Ke Laman Tranung Kite Balik Semula Pada Paparan Utama Hantar Artikel Forum Borak Siber Jalinan Siber Fhoto Album Hubung Kami Detikdaily ...

   SALURAN BERITA ALTERNATIF ANDA     
Teladan  ·  Penulis  ·  TKOBlog  ·  KelabTKO  ·  e-Groups  ·  WebRTV  ·  Iklan  ·  TKO V8
Masuk/Login @ Daftar sebagai ahli baru

Modules
 Asas Laman
    · Home
    · Arkib Berita
    · Bahan Bersiri
    · Cetak Artikel
    · Forums
    · iklan
    · Private Messages
    · Search
    · Surveys
    · Video_Stream
    · webrtv

 Tambahan
    · Arkib 2005
    · GuestBook
    · Mega Links
    · Tempah Iklan
    · Peta Laman

 Peranan Anda
    · Hantar Aktiviti
    · Tambah Download
    · Tambah Links
    · Beritahu Kawan
    · Komen/Cadangan
    · Kaji Selidik
    · Catat GuestBook

 Ahli Berdaftar
    · Hantar Artikel
    · Akaun Anda
    · Mesej Peribadi
    · SMS Percuma

 Khidmat Kami
    · Download
    · Webs Link
    · Waktu Solat
    · Kalendar Aktiviti
    · Papar Shout Box
    · Web Video

 Radio & TV
    · TKO.fm
    · TKO.tv
    · WebTV1
    · WebTV2
    · KTV
    · WTV8
    · TVPAS
    · WebRTV

 Bantuan & Info
    · Dasar Kami
    · FAQ
    · Tips Webs

Akhbar Hari Ini
Perhatian : Sekadar baca sahaja, percaya? itu kena fikir dahulu.

Isnin, 1/12/2008

  Amaran banjir buruk di Pantai Timur
  Tanah runtuh, 2 beradik maut
  Soi Lek hiris hati Melayu
  Jangan bermain api - Pemuda UMNO
  Lucut gelaran Soi Lek, Mei Fun
  ‘Terikut-ikut rentak pembangkang’
  Tsu Koon: PULAU PINANG
  Salah menyatakan Malaysia adalah kerajaan Melayu?
  Mayat korban banjir ditemui terapung
  Pembekal dibenar simpan stok lebih
  Penduduk berang Perhilitan lepaskan 3,000 biawak
  Mayat mendiang Hema tiba dari Mumbai pagi ini
  MAS bawa balik 750 dari Bangkok
  AirAsia tambah dua lagi penerbangan ihsan ke Bangkok
  60 peratus produk kraf tangan akan dijual di Harrods
  Tiada cili merah
  Bantuan bina, baik pulih rumah naik
  Ibu rayu bantu suami, anak penyakit kronik
  Empat kakitangan perpustakaan maut
  Mayat mangsa bot karam ditemui
  Remaja mati lemas di lombong
  Pelajar UiTM pemenang terakhir Susun dan Menang
  Sembilan beranak diami rumah usang
  Sasaran sejuta ahli baru belia
  Zaid wajar dihukum -Tidak boleh dimaafkan
  Zaid wajar dihukum -Subang desak pecat
  Zaid wajar dihukum -UMNO tidak rugi apa-apa
  Zaid wajar dihukum -Tindakan akan dibincang
  Kredibiliti Anwar dipertikai
  Modal baru permainan politik PKR
  PPP ugut keluar BN jika tidak pinda ISA
  UMNO KT bincang calon minggu depan
  PKR minat Kuala Terengganu
  Bergilir-gilir ke Sarawak
  Hasrat PKR 'angan-angan Mat Jenin'
  Pulau Pinang tidak cadang ganti TKM1
  Menteri India letak jawatan
  Kafe Leopold's sasaran serangan dibuka semula
  Pelakon Britain ditahan disyaki militan
  Penumpang cari jalan lain
  Pertempuran di Karachi, 13 terbunuh, 70 cedera
  Jemaah Palestin dihalang ke Mesir
  Iraq-Iran tukar mayat tentera
  Kumpulan terakhir pengaman Malaysia pulang
  Korban keganasan meningkat 500 orang
  Rakyat India selar pemimpin politik
  Penunjuk perasaan diarah beredar
  India tingkat kawalan keselamatan
  Bush pantau perkembangan di India
  Lanun setuju bebas kapal kargo senjata Ukraine
  Pekerja asing buang mayat ibu di sungai, ditangkap
  Pakistan raih sokongan
  Kuan Yew selamat dibedah
  Sidang kemuncak ASEAN ditangguh Mac?
  Rusia, Venezuela setuju operasi tentera bersama
  Arroyo arah pindahkan rakyat Filipina
  Jepun urus pemindahan pelancong
  Sepanyol rancang hantar 3 pesawat

Ranking TKO
Rebutlah ranking ini... © 2004 Tranung Kite

Meja Online #
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: rosman11
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 21093

People Online:
Visitors: 184
Members: 0
Total: 184

@TKO..

hujah pengharaman yoga
Dilulus terbit pada Wednesday, November 26 @ 16:00:00 PST oleh TokBatin

Artikel Oleh sapphire

" Kepada semua pembaca yang selalu komen dan tak faham berkaitan kenapa yoga diharamkan boleh lihat artikel yang panjang di bawah ni yang dirujuk oleh para mufti sebelum membuat keputusan. Bukan senang2 majlis fatwa nak hukumkan yoga tu haram.

Cuma ayat al-Quran dan teks hadis dan arab tidak dapat disertakan kerana halaman ni x boleh nak baca tulisan dalam huruf arab

HUJAH PENGHARAMAN YOGA

Mohd Aizam bin Mas’od

Caw. Aqidah

Bah. Penyelidikan JAKIM


PENDAHULUAN

Kebelakangan ini, senaman yoga telah menjadi satu budaya baru dalam

masyarakat di negara ini bagi membina kesihatan mental dan fizikal. Senaman

yoga menurut pengamalnya didakwa boleh menghilangkan tekanan fikiran dan

perasaan di samping menyihat dan mencantikkan tubuh badan.

Sehubungan dengan itu, banyak pihak tampil ke hadapan untuk

mempersembahkan teknik-teknik beserta faedah senaman yoga. Sambutan

yang memberangsangkan daripada orang ramai termasuk umat Islam

menyebabkan bisnes berasaskan yoga telah menjadi semakin tersebar luas.

Iklan-iklan berkenaan yoga memenuhi laman-laman web, kedai-kedai buku,

artikel-artikel di dalam majalah serta penubuhan pusat-pusat latihan yang

mengendalikan senaman yoga.

Pusat-pusat latihan yoga didapati tumbuh dengan pesat di seluruh negara

seperti Jiva Yoga, Ancient Yoga Consulting (AYC), Yoga House, TallTree Yoga,

Isha Foundation, Surya Yoga Malaysia, Persatuan Yoga Malaysia, Sahaja Yoga

Malaysia dan lain-lain. Kebanyakan penganjur dan pengajar senaman yoga

terdiri di kalangan bukan Islam namun terdapat juga segelintir di kalangan umat

Islam turut terlibat dalam pengajaran yoga.

Dalam kepelbagaian teknik yoga yang dipersembahkan kepada orang ramai,

terdapat juga sesetengah yoga yang mempunyai unsur-unsur penyelewengan

aqidah yang jelas. Contohnya, kaedah yang dibawa oleh Sahaja Yoga Malaysia

adalah jelas boleh membawa kepada syirik dan pluralisme agama. Menurut

ajaran pengasas yoga ini, iaitu Shri Mataji Nirmala Devi, Sahaja Yoga mampu

menyatukan inti kepada semua agama. Dalam upacara yoga yang dilaksanakan

pula, pelajar diminta supaya menatap gambar wajahnya, serta menyebut dengan

sepenuh hati, “Ibu (gelaran bagi beliau), berikanlah aku kesedaran diri (selfrealisation)”.

Pertubuhan ini dilihat telah berjaya mengembangkan pusat-pusat

latihannya hampir ke seluruh negara.

Sesetengah yoga yang lain pula seperti yang dibawa oleh Talltree Yoga

mendakwa yoga ialah penyatuan tenaga tersendiri dengan tenaga yang berada

di luar iaitu tenaga alam sekitar. Bermakna yoga ialah koleksi teknik dan amalan

kerohanian bertujuan untuk menyepadukan pemikiran, badan, jiwa, emosi dan

kepercayaan.

Fenomena yoga yang dikatakan mampu mengambil alih tempat agama bagi

mengisi kekosongan jiwa dan rohani manusia ini telah melahirkan kebimbangan

kepada umat beragama. Sebagai contoh, pada tahun 2004, pemimpin Gereja

Roman Katolik telah memberi amaran kepada penganut agama Kristian supaya

2

berhati-hati terhadap senaman yoga yang dikatakan boleh mengikis amalan

ibadat menurut agama Kristian. BBC News melaporkan kenyataan berikut:-

The Roman Catholic Church has warned Christians against resorting to New

Age therapies to satisfy their spiritual needs. Publishing the results of a six-year

study of practices such as yoga, feng shui and shamanism, the Vatican said that

whatever the individual merits of such therapies, none provided a true answer to

the human thirst for happiness. New Age is a misleading answer to the oldest

hopes of man, Cardinal Paul Poupard1.


HAKIKAT YOGA

Definisi Yoga

Yoga ialah perkataan Sanskrit yang mempunyai banyak makna
2 . Ia berasal

daripada bahasa Sanskrit yuj, bermaksud mengawal, menyambung ataumenyatu3.

Yoga dari segi istilah ialah “union; kesatuan; ‘sambungan atau ‘kuk’roh individu dengan roh alam semesta; penyatuan dengan roh Ilahi4.

Sumber Ilmu Yoga

Pengajaran Yoga terdapat di dalam kitab suci agama Hindu ‘Bhagavad Gita’.

Nama 'Bhagavad Gita' bermaksud "lagu tuhan", dan
Bhagavat merupakan

gelaran Krishna. Dalam konteks Bhagavad Gita, perkataan ‘Yoga’ memerihalkan

satu pandangan bersatu, ketenangan fikiran, kemahiran bertindak, serta

keupayaan untuk mengekalkan penyesuaian dengan kemuliaan Diri (Atman),

dan yang mempunyai intipati yang sama dengan asas Kewujudan (Brahman).

Menurut Bhagavad Gita, tujuan hidup adalah untuk membebaskan fikiran dan

intelek daripada kerumitan masing-masing, dan untuk menumpukan kedua-dua

ini kepada kemuliaan diri melalui penujuan tindakan kepada Tuhan. Tujuan ini

dapat dicapai melalui yoga-yoga tafakur, tindakan, pengabdian, dan

pengetahuan. Gita memerihalkan bahawa Yogi yang terbaik ialah yogi yang

sentiasa berfikir dalam-dalam tentang Tuhan. Krishna meringkaskan Yoga dalam

lapan belas bab. Terdapat empat jenis Yoga iaitu Raja Yoga atau
Tafakur

Psikofizikal , Bhakti Yoga atau Pengabdian, Karma Yoga atau Tindakan TanpaMementingkan Diri

dan Jnana Yoga atau Pengetahuan Mengatasi Diri.

Setiap laluan berbeza, tujuan asas masing-masing adalah sama sahaja, iaitu

untuk menyedari bahawa: Brahman (Intipati Ketuhanan) merupakan kebenaran

tunggal, badan mempunyai batas waktu dan Tuhan Yang Maha Agung

(Paramatman) adalah tidak terhad.


Matlamat tertinggi yoga

Matlamat Yoga ialah untuk mencapai nirvana atau moksha iaitu pelepasan diri

daripada kitaran penjelmaan semula melalui kesedaran perpaduan dengan

kebenaran muktamad. Terdapat tiga peringkat dalam kesedaran diri yang

diberikan dalam Bhagavad Gita iaitu; Brahman: tenaga sejagat yang tidak

bersifat peribadi, Paramatman: Tuhan yang berada di pusat setiap hidupan,

Bhagavan: Tuhan sebagai satu personaliti, dengan bentuk transendental
5.

Falsafah yoga menurut agama bukan Islam

Falsafah yoga hampir diterima oleh semua agama, namun Islam tidak pernah

menerima falsafah yoga memandangkan Islam merupakan agama yang amat

mementingkan eksklusivisme iaitu perbezaan yang mendasar dalam soal-soal

yang berkaitan ketuhanan. Antaranya contoh penerimaan agama lain terhadap

yoga ialah seperti berikut:-

a) Yoga Hindu: Mengatakan bahawa kita boleh bersatu dengan Tuhan semasa

Roh masih ada dalam badan, semasa seseorang itu masih hidup di dunia

ini.
6 Selepas matinya seseorang itu dia akan hidup semula ke dalam jasad

lain. Keadaan ini berterusan sehingga sampai ke tahap suci yang layak

bersatu dengan Tuhan - Brahma). Jalan keluar daripada dukkha dan

samsara yang berterusan ini hendaklah belajar cara-cara mengamalkanYoga yang betul7.

b) Yoga Buddha: Hasil daripada pertapaannya, Gautama Buddha mendapat

Kegemilangan Rohaniah ( Enlightened ). Hasil daripada terlepas dirinya

daripada kenyataan hidup di dunia ini yang tidak lain daripada dukkha dan

samsara.

c) Yoga Yahudi: Yahudi juga menerima Yoga. Mereka menggunakan cara

yang sama seperti lahihan bernafas, membaca mantra dan melakukan

kedudukan badan yang berbagai digelar
Asana demi hendak mencapaisejenis keadaan kesedaran ( consciousness)8.

d) Yoga Kristian: Matlamat Yoga Kristian ialah “Kesatuan Roh dengan Tuhan”,

bererti Yoga sesuai dengan Kristian. Yoga Kristian mengatakan bahawa kita

bersatu dengan Allah selepas mati. Manakala Yoga Hindu mengatakan
bahawa kita boleh bersatu dengan Allah semasa Roh masih ada dalambadan, semasa seseorang itu masih hidup di dunia ini9.


Aspek fizikal yoga

Aspek fizikal di dalam amalan yoga digelar Asana Yoga. Enam contoh senaman

asana ialah seperti berikut:-a) Padmasana Seorang duduk bersela di atas lantai. Kaki kanan di atas peha

kiri dan kaki kiri di atas peha kanan. Tapak tangan di atas lutut kanan dan

tapak tangan kiri di atas lutut kiri. Ibu jari menyentuh jari telunjuk. Inilah di

antara yang dilihat di layar putih TV tempatan. Erti
Padmasana kedudukan

teratai. Di kalangan Hindu, bunga teratai adalah simbol keheningan,

kejernihan dan keyakinan diri. Bunga teratai juga menjadi simbol kepada

anggota kemaluan perempuan
10 . Padmasana merupakan imbangan yang

sempurna seperti bunga teratai terapung di atas air kolam yang tenang.

b)
Yuga-Mudra simbol sujud seseorang kepada Tuhan. Cara duduknya: Bersilasama seperti seperti duduk Padmasana. Tarik nafas dengan mendalam,

kemudian hembuskan. Tunduk perlahan-lahan ke hadapan sehingga dagu

dan mulut mencecah lantai. Dua belah lengan angkat ke atas, kedua belah

tangan berpegangan. Kekalkan dalam keadaan begitu seberapa lama yang

boleh tanpa menarik nafas, kemudian tarik nafas dan angkat badan perlahanlahan

sehingga tegak seperti kedudukan asal serta hembuskan nafas.
Yoga-

Mudra ini amat jelas melibatkan perkara agama atau ketuhanan.c)

Matsyasana- kedudukan ikan. Duduk sama seperti Padmasana juga.

Rebahkan badan ke belakang. Angkat dada ke atas supaya bahagian tengah

kepala dapat mencecah lantai. Tangan kanan memegang kaki kanan dan

tangan kiri memegang kaki kiri. Bernafaslah seperti biasa dan jangan ada

paksaan
11.d) Padmasana cara Gheranda Saniluta: Duduk bersila sama seperti Padmasana;

kedua tangan silangkan ke belakang dan pegang jari ibu kaki yang bersilang

itu dengan kuat ( jari ibu kaki kanan dengan tangan kanan dan jari ibu kaki kiri

dengan tangan kiri); tundukkan kepala sehingga sampai ke dagu serta

tekankan dagu itu ke dada serta mata melihat batang hidung’
12.

e) Vajraana: menyerupai duduk tasyahhud dalan solat Islam, punggung duduk diatas tumit dan peha di atas labu betis

13.

f) Garudasana – Garuda nama burung khayalan berkepalakan rupa manusia

tunggangan Tuhan Vishnu bila dia mahu naik ke langit. Vishnu sendiri

biasanya digambarkan dengan bunga teratai.14 Cara melakukan Garudasana

hendaklah berdiri tegak dengan sebelah kaki kanan memijak kuat di atas

lantai. Sekarang angkat kaki kiri, peha kiri jadi bersilang dengan peha kanan.

Belakang betis kiri dan kaki mebelit betis kanan “seperti akar membelit

pohon”. Cara yang sama dilakukan ke atas lengan, sebelah lengan membelit

lengan sebelah lagi. Tapak tangan menyentuh satu sama lain. Tangan terletak

di hadapan muka. Kedudukan kaki dan tangan hendaklah bertukar ganti.15

Lima jenis senaman yoga yang lain ialah seperti berikut:-

a)
Hatha Yoga, Ha ertinya matahari dan tha ertinya bulan. Dengan pengertian

menyatukan matahari dan bulan melalui jalan pernafasan. Hatha Yoga inisemata-mata mengenai badan fizikal kita. Ini bererti

Hatha Yoga bermaksud

menguasi pemikiran kita melalui cara pernafasan tertentu. Menyedut nafas ke

paru-paru digelar puraka; menahan nafas dalam paru-paru digelar kumbhaka

dan menghembuskan nafas dari dalam paru-paru digelar rerchaka. Cara

menamalkannya: Tutup lubang hidung kanan dengan ibu jari kanan; tarik

nafas perlahan-lahan (
puruka); ulang beberapa kali; lepaskan ibu jari dan

tutup lubang hidung kiri dengan jari tengah dan jari manis; lakukan sedutan

dan hembusan nafas beberapa kali sama seperti yang dilakukan sebelumnya.

Pranayama tertentu (pernafasan tertentu):Tutup lubang hidung kanan dengan

ibu jari kanan; tarik nafas perlahan-lahan; tutup lubang hidung kiri dengan jari

tengah dan jari manis; lakukanlah
kumbhaka (simpan nafas dalam paru-paru);

hembuskan nafas perlahan-lahan; tarik nafas semula; tutup dengan ibu jari;

lakukan
kumbhaka; jatuhkan jari; hembus nafas perlahlan-lahan. Amalan inibertujuan menguasai pernafasan digelara pranayama Hatha Yoga. Ini

diperingkat permulaan, boleh diulangi amalan seperti ini berberapa kali

sesuka hati.Amalan seperti ini ada bahayanya kecuali jika dilakukan dengan

cara sederhana yang ketat. Ada aliran lain yang seakan dengan Hatha Yoga

digelar
chakra ( pusat )16. Hatha Yoga ini bertujuan mendapatkan kesegaran dan kesihatan sebagai sokongan kepada Asana Yoga yang mempunyai

tujuan yang sama. Selepas Hatha Yoga diikuti dengan Karma Yoga17.

b) Karma Yoga ialah Yoga sebab musabbab. Karma Yoga melatih hidup tidak

mementingkan diri, berkhidmat untuk umat manusia, kepada masyarakat dan

negara di mana anda berada
. Dari Karma Yoga kita mempelajari

bagaimanakah cara kita melawan sifat tama’ dan mementingkan diri sendiri.

Kita tuai atau petik buah daripada pokok yang kita tanam. Karma Yoga

adalah latihan penyucian diri. Melalui meditasi mengangkatkan darjat kita ke

darjat tertinggi. Hasil daripada latihan ini hati kita menjadi lembut yang

melayakkan kita kepada mengamalkan Bhakti Yoga18.

c) Bhakti Yoga ialah Yoga Ibadat, atau Yoga Cinta Ilahi. Dengan ini terbukalah

akal dan hati kepada martabat Kehidupan Tertinggi, mengajar kita beribadat

kepada Tuhan.
Karma dan Bhakti Yoga ini disatukan lalu melahirkan tenaga,

kemahuan dan kekuatan Mental. Dari sinilah Raja Yoga menarik kita ke jalanmenguasai daya fikiran, melalui proses mengira

muhasabah diri menaikan darjat kita ke darjat Kuasaan Rohaniyah (Psychic Powers). Bhakti Yoga ialah

Yoga Devotion (Ibadat) atau Yoga Kecintaan kepada Tuhan dengan

menyerahkan diri dengan sepenuhnya kepada Tuhan, Yoga seorang Faqir,

atau seorang sederhana bersahaja, dan inilah namanya Bhakti19. Bhakti Yoga

ialah hubongan Yogin dengan Allah melaui cinta, ta’at dan menyerah diri

(
Bhakti )20.d) Jnana Yoga Bila sampai ke tahap ini, kita sudah layak memeriksa diri

dengan minda yang terlatih dan daya yang tinggi melakukan konsentrasi

terhadap apakah Hikmat Manusia Ada Di Dunia ini, Kesatuan segala-gala

(
Unity of Allah Things; Wahdat al-Wujud atau Allah ialah segala-gala ), serta

lain-lain masalah; meneliti secara umum alam dunia di mana kita berada,

bagaimanakah evolusi manusia sehingga boleh sampai ke tahap di mana

sekarang kita berada dan pola kehidupan manusia mengikut arus masa

mendatang. Kajian seperti ini digelar
Jnana Yoga, Yoga Pengetahuan21.

e) Raja Yoga membawa kita kepada Mutlaq ( Absolute, Tuhan, God, Allah,

Ultimate Reality) melalui concentration dan meditation. Raja Yoga atau Yoga

Diraja, laluan pencapaian. Manakala Yoga-yoga yang lain itu hanyalah

persediaan belaka. Dicantumkan semuanya itu menjadi laluan hingga ke

matlamat pencapaian Yoga Diraja ini.
Raja Yoga ialah kuasa mental, selaras

dengan meditasi, jasad mesti ikut fikiran dan bukan sebaliknya. Raja Yoga

membimbing seseorang pengamal Yoga (yogin) itu kepada mengalami

pencapaian
Samadhi ( bersatu ) tertinggi boleh bersatu dengan Mutlaq(Allah)22.

Kaitan senaman yoga dengan agama Hindu boleh disimpulkan seperti berikut: -

a) Padmasana merupakan imbangan yang sempurna seperti bunga terataiterapung di atas air kolam yang tenang.

Bunga Teratai di kalangan Hindu

adalah simbol keheningan, kejernihan dan keyakinan diri. Bunga teratai

selalunya digambarkan dengan Tuhan Vishnu.

b)
Garudasana senaman garuda. Nama burung khayalan yang menjadi

tunggangan Vishnu ketika mahu naik ke langit.

c)
Bhakti Yoga ialah Yoga Ibadat, atau Yoga Cinta Ilahi dengan ini terbukalah

akal dan hati kepada martabat Kehidupan Tertinggi, mengajar kita beribadat

kepada Tuhan.

d)
Jnana Yoga, (Yoga Ma’rifat) Jnana Yoga bertukar daripada perkara zahir

dunia kepada batin yang ada dalam diri kita.

e)
Raja Yoga atau Yoga Diraja, membimbing seseorang pengamal Yoga (yogin) itu kepada mengalami pencapaian Samadhi (bersatu) tertinggi boleh bersatu

dengan Mutlaq (Allah).


Kesimpulan kaitan senaman yoga dengan Hinduisme

Yoga bukan senaman badan
asana semata-mata. Senaman Yoga tidak lengkaptanpa meditasi yang melibatkan fikiran. Meditasi (tumpuan fikiran semata�� ke alam

rohaniah) bermatlamatkan bersatu dengan Roh Alam (Tuhan), seperti tersebut di

atas.

Terdapat banyak risalah yang menerangkan bagaimanakah cara-cara mengamal

dan melakukan
Asana Yoga. Semuanya ini dengan tujuan dapat bersatu denganroh alam. Di antaranya sebelum melakukan Asana Yoga, tiga perkara perlu dipatuhi

iaitu:-

a) melakukan dan menguasai cara-cara bernafas (bukan lagi seperti cara

bernafas biasa sehari-hari.

b) berdoa, temasuk menyebut kalimah suci
OM atau AUM dan

c) bermeditasi. (Semua tiga perkara a, b dan c ini dengan cara agama Hindu).

Cara meditasi utama di kala hendak mengamalkan yoga ialah kosentrasi pada satu

titik. Ini mungkin merupakan perkara fizikal, seperti titik cahaya di dinding, atau

memusatkan perhatian mata kepada batang hidung sendiri, atau boleh jadi satu

buah fikiran, atau Kewujudan Tuhan sendiri. Semua fikiran-fikiran yang bertaburan

dan perhatian yang berselerak jadi tersusun rapi ditujukan kepada maha satu.

Tujuannya ialah supaya boleh dikuasai, boleh dihapuskan atau, semua fikiran-fikiran

yang bercelaru, sama ada datangnya daripada pancaindera atau kesedaran batin

diikat-sekat dengan melakukan konsentrasi. Pengamal yoga sebenar mengamalkan

konsentrasi ini ke atas satu titik pada bila-bila masa, dan terhapuslah kecelaruan

fikiran.

Melalui disiplin ini sebenarnya seorang yogi (pengamal yoga) bermujahadah hendak

membebaskan fikiran daripada belenggu kebendaan deria agar dapat mencapai

samadhi – bersatu dengan tuhan Brahma – lalu menjadi satu.
23 ‘Brahman (Allah)

ialah segala-gala dan Atman (zat maha batin setiap individu) ialah Brahman’; diri

alam semesta maha tinggi dengan Tuhan”.24

DALIL DAN HUJAH

Kewajipan umat Islam memelihara aqidah daripada segi niat, perkataan dan

perbuatan

Dalil :

 

“Wahai orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul, janganlah kamu

membatalkan amalan-amalan kamu”. (Surah Muhammad: 33)


Hujah :

Ayat ini memerintahkan supaya umat Islam tidak mempersia-siakan segala

amalan kebaikannya dengan sengaja membiarkan diri terjebak ke dalam

perbuatan syirik. Menurut Imam al-Razi, perkara yang membatalkan amalan di

sini ialah melakukan kesyirikan. Ia berdasarkan firman Allah: “Sekiranya kamu

melakukan syirik, maka gugurlah amalan kamu” (Surah al-Zumat: 65)
25 .

Melakukan senaman yoga tanpa sebarang kefahaman mendalam tentang aqidah

Islam, dikhuatiri boleh membawa kepada syirik kerana yoga mempunyai

matlamat penyatuan diri manusia dengan tuhan.

“Wahai orang beriman, masuklah ke dalam Islam keseluruhannya, janganlah

kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, sesungguhnya dia bagi kamu ialah

musuh yang nyata”.(Surah al-Baqarah: 208)

Hujah :

Menurut Dr. Sayyid Tantawi maksud mengikuti langkah-langkah syaitan di dalam

ayat ini iaitu :

“Satu amaran bahawa syaitan banyak mendorong manusia melakukan kejahatan

selangkah demi selangkah, peringkat demi peringkat sehingga menjadikan

(manusia) itu jinak lalu menyerangnya tanpa sebarang keraguan lagi, demikian

itu berlaku bagi sesiapa yang diirnya telah dipengaruhi oleh syaitan lalu

dilalaikan oleh Allah SWT. Orang berakal ialah yang menjauhkan diri daripada

setiap godaan dan bisikan syaitan. Sesungguhnya dosa yang kecil boleh menjadi

besar dan sesiapa yang duduk berdekatan kawasan larangan dikhuatiri akan

terjatuh ke dalamnya”
26 . Oleh itu, meninggalkan pengamalan yoga itu lebih

selamat kerana ditakuti pengamalan yoga boleh membawa kepada ikutan

terhadap ajaran Hinduisme yang sama sekali bercanggah dengan aqidah.


Perintah supaya umat Islam istibra’ (berlepas diri) daripada peribadatan

agama lain

Dalil :

Bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! Aku

tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu

menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara

kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi

kamu agama kamu dan bagiku agamaku”.

Hujah :

Menurut Imam Ibn Kathir surah ini merupakan surah al-bara’ah (pelepasan diri)

daripada amalan yang diamalkan oleh orang musyrikin. Ayat tiga yang

bermaksud
“Dan tidaklah aku menyembah apa yang kamu sembah” bermakna

aku tidak beribadat dengan ibadat kamu iaitu tidak mengambil jalan itu dan

mengikutinya, sebaliknya aku menyembah Allah s.w.t. berdasarkan cara yang

disuruh dan diredhainya. Manakala ayat empat yang bermaksud
“Dan tidaklahkamu menyembah apa yang aku sembah” bermakna kamu tidak mengikut

perintah-perintah Allah s.w.t. dan syariat-Nya dalam beribadat bahkan kamu

telah mereka-reka sesuatu daripada diri kamu sendiri.

Ianya bersamaan dengan firman Allah s.w.t. dalam surah Yunus ayat 41:

 

Bermaksud: “Dan sekiranya mereka membohongi kamu maka katakanlah bagiku

amalanku dan bagi kamu amalan kamu, (ibadat) kamu tidak berkaitan dengan

amal (ibadat) ku dan aku berlepas diri dengan segala (ibadat) yang kamu

kerjakan.”

Begitu juga dengan ayat 15 surah al-Syura:

Yang bermaksud: “Bagi kami amal (ibadat) kami dan bagi kamu amal (ibadat)

kamu.” Yang bermakna kami berlepas diri daripada (ibadat) kamu.
27Oleh kerana

yoga berasal daripada unsur-unsur peribadatan di dalam agama Hindu, maka

amat wajar umat Islam untuk berlepas diri (istibra’) daripada amalan ini bagi

memastikan keimanan mereka benar-benar terjamin di sisi Allah SWT.


Larangan menyerupai perbuatan ibadah agama lain

Dalil :

 

Daripada Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa menyerupai

(bertasyabbuh) dengan suatu kaum, maka ia termasuk di kalangan mereka.

(Riwayat Abu Daud, no. 3512)

Hujah :

Menurut Ibn Taimiyah hadith ini dengan jelas menyebut tentang larangan

menyerupai orang kafir dalam hal berkaitan syiar agama mereka. Sedangkan

yoga adalah termasuk daripada sebahagian syiar ibadat agama Hindu. Beliau

menukilkan pandangan seperti berikut:-

“Imam Ahmad dan selainnya telah berhujah dengan hadith ini, dan hadith ini

ialah serendah-rendah keadaan yang mengandungi pengharaman menyerupai

mereka (kuffar) sebagaimana firman Allah “sesiapa yang mengambil mereka

sebagai pemimpin maka orang itu termasuk golongan mereka” ianya sama

dengan pandangan Abdullah ibn ‘Amru: sesiapa yang menetap di bumi orang

musyrikin, melakukan perayaan Nairuz dan pesta mereka lalu menyerupai

mereka sehingga mati, ia dibangkitkan bersama mereka pada hari Qiyamah. Ini

boleh difahami dengan maksud penyerupaan secara mutlak, maka ia membawa

kekufuran. Namun ia juga bermaksud pengharaman terhadap penyerupaan

sebahagian yang demikian. Boleh jadi juga ia mengandung makna ia

(penyerupa) serupa dengan mereka pada kadar yang menyamai sahaja.

Sekiranya kekufuran atau kemaksiatan atau syiar (agama) yang ditirunya maka

hukumnya adalah sama”28.


Menyekat jalan-jalan kerosakan / kebinasaan (sad al-zara’i‘)

Menggunakan Kaedah Usul Fiqh: Sadd al-Zara’i’ ($% &! ')

Ia adalah perkara-perkara yang pada zahirnya harus tetapi dibawa dengannya

kepada perbuatan haram. Makna sadd al-zara’i’: Menyekat alat dan jalan-jalan

kerosakan bagi menyekat kerosakan sekiranya perbuatan yang selamat

daripada kerosakan menjadi jalan kepada kerosakan
29.

Hujah :

Kaedah sadd al-zara’i‘ perlu dilakukan ke atas senaman yoga kerana didapati

senaman ini ialah salah satu aktiviti utama untuk mencapai matlamat asal yoga

iaitu penyatuan diri dengan tuhan. Menurut Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, jalanjalan

itu terbahagi kepada beberapa jenis. Perbuatan dan perkataan yang

menuju kepada kerosakan itu dua bahagian. Pertama, peletakannya itu memang

untuk menuju kepada kerosakan, zahirnya tiada maksud yang lain. Kedua,

peletakannya itu bagi perkara yang harus atau sunat, tetapi ia diambil sebagai

jalan kepada yang diharamkan sama ada dengan niat atau tanpa niat. Kemudian

jalan-jalan ini juga terbahagi kepada dua bahagian. Pertama hendaklah kebaikan

perbuatannya lebih kuat daripada kerosakannya. Kedua, hendaklah

kerosakannya lebih kuat daripada kebaikannya. Kesimpulannya, jalan-jalan itu

terbahagi kepada empat bahagian. Pertama, jalan yang diletakkan untuk menuju

kepada kerosakan semata-mata. Kedua, jalan yang diletakkan harus tetapi

ditujukan untuk sampai kepada kerosakan. Ketiga, jalan yang harus, tidak diniat

untuk menuju kepada kerosakan tetapi ia menjadi sebab terjebak kepada yang

haram pada kebiasaannya dan kerosakan lebih kuat daripada kebaikannya.

Keempat, jalan yang harus dan boleh jadi menuju kepada kerosakan tetapi

kebaikannya lebih kuat daripada kerosakannya
30.

Penggunaan senaman yoga untuk kesihatan semata-mata termasuk di dalam

kategori jalan yang ketiga iaitu jalan yang harus, tidak diniat untuk menuju

kepada kerosakan tetapi ia menjadi sebab terjebak kepada yang haram pada

kebiasaannya dan kerosakan lebih kuat daripada kebaikannya. Walaupun

pengamal yoga mendakwa mereka mendapat manfaat daripada mengamalkan

yoga tanpa sebarang unsur-unsur keagamaan luar, namun jalan tersebut

dikhuatiri boleh menjejaskan aqidah mereka secara sedikit demi sedikit. Paling

kurang iaitu berlakunya penyerupaan terhadap perbuatan ibadat agama Hindu

walaupun dilakukan tanpa sebarang niat. Sedangkan mudarat aqidah lebih besar

daripada kebaikan manfaat kesihatan. Malah kesihatan fizikal mampu diperolehi

walaupun bukan melalui senaman yoga.


Matlamat untuk memelihara kesihatan tidak boleh menghalalkan cara

Kaedah Syar’iyyah : Matlamat tidak menghalalkan cara

Hujah :

Bagi tujuan memelihara kesihatan dan perubatan, Islam menegah umatnya

daripada menggunakan jalan atau perkara yang diharamkan. Para ulama

bersepakat bahawa menggunakan perkara yang diharamkan untuk perubatan

adalah dilarang31. Ia berdasarkan beberapa hadith Nabi SAW:

“Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhan kamu pada apa yang

diharamkan ke atas kamu”. (Riwayat al-Bukhari)

“Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat, dan menjadikan

setiap penyakit ada ubatnya, maka berubat lah dan jangan kamu berubat dengan

perkara yang haram”. (Riwayat Abu Daud)

Hanya dalam keadaan tertentu yang disifatkan sebagai darurat (terdesak) kerana

tiada lagi jalan atau perkara yang halal menurut pakar perubatan, maka pada

ketika itu harus bagi umat Islam menggunakan jalan atau perkara yang haram

(sekadarnya sahaja) untuk tujuan perubatan dengan syarat mendapat nasihat

pakar perubatan muslim yang dipercayai.

Oleh itu, melakukan senaman yoga pada hakikatnya bukanlah suatu bentuk

keadaan yang darurat, sebaliknya di sana terdapat pelbagai bentuk terapi fizikal

yang boleh menenangkan minda dan tubuh badan. Malah al-Qur’an sendiri

merupakan ayat-ayat yang mampu memberikan ketenangan kepada jiwa muslim

yang mengalami kegelisahan dan ketidaktenteraman.

Di samping itu, yoga juga merupakan suatu bentuk senaman yang boleh

membawa kepada hukum syubhat kerana percampuran antara amalan fizikal

yang mengandungi unsur Hindu dengan yang hanya melibatkan fizikal sematamata.

Dalam hal ini Nabi SAW mengarahkan umat Islam meninggalkan perkaraperkara

syubhat kerana ia dikhuatiri terjerumus melakukan yang haram. Sabda

Nabi SAW:

“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya

terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh

orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah

menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam

perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan.

Sebagaimana penggembala yang menggembalakan hewan gembalaannya

disekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan

memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan

Allah adalah apa yang Dia haramkan”. (Riwayat Bukhari)


FATWA ULAMA DAN INSTITUSI ISLAM BERKENAAN YOGA

Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura

“Yoga adalah antara perkara-perkara bid'ah yang digolongkan ke dalam bid'ah

dhalalah (
(+,). Ia mengandungi unsur-unsur agama Hindu.

Segala perkara yang mengandungi unsur-unsur syirik dan boleh merosakkan

kepercayaan (iktikad) seperti yang menganjurkan kepada persemadian kepada

yang bukan mengingati Allah adalah dilarang dan hukumnya haram”
32.

Fatwa Dar al-Ifta’ Mesir

 

“Bahawa pergerakan senaman semata-mata yang bermanfaat bagi tubuh atau

sebahagian anggota badan, tidak salah dan tidak haram tetapi ini tidak

dinamakan yoga. Bahawa apa yang disandarkan kepada nama ini (yoga)

semestinya dikaitkan dengan konsep ‘guru’ (mursyid), konsep cakra (titik-titik

pusat) dan konsep ‘energi’ (tenaga tertinggi), semuanya ini konsep-konsep yang

berkaitan dengan keberhalaan dan kesyirikan. Adapun hanya pergerakan

semata-mata maka ia tidak dinamakan dengannya (yoga). Pemaksaan

seseorang untuk menamakan pergerakan-pergerakan badan ini sebagai yoga

tidak harus dari segi syara’. Ia termasuk dalam bab menamakan sesuatu dengan

bukan namanya yang boleh menatijahkan penghalalan atau pengharaman

sesuatu, dan ia telah pun ditegah. Rasulullah SAW bersabda: ”Akan ada

manusia di kalangan umatku yang meminum arak yang mereka gelarkan bukan

dengan namanya”. Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abi Malik al-

Asy’ari r.a. Dalam riwayat al-Darimi daripada ’Aisyah r.a.h. menyebut: ”Mereka

menamakannya dengan selain namanya lalu menghalalkannya (arak)”.

Pandangan Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi

“Dan sesiapa yang mengamalkan senaman yoga – iaitu latihan pergerakan

tubuh – dan tidak terlintas di fikirannya unsur penyembahan, tidak juga untuk

mengikuti golongan penyembah berhala, tidak juga menyerupai mereka, maka

yang lebih selamat dan lebih berhati-hati ialah menjauhkan diri daripada

menyerupai mereka, lebih-lebih lagi setelah mengetahui bahawa asal-usul

senaman yoga yang mempunyai unsur keberhalaan, sebagai beramal dengan

hadith: “Tinggalkan apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak

meragukan”. Malah Islam telah melarang tegas sebarang penyerupaan dengan

penyembah berhala walaupun hanya dari segi supa dan bentuk. Oleh sebab itu

Islam telah menegah solat pada waktu terbit matahari dan ketika tenggelamnya,

kerana penyembah matahari menyembah matahari pada kedua-dua waktu ini.

Tidak diragukan lagi bahawa larangan daripada solat pada kedua-dua waktu

tersebut ialah sebagai menyekat jalan-jalan kerosakan walaupun ia tidak terlintas

di benak orang yang solat untuk menyembah matahari atau menghadap ke

arahnya di dalam solat”.

Fatwa Ustaz Mas’ud Sobri (Islamonline)

“Hukum syara’ bagi melakukan senaman ini boleh disimpulkan seperti berikut:

Sesiapa yang mengamalkan yoga dan mempercayai yoga sebagai satu

kepercayaan yang meningkatkan kerohanian dan diri, menyerupai aqidah agama

Hindu, maka mengamalkannya adalah haram. Manakala sesiapa yang

melakukan senaman yoga sebagai satu jenis senaman semata-mata yang tiada

kaitannya dengan aqidah, maka hukumnya ialah harus berasaskan kepada asal

yang telah diletakkan oleh jumhur fuqaha’: Bahawa asal setiap sesuatu itu harus

sehingga terdapat nas yang mengharam, diringi pula dengan niat seseorang

yang melakukannya, sebagaimana yang berlaku ke atasnya kebanyakan hukum

berdasarkan sabda Rasulullah SAW, ”Bahawasanya setiap amalan itu dengan

niat, dan setiap orang berdasarkan apa yang diniatkannya”. Sebagaimana Islam

mendapati banyak amalan tradisi kemasyarakatan seperti perkahwinan dengan

pelbagai jenis. Lalu Islam membatalkan kesemuanya dan mengekalkan apa

yang dimaklumi oleh ramai hingga ke hari ini iaitu (kebiasaan) seorang lelaki

menuntut anak gadis daripada bapanya dan lain-lain bentuk tradisi

kemasyarakatan dalam perkahwinan yang telah dikekalkan oleh Islam.

Berdasarkan apa yang diterangkan sebelum ini, tidak mungkin dihukumkan

haram ke atas pengamalan yoga, sekiranya yoga itu hanya senaman secara

jasmani semata-mata, yang tiada kaitannya dengan aqidah”.


Pandangan Fatwa Islamweb.net

Yoga bukanlah hanya senaman badan semata-mata tetapi ianya ialah ibadah

yang dihadapkan oleh pelakunya kepada matahari selain daripada Allah SWT.

Ianya tersebar ke seluruh India sejak zaman dahulu. Nama asal bagi senaman

ini dalam bahasa Sanskrit (sastanja surya nama sakar). Bermaksud sujud

kepada matahari dengan lapan titik di tubuh. Bermula latihan-latihan yoga

dengan kedudukan pertama yang menggambarkan penghormatan kepada yang

disembah iaitu matahari. Latihan-latihan ini semestinya diiringi dengan sejumlah

daripada lafaz-lafaz yang dengan jelas menyebut tentang penyembahan

matahari dan menghadap ke arahnya.

Dan sekiranya ditanya: Adakah harus beramal dengan latihan-latihan ini tanpa

menghadap ke arah matahari dan melafazkan ucapan-ucapan yang disebutkan

(mantera)? Jawapannya: Bahawa sekiranya latihan-latihan ini terlepas daripada

kalimah-kalimah keberhalaan dan menghadap ke arah matahari serta tunduk

dan hormat kepadanya, ianya tidak dinamakan yoga. Sebaliknya ia adalah

senaman mudah yang dilakukan oleh kesemua bangsa, maka tiada larangan

untuk melakukannya ketika itu, di samping memelihara dua perkara berikut:-

a) Menyalahi susunan posisi-posisi yang disebutkan dalam yoga serta

memasukkan sesetengah posisi-posisi yang baru ke atasnya bagi

mengelakkan unsur penyerupaan.

b) Tidak melakukannya pada waktu yang digalakkan oleh agama Hindu

melakukannya seperti pada waktu terbit matahari”.


Keputusan Panel Kajian Aqidah JAKIM

Kertas berkenaan yoga telah dibentangkan di dalam mesyuarat PKA sebanyak

tiga kali oleh Y. Bhg. Prof. Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim dan Urusetia JAKIM.

Kali pertama ia dibentangkan pada mesyuarat PKA kali ke-31 bertarikh 20

Disember 2005, kali kedua pada mesyuarat PKA kali ke-35 bertarikh 19 Jun

2007 dan kali ketiga pada mesyuarat PKA kali ke-37 bertarikh 13-15 Mei 2008.

Kesemua mesyuarat memutuskan bahawa amalan yoga adalah bercanggah

dengan Islam dan secara tidak langsung mempromosikan ajaran Hindu.

Mesyuarat PKA kali ke-31 juga antara lain mengesyorkan supaya senaman lain

seperti taichi boleh dijadikan sebagai senaman alternatif kepada yoga kerana

ianya tidak mempunyai falsafah tertentu di sebaliknya.


Keputusan Fatwa Kebangsaan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam

Malaysia yang bersidang pada 22-24 Oktober 2008 telah memutuskan setelah

mengkaji dan meneliti hujah-hujah serta pandangan-pandangan yang berkaitan

yoga maka, ahli muzakarah berpandangan dan berpendapat bahawa senaman

yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu sejak sebelum masihi lagi yang

menggabung amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan

bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya,

penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan

boleh merosakkan aqidah seseorang muslim.

Oleh ahli muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk

amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan

bertentangan dengan syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa

unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan.

Namun demikian, masyarakat Islam diingatkan wajib berhati-hati dan

berwaspada daripada perkara-perkara yang boleh menghakis aqidah seseorang

muslim. Seperti yang kita sedia maklum, perkara-perkara yang boleh menghakis

aqidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut:-

a) Kepercayaan atau keyakinan di hati

b) Menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah

c) Perbuatan

Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat

Islam wajib memelihara aqidah mereka daripada terhakis.
"

 
Artikel Hari Ini

Alahai Pramugari MAS, Penerbangan Haji Bertudung, Penerbangan Biasa Buang Tudun

Hello Tamil, Lu Apa Tunggu Lagi?

Antara dua nilai

E-book Detik-detik Hidupku - Imam Hassan Al Banna telah terbit!

Perang MCA-UMNO II: Ong Tee Keat vs Mukhriz

Cara segera atasi stress

Penguasaan Bahasa Inggeris: Satu Formula

Kontrak Sosial

Tok Guru Nik Abdul Aziz tiada pengganti? Masalah besar ini!

Cina masuk Islam kerana dengar nasyid Melayu ini!

[ Artikel seterusnya.. ]

Login
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.

Related Links
· More about Artikel
· News by TokBatin


Most read story about Artikel:

Kakitangan TV3 : Dulu khalwat sekarang berbikini

Berita Murtad Dato Azhar Mansor

Hati Budi Hadhari: Telefon Satelit & Najib Razak Yang Berbohong

Pengalaman Masuk Dalam Kaabah

Sedikit Kisah Remaja Melayu Murtad

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Options

 Printer Friendly Cetak Artikel

 Send to a Friend E-Mel kpd Kawan


"hujah pengharaman yoga" | Login/Create an Account | 6 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: hujah pengharaman yoga (Score: 1)
by BangAliKapaiSeng on Thursday, November 27 @ 11:12:31 PST
(User Info | Send a Message)
GUA BANYAK SOKONG SAMA LU wakgenjer,100%



Re: hujah pengharaman yoga (Score: 1)
by wakgenjer on Wednesday, November 26 @ 21:51:38 PST
(User Info | Send a Message)

Salam. Saya setuju dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) berkenaan hukum yoga. Malah semua fatwa yang dikeluarkan oleh MFK terhadap apa juga isu yang berkaitan dengan Islam mesti kita terima dan patuhi kerana ia berkaitan dengan halal haram dan juga membabitkan akidah. Cuma yang ingin saya komen atau ulas ialah apakah yang berlaku seterusnya selepas fatwa itu dikeluarkan? Adakah tugas MFK  hanya mengeluarkan fatwa sahaja? Kalau hanya itulah tugas MFK adakah fatwa itu boleh menambahbaik akhlak umat Islam seluruhnya?

Sebagai contoh, JUDI ADALAH HARAM dan di setiap premis perjudian terpampang papantanda mengatakan judi itu haram bagi orang Islam atau disisi Islam. Tapi cuba kita perhatikan siapakah yang terlibat secara langsung dengan judi di premis judi tersebut? Siapakah yang membeli nombor ekor? Bukankah orang Melayu yang berugama Islam yang banyak menjadi pembeli nombor ekor. Begitu juga dengan arak dan lain-lain kemungkaran, orang-orang Islamlah yang ramai terbabit. Kenapakah tidak dihapuskan sahaja premis perjudian dan arak itu? Judi dan arak itu untuk siapa? Semua agama melarang penganutnya berjudi dan minum arak. Jadi, judi dan arak itu di "halalkan" di Malaysia untuk siapa? Berapa ramai agaknya rakyat Malaysia yang tidak beragama? Ia bukan sahaja patut diharamkan, tapi patut dihapuskan terus kerana arak dan judi tidak memberi apa-apa kebaikan. Ini cuma sebagai contoh.    


Kalau cuma mengeluarkan fatwa dan fatwa akan tinggal sebagai fatwa tidak membawa apa-apa erti. Sebagai umat Islam saya merasa kecewa kerana ilmuan Islam terutama Mufti, alim ulamak dan mereka yang diberi kuasa hanya bijak berhujah tapi takut bertindak.

............Apabila kamu MELIHAT kemungkaran hendak kamu cegah dengan tangan kamu. Jika tidak mampu, cegahlah dengan lidah kamu (dengan kata-kata) dan jika tidak mampu juga cegahlah dengan hati (dengan doa dan membenci kemungkaran itu) dan yang hanya mampu mencegahnya dengan hati, menunjukkan selemah-lemah iman. 

Jadi, kalau setakat keluarkan fatwa tetapi langkah pencegahan melalui penguatkuasaan dan hukuman tidak mampu dilakukan, apa ertinya fatwa itu. Ia akan cuma jadi bahan ketawa dan gurauan. Kalau beginilah halnya saya berpendapat umat Islam di Malaysia akan hilang hala tuju dan hidup dalam kecelaruan walau sebanyak mana sekalipun fatwa dikeluarkan.  

Kalau kita mahu menyelamatkan umat Islam dari kemungkaran dan kehancuran, kita bukan sahaja perlu mengeluarkan fatwa tetapi lebih dari itu kita mesti bersedia dan berani melakukan tindakan dan langkah-langkah pencegahan. Bukan sekadar mengharamkan sesuatu dan menulis artikel yang panjang lebar seperti di atas. Walaubagaimanapun ia tetap memberi maklumat kepada kita. Akhir sekali, yoga memang patut diharamkan kepada umat Islam dan umat Islam mesti memahaminya dan tidak mempertikaikannya . Sekadar pandangan ikhlas. Terima kasih. 
  




Re: hujah pengharaman yoga (Score: 1)
by akujamin on Wednesday, November 26 @ 22:21:59 PST
(User Info | Send a Message)
Saya setuju umat Islam diharamkan beryoga kerana semuanya jelas bercanggah dgn aqidah Islamiyah.
Syabas Majlis Fatwa.teruskan usaha2 murni itu.Jangan mundur.Kalau perlu ujudkan perdebatan terbuka dgn puak2 kuffar dan fasik lagi munafik tu bagi menjelaskan kedudukan isu tersebut..



Re: hujah pengharaman yoga (Score: 1)
by theshadowzz on Thursday, November 27 @ 00:31:37 PST
(User Info | Send a Message)
Pengharaman yoga perlu diperjelaskan secara ilmiah dan hikmah... masyarakat kita bukannya mcm budak kecik lagi, ramai org anggap yoga mcm senaman dan riadah.. begitu juga judo, taekwondo, tai chi dan sebagainya..

kene explain dgn jelas di media massa secara detail.. supaya mereka faham.. bukannya bat spekulasi dan sebagainya.. saya sendiri pun masih kabur yoga ni mcm mana sbb x pernah masuk join pun.. tetapi saya faham artikel ini menjelaskan scr ilmiah dan merupakan satu pengetahuan baru... ini bagus dan spttnya diwar-warkan dulu kpd umum..

dan terakhir... sediakan alternatif ummat Islam... misalnya silat atau senaman yang lebih mudah utk menggantikan yoga..

just my2cent



Re: hujah pengharaman yoga (Score: 1)
by DPermai on Thursday, November 27 @ 07:33:06 PST
(User Info | Send a Message)
Ada hikmah di sebalik pengharaman tsb esp pada yg terlibat: 1) Guru2 Islam yg mengajar yoga tu kena tanya Dr Masitah lah ttg kerja lain . Juga pusat2 yg dikendali/dimiliki org Islam, tanya juga beliau, mungkin bole ditukar pada tempat majlis ilmu (setakat ni ana tak de idea nak bantu). 2) Ttg pengunjung2 Islam yg attend kelas yoga tu, ana bole cadangkan cara2 lain nak sihat. Malah dapat tenang lagi insyaAllah. Ok la, u all suka bersenam kan? Mmg bagus, apa kata cari tempat2 jogging di taman2 bunga, sambil tu hirup udara segar, atau pi tepi pantai, sambil2 jogging, sambil melihat kebesaran Allah...lepas tu, u singgah mana2 masjid..buat solat2 sunat (klu waktu pagi macam2 solat sunat u bole buat). (U bole mandi, salin baju kat masjid, lepas tu u masukkan kat tabung masjid duit yg u biasa bayar kat pusat2 yoga u, niatkan atas ibu bapa, diri & keluarga dll, atau u salurkan duit tu kat mana2 tempat yg memerlukan).(Yuran yoga mesti mahal kan?) Cuba lah..& rancanglah jadual begitu berterusan, jadikan program tetap hingga akhir hayat (bole namakan progm 'senam2 cari masjid' ke, atau 'jom mai masjid' atau 'jalan2 cari masjid', apa2 la.. apabila keluar beriadah waktu pagi , waktu cuti hujung minggu dgn keluarga, atau pi bercuti mana2. InsyaAllah, (syaratnya perlu sabar, istiqamah, niat yg betul) u akan dapat nikmat, kepuasan dalaman & ketenangan yg (tak tau nak cakap..u cuba lah). Dlam pada tu berjinak2lah dgn majlis ilmu, sbb nak buat sesuatu yg mendatangkan pahala mesti ada ilmu kan? dan dapatlah kita membezakan mana2 yg Allah suruh & Allah larang. Kan Allah tu yg menjadikan kita, Dia dah sediakan modul camne nak sihat dll.. Masa tu u akan rasa sangat2 bersyukur kerana pengharaman tsb, dan betapa kasih sayang Allah, wlu pada peringkat awal u rasa pahit & susah nak terima. (ps/ penampilan mesti Islamik - tutup aurat! Selamat!)


               
Letupan Bom

Sila Klik
28 Dis - Benazir Bhutto (21 Jun 1953 - 27 Disember 2007) telah terbunuh dalam serangan berani mati dalam satu rali perarakan parti..
Rintihan..

Sila Klik
30 Dis - Solat hajat diperkarangan kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu...
Punk Hadhari..

Sila Klik
1 Jan - Pakaian dan stail diorang kat bawah ni jenis apa? Punk ke, Gothik ke, Skinhead ke? Susah beb gua nak menjawab... Inilah Terengganu Bestari!
Kerajaan tetap zalim...

Sila Klik
26 Sept - Hari ini bermula jam 12 tgh, rakyat berkumpul di Masjid Jamek, KL utk menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan kerajaan Malaysia menggunakan ISA..

* Klip pada pada paparan gambar untuk melihat lebih banyak lagi gambar menarik...


REFORMASI
Tranung Kite
Laman M@rhean
Detikdaily
Buletin Online
klpost.com
Jiwo Kelete
Bukit Besi OnLine
Pemuda Wilayah
Jasin Daily
Pemuda BukitKatil
Kedahlenie..!!
no2 umn0
Utara Online
Siasahdaily
PORTAL
Kampus Negara
Pemuda Seremban
Mahasiswa Kini
ar-Romli
DarulBayan
I Luv Islam
Terjah
Statesman
Buletin Purnama
Sabah Kita
Politic Today
Rakan Usrah
Kelate Kito
Tranung Lening
ANALISIS ISU/BERITA
Tarmizi Mohd Jam
Kopitiam Bang Nan
Pink Turtle
Ahli Parlimen PAS
A.M.K.NS.
Perisik Rakyat
Rozmal Malakan
Republik kata
Go Malaysia
BLOGGER
Roslan SMS Corner
Amin Iskandar @ Black
...penarik beca
A L- H U S S E Y N
Amdang 81
Ketua Perusuh
Tun Telanai
Faisal Tehrani
Ibnu Hasyim
Merah Tinta
Ibrahim Baba
Fudzail
Cucu Mat Kilau
Anak Bapa
Cikgu Nuri’s Online
Drs Idham Lim
Attakiri
Abu Ayysah
Suhaimi Taib
Redhuan D. Oon
Jed Yoong
Aktivis Nora
Dr. Hj. Hamirdin
Malaysia Waves
Sofi Wahab
Telahan Politik
Aduka Taruna
Blues Whereha
Nik Abdul Nik Aziz
Suhaizan Kayat
jahilGoBlog
Edyesdotcom
Bulan Penuh 2012
Lagenda Buta
Orang Klawang
Tok Pijat
Zahid Yusof
Taranama
Boneka, Penyu & SPR
Dr. Lo\' Lo\'
Jamaludin Md Isa
Helang Jagat
Meli Kapak Jangak
Hishamuddin Rais
Che Kamala
Rusli Islam
Ahmad Fadhil
Eddie Putra
Amirulreza
Rosli Salem
Tempe Goreng
Sokong PR
Janggut
Wan Nordin Yaacob
LAWAN ARUS
Tun Dr Mahathir
UMNO-Reform
Kadir Jasin
Sang Kelembai
Arah Kita
Rockys Bru
Screenshots
Mahaguru58
Kuda Kepang
Kickdefella
Jawatankuasa Ad-Hoc
Kuda Ranggi
Putera Maya
TAK AKTIF
Kelantankini
Ukhwah.com
Seberan
Adnan Ibrahim Al-Binjari
Media Islam
Ekonomi Islam
Akan dikeluarkan...
AKHBAR
Harakah Daily
Suara KeAdilan
Malaysiakini.com
Agenda Daily
Malaysia Today
Bernama
Utusan Melaysia
Berita Harian
Harian Metro
Berita RTM
The Star
The Star Melayu
Malaysia Insider
Sinar Harian
Kosmo
Siasah
Wasilah Online
Newskini
WEBBLOG POLITIK
Apa Ada Pada Nama
Mai Bincang-bincang
Pemuda Insaf
Al Banjari
Kamarudin Sidek
Desa Kerayong
Peghelih La...
Lord Azaab
Ilham Najmi
nakmarah...marahlah!
Barisan Untuk Rakyat
ASAM lambunau
Hashim Habeed
Ilmuan
Cenangau
Minta 5 Minit
Tawan Pekan
Tak Gedebe
Penawar Rindu
Beras Terpilih
Kuda Trojan
Seri Iskandar
Warta Nasional
Kembara Salik
PakNgah 70
Jendela Hikmah
Pemuda PAS Sura
Hasbullah Pit
syifa arjuna
..harapan tidak buta
In Deep tots
Forum Maya Intelek Muda
Selangor Today
Wartawan Rasmi LR
Hikayat Putera Batu
Alahai-Apa-Ni
Lot 250
Pengembara Jalanan
Anak Bapak
An Nasru
Harapan Baru
Ustaz Muktar
Mejoh
Silembiks
Talkjanz.com
Anak Kecil Main Api
FadhilNor & Rakan
Dr Speaker
WEBBLOG CP
Bukan Kerana Nama
Mohd Nasir
Tau Takpe
Kerabu Bersuara
Harapan Malaysia
Berfikir Dengan Waras
Barisan Rakyat
Demi Membela Islam
Skuad Batu Caves
WEBBLOG UMUM
Fikir2 Renung2
Jiwa Kita Merdeka
Ikan Pekasam..
Hembusan
Rampai Seri
Kereta Mayat
Syakur Ibrahim
Zulzaidi
Bangkit Dgn Sebuah Cita
SetiapKejadiahBerhikmah
Fi Thorikillah
Harisfadila.com
Unpublished Notes
Kami Perihatin
HalimIslam
Maliki Xp Blog
Sosialis Kanan
Ikatan Ilmu
Runtuh Kebatilan
Peduli Rakyat
Malaysia Tanah Air Ku
bawean termenung
Topeng Sakti
Ibnu Mustafa
WEBBLOG B.I.
My Game
Juctice4all Kuantan
Pakatan Rakyat
729 NO ISA
Kata Tak Nak
Angin Perubahan
KakiBlog
Harism Ibrahim
Barking Magpie
FORUM @ e-GROUPS
Forum Gerak Reformasi
Guru Reformasi Online
Forum UMNO-Reform
Halaqah.Net
Shoutus Syabab
E-Minda Kita
IZ Forum Cak
Forum Al-Tawbah
PARTI POLITIK
Parti Islam Se-Malaysia
Pemuda Pas Pusat
Dewan Muslimat Pusat
Dewan Ulamak Pusat
Pas Kelantan
Pas Kedah
PAS Negeri Sembilan
Pas Penang
PAS Melaka
DPP Kelantan
DPP Johor
DPP N9
PAS Bukit Bendera
PAS Johor Bahru
Pas Jelebu
PAS Bangi
Pas Subang
Pas Batu
PAS Bakri
PAS Parit Buntar
DPP Padang Serai
DPP Pasir Gudang
DPP Wangsa Maju
DPP Kuala Trg
DPP Sik
DPP Demit
DPP Kemaman
DPP Pengkalan Chepa
DPP Rompin
DPP Putrajaya
DPP Lumut
DPP Padang Besar
DPP Jerantut
DPP Muadzam Shah
DPP Besut
DPP Jempol
DPP Maran
MTD Guchil
MTD Peramu Jaya
MTD Tg Lumpur
MTD Pulau Tawar
MTPD Sura
Dar At-Tarbiyyah
CP Bandar Bukit Mahkota
Pemuda PAS Rasa
Pemuda PAS Jln Yadi
Lajnah Pekerja
KeAdilan Rakyat
Angkatan Muda KeAdilan
Keadilan Johor
AMK P. Pinang
KeAdilan Sri Gading
Keadilan Batu
AMK Batu
DAP
PERTUBUHAN/NGO
P.U.M.
Aliran
Suaram
Fomca
Muslim Consumer
Darul Izzah
Halal Jakim
Amal Malaysia
Jabatan Amal
PASTI Kelantan
Tunas Islam
Nisa W. Persekutuan
Nisa Negeri Sembilan
Nisa Pekan
BERSIH
Bersih N9
GERAK
Pemuda Bersamamu
Skuad Waja Terengganu
MAMPAT
GAMIS
Khidmat Meru
PIMPINAN
PIMPINAN PAS
Nasharudin Mat Isa
Husam Musa
Mustafa Ali
Mohamad Sabu
Dr. Mohd Hatta
Haji Mahfuz
Mahfuz Omar II
Khalid samad
Dr. Syed Azman
Ust. Ahmad Awang
Dr. Lo Lo
Iskandar Abdul Samad
Drs. Khalil Idham Lim
Ustaz Nasir Zakaria
Dr. Halimah Ali
Subky Latif
Herman Samsudeen
Adly Zahari
Azizi Abdullah
Aiman Athirah Al Jundi
PIMPINAN PKR
Anwar Ibrahim
Azmin Ali
Tian Chua
Zulkifli Noordin
CheguBard
YB Fuziah Salleh
YB Mohammad Fairus
PIMPINAN DAP
Lim Kit Siang
KM - Lim Guang Eng
MP @ ADUN
N17 Gombak Setia
P99 Ampang
N19 Bukit Antarabangsa
Hulu Langat
N18 Bukit Payung
MP Kapar
Adun Titi Serong
Adun Chempaka

Semua YB Pakatan...
WEBSITE/LINK BARU..
Malayadaily
Al Brangi
Beras Melaka
PAS Caw. Shah Alam 2
Perak Bersatu
AMK Serdang
Betul Ka?
Abu Bahsyir Al Muqry
Pahang daily
Gaya Peneroka
Ustaz Amin
DPP Pertaling Jaya Sel
Jabatan Amal 2
Pemuda Pengkalan Chepa
Pancak Bicara
Lanh14
Rencana Rakyat
Cili Merah
Hati Sufi
Tukul Besi
Bumi Perak
Anak Reformasi
al-Futhuhat
Sabahdaily
AUDIO & VIDEO
WebRTV PAS
Terengganu Kini
WTV8 Altenatif
TV PAS
TVceramah
MyKuliah.Com
Grapes Nasyid
Siput Online
Pesan Untuk Umat
Amal Makrof
Hoh..?
Keadilan TV
TKOdaily
Kelab Greenboc
WorldTV
TV Utara
Kuliah Mazhab Akidah
Debat parlimen
Video Politik
Media Rakyat
Kuliah.net
Thinking Of Life
Malayaku
You Ceramah
TV Pakatan Rakyat
BICARA AGAMA
Ust Nasrudin
Zaharuddin.Net
Ustaz Muda
Ilmu & Ulama
Mesra Rakyat
The Rise Of Islam
Al-Bakistani
Al-Ahkam
SaifulIslam.Com
Harun Yahya
Jarum Emas
Tasek Pauh
Shamatun
Surau 2Faber
Sapaan Makrifat
Selak
Anda Tanya Saya Jawab
Isu Semasa Islam
Warisan Nabawi
Sampaikan Satu Ayat
Darul Mujahidin
Dr. Mohd Asri
Kebenaran Dari Allah
Ummah Online
Santapan Minda Pejuang
Ustaz Azhar Idrus
Akidah Alul Haq
Raja Ahmad Mukhlis
LUAR NEGARA
Republika Online
Kompas Cyber Media
Al Jazeera (English)
Al-Sofwah.or.id
Khalifah.com
Kavkazcenter.com
Al Manhaj
Majalah Ummi
Pattani Darulsalam
DUNIA ISLAM
Satu Umat
Al Muslimin
Suara Anak Muda
UMUM/LAIN-LAIN
Zulkiply Harun
Quran Online
Quran Flash
Laman PendidikanMY
Portal Pendidikan
Laman Emjay
Lowyat Net
Health Tips
Aiman Ku
Pondok AnNur
Nusa Mahsuri
Grafik Photoshop
Pondok
Karyawan Perak
Karya Cipta
DuniaICT
Pasir Puteh
Al-ahnaf Khat
Dunia Rossem
JARINGAN
Jaringan A Athoullah
My Jalinan
Sabilillah
Skoodeng
Calon & Blognya
Link Pas Sana-sini
Sopo Sentral
Shidinar Net
Mega link (link-link yang lain)
* Link laman yang dipaparkan adalah yang aktif sahaja.
Laman tidak dikemas kini lebih daripada sebulan akan dikeluarkan secara automatik..
[Untuk yang lain-lain sila klik Mega Link atau Link Pilihan pada atas Homepage ini]

 
PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKD

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN)

Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan.
(Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)


©1422 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
E-mel :
tranung2006@yahoo.com atau Webmaster : tranungkite@hotmail.com

Lot 3672, Bangunan PAS Kawasan Dungun,
Kg. Pak Sabah, 23000 Dungun, Terengganu.
Tel/Faks : 09-848 5001

All logos and trademarks in this site are property of their respective owner.
The comments are property of their posters, all the rest © 2005 by me.
You can syndicate our news using the file backend.php or ultramode.txt
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi.