 |
Masuk/Login @ Daftar sebagai ahli baru
Perhatian : Sekadar baca sahaja, percaya? itu kena fikir dahulu.
Isnin, 1/12/2008
Amaran banjir buruk di Pantai Timur
Tanah runtuh, 2 beradik maut
Soi Lek hiris hati Melayu
Jangan bermain api - Pemuda UMNO
Lucut gelaran Soi Lek, Mei Fun
‘Terikut-ikut rentak pembangkang’
Tsu Koon: PULAU PINANG
Salah menyatakan Malaysia adalah kerajaan Melayu?
Mayat korban banjir ditemui terapung
Pembekal dibenar simpan stok lebih
Penduduk berang Perhilitan lepaskan 3,000 biawak
Mayat mendiang Hema tiba dari Mumbai pagi ini
MAS bawa balik 750 dari Bangkok
AirAsia tambah dua lagi penerbangan ihsan ke Bangkok
60 peratus produk kraf tangan akan dijual di Harrods
Tiada cili merah
Bantuan bina, baik pulih rumah naik
Ibu rayu bantu suami, anak penyakit kronik
Empat kakitangan perpustakaan maut
Mayat mangsa bot karam ditemui
Remaja mati lemas di lombong
Pelajar UiTM pemenang terakhir Susun dan Menang
Sembilan beranak diami rumah usang
Sasaran sejuta ahli baru belia
Zaid wajar dihukum -Tidak boleh dimaafkan
Zaid wajar dihukum -Subang desak pecat
Zaid wajar dihukum -UMNO tidak rugi apa-apa
Zaid wajar dihukum -Tindakan akan dibincang
Kredibiliti Anwar dipertikai
Modal baru permainan politik PKR
PPP ugut keluar BN jika tidak pinda ISA
UMNO KT bincang calon minggu depan
PKR minat Kuala Terengganu
Bergilir-gilir ke Sarawak
Hasrat PKR 'angan-angan Mat Jenin'
Pulau Pinang tidak cadang ganti TKM1
Menteri India letak jawatan
Kafe Leopold's sasaran serangan dibuka semula
Pelakon Britain ditahan disyaki militan
Penumpang cari jalan lain
Pertempuran di Karachi, 13 terbunuh, 70 cedera
Jemaah Palestin dihalang ke Mesir
Iraq-Iran tukar mayat tentera
Kumpulan terakhir pengaman Malaysia pulang
Korban keganasan meningkat 500 orang
Rakyat India selar pemimpin politik
Penunjuk perasaan diarah beredar
India tingkat kawalan keselamatan
Bush pantau perkembangan di India
Lanun setuju bebas kapal kargo senjata Ukraine
Pekerja asing buang mayat ibu di sungai, ditangkap
Pakistan raih sokongan
Kuan Yew selamat dibedah
Sidang kemuncak ASEAN ditangguh Mac?
Rusia, Venezuela setuju operasi tentera bersama
Arroyo arah pindahkan rakyat Filipina
Jepun urus pemindahan pelancong
Sepanyol rancang hantar 3 pesawat
|
|  |
Hina Islam, Kenapa Hukuman Terhadap Rosnah Mat Aris Dan Raja Petra Berbeza !!
Dilulus terbit pada Thursday, October 02 @ 12:00:00 PDT oleh SongkokPutih
|
|
Oleh: cucumatkilau
Ramai pihak kini panik dan tertanya-tanya, apakah punca sebenar Pengendali laman web Malaysiatoday ditahan selama dua tahun dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini. Sedangkan kes yang beliau hadapai itu, jika dibawa ke mahmakah pun kerajaan belum tentu menang.
Tuduhan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW dalam bentuk tulisan pada "komen artikel" adalah amat tidak wajar sama sekali. Semua orang tahu bahawa "komen artikel" boleh ditulis oleh sesiapa pun dengan menggunakan nama samaran. Mungkinkah beliau diperangkap oleh pihak-pihak tertentu dalam usaha menyelamatkan kepentingan politik peribadi masing-masing?. Inilah yang sedang dinilai oleh rakyat.
Jika sekadar bersandarkan kepada hina agama dan Nabi, lebih banyak kes yang sepatutnya ditahan ISA sebelum ini. Bukankah kita pernah digempar dengan individu yang mengaku tuhan, rasul, imam mahadi dan sebagainya. Mengapa pulak "Ayah Pin" tidak ditangkap dan ditahan ISA? Umum mengetahui bahawa kumpulan Ayah Pin merupakan antara lima kumpulan ajaran sesat paling tegar dikesan di Malaysia dan mula bergerak pada tahun 1982. Ia antara lain, mengamalkan ratib secara kuat dalam gelap dengan bercampur antara lelaki dan wanita. Pemimpinnya pula, Arrifin Muhammad , 65 tahun mengaku dirinya sebagai tuhan, pencipta semua agama serta pemegang kunci ke syurga.
Begitu juga dengan laporan bekas Ustazah yang murtad iaitu Kamariah Ali, 54, yang berkelulusan pengajian agama dari Asia Barat. Beliau merupakan anak buah ayah Pin yang didakwa di mahkamah syariah atas kesalahan tersebut. Ini belum lagi kes yang melibatkan artis Rosnah Mat Aris yang dihebohkan dimedia baru-baru ini. Bahkan apa yang dilakukan oleh Rosnah itu jelas sekali "menghina" Nabi dan Islam? Mengapa beliau tidak didakwa dan ditahan ISA. Walhal apa yang dilakukan oleh mereka ini lebih jelas dan nyata dan ada faktanya. Bahkan kenyataan Rosnah pula disiarkan secara langsung dan disaksikan oleh ribuan penonton. Begitu juga dengan Ayah Pin, perbuatan beliau jelas "menghina Islam" dan telah menarik ramai pengikut untuk mendalami ajaran sesatnya itu. Tetapi mengapakah mereka semua terlepas dari hukuman dibawah akta ISA?. Apa bezanya Raja Petra dengan mereka-mereka itu? Inilah yang dikatakan undang-undang "double standard" yang diamalkan oleh kerajaan kita.
Bila disiasat semula kes ini, sedarlah kita bahawa Raja Petra ditahan atas "satu sebab lain" sebenarnya. Ini kerana sebelum ini beliau pernah berkata akan mendedahkan segala bukti yang dinyatakan dalam akuan bersumpahnya berkaitan pembunuhan Altantuya Shariibuu semasa perbicaraan berlangsung kelak. Bagi beliau, mendedahkan segala bukti yang ada dimahkamah lebih penting dari menjawab segala kenyataan yang dibuat oleh pelbagai pihak sekarang. Raja Petra turut memberikan alasannya yang tidak melaporkan dakwaan terbarunya itu kepada polis. Beliau berkata tindakannya itu disebabkan laporan yang pernah dibuatnya pada tahun 2002 tidak diambil apa-apa tindakan oleh pihak polis, bahkan mendakwa dipukul oleh seorang pegawai polis. Oleh itu, beliau tidak yakin lagi untuk melaporkannya kepada polis. Kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu bertambah hangat dengan akuan berkanun yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin pada 18 Jun 2008 yang lalu. Dalam akuan tersebut Raja Petra menyatakan :-
- Rosmah Mansor isteri Najib merupakan salah seorang daripada tiga individu yang ada di tempat kejadian. Dua orang lagi ialah Leftenan Kolonel Aziz Buyong (Pakar Letupan C4 orang yang bertanggung meletakkan C4 pada tempat-tempat tertentu badan Altantuya, dan isteri Aziz, yang juga pengawal peribadi Rosmah.
- PM Abdullah ada menerima laporan bertulis dari pihak perisikan tentera dan beliau menyerahkan laporan tersebut kepada menantunya untuk disimpan dengan selamat.
- Seorang Sultan juga telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan menyedari tentang tuduhan berkenaan. Dalam akuan tersebut, nama-nama seperti Rosmah Mansor (isteri TPM), Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dan Khairy Jamaluddin disebut dengan jelas. Malah Rosmah dikaitkan secara langsung dalam pembunuhan tersebut.
Memandangkan keputusan kes tersebut akan diumumkan sekitar penghujung bulan Oktober ini, maka peluang untuk Raja Petra mengeluarkan lebih banyak bahan bukti akuan berkanunnya "terhalang". Dengan itu, proses keadilan akan gagal ditegakkan bila perkara sebenarnya disembunyikan dari pengetahuan orang ramai. Mungkin atas alasan inilah agaknya, Raja Petra akhirnya ditahan atas dakwaan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW. Walhal kes yang sama melibatkan orang lain dibiarkan bahkan hanya dibicarakan di Mahkamah Syariah sahaja. Semoga apa yang berlaku ini dapat memberi gambaran tentang betapa lemahnya sistem undang-undang di negara kita. Bila individu itu dikatakan boleh mengancam negara hanya kerana mereka memegang dan mempunyai bukti kukuh tentang penyelengan dan jenayah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin tertentu. Kita tidak mahu menuduh sesiapa dalam hal ini. Namun tiada pihak pula yang mengambil tindakan "saman" terhadap Raja Petra selepas akuan berkanunnya itu dilaporkan kepada pihak polis. "Hina Nabi: Bicarakan Raja Petra Di Mahkamah Terbuka !" [Sebenarnya ini jelas sekali membuktikan kepada kita betapa pincangnya amalan undang-undang di negara kita sebenarnya. Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk membawa perubahan dalam sistem pentadbiran negara. Bahkan ISA itu sendiri sepatutnya dihapuskan demi memberi keadilan kepada semua rakyat Malaysia. Kiranya akta itu terus dipertahankan maka selagi itulah amalan undang-undang negara kita akan ditertawakan oleh masyarakat antarabangsa].
|
| |
|
Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
|
|
| "Hina Islam, Kenapa Hukuman Terhadap Rosnah Mat Aris Dan Raja Petra Berbeza !!" | Login/Create an Account | 4 comments | Search Discussion |
|
| | The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content. |
|
|
|
No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
Re: Hina Islam, Kenapa Hukuman Terhadap Rosnah Mat Aris Dan Raja Petra Berbeza !! (Score: 1) by Mchinese on Thursday, October 02 @ 12:05:32 PDT (User Info | Send a Message) | kenapa? janganlah tanya kenapa. kenapa bapa anda bukan Mahathir yang kaya? kenapa bapa mentua anda bukan Pak Lah? Kenapa orang baik selalu rugi? kenapa kerajaan malaysia berdasar perkauman? kenapa kita miskin?
Banyak kenapa yang tak dapat di jawab. Keadilan sudah mati. Dunia akan kiamat. Jadi janganlah tanya terlalu banyak kenapa. |
|
|
Re: Hina Islam, Kenapa Hukuman Terhadap Rosnah Mat Aris Dan Raja Petra Berbeza !! (Score: 1) by ohlala on Thursday, October 02 @ 12:33:05 PDT (User Info | Send a Message) | senang je, Rosnah Mat Aris tak mengendalikan dan membongkar kebusukkan dan kejahatan pemimpin2 amno dalam salah 1 blog yg terpengaruh.
selepas pru 12 lagi dolah dah menyuarakan sakit hati dia pada penulis blog, terutama lepas raja petra bongkarkan misteri kes altantuya, lapuran perubatan saiful dll.
try dlm cara mahkamah tak jalan, senang tangkap je le.
kita bukan tak tau, pemimpin2 amno bukan peduli psl hina Islam tu, yg dia peduli nak jaga kedudukan dia supaya mereka terus berkuasa dan terus merompak harta negara ni. itu je
|
|
|
Re: Hina Islam, Kenapa Hukuman Terhadap Rosnah Mat Aris Dan Raja Petra Berbeza !! (Score: 1) by momok on Friday, October 03 @ 00:13:39 PDT (User Info | Send a Message) | | kerana RPK mengugat umno tapi rosnah mat aris tidak...so peduli apa umno nak ISAkan rosnah |
|
|
|
|