
  Mayat mangsa bot karam ditemui
  Remaja mati lemas di lombong
  Pelajar UiTM pemenang terakhir Susun dan Menang
  Sembilan beranak diami rumah usang
  Sasaran sejuta ahli baru belia
  Zaid wajar dihukum -Tidak boleh dimaafkan
  Zaid wajar dihukum -Subang desak pecat
  Zaid wajar dihukum -UMNO tidak rugi apa-apa
  Zaid wajar dihukum -Tindakan akan dibincang
  Kredibiliti Anwar dipertikai
  Modal baru permainan politik PKR
  PPP ugut keluar BN jika tidak pinda ISA
  UMNO KT bincang calon minggu depan
  PKR minat Kuala Terengganu
  Bergilir-gilir ke Sarawak
  Hasrat PKR 'angan-angan Mat Jenin'
  Pulau Pinang tidak cadang ganti TKM1
  Menteri India letak jawatan
  Kafe Leopold's sasaran serangan dibuka semula
  Pelakon Britain ditahan disyaki militan
  Penumpang cari jalan lain
  Pertempuran di Karachi, 13 terbunuh, 70 cedera
  Jemaah Palestin dihalang ke Mesir
  Iraq-Iran tukar mayat tentera
  Kumpulan terakhir pengaman Malaysia pulang
  Korban keganasan meningkat 500 orang
  Rakyat India selar pemimpin politik
  Penunjuk perasaan diarah beredar
  India tingkat kawalan keselamatan
  Bush pantau perkembangan di India
  Lanun setuju bebas kapal kargo senjata Ukraine
  Pekerja asing buang mayat ibu di sungai, ditangkap
  Pakistan raih sokongan
  Kuan Yew selamat dibedah
  Sidang kemuncak ASEAN ditangguh Mac?
  Rusia, Venezuela setuju operasi tentera bersama
  Arroyo arah pindahkan rakyat Filipina
  Jepun urus pemindahan pelancong
  Sepanyol rancang hantar 3 pesawat

Ranking TKO
Rebutlah ranking ini... © 2004 Tranung Kite

Meja Online #
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: rosman11
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 21093

People Online:
Visitors: 41
Members: 0
Total: 41

@TKO..

Perbezaan Allah dengan Tuhan
Dilulus terbit pada Thursday, September 18 @ 16:30:59 MYT oleh reformi

Bicara Agama Oleh almuhyi

"ILHAM HIKMAH
http://cahayahikmah.wordpress.com

!!! SILA AMBIL PERHATIAN !!!

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullah.

Perbezaan diantara Tuhan dengan Allah s.w.t.

Wahai kaum muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, marilah kita sama-sama bermuhasabah serta membuat renungan dengan mata hati kita serta akal fikiran yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita supaya kita tidak terjebak kepada bahaya syirik dan kemurkaan Allah dengan cara yang tidak kita sedari samada dengan hati, perbuatan atau perkataan. Sesungguhnya Allah s.w.t. itu adalah Maha Esa lagi Tunggal dan Dia mempunyai nama-namaNya Yang Maha Terpuji. Oleh itu panggil dan serulah akan nama-namaNya Yang Maha Terpuji sebagaimana yang disebutkan didalam Al-Quran. Masyarakat melayu khususnya memang telah sebati dengan kefahaman dan anggapan bahawa Allah itu adalah Tuhan dan Tuhan itu Allah. Ketika berdoa mereka akan menambah doa mereka dengan menyebut (contoh): ‘Ya Allah Ya Tuhanku..’ Persoalannya disini adakah layak untuk kita menganggap Allah itu adalah Tuhan dan dari manakah punca serta asal perkataan Tuhan..? Adakah kita menjadikan alasan bahawa nenek moyang kita sejak dari dahulu telah menggunakannya maka kita terus mewarisi kepercayaan itu tanpa kita mempunyai pengetahuan yang sebenar tentangnya ? Tahukah kita akan maksud sebenar dan perbezaan antara perkataan ‘Tuhan’ ‘ Robb’ dan ‘Ilah’ yang selalu kita temui didalam terjemahan Al-Quran serta kitab-kitab agama yang kita baca? Selama ini mungkin kita memahami ketiga-tiga perkataan tersebut dengan satu maksud iaitu ‘Tuhan’(sebutan yang digunakan oleh bangsa Melayu sahaja) sedangkan sebenarnya tidak ada perkataan Arab yang boleh merujuk kepada perkataan‘Tuhan’.
Para Nabi dan Para Rasul diutus oleh Allah dikalangan bangsa arab dan Al-Quran juga telah diturunkan oleh Allah didalam bahasa arab . Firman Allah s.w.t. YANG BERMAKSUD:-

Dan Demi Sesungguhnya Kami Mengetahui, Bahawa mereka yang musyrik itu berkata: " sebenarnya Dia diajar oleh seorang manusia". (padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu adalah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa arab yang fasih nyata. ( Surah An-Nahl – ayat 103 )



 
Al-Quran juga telah menyebutkan Robb atau Ilah yang merupakan bahasa arab itulah yang selayaknya panggilan untuk Allah. Kita sedia mengetahui ketika mengucap dua kalimah syahadah kita telah mengatakan ‘Tidak ada Tuhan melainkan Allah’.Ini bermakna ketika itu kita telah menafikan adanya ‘Tuhan’, dan yang kita isbatkan hanya Allah, yang wujud hanya Allah sebagai Robb atau Ilah iaitu Pencipta kita, Pengatur dan Pentadbir seluruh alam ini. Kenapa pula ketika berdoa contohnya kita mengadakan semula Tuhan yang telah kita tiadakan tadi dengan berkata ‘ Ya Allah Ya Tuhanku’…?

Ketahuilah bahawa Allah adalah pencipta kita dan pencipta kepada seluruh alam ini.Itulah yang perlu kita jawab jika kita ditanya tentang Allah. Dengan itu kita akan dapat merasakan hubungan dua hala yang lebih dekat iaitu antara Pencipta ( Allah ) dengan yang diciptakan( kita sebagai hamba). Tidak menjadi masalah jika kita berdoa didalam bahasa arab tetapi jika kita berdoa dalam bahasa melayu maka ucapkanlah ‘ Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang atau Wahai Penciptaku / kami…..’

Dua Fakta Tentang Asal Usul Perkataan Tuhan

Pertama :-

Didalam majalah Tiara kajian Alif Danya Munsyi, asal usul perkataan Tuhan hanyalah ‘pelesetan’ dari kata Tuan dimana ia berpunca dari seorang Belanda yang telah tersalah sebut perkataan ‘Tuan’ Kepada Tuhan. Paulus yang berasal dari Turki telah memanggil Isa Al-Masih dengan panggilan ‘Tuan’. Pada setiap akhir suratnya, Paulus selalu menyebut Isa Al-Masih sebagai Tuan: ‘Semoga rahmat Isa Al-Masih Tuan kita menyertai roh kita.’

Ketika tulisan surat tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia, ia dimulakan pada tahun 1663 oleh seorang yang berbangsa Portugis bernama Browerius.Pada ketika itu gelaran bagi Isa Al-Masih masih lagi Tuan, tetapi ketika orang Belanda bernama Leijdecker pada tahun 1678 menterjemahkan surat-surat Paulus itu, sebutan Tuan telah berubah menjadi Tuhan. Dengan kata lain, Leijdecker yang pertama kali menulis perkataan Tuhan. (sila rujuk laman web http://wiriajaya.multiply.com/journal/item/85).

Dengan demikian, dapat difahami bahwa perkataan Tuhan masuk kedalam bahasa Indonesia sebagai pengaruh teologi agama ( kristian ) pada mulanya hanyalah sebagai 'pelesetan' atau 'salah tulis' oleh seorang Belanda, tapi selanjutnya dibakukan sebagai perkataan baru yang disejajarkan dengan kata ‘Ilah’ dan ‘Robb’ dalam bahasa Arab. Kerana itulah dalam Kamus Umum Bahasa Indonesia, W.J.S. Poerwadarminta (seorang Katolik) tidak memberikan keterangan apa pun tentang kata Tuhan, kecuali menyamakannya dengan Allah!

Kedua :-

Perkataan Tuhan juga berasal daripada bahasa sanskrit iaitu bahasa kuno yang di gunakan oleh agama Hindu di Indonesia. Ini disebabkan agama Hindu adalah yang terawal masuk ke Indonesia juga di Malaysia sebelum berkembangnya agama Islam di dua negara tersebut. Penganut agama Hindu beranggapan bahawa sesuatu yang berkuasa seperti dewa-dewa mereka itu sebagai Tuhan.Kesan dari pengaruh agama Hindu yang ada pada masa itu atau melalui bekas penganutnya yang memeluk Islam Allah yang maha berkuasa itu juga telah dianggap sebagai Tuhan. Bahasa Melayu adalah bahasa pinjaman atau ikut-ikutan, dimana Bahasa Melayu sebenarnya hanya mempunyai tiga perkataan yang asal atau asli iaitu ‘batu’, ‘kayu’ dan ‘padi’. Ini bermakna bahawa perkataan Tuhan juga adalah bahasa pinjaman daripada bahasa sanskrit yang digunakan oleh penganut Hindu dan mempunyai maksud yang sangat bertentangan dengan keesaan Allah iaitu Tu bermakna Kepala dan Han pula bermakna Dewa ( Kepala Dewa) yang mana, dewa adalah sembahan kepada penganut agama Hindu. Jika merujuk makna Tuhan seperti yang terdapat didalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi keempat (2005) diantara maksud Tuhan juga disebut sebagai Dewa berkepala Dua .

Wahai kaum muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, kita hendaklah menyedari bahawa pengedaran kitab suci Al-Quran yang mempunyai terjemahan ke dalam bahasa melayu di negara kita pada awalnya banyak diterbitkan dan dicetak dari Negara Indonesia. Kita orang melayu yang beragama Islam di Malaysia hanya mengikut dan menukarkannya daripada bahasa Indonesia kepada bahasa Malaysia. Sedangkan ada perkataan melayu seperti perkataan Tuhan itu tidak ada maknanya untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.
Allah s.w.t. berfirman didalam Al- Quran yang bermaksud :-

Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya Aku ialah Tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya Dengan (azab) neraka Jahannam; Demikianlah Kami membalas golongan Yang zalim. (Al-Anbiya. Ayat 29.)
.
‘Robb’.

Robb adalah daripada perkataan arab yang terkandung didalam Al-Quran. ‘Robb’ itu adalah sifat Allah sebagai Al-Khaliq iaitu sifat Allah yang Maha Pencipta, Pendidik dan Pengatur bagi alam semesta ini. Maka daripada makna tersebut mengandungi erti “Allah adalah pencipta Adam lalu Allah mendidik Adam dan Allah jualah yang mengatur kehidupan Adam”. Oleh itu “Robb” tidak boleh diberi makna sebagai Tuhan seperti yang terdapat didalam terjemahan Al-Quran yang ada kini kerana terjemahan perkataan Tuhan itu sebagaimana yang telah dijelaskan diatas mempunyai maksud yang sangat tidak baik kepada Allah.. Pengertian Robb telah disalah ertikan oleh golongan terdahulu dan diantara kesalahan penggunaan perkataan Robb yang perlu diperbetulkan sebagai contoh adalah ketika kita berdoa :- “Ya Allah, Ya Robbi” apabila ditukar kepada bahasa Melayu ia hendaklah bermaksud, “Ya Allah, Wahai Penciptaku, Pendidikku, Pengaturku”, bukan ‘Ya Allah Ya Tuhanku’.

’Ilah’.

Salah satu perkara fundamental yang berkait dengan aqidah seorang muslim dalam mentauhidkan Allah ialah pengertian Dua Kalimah Syahadah. Didalam ucapan kalimat Laa ilaaha ill-Allah itu terdapat kata Ilah yang seringkali diterjemah dengan perkataan Tuhan. Padahal terjemahan itu tidak terlalu menjelaskan makna Ilah tersebut. Dalam bahasa arab ‘Ilah’ itu mengandungi maksud yang lebih tepat dengan tiga makna mendasar yakni (1) mahbuub (yang dicintai), (2) matbuu’ (yang dipatuhi/ditaati) dan (3) marhuub (yang ditakuti). Maka daripada makna tersebut mengandungi erti “ Aku naik saksi bahawa tidak ada yang kucintai, lalu kupatuhi dan kutakuti selain daripada Allah”.

Selain itu di dalam pengajian ilmu tauhid selama ini kita juga telah diajar bahawa sifat 20 itu sebagai Sifat Ketuhanan sedangkan sepatutnya kita memahaminya sebagai Sifat Allah / Sifat Pencipta ( Al-Khaliq ) bukan sifat ketuhanan. Wahdaniah adalah antara sifat Allah yang terkandung didalam sifat 20 yang wajib bagi Allah dimana ia menjelaskan bahawa Allah itu tunggal tidak berbilang-bilang.Perkataan Tuhan apabila disebut sebenarnya menjadi terlalu umum dan tidak merujuk terus kepada Allah kerana disana ada Tuhan Hindu, Tuhan Buddha, Tuhan Kristian dan bermacam-macam lagi kerana sememangnya tuhan itu sifatnya adalah berbilang-bilang.Adalah tidak wajar untuk mengaitkan Allah dengan sifat ketuhanan kerana terdapat banyak tuhan yang hendak dikenalpasti.Yang wujud adalah Zat dan Sifat Allah sendirian mentadbir alam ini tidak ada yang lain.Biarlah hanya orang-orang bukan Islam atau yang musyrik saja terus dengan anggapan dan kepercayaan mereka untuk menyebut dan mempunyai tuhan-tuhan.Umat Islam hanya perlu menyebut nama Allah Yang Maha Esa secara mutlak ( sebagai Pencipta / Robb / Ilah kita ) dimana ucapan kita tidak akan sama seperti mereka ( tidak perlu ada tuhan) sebagai membezakan ketunggalan dan keesaan Allah yang tidak boleh disamakan atau ada perbandingan bagiNya dengan sesuatu juapun. Maha suci Allah dari apa yang mereka sifatkan.

Setelah kita mengetahui akan hakikat perkataan Tuhan itu, bermula dari saat ini marilah kita memperbanyakkan menyebut nama Allah s.w.t. atau nama-nama-Nya didalam Asmaul-Husna samada didalam kehidupan seharian atau ketika beribadah kerana itulah nama sebenar bagiNya yang layak untuk dipanggil. Janganlah lagi kita menganggap Tuhan itu adalah Allah kerana Tuhan itu bukan nama ataupun gelaran bagi Allah sebagaimana sangkaan ataupun anggapan umat Islam yang berbangsa melayu selama ini.Jika kita berdoa dengan mengungkapkan perkataan Tuhan sebenarnya seolah-olah kita telah tersilap alamat untuk menyampaikan hajat kita ke destinasinya yang betul menyebabkan doa kita tergantung atau lambat dimakbulkan kerana kita telah menambah nama yang bukan nama Allah berserta namaNya yang mulia.Kita menyangka dengan menyebut Tuhan bersama nama Allah itu lebih mendekatkan lagi diri kita kepada Allah sedangkan pada hakikatnya apa yang kita sebut itu mempunyai maksud yang tidak baik sebagaimana yang telah dijelaskan tadi. Disebabkan kita tidak pernah mengkaji kita perlu akui bahawa kesilapan yang tidak kita sedari seperti ini menyebabkan kita seolah-olah tidak dihiraukan oleh Allah.Dengan sebab itu pelbagai masalah terus melanda negara kita samada politik atau sosial dan sebagainya tanpa ada jalan penyelesaiannya disamping tekanan hidup yang semakin menghimpit umat Islam dewasa ini.

Bagi umat Islam,lazimnya ketika mereka sedang sakit secara spontan mereka akan merintih dan menyebut nama “Allah..Allah..Allah..” dengan jelas dan penuh pengharapan dan tidak mungkin ada yang menyebut Tuhan..Tuhan..Tuhan” pada ketika itu.Begitu juga apabila kita terpandang kalimah Allah di langit misalnya, sudah tentu kita akan berkata bahawa kita telah melihat kalimah Allah dan bukan kalimah Tuhan tetapi mendukacitakan kerana ramai dikalangan kita yang lebih banyak dan suka menyebut perkataan Tuhan berbanding menyebut nama Allah dalam perbualan seharian sedangkan sepatutnya kita bersyukur dan berbangga untuk sentiasa menyebut nama Allah kerana Allahlah yang menghidupkan dan memberi nikmat yang terlalu banyak kepada kita. Adakah kita malu untuk menyebut nama Allah atau kita merasakan hubungan kita dengan Pencipta kita begitu jauh sekali? Fikirkanlah...

Seterusnya lihatlah contoh perbandingan diantara senikata lagu Negaraku dan lagu Negeri Johor. Mengapakah didalam senikata lagu Negaraku menggunakan perkataan Tuhan sedangkan senikata lagu Negeri Johor tidak ada walau sepatah pun perkataan Tuhan melainkan yang ada hanyalah nama Allah. Ini bermakna seluruh pelajar di Negeri Johor termasuklah pelajar-pelajar yang bukan Islam sejak sekian lama telah menyebut nama Allah ketika menyanyikan lagu tersebut tanpa sebarang masalah yang berbangkit. Jika lagu Negeri Johor boleh menggunakan sepenuhnya nama Allah, mengapa tidak kita jadikannya sebagai contoh yang baik untuk diikuti dengan menggantikan perkataan Tuhan itu kepada nama Allah samada didalam lagu Negaraku, Rukunegara dan lain-lain lagi serta yang lebih penting lagi adalah ketika kita beribadah kepada Allah khususnya ketika berdoa supaya mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t. lah.

Sila rujuk senikata kedua-dua buah lagu dibawah ini:

Lagu Negaraku

Negaraku, tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup ,bersatu dan maju
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan
Raja kita, selamat bertakhta
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan
Raja kita, selamat bertakhta

Lagu Negeri Johor

Allah peliharakan Sultan
Anugerahkan dia segala kehormatan
Sihat dan ria kekal dan makmur
Luaskan kuasa menaungkan kami
Rakyat dipimpini bersama lagi
Dengan perintah bersatu hati
Allah berkati Johor, Allah selamatkan Sultan

Mudah-mudahan apabila kita sanggup untuk melakukan perubahan dengan memperbanyakkan menyebut nama Allah akan terbukalah pintu-pintu rahmat dan kurniaan Allah kepada kita semua..insyaallah. Percayalah, bahawa kita tidak akan rugi walau sedikitpun jika kita meninggalkan dari menyebut perkataan Tuhan itu tetapi kita sangat merugi jika kita tidak mahu menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya kerana hanya kepada Allah pergantungan hidup kita di dunia dan akhirat.Meskipun penggunaan perkataan Tuhan ini telah sekian lama berlarutan adalah diharapkan agar para Alim Ulama, Para Cendikiawan Islam dan pihak yang berkuasa khususnya di negara kita Malaysia supaya dapat menerima serta memahami apa yang cuba disampaikan disini dengan hati yang terbuka, berlapang dada, berjiwa besar serta sentiasa bersandar kepada hidayah Allah dalam mencari kebenaran seterusnya bersama memainkan peranan yang penting untuk menyampaikannya pula kepada seluruh umat Islam dalam memperbetulkan kekeliruan kita selama ini. Allah mempunyai nama-nama-Nya yang baik, oleh itu gunakanlah nama-nama Allah yang baik itu didalam kehidupan kita dan berdoalah sebagaimana contoh berikut :- “Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…” Bukankah indah dengan doa yang sebegini…dan janganlah kita menyebut perkataan Tuhan itu lagi…

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :-

Dan Allah mempunyai nama-namaNya yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadanya Dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan. ( Surah Al-A’raaf, ayat 180 )

Apa yang diperjelaskan disini bagi sesetengah pihak mungkin menganggap ia hanya membabitkan soal istilah atau bahasa yang agak remeh dimana kita hanya perlu bergantung kepada apa yang kita niatkan ketika menyebutnya…Sedari dan yakinlah bahawa, diatas dunia ini mungkin ia dipandang remeh tetapi kita bimbang jika ia menjadi suatu yang sangat berat setelah kita berhadapan dengan Allah di akhirat kelak kerana salah satu perkara yang boleh menjejaskan iman dan akidah kita disisi Allah adalah melalui perkataan.Walaupun kalimah Laa ilaha illallah itu ringan dibibir tetapi timbangannya adalah lebih berat dari dunia dan seisinya! Fahamilah ia..

Tugas kami hanya menyampaikan dan memberikan penjelasan semata-mata kerana Allah dan yang selebihnya kepada Allah diserahkan segala urusan.Wallahu’alam.

Sebagai penutup ingatlah wahai kaum muslimin dan muslimat yang dikasihi, bagi mereka yang merenung dengan matahati, mereka tentu meyakini bahawa dunia ini sebenarnya telah semakin menghampiri ke penghujungnya.Samada kita sedar atau tidak, hari kebangkitan yang dijanjikan oleh Allah pasti akan terjadi secara mengejut ketika manusia asyik leka dengan urusan dunianya.Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha membersihkan nama Allah dan memperbanyakkan menyebut nama Allah didalam kehidupan kita yang berbaki ini. Tinggalkanlah sesuatu yang tidak berkaitan dan tidak dituntut ketika ingin menyebut nama Allah agar kita beroleh keredhaanNya di dunia dan akhirat. Semoga Allah menjadikan kita semua sebagai hambaNya yang sentiasa bertaubat dan diberikan keampunan.amin..Wassalam.

Membersih Nama Allah
ilhamhikmah@gmail.com
attawwab@gmail.com
"

 
Artikel Hari Ini

Alahai Pramugari MAS, Penerbangan Haji Bertudung, Penerbangan Biasa Buang Tudun

Hello Tamil, Lu Apa Tunggu Lagi?

Antara dua nilai

E-book Detik-detik Hidupku - Imam Hassan Al Banna telah terbit!

Perang MCA-UMNO II: Ong Tee Keat vs Mukhriz

Cara segera atasi stress

Penguasaan Bahasa Inggeris: Satu Formula

Kontrak Sosial

Tok Guru Nik Abdul Aziz tiada pengganti? Masalah besar ini!

Cina masuk Islam kerana dengar nasyid Melayu ini!

[ Artikel seterusnya.. ]

Login
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.

Related Links
· More about Bicara Agama
· News by reformi


Most read story about Bicara Agama:

Syahwat dan gejala onani: Kesan buruk buat umat Islam

Isteri Berdosa...

Lelaki Haram Bergelang Tangan

Sejarah dan Kebatilan Jemaah Tabligh

Aurat Wanita : Apa Sudah Jadi ?

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Options

 Printer Friendly Cetak Artikel

 Send to a Friend E-Mel kpd Kawan


"Perbezaan Allah dengan Tuhan" | Login/Create an Account | 17 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: Perbezaan Allah dengan Tuhan (Score: 1)
by trillion on Thursday, September 18 @ 17:31:43 MYT
(User Info | Send a Message)
Amat setuju dengan penulis!  Orang Islam tiada tuhan melainkan Allah. Tidak perlu lagi berdoa Ya Allah ya tuhanku....cukuplah Ya Allah. Kadangkala  terdapat alim ulama masih lagi menulis allah sepatutnya Allah (nama khas) yang satu spt ditulisnya insyaallah(nama am) yg menunjukkan kata jamak memang ada perbezaannya! Ada juga panggilan tuhan bagi mereka itu ilahi. Dari manakah datangnya perkataan ilahi, bahasa apa sebenarnya?
Nabi Muhammad s.a.w mengajarkan ilmu tauhid selama 10 tahun sebelum mengajar tentang sembahyang tetapi yg terjadi kebanyakan hari ini belum kenal Allah dan diri terus diajar sembahyang!



Re: Perbezaan Allah dengan Tuhan (Score: 1)
by abdinabu on Thursday, September 18 @ 18:13:18 MYT
(User Info | Send a Message) http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/
... bagaimana dgn doa ini..
Allahumma... ya Rab
ya Rabsy-Syamsi wadh-Dhiyai wan-Nur.... ya Rab...!!!
Rab tu nak bagi makna apa pulak?

Bahasa Melayu ni... dah berapa lama? Kita baru nak "PERSALAH/PERTIKAI" istilah TUHAN....
Kalau org zikir "Tuhan" sudah tentu bertukar jadi "Hantu"...
Tapi kalimah Tuhan dalam BM utk memaknakan RABB atau ILAH ana rasa tiada masalah - benda cuma istilah/bahasa. Tak usah gaduhlah benda ni....
Cuma: Tiada TIADA  TUHAN - melainkan ALLAH sahaja. maknanya, sebut Tuhan jer org Melayu/Islam tak dak lain lah kecuali ALLAH SWT. yg bangsa/ugama lain kita tak campor..
Sekian setakat mencelah.
Wassalam!



Re: Perbezaan Allah dengan Tuhan (Score: 1)
by ikanlepu on Thursday, September 18 @ 23:13:07 MYT
(User Info | Send a Message)

Usah dok merepek la sdra!

Ada tengok kitab lama tak? Ada faham?

Pernah jumpa 'PATI RAHSIA'?

Bagi orang aliran tasauf; kedua-duanya dipakai sebagai pernyataan yang satu.

Allah adalah nama bagi Zat; dan tuhan itu nama bagi Sifat.

Klu tak faham pergi belajar ngan Tuk janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman atau Datuk Maharajalela.

Itulah tunjang kekuatan pejuang zaman dulu. Mereka tak merapu!



Re: Perbezaan Allah dengan Tuhan (Score: 1)
by koroktok (doublen4251@yahoo.com) on Thursday, September 18 @ 23:34:17 MYT
(User Info | Send a Message)

Tuhan. Apa makna tuhan. iaitu yang terkaya Ia dari yang lain dan yang lain berhajat padaNya. itulah definasi tuhan. dan ianya tertentu hanya pd.zat Allah sahaja . tidak pd yg lain . yg lain itu bukan tuhan. makna La Ilaaha illaAllah, iaitu tiada yg terkaya ia dari yg lain dan yg lain berhajat pd Nya melainkan Allah . tak kan nak terjemah macam tu. lambat!!!!
Org melayu kata tuhan , Org putih kata god Org arab kata ilaah




Re: Perbezaan Allah dengan Tuhan (Score: 1)
by ainamirah3397 on Friday, September 19 @ 02:16:22 MYT
(User Info | Send a Message)
Assalamu’alaikum warahmatullah.

Terima kasih ilhamhikmah. Satu artikel yang amat menarik untuk kesedaran umat Islam di Malaysia. Walaupun hanya satu perkataan tapi ia bisa merosakkan iman kita macam perkataan Islam Had hari....

 



Re: Perbezaan Allah dengan Tuhan (Score: 1)
by 69almaunah on Friday, September 19 @ 05:17:50 MYT
(User Info | Send a Message)
Salam,

Ingatlah, tiada yang ada melainkan Allah........

Takbir!!!!!!



Re: Perbezaan Allah dengan Tuhan (Score: 1)
by masa_depan on Friday, September 19 @ 07:54:49 MYT
(User Info | Send a Message)
Salam...

Adalah terbaik untuk umat islam tahu berbahasa Arab agar lebih kefahaman Al-Quran.

Walaubagaimanapun untuk setengah-setengah golongan apakah cara yang terbaik untuk memahami shahadah? Untuk kanak2, untuk remaja, untuk muallaf, untuk orang yang nak didakwahkan.

Bagaimana pula bagi orang yang cacat perkataan dan pendengaran?

Ada juga Pak Arab yang bukan islam dan menggunakan nama Allah sebagai Tuhan.

Ada juga Puak Kristian yang menggunakan nama Allah sebagai Holy Ghost.

Orang putih yang islam pula faham laa ilaha illallah sebagai sebagai No God but God.

Yang penting adalah bukan perkataan tetapi memahami bahawa
Tiada yang bersifat maha berkuasa kecuali yang maha berkuasa.
Tiada yang bersifat maha melihat kecuali yang maha melihat
Tiada yang bersifat maha mendengar kecuali yang maha mendengar
Tiada yang bersifat maha pencipta kecuali yang maha pencipta
Tiada yang bersifat maha mengatur kecuali yang maha mengatur
Tiada yang bersifat maha mengetahui kecuali yang maha mengetahui

Dan seluas lautan pun masih belum cukup untuk dijadikan dakwat bagi menerangkan Dia adalah meliputi segala-galanya. Dan tidak bergerak sebiji zarah tanpa keizinanNya. 

Dan tiada perkataan Tuhan tanpa perkataan Hamba
Dan meniadakan Tuhan dengan meniadakan hamba.
Hanya Allah Tuhan, selainNya bukanlah Tuhan.

Perlulah kita mengabdikan diri kepada Allah, Tuhan yang maha Esa
Selagi kita tidak mengabdikan diri pada Allah selagi itulah kita meniadakan Allah.
Allah hanya bersama makhlukNya yang menghambakan dirinya kepadaNya.

Sebenar-benar hamba Allah s.w.t ialah junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Janganlah kita memperhambakan diri pada pemimpin atau parti, hanya Allah yang layak diperhambakan diri.  Dengan pancaindera, pakailah Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan.


Hanya yang maha mengetahui mengetahui.....





Re: Perbezaan Allah dengan Tuhan (Score: 1)
by almubdi on Saturday, September 20 @ 12:16:46 MYT
(User Info | Send a Message)
Kepada 'saudara trillion'Saya juga sependapat dengan anda yang amat bersetuju dengan artikel tersebut.Cuma saya nak info kat saudara bahawa perkataan Ilahi itu sebenarnya berasal dari kata ilah.Didalam kalimah Laa ilaha illallah terkandung kata ilaha itu sebenarnya adalah ilah sebagaimana yang telah dijelaskan didalam artikel ini dan apabila disebut ilahi tidak menjadi masalah kerana ilahi juga merujuk kepada Allah s.w.t.Mungkin saudara pernah terdengar doa yang berbunyi begini dalam bahasa arab 'Ilahi anta maqsudi wa ridhoka matlubi...' atau ' Ilahi las tulil firdausi ahlaa, wala aqwa alannaril jahiimi...' sekian untuk tambahan



Re: Perbezaan Allah dengan Tuhan (Score: 1)
by nukleus on Monday, September 22 @ 00:03:35 MYT
(User Info | Send a Message)
isbat


               
Letupan Bom

Sila Klik
28 Dis - Benazir Bhutto (21 Jun 1953 - 27 Disember 2007) telah terbunuh dalam serangan berani mati dalam satu rali perarakan parti..
Rintihan..

Sila Klik
30 Dis - Solat hajat diperkarangan kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu...
Punk Hadhari..

Sila Klik
1 Jan - Pakaian dan stail diorang kat bawah ni jenis apa? Punk ke, Gothik ke, Skinhead ke? Susah beb gua nak menjawab... Inilah Terengganu Bestari!
Kerajaan tetap zalim...

Sila Klik
26 Sept - Hari ini bermula jam 12 tgh, rakyat berkumpul di Masjid Jamek, KL utk menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan kerajaan Malaysia menggunakan ISA..

* Klip pada pada paparan gambar untuk melihat lebih banyak lagi gambar menarik...


REFORMASI
Tranung Kite
Laman M@rhean
Detikdaily
Buletin Online
klpost.com
Jiwo Kelete
Bukit Besi OnLine
Pemuda Wilayah
Jasin Daily
Pemuda BukitKatil
Kedahlenie..!!
no2 umn0
Utara Online
Siasahdaily
PORTAL
Kampus Negara
Pemuda Seremban
Mahasiswa Kini
ar-Romli
DarulBayan
I Luv Islam
Terjah
Statesman
Buletin Purnama
Sabah Kita
Politic Today
Rakan Usrah
Kelate Kito
Tranung Lening
ANALISIS ISU/BERITA
Tarmizi Mohd Jam
Kopitiam Bang Nan
Pink Turtle
Ahli Parlimen PAS
A.M.K.NS.
Perisik Rakyat
Rozmal Malakan
Republik kata
Go Malaysia
BLOGGER
Roslan SMS Corner
Amin Iskandar @ Black
...penarik beca
A L- H U S S E Y N
Amdang 81
Ketua Perusuh
Tun Telanai
Faisal Tehrani
Ibnu Hasyim
Merah Tinta
Ibrahim Baba
Fudzail
Cucu Mat Kilau
Anak Bapa
Cikgu Nuriís Online
Drs Idham Lim
Attakiri
Abu Ayysah
Suhaimi Taib
Redhuan D. Oon
Jed Yoong
Aktivis Nora
Dr. Hj. Hamirdin
Malaysia Waves
Sofi Wahab
Telahan Politik
Aduka Taruna
Blues Whereha
Nik Abdul Nik Aziz
Suhaizan Kayat
jahilGoBlog
Edyesdotcom
Bulan Penuh 2012
Lagenda Buta
Orang Klawang
Tok Pijat
Zahid Yusof
Taranama
Boneka, Penyu & SPR
Dr. Lo\' Lo\'
Jamaludin Md Isa
Helang Jagat
Meli Kapak Jangak
Hishamuddin Rais
Che Kamala
Rusli Islam
Ahmad Fadhil
Eddie Putra
Amirulreza
Rosli Salem
Tempe Goreng
Sokong PR
Janggut
Wan Nordin Yaacob
LAWAN ARUS
Tun Dr Mahathir
UMNO-Reform
Kadir Jasin
Sang Kelembai
Arah Kita
Rockys Bru
Screenshots
Mahaguru58
Kuda Kepang
Kickdefella
Jawatankuasa Ad-Hoc
Kuda Ranggi
Putera Maya
TAK AKTIF
Kelantankini
Ukhwah.com
Seberan
Adnan Ibrahim Al-Binjari
Media Islam
Ekonomi Islam
Akan dikeluarkan...
AKHBAR
Harakah Daily
Suara KeAdilan
Malaysiakini.com
Agenda Daily
Malaysia Today
Bernama
Utusan Melaysia
Berita Harian
Harian Metro
Berita RTM
The Star
The Star Melayu
Malaysia Insider
Sinar Harian
Kosmo
Siasah
Wasilah Online
Newskini
WEBBLOG POLITIK
Apa Ada Pada Nama
Mai Bincang-bincang
Pemuda Insaf
Al Banjari
Kamarudin Sidek
Desa Kerayong
Peghelih La...
Lord Azaab
Ilham Najmi
nakmarah...marahlah!
Barisan Untuk Rakyat
ASAM lambunau
Hashim Habeed
Ilmuan
Cenangau
Minta 5 Minit
Tawan Pekan
Tak Gedebe
Penawar Rindu
Beras Terpilih
Kuda Trojan
Seri Iskandar
Warta Nasional
Kembara Salik
PakNgah 70
Jendela Hikmah
Pemuda PAS Sura
Hasbullah Pit
syifa arjuna
..harapan tidak buta
In Deep tots
Forum Maya Intelek Muda
Selangor Today
Wartawan Rasmi LR
Hikayat Putera Batu
Alahai-Apa-Ni
Lot 250
Pengembara Jalanan
Anak Bapak
An Nasru
Harapan Baru
Ustaz Muktar
Mejoh
Silembiks
Talkjanz.com
Anak Kecil Main Api
FadhilNor & Rakan
Dr Speaker
WEBBLOG CP
Bukan Kerana Nama
Mohd Nasir
Tau Takpe
Kerabu Bersuara
Harapan Malaysia
Berfikir Dengan Waras
Barisan Rakyat
Demi Membela Islam
Skuad Batu Caves
WEBBLOG UMUM
Fikir2 Renung2
Jiwa Kita Merdeka
Ikan Pekasam..
Hembusan
Rampai Seri
Kereta Mayat
Syakur Ibrahim
Zulzaidi
Bangkit Dgn Sebuah Cita
SetiapKejadiahBerhikmah
Fi Thorikillah
Harisfadila.com
Unpublished Notes
Kami Perihatin
HalimIslam
Maliki Xp Blog
Sosialis Kanan
Ikatan Ilmu
Runtuh Kebatilan
Peduli Rakyat
Malaysia Tanah Air Ku
bawean termenung
Topeng Sakti
Ibnu Mustafa
WEBBLOG B.I.
My Game
Juctice4all Kuantan
Pakatan Rakyat
729 NO ISA
Kata Tak Nak
Angin Perubahan
KakiBlog
Harism Ibrahim
Barking Magpie
FORUM @ e-GROUPS
Forum Gerak Reformasi
Guru Reformasi Online
Forum UMNO-Reform
Halaqah.Net
Shoutus Syabab
E-Minda Kita
IZ Forum Cak
Forum Al-Tawbah
PARTI POLITIK
Parti Islam Se-Malaysia
Pemuda Pas Pusat
Dewan Muslimat Pusat
Dewan Ulamak Pusat
Pas Kelantan
Pas Kedah
PAS Negeri Sembilan
Pas Penang
PAS Melaka
DPP Kelantan
DPP Johor
DPP N9
PAS Bukit Bendera
PAS Johor Bahru
Pas Jelebu
PAS Bangi
Pas Subang
Pas Batu
PAS Bakri
PAS Parit Buntar
DPP Padang Serai
DPP Pasir Gudang
DPP Wangsa Maju
DPP Kuala Trg
DPP Sik
DPP Demit
DPP Kemaman
DPP Pengkalan Chepa
DPP Rompin
DPP Putrajaya
DPP Lumut
DPP Padang Besar
DPP Jerantut
DPP Muadzam Shah
DPP Besut
DPP Jempol
DPP Maran
MTD Guchil
MTD Peramu Jaya
MTD Tg Lumpur
MTD Pulau Tawar
MTPD Sura
Dar At-Tarbiyyah
CP Bandar Bukit Mahkota
Pemuda PAS Rasa
Pemuda PAS Jln Yadi
Lajnah Pekerja
KeAdilan Rakyat
Angkatan Muda KeAdilan
Keadilan Johor
AMK P. Pinang
KeAdilan Sri Gading
Keadilan Batu
AMK Batu
DAP
PERTUBUHAN/NGO
P.U.M.
Aliran
Suaram
Fomca
Muslim Consumer
Darul Izzah
Halal Jakim
Amal Malaysia
Jabatan Amal
PASTI Kelantan
Tunas Islam
Nisa W. Persekutuan
Nisa Negeri Sembilan
Nisa Pekan
BERSIH
Bersih N9
GERAK
Pemuda Bersamamu
Skuad Waja Terengganu
MAMPAT
GAMIS
Khidmat Meru
PIMPINAN
PIMPINAN PAS
Nasharudin Mat Isa
Husam Musa
Mustafa Ali
Mohamad Sabu
Dr. Mohd Hatta
Haji Mahfuz
Mahfuz Omar II
Khalid samad
Dr. Syed Azman
Ust. Ahmad Awang
Dr. Lo Lo
Iskandar Abdul Samad
Drs. Khalil Idham Lim
Ustaz Nasir Zakaria
Dr. Halimah Ali
Subky Latif
Herman Samsudeen
Adly Zahari
Azizi Abdullah
Aiman Athirah Al Jundi
PIMPINAN PKR
Anwar Ibrahim
Azmin Ali
Tian Chua
Zulkifli Noordin
CheguBard
YB Fuziah Salleh
YB Mohammad Fairus
PIMPINAN DAP
Lim Kit Siang
KM - Lim Guang Eng
MP @ ADUN
N17 Gombak Setia
P99 Ampang
N19 Bukit Antarabangsa
Hulu Langat
N18 Bukit Payung
MP Kapar
Adun Titi Serong
Adun Chempaka

Semua YB Pakatan...
WEBSITE/LINK BARU..
Malayadaily
Al Brangi
Beras Melaka
PAS Caw. Shah Alam 2
Perak Bersatu
AMK Serdang
Betul Ka?
Abu Bahsyir Al Muqry
Pahang daily
Gaya Peneroka
Ustaz Amin
DPP Pertaling Jaya Sel
Jabatan Amal 2
Pemuda Pengkalan Chepa
Pancak Bicara
Lanh14
Rencana Rakyat
Cili Merah
Hati Sufi
Tukul Besi
Bumi Perak
Anak Reformasi
al-Futhuhat
Sabahdaily
AUDIO & VIDEO
WebRTV PAS
Terengganu Kini
WTV8 Altenatif
TV PAS
TVceramah
MyKuliah.Com
Grapes Nasyid
Siput Online
Pesan Untuk Umat
Amal Makrof
Hoh..?
Keadilan TV
TKOdaily
Kelab Greenboc
WorldTV
TV Utara
Kuliah Mazhab Akidah
Debat parlimen
Video Politik
Media Rakyat
Kuliah.net
Thinking Of Life
Malayaku
You Ceramah
TV Pakatan Rakyat
BICARA AGAMA
Ust Nasrudin
Zaharuddin.Net
Ustaz Muda
Ilmu & Ulama
Mesra Rakyat
The Rise Of Islam
Al-Bakistani
Al-Ahkam
SaifulIslam.Com
Harun Yahya
Jarum Emas
Tasek Pauh
Shamatun
Surau 2Faber
Sapaan Makrifat
Selak
Anda Tanya Saya Jawab
Isu Semasa Islam
Warisan Nabawi
Sampaikan Satu Ayat
Darul Mujahidin
Dr. Mohd Asri
Kebenaran Dari Allah
Ummah Online
Santapan Minda Pejuang
Ustaz Azhar Idrus
Akidah Alul Haq
Raja Ahmad Mukhlis
LUAR NEGARA
Republika Online
Kompas Cyber Media
Al Jazeera (English)
Al-Sofwah.or.id
Khalifah.com
Kavkazcenter.com
Al Manhaj
Majalah Ummi
Pattani Darulsalam
DUNIA ISLAM
Satu Umat
Al Muslimin
Suara Anak Muda
UMUM/LAIN-LAIN
Zulkiply Harun
Quran Online
Quran Flash
Laman PendidikanMY
Portal Pendidikan
Laman Emjay
Lowyat Net
Health Tips
Aiman Ku
Pondok AnNur
Nusa Mahsuri
Grafik Photoshop
Pondok
Karyawan Perak
Karya Cipta
DuniaICT
Pasir Puteh
Al-ahnaf Khat
Dunia Rossem
JARINGAN
Jaringan A Athoullah
My Jalinan
Sabilillah
Skoodeng
Calon & Blognya
Link Pas Sana-sini
Sopo Sentral
Shidinar Net
Mega link (link-link yang lain)
* Link laman yang dipaparkan adalah yang aktif sahaja.
Laman tidak dikemas kini lebih daripada sebulan akan dikeluarkan secara automatik..
[Untuk yang lain-lain sila klik Mega Link atau Link Pilihan pada atas Homepage ini]

 
PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKD

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN)

Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan.
(Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)


©1422 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
E-mel :
tranung2006@yahoo.com atau Webmaster : tranungkite@hotmail.com

Lot 3672, Bangunan PAS Kawasan Dungun,
Kg. Pak Sabah, 23000 Dungun, Terengganu.
Tel/Faks : 09-848 5001

All logos and trademarks in this site are property of their respective owner.
The comments are property of their posters, all the rest © 2005 by me.
You can syndicate our news using the file backend.php or ultramode.txt
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi.