Ke Laman Tranung Kite Balik Semula Pada Paparan Utama Hantar Artikel Forum Borak Siber Jalinan Siber Fhoto Album Hubung Kami Detikdaily ...

   SALURAN BERITA ALTERNATIF ANDA     
Teladan  ·  Penulis  ·  TKOBlog  ·  KelabTKO  ·  e-Groups  ·  WebRTV  ·  Iklan  ·  TKO V8
Masuk/Login @ Daftar sebagai ahli baru

Modules
 Asas Laman
    · Home
    · Arkib Berita
    · Bahan Bersiri
    · Cetak Artikel
    · Forums
    · iklan
    · Private Messages
    · Search
    · Surveys
    · Video_Stream
    · webrtv

 Tambahan
    · Arkib 2005
    · GuestBook
    · Mega Links
    · Tempah Iklan
    · Peta Laman

 Peranan Anda
    · Hantar Aktiviti
    · Tambah Download
    · Tambah Links
    · Beritahu Kawan
    · Komen/Cadangan
    · Kaji Selidik
    · Catat GuestBook

 Ahli Berdaftar
    · Hantar Artikel
    · Akaun Anda
    · Mesej Peribadi
    · SMS Percuma

 Khidmat Kami
    · Download
    · Webs Link
    · Waktu Solat
    · Kalendar Aktiviti
    · Papar Shout Box
    · Web Video

 Radio & TV
    · TKO.fm
    · TKO.tv
    · WebTV1
    · WebTV2
    · KTV
    · WTV8
    · TVPAS
    · WebRTV

 Bantuan & Info
    · Dasar Kami
    · FAQ
    · Tips Webs

Akhbar Hari Ini
Perhatian : Sekadar baca sahaja, percaya? itu kena fikir dahulu.

Isnin, 1/12/2008

  Amaran banjir buruk di Pantai Timur
  Tanah runtuh, 2 beradik maut
  Soi Lek hiris hati Melayu
  Jangan bermain api - Pemuda UMNO
  Lucut gelaran Soi Lek, Mei Fun
  ‘Terikut-ikut rentak pembangkang’
  Tsu Koon: PULAU PINANG
  Salah menyatakan Malaysia adalah kerajaan Melayu?
  Mayat korban banjir ditemui terapung
  Pembekal dibenar simpan stok lebih
  Penduduk berang Perhilitan lepaskan 3,000 biawak
  Mayat mendiang Hema tiba dari Mumbai pagi ini
  MAS bawa balik 750 dari Bangkok
  AirAsia tambah dua lagi penerbangan ihsan ke Bangkok
  60 peratus produk kraf tangan akan dijual di Harrods
  Tiada cili merah
  Bantuan bina, baik pulih rumah naik
  Ibu rayu bantu suami, anak penyakit kronik
  Empat kakitangan perpustakaan maut
  Mayat mangsa bot karam ditemui
  Remaja mati lemas di lombong
  Pelajar UiTM pemenang terakhir Susun dan Menang
  Sembilan beranak diami rumah usang
  Sasaran sejuta ahli baru belia
  Zaid wajar dihukum -Tidak boleh dimaafkan
  Zaid wajar dihukum -Subang desak pecat
  Zaid wajar dihukum -UMNO tidak rugi apa-apa
  Zaid wajar dihukum -Tindakan akan dibincang
  Kredibiliti Anwar dipertikai
  Modal baru permainan politik PKR
  PPP ugut keluar BN jika tidak pinda ISA
  UMNO KT bincang calon minggu depan
  PKR minat Kuala Terengganu
  Bergilir-gilir ke Sarawak
  Hasrat PKR 'angan-angan Mat Jenin'
  Pulau Pinang tidak cadang ganti TKM1
  Menteri India letak jawatan
  Kafe Leopold's sasaran serangan dibuka semula
  Pelakon Britain ditahan disyaki militan
  Penumpang cari jalan lain
  Pertempuran di Karachi, 13 terbunuh, 70 cedera
  Jemaah Palestin dihalang ke Mesir
  Iraq-Iran tukar mayat tentera
  Kumpulan terakhir pengaman Malaysia pulang
  Korban keganasan meningkat 500 orang
  Rakyat India selar pemimpin politik
  Penunjuk perasaan diarah beredar
  India tingkat kawalan keselamatan
  Bush pantau perkembangan di India
  Lanun setuju bebas kapal kargo senjata Ukraine
  Pekerja asing buang mayat ibu di sungai, ditangkap
  Pakistan raih sokongan
  Kuan Yew selamat dibedah
  Sidang kemuncak ASEAN ditangguh Mac?
  Rusia, Venezuela setuju operasi tentera bersama
  Arroyo arah pindahkan rakyat Filipina
  Jepun urus pemindahan pelancong
  Sepanyol rancang hantar 3 pesawat

Ranking TKO
Rebutlah ranking ini... © 2004 Tranung Kite

Meja Online #
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: rosman11
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 21093

People Online:
Visitors: 32
Members: 0
Total: 32

@TKO..

Berani Mahathir sahkan Mukhriz tidak rasuah?
Dilulus terbit pada Sunday, November 30 @ 15:40:36 MYT oleh TokBatin

Artikel Pilihan Oleh Ahmad lutfi Othman

 Politik wang, "istilah sopan" untuk gejala rasuah dalam pemilihan Umno diakui sudah mencapai tahap paling parah, namun bagi majoriti rakyat Malaysia ia tidak lebih sekadar satu isu basi yang hanya hangat dibincangkan setiap tiga atau empat tahun sekali.

Walaupun didedahkan, misalnya hanya untuk menjadi ketua bahagian sahaja ada calon yang menghabiskan puluhan juta ringgit, masyarakat umum tidak lagi terkejut dengan "perangai jelik orang Umno itu".

Malah, ramai yang senyum sinis (menahan muak) mendengar pelbagai penegasan pimpinan tertinggi Umno bagi memerangi politik wang yang sudah mendarah-daging seluruh tubuh parti berkenaan. Terbaru, bakal Presiden Umno, Najib Razak dari Lima, Peru mengakui usaha menangani rasuah dalam Umno tidak mudah dan memakan masa panjang untuk mengatasinya.

"Saya percaya ada beberapa langkah tambahan yang boleh kita lakukan untuk membanteras politik wang dalam politik," tambah Najib selepas menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Apex, 24 Nov lalu. Soalan yang pasti menyusul: Apakah Najib ada kredibiliti untuk bercakap soal korupsi atau salahguna kuasa?

Sewaktu media riuh-rendah dengan lakonan tidak menjadi pemuka-pemuka Umno mengganyang politik wang, para perwakilan, sama ada untuk persidangan penuh, Pemuda, wanita, hatta Puteri, sudah mengira berapa banyak habuan yang bakal diraih. Ada yang membekalkan nombor akaun bank supaya mudah urusan "transaksi" nanti.

Penggiat jentera kempen pula siap menghitung bajet, dengan segala kos operasi, bagi menghadapi "pusingan kedua' yang lebih mendebarkan, selepas "kuda" mereka dapat melepasi kuota pencalonan yang ditetapkan. Ramai petugas sepenuh masa telah dikenal pasti untuk menggerakkan kempen.

Apabila semakin ramai calon yang dapat bertanding, atau membuka ruang membatalkan persetujuan awal peralihan kuasa - seperti dalam kes pertandingan ketua wanita - maka peluang perwakilan untuk mengutip laba kian terbuka.

Harus diingat, mereka yang terpilih sebagai perwakilan bahagian ke persidangan agung pun sudah "banyak melabur" sebelum mendapat status istimewa G7 (selain pemegang utama jawatan di peringkat bahagian yang terpilih secara automatik) yang bakal menjadi buruan calon-calon, menjelang pemilihan Mac 2009.

Ya, bayangkan saja, selepas lebih 20 tahun (percubaan Anwar Ibrahim menentang Ghafar Baba pada November 1993 berakhir dengan kemenangan percuma selepas penyandang, Ghafar hanya mendapat tujuh pencalonan) jawatan timbalan presiden Umno bakal direbut tiga calon yang "tebal poketnya", Muhyiddin Yassin, Mohd Ali Rustam dan Muhammad Muhd Taib.

Hampir semua perwakilan Umno "merindui" kehangatan kempen untuk jawatan berprestij itu, yang "datangnya tidak selalu, mungkin ini kali pertama dan terakhir semasa menjadi perwakilan".

Bagi Pemuda, persaingan antara Mukhriz Mahathir, Khairy Jamaluddin dan Dr Mohd Khir Toyo pastinya menelan belanja yang cukup tinggi. Malah, saya kira, ia mungkin membabitkan wang paling banyak dalam sejarah pemilihan sayap kanan Umno itu. Jawatan ketua pemuda merupakan posisi strategik untuk mana-mana pemimpin Umno melangkah lebih jauh, di samping dapat membentuk rangkaian pengaruh lebih mantap, seperti pernah ditunjukkan Anwar dan Najib.

Walaupun Dr Mahathir Mohamad adalah tokoh paling lantang mengecam budaya jijik sogokan membeli undi dalam pemilihan Umno, beliau sendiri tentu sukar untuk memberi jaminan bahawa anaknya langsung tidak terbabit dengan gejala buruk itu.

"Saya tak pasti, antara Mukhriz dan Khairy, siapa yang kurang membelanjakan wang dalam kempen nanti," kata seorang aktivis Pemuda Umno, yang mendakwa ketiga-tiga calon ketua pemuda itu sudah terjerumus dalam gaung rasuah. "Masakan Mukhriz mampu mendapat pencalonan paling tinggi ketika Khir Toyo dan Khairy dikatakan mengumpan perwakilan bahagian-bahagian dengan rasuah?" tambahnya.

Rasuah sememangnya jenayah paling sukar dibanteras kerana pelakunya payah untuk dibuktikan. Jarang orang yang menerima rasuah mahu ke hadapan menjadi saksi kerana mereka sudah menerima "nikmat" daripada jenayah itu.

Seolah-olah, dalam jenayah ini, berbeza dengan jenayah bunuh, curi, rompak atau rogol, tiada sesiapa yang terlibat dengannya menjadi mangsa. Perasuah mendapat manfaat dengan undi yang diperolehinya, manakala perwakilan yang menerima rasuah, "seronok-suka" dengan habuan yang diterimanya, walaupun masing-masing menyedari maksud sabda Nabi: "Penerima dan pemberi rasuah akan ditempatkan dalam api neraka."

Lebih malang, seperti pernah diungkapkan oleh Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS, kalangan pemimpin politik yang "dilihat menghayati agama pun terlibat dengan rasuah, walaupun mereka begitu menjaga amal ibadat lain, termasuk ibadat sunat".

Sebenarnya, mangsa daripada petaka buruk akibat berleluasanya rasuah dalam pemilihan Umno terlalu ramai. Justeru, seluruh rakyat yang menjadi mangsa aktiviti tidak berakhlak itu perlu bangun menunjukkan bantahan dan protes secara terbuka.

Ia bukan kegiatan eksklusif dalam Umno yang tidak memberi kesan kepada rakyat, seperti didakwa Syed Hamid Albar ketika pemimpin PAS Johor membuat laporan polis terhadap amalan rasuah membabitkan pemilihan Umno Kota Tinggi yang dipimpinnya.

Rakyat yang sedia menderita akibat tekanan kenaikan kos sara hidup terus menanggung keperitan dihimpit jenayah rasuah pemimpin Umno. Dari mana sumber calon-calon yang menghabiskan jutaan ringgit untuk merebut jawatan dalam umno itu, kalau bukan khazanah kekayaan negara, yang sepatutnya diagihkan secara adil dan merata buat rakyat?

Kos projek pembangunan meningkat berkali ganda, demi memenuhkan kantung penguasa dan deretan kroni mereka, yang kemudiannya "dilaburkan" kembali demi mengekalkan jawatan dan kedudukan.

Saya pernah mendedahkan di Harakah, begitu banyak projek yang terpaksa dinaikkan kosnya, hanya untuk mengagihkan "keuntungan atas angin" kepada pelbagai lapis "kontraktor', yang sebahagian besarnya adalah pemimpin Umno peringkat bahagian.

Masih saya ingat, ada projek menaikkan taraf sekolah, membabitkan kos RM200,000 setiap satu, untuk ratusan sekolah di seluruh negara, yang dibuat menjelang pilihan raya umum. Kontraktor hanya dibayar RM70,000 (35 peratus), manakala wang selebihnya RM130,000 dibahagi-bahagikan kepada "hantu-hantu politik". Angka 65 peratus untuk rasuah daripada kos projek itu adalah terlalu besar untuk ditampung oleh wang rakyat!

Itu secebis contoh kecil. Usah dikira projek berbilion ringgit yang dianugerahkan secara rundingan terus, dengan persen tertentu ditetapkan kepada Umno, dan diserahkan secara tunai di Putrajaya!

Hairan juga, Mahathir tidak pernah bersuara tentang gejala rasuah untuk membeli undi dalam setiap kali pilihan raya umum, bagi memenangkan BN sekali gus mengekalkan penguasaan majoriti dua pertiganya, yang menghanguskan wang rakyat dalam jumlah yang cukup besar dan menggerunkan! Korupsi itu bukan hanya membabitkan wang yang banyak, tetapi juga salahguna kuasa "kerajaan sementara" dan penyelewengan-penipuan SPR yang tiada taranya.

Apa pun, saya mendoakan agar peringatan Mahathir di bawah ini akan menjadi kenyataan, apabila rakyat, dalam pilihan raya akan datang, bersatu hati menolak parti dan calon pilihan raya yang rasuah: "Sesungguhnya kesan daripada tingkah laku calon-calon untuk jawatan dalam Umno dan juga ahli-ahli Umno yang tamak dan begitu bersedia untuk disogok sudah menjadikan Umno sebuah pertubuhan yang dipandang hina dan dibenci oleh rakyat samada Melayu, Cina atau India.

"Dengan mengetahui Umno terdiri dan dipimpin oleh perasuah, dengan anggapan bahawa siapa sahaja yang menjadi calon Umno dalam pilihan raya umum ke-13 akan terdiri daripada orang yang telah dicalonkan kerana rasuah, dipilih oleh pemimpin perasuah dari parti yang secara terbuka mengamal rasuah, apakah pengundi akan rela beri undi mereka kepada calon-calon Umno? Saya fikir tidak." _


 
Artikel Hari Ini

Alahai Pramugari MAS, Penerbangan Haji Bertudung, Penerbangan Biasa Buang Tudun

Hello Tamil, Lu Apa Tunggu Lagi?

Antara dua nilai

E-book Detik-detik Hidupku - Imam Hassan Al Banna telah terbit!

Perang MCA-UMNO II: Ong Tee Keat vs Mukhriz

Cara segera atasi stress

Penguasaan Bahasa Inggeris: Satu Formula

Kontrak Sosial

Tok Guru Nik Abdul Aziz tiada pengganti? Masalah besar ini!

Cina masuk Islam kerana dengar nasyid Melayu ini!

[ Artikel seterusnya.. ]

Login
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.

Related Links
· More about Artikel Pilihan
· News by TokBatin


Most read story about Artikel Pilihan:

Terbongkar. Rosmah Mansor pembunuh sebenar Altantuya?

Panas! Skandal Seks Menteri Homoseksual

Kekayaan Mahathir dan kroni

DATUK SERI NAJIB SAOLAH-OLAH KEPANASAN?.

22 ADUN BN Terengganu Letak Jawatan???

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Options

 Printer Friendly Cetak Artikel

 Send to a Friend E-Mel kpd Kawan


"Berani Mahathir sahkan Mukhriz tidak rasuah?" | Login/Create an Account | 13 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: Berani Mahathir sahkan Mukhriz tidak rasuah? (Score: 1)
by Al-Adbu on Sunday, November 30 @ 16:02:12 MYT
(User Info | Send a Message)
Salam...

Hanya segelintir sahaja pemimpin2 UMNO yang prihatin... Yang lain masih lagi lupa daratan....


Tukar sistem untuk atasi politik wang - Muhyiddin
29/11/2008 3:34pm

PETALING JAYA 29 Nov. — Dalam usaha membanteras politik wang dalam UMNO, Naib Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mencadangkan pemilihan pemimpin parti dibuka kepada kira-kira 100,000 pemimpin cawangan yang menghadiri persidangan bahagian masing-masing, dan bukannya terhad kepada 2,500 perwakilan pada perhimpunan agung parti itu.

“Saya mempunyai beberapa cadangan untuk mengatasi salah laku yang memberi pandangan negatif terhadap Umno. Satu daripadanya ialah membenarkan perwakilan mesyuarat bahagian untuk memilih pemimpin. Pada masa ini nasib pemimpin parti terletak dalam tangan 2,500 perwakilan yang dipilih ke perhimpunan agung.

“Walaupun ini memerlukan pindaaan perlembagaan Umno, saya rasa ia satu cara kita boleh menangani politik wang dalam parti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bengkel pengurusan dan pentadbiran Pemuda UMNO Pagoh di sini.

Beliau berkata sebagai contoh, bahagian Pagoh, yang diketuainya, mempunyai 444 pemimpin peringkat akar umbi yang mengundi untuk memilih pemimpin peringkat nasional, berbanding lima menggunakan sistem yang ada sekarang.- BERNAMA.




Re: Berani Mahathir sahkan Mukhriz tidak rasuah? (Score: 1)
by Bluewhale on Sunday, November 30 @ 16:37:40 MYT
(User Info | Send a Message)
Kalau 100,000 orang yang memilih maka rasuah menjadi bertambah besar untuk coop jumlah yang besar tu.. kalau seorang diberi RM500, maka 100,000 orang akan diberi RM50 juta.. Makin banyaklah wang rakyat yang disonglap..



Re: Berani Mahathir sahkan Mukhriz tidak rasuah? (Score: 1)
by masa_depan on Sunday, November 30 @ 16:37:47 MYT
(User Info | Send a Message)
Salam...

Hairan bin Ajaib... berita yang dikirim oleh al-adbu oleh Bernama mengenai saranan Muhyiddin tidak disiarkan di BHarian, NST ataupun the Star....



Re: Berani Mahathir sahkan Mukhriz tidak rasuah? (Score: 1)
by jung_mende on Sunday, November 30 @ 17:14:18 MYT
(User Info | Send a Message)

AKU AMAT TERUJA DGN TAJUK DIATAS.MCM BIASA AKU SUKE WAT KESIMPULAN DARI CORETAN DIATAS SPT BERTIKUT :-

1- MAHADIR SAHKAN MUKHRIZ TIDAK RASUAH.
2- PAK LAH SAHKAN KHAIRY JAMALUDDIN AL BERUK TAK RASUAH.
3- RAZAK BAGINDA PLAK SAHKAN NAJIB AL-MONGGOLI DAN BINI DIA ROSAMAH AL-ATTANTUYA BERSIH KONONNYA TAK TAU MENAHU KES ATTANTUYA YG DI BOM.

PENDEK CITER: NAK TAU SAH TAK SAH SESORANG TU BERSIH LAGI CLEAN SILA PERGI KE MAHKAMAH DAN KITA SELESAIKAN DISANA SECARA TELUS DAN ADIL BARU ORANG PANGGIL ADA 'batu '. GENG2 AMENU NI NAMPAK SGT PONDAN ATAU ' Tak Berbatu 'ATAU org UTARA KATA ' Tak Berteluq ' .HAHHAHAAA!!!




Re: Berani Mahathir sahkan Mukhriz tidak rasuah? (Score: 1)
by tokden on Sunday, November 30 @ 18:46:07 MYT
(User Info | Send a Message)

mamak puaka mengalah kan ku li dgn apa? pakai ayaq liuq ka? dah bapak rasuah, bapak pembohong lak tu...aku heran orang2 pas duk gila sgt dgn kenyataan dia pasal apa? macam lah mamak tu hebat sangat.




Re: Berani Mahathir sahkan Mukhriz tidak rasuah? (Score: 1)
by meesup on Sunday, November 30 @ 20:20:34 MYT
(User Info | Send a Message)
I pun sokong tok den......yg kita sebok sangat kata2 bapa rasuah tu buat apa....aku pun heran hampir separuh rakyat malaysia sebok pasai org tua ni pada hal dia bukan ahli umno, bekas PM rahsuah, Bekas Pengutuk No1 PAS, Bekas pemberi arahan tembak air kuning , Bekas Penguna ISA ....

I dari dulu hingga sekarang paling menyampah......



Re: Berani Mahathir sahkan Mukhriz tidak rasuah? (Score: 1)
by abanghensem on Sunday, November 30 @ 20:29:24 MYT
(User Info | Send a Message)
sama ngan aku........ kalau mamak padiyappa ni cakap aku malas nak layan sangat.....



Re: Berani Mahathir sahkan Mukhriz tidak rasuah? (Score: 1)
by lelakidicermin on Sunday, November 30 @ 21:14:54 MYT
(User Info | Send a Message)
tu hari aku tgk HUJAH tv 9....pensyarah dari UM tu cakap kalu nak perbetulkan UMNO kena buang satu generasi......mcmana GOLKAR buat kat indunesia.....AKU NI MENYAMPAH TGK UMNO.....TP APA YG PENSYARAH UM TU CKP BENAR BELAKA.....



Re: Berani Mahathir sahkan Mukhriz tidak rasuah? (Score: 1)
by asri67 on Sunday, November 30 @ 21:31:08 MYT
(User Info | Send a Message)
betul ka Mukhriz tak rasuah....??
dengor citer dia pun rasuah juga....!!!

AMno AMno

hmmmmmm



Re: Berani Mahathir sahkan Mukhriz tidak rasuah? (Score: 1)
by teropongkayu on Monday, December 01 @ 07:59:39 MYT
(User Info | Send a Message)
Untuk mengelakkan politik wang dari terus berlaku kita perlu kaji dari mana wang itu datang. Kebanyakan wang datang dari peratus serta mark-up yang tinggi yang diambil dari projek-projek tertentu. Mungkin juga dari permit-permit yang dikeluarkan. Mungkin juga dari tanah-tanah kerajaan yang dipohon dan dijual semula kepada pihak-pihak tertentu termasuklah rakyat asing terutamanya Singapura. Mungkin juga dari sogokan-sogokan dalam permainan business dan pelbagai cara lagi. Islam sudah tentu tidak membenarkan perkara-perkara sebegini. Kalau UMNO boleh kembali semula kepada Islam yang hakiki maka masalah ini akan dapat diatasi. Persoalannya bolehkah UMNO kembali kepada keadaan itu?



Re: Berani Mahathir sahkan Mukhriz tidak rasuah? (Score: 1)
by tempe_goreng on Tuesday, December 02 @ 21:13:49 MYT
(User Info | Send a Message)

Mokhzani boleh percaya ke tak tumpang sekaki dan mendapat laba hasil status bapanya sbg seorang PM dulunya, bekas PM, seorang bergelar Tun dan seorang negarawan di negara ini??



Re: Berani Mahathir sahkan Mukhriz tidak rasuah? (Score: 1)
by tempe_goreng on Tuesday, December 02 @ 21:14:11 MYT
(User Info | Send a Message)

Mokhzani dan Mukhriz boleh percaya ke tak tumpang sekaki dan mendapat laba hasil status bapanya sbg seorang PM dulunya, bekas PM, seorang bergelar Tun dan seorang negarawan di negara ini??


               
Letupan Bom

Sila Klik
28 Dis - Benazir Bhutto (21 Jun 1953 - 27 Disember 2007) telah terbunuh dalam serangan berani mati dalam satu rali perarakan parti..
Rintihan..

Sila Klik
30 Dis - Solat hajat diperkarangan kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu...
Punk Hadhari..

Sila Klik
1 Jan - Pakaian dan stail diorang kat bawah ni jenis apa? Punk ke, Gothik ke, Skinhead ke? Susah beb gua nak menjawab... Inilah Terengganu Bestari!
Kerajaan tetap zalim...

Sila Klik
26 Sept - Hari ini bermula jam 12 tgh, rakyat berkumpul di Masjid Jamek, KL utk menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan kerajaan Malaysia menggunakan ISA..

* Klip pada pada paparan gambar untuk melihat lebih banyak lagi gambar menarik...


REFORMASI
Tranung Kite
Laman [email protected]
Detikdaily
Buletin Online
klpost.com
Jiwo Kelete
Bukit Besi OnLine
Pemuda Wilayah
Jasin Daily
Pemuda BukitKatil
Kedahlenie..!!
no2 umn0
Utara Online
Siasahdaily
PORTAL
Kampus Negara
Pemuda Seremban
Mahasiswa Kini
ar-Romli
DarulBayan
I Luv Islam
Terjah
Statesman
Buletin Purnama
Sabah Kita
Politic Today
Rakan Usrah
Kelate Kito
Tranung Lening
ANALISIS ISU/BERITA
Tarmizi Mohd Jam
Kopitiam Bang Nan
Pink Turtle
Ahli Parlimen PAS
A.M.K.NS.
Perisik Rakyat
Rozmal Malakan
Republik kata
Go Malaysia
BLOGGER
Roslan SMS Corner
Amin Iskandar @ Black
...penarik beca
A L- H U S S E Y N
Amdang 81
Ketua Perusuh
Tun Telanai
Faisal Tehrani
Ibnu Hasyim
Merah Tinta
Ibrahim Baba
Fudzail
Cucu Mat Kilau
Anak Bapa
Cikgu Nuriís Online
Drs Idham Lim
Attakiri
Abu Ayysah
Suhaimi Taib
Redhuan D. Oon
Jed Yoong
Aktivis Nora
Dr. Hj. Hamirdin
Malaysia Waves
Sofi Wahab
Telahan Politik
Aduka Taruna
Blues Whereha
Nik Abdul Nik Aziz
Suhaizan Kayat
jahilGoBlog
Edyesdotcom
Bulan Penuh 2012
Lagenda Buta
Orang Klawang
Tok Pijat
Zahid Yusof
Taranama
Boneka, Penyu & SPR
Dr. Lo\' Lo\'
Jamaludin Md Isa
Helang Jagat
Meli Kapak Jangak
Hishamuddin Rais
Che Kamala
Rusli Islam
Ahmad Fadhil
Eddie Putra
Amirulreza
Rosli Salem
Tempe Goreng
Sokong PR
Janggut
Wan Nordin Yaacob
LAWAN ARUS
Tun Dr Mahathir
UMNO-Reform
Kadir Jasin
Sang Kelembai
Arah Kita
Rockys Bru
Screenshots
Mahaguru58
Kuda Kepang
Kickdefella
Jawatankuasa Ad-Hoc
Kuda Ranggi
Putera Maya
TAK AKTIF
Kelantankini
Ukhwah.com
Seberan
Adnan Ibrahim Al-Binjari
Media Islam
Ekonomi Islam
Akan dikeluarkan...
AKHBAR
Harakah Daily
Suara KeAdilan
Malaysiakini.com
Agenda Daily
Malaysia Today
Bernama
Utusan Melaysia
Berita Harian
Harian Metro
Berita RTM
The Star
The Star Melayu
Malaysia Insider
Sinar Harian
Kosmo
Siasah
Wasilah Online
Newskini
WEBBLOG POLITIK
Apa Ada Pada Nama
Mai Bincang-bincang
Pemuda Insaf
Al Banjari
Kamarudin Sidek
Desa Kerayong
Peghelih La...
Lord Azaab
Ilham Najmi
nakmarah...marahlah!
Barisan Untuk Rakyat
ASAM lambunau
Hashim Habeed
Ilmuan
Cenangau
Minta 5 Minit
Tawan Pekan
Tak Gedebe
Penawar Rindu
Beras Terpilih
Kuda Trojan
Seri Iskandar
Warta Nasional
Kembara Salik
PakNgah 70
Jendela Hikmah
Pemuda PAS Sura
Hasbullah Pit
syifa arjuna
..harapan tidak buta
In Deep tots
Forum Maya Intelek Muda
Selangor Today
Wartawan Rasmi LR
Hikayat Putera Batu
Alahai-Apa-Ni
Lot 250
Pengembara Jalanan
Anak Bapak
An Nasru
Harapan Baru
Ustaz Muktar
Mejoh
Silembiks
Talkjanz.com
Anak Kecil Main Api
FadhilNor & Rakan
Dr Speaker
WEBBLOG CP
Bukan Kerana Nama
Mohd Nasir
Tau Takpe
Kerabu Bersuara
Harapan Malaysia
Berfikir Dengan Waras
Barisan Rakyat
Demi Membela Islam
Skuad Batu Caves
WEBBLOG UMUM
Fikir2 Renung2
Jiwa Kita Merdeka
Ikan Pekasam..
Hembusan
Rampai Seri
Kereta Mayat
Syakur Ibrahim
Zulzaidi
Bangkit Dgn Sebuah Cita
SetiapKejadiahBerhikmah
Fi Thorikillah
Harisfadila.com
Unpublished Notes
Kami Perihatin
HalimIslam
Maliki Xp Blog
Sosialis Kanan
Ikatan Ilmu
Runtuh Kebatilan
Peduli Rakyat
Malaysia Tanah Air Ku
bawean termenung
Topeng Sakti
Ibnu Mustafa
WEBBLOG B.I.
My Game
Juctice4all Kuantan
Pakatan Rakyat
729 NO ISA
Kata Tak Nak
Angin Perubahan
KakiBlog
Harism Ibrahim
Barking Magpie
FORUM @ e-GROUPS
Forum Gerak Reformasi
Guru Reformasi Online
Forum UMNO-Reform
Halaqah.Net
Shoutus Syabab
E-Minda Kita
IZ Forum Cak
Forum Al-Tawbah
PARTI POLITIK
Parti Islam Se-Malaysia
Pemuda Pas Pusat
Dewan Muslimat Pusat
Dewan Ulamak Pusat
Pas Kelantan
Pas Kedah
PAS Negeri Sembilan
Pas Penang
PAS Melaka
DPP Kelantan
DPP Johor
DPP N9
PAS Bukit Bendera
PAS Johor Bahru
Pas Jelebu
PAS Bangi
Pas Subang
Pas Batu
PAS Bakri
PAS Parit Buntar
DPP Padang Serai
DPP Pasir Gudang
DPP Wangsa Maju
DPP Kuala Trg
DPP Sik
DPP Demit
DPP Kemaman
DPP Pengkalan Chepa
DPP Rompin
DPP Putrajaya
DPP Lumut
DPP Padang Besar
DPP Jerantut
DPP Muadzam Shah
DPP Besut
DPP Jempol
DPP Maran
MTD Guchil
MTD Peramu Jaya
MTD Tg Lumpur
MTD Pulau Tawar
MTPD Sura
Dar At-Tarbiyyah
CP Bandar Bukit Mahkota
Pemuda PAS Rasa
Pemuda PAS Jln Yadi
Lajnah Pekerja
KeAdilan Rakyat
Angkatan Muda KeAdilan
Keadilan Johor
AMK P. Pinang
KeAdilan Sri Gading
Keadilan Batu
AMK Batu
DAP
PERTUBUHAN/NGO
P.U.M.
Aliran
Suaram
Fomca
Muslim Consumer
Darul Izzah
Halal Jakim
Amal Malaysia
Jabatan Amal
PASTI Kelantan
Tunas Islam
Nisa W. Persekutuan
Nisa Negeri Sembilan
Nisa Pekan
BERSIH
Bersih N9
GERAK
Pemuda Bersamamu
Skuad Waja Terengganu
MAMPAT
GAMIS
Khidmat Meru
PIMPINAN
PIMPINAN PAS
Nasharudin Mat Isa
Husam Musa
Mustafa Ali
Mohamad Sabu
Dr. Mohd Hatta
Haji Mahfuz
Mahfuz Omar II
Khalid samad
Dr. Syed Azman
Ust. Ahmad Awang
Dr. Lo Lo
Iskandar Abdul Samad
Drs. Khalil Idham Lim
Ustaz Nasir Zakaria
Dr. Halimah Ali
Subky Latif
Herman Samsudeen
Adly Zahari
Azizi Abdullah
Aiman Athirah Al Jundi
PIMPINAN PKR
Anwar Ibrahim
Azmin Ali
Tian Chua
Zulkifli Noordin
CheguBard
YB Fuziah Salleh
YB Mohammad Fairus
PIMPINAN DAP
Lim Kit Siang
KM - Lim Guang Eng
MP @ ADUN
N17 Gombak Setia
P99 Ampang
N19 Bukit Antarabangsa
Hulu Langat
N18 Bukit Payung
MP Kapar
Adun Titi Serong
Adun Chempaka

Semua YB Pakatan...
WEBSITE/LINK BARU..
Malayadaily
Al Brangi
Beras Melaka
PAS Caw. Shah Alam 2
Perak Bersatu
AMK Serdang
Betul Ka?
Abu Bahsyir Al Muqry
Pahang daily
Gaya Peneroka
Ustaz Amin
DPP Pertaling Jaya Sel
Jabatan Amal 2
Pemuda Pengkalan Chepa
Pancak Bicara
Lanh14
Rencana Rakyat
Cili Merah
Hati Sufi
Tukul Besi
Bumi Perak
Anak Reformasi
al-Futhuhat
Sabahdaily
AUDIO & VIDEO
WebRTV PAS
Terengganu Kini
WTV8 Altenatif
TV PAS
TVceramah
MyKuliah.Com
Grapes Nasyid
Siput Online
Pesan Untuk Umat
Amal Makrof
Hoh..?
Keadilan TV
TKOdaily
Kelab Greenboc
WorldTV
TV Utara
Kuliah Mazhab Akidah
Debat parlimen
Video Politik
Media Rakyat
Kuliah.net
Thinking Of Life
Malayaku
You Ceramah
TV Pakatan Rakyat
BICARA AGAMA
Ust Nasrudin
Zaharuddin.Net
Ustaz Muda
Ilmu & Ulama
Mesra Rakyat
The Rise Of Islam
Al-Bakistani
Al-Ahkam
SaifulIslam.Com
Harun Yahya
Jarum Emas
Tasek Pauh
Shamatun
Surau 2Faber
Sapaan Makrifat
Selak
Anda Tanya Saya Jawab
Isu Semasa Islam
Warisan Nabawi
Sampaikan Satu Ayat
Darul Mujahidin
Dr. Mohd Asri
Kebenaran Dari Allah
Ummah Online
Santapan Minda Pejuang
Ustaz Azhar Idrus
Akidah Alul Haq
Raja Ahmad Mukhlis
LUAR NEGARA
Republika Online
Kompas Cyber Media
Al Jazeera (English)
Al-Sofwah.or.id
Khalifah.com
Kavkazcenter.com
Al Manhaj
Majalah Ummi
Pattani Darulsalam
DUNIA ISLAM
Satu Umat
Al Muslimin
Suara Anak Muda
UMUM/LAIN-LAIN
Zulkiply Harun
Quran Online
Quran Flash
Laman PendidikanMY
Portal Pendidikan
Laman Emjay
Lowyat Net
Health Tips
Aiman Ku
Pondok AnNur
Nusa Mahsuri
Grafik Photoshop
Pondok
Karyawan Perak
Karya Cipta
DuniaICT
Pasir Puteh
Al-ahnaf Khat
Dunia Rossem
JARINGAN
Jaringan A Athoullah
My Jalinan
Sabilillah
Skoodeng
Calon & Blognya
Link Pas Sana-sini
Sopo Sentral
Shidinar Net
Mega link (link-link yang lain)
* Link laman yang dipaparkan adalah yang aktif sahaja.
Laman tidak dikemas kini lebih daripada sebulan akan dikeluarkan secara automatik..
[Untuk yang lain-lain sila klik Mega Link atau Link Pilihan pada atas Homepage ini]

 
PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKD

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN)

Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan.
(Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)


©1422 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
E-mel :
[email protected] atau Webmaster : [email protected]

Lot 3672, Bangunan PAS Kawasan Dungun,
Kg. Pak Sabah, 23000 Dungun, Terengganu.
Tel/Faks : 09-848 5001

All logos and trademarks in this site are property of their respective owner.
The comments are property of their posters, all the rest © 2005 by me.
You can syndicate our news using the file backend.php or ultramode.txt
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi.