 |
Masuk/Login @ Daftar sebagai ahli baru
Perhatian : Sekadar baca sahaja, percaya? itu kena fikir dahulu.
Isnin, 1/12/2008
Amaran banjir buruk di Pantai Timur
Tanah runtuh, 2 beradik maut
Soi Lek hiris hati Melayu
Jangan bermain api - Pemuda UMNO
Lucut gelaran Soi Lek, Mei Fun
‘Terikut-ikut rentak pembangkang’
Tsu Koon: PULAU PINANG
Salah menyatakan Malaysia adalah kerajaan Melayu?
Mayat korban banjir ditemui terapung
Pembekal dibenar simpan stok lebih
Penduduk berang Perhilitan lepaskan 3,000 biawak
Mayat mendiang Hema tiba dari Mumbai pagi ini
MAS bawa balik 750 dari Bangkok
AirAsia tambah dua lagi penerbangan ihsan ke Bangkok
60 peratus produk kraf tangan akan dijual di Harrods
Tiada cili merah
Bantuan bina, baik pulih rumah naik
Ibu rayu bantu suami, anak penyakit kronik
Empat kakitangan perpustakaan maut
Mayat mangsa bot karam ditemui
Remaja mati lemas di lombong
Pelajar UiTM pemenang terakhir Susun dan Menang
Sembilan beranak diami rumah usang
Sasaran sejuta ahli baru belia
Zaid wajar dihukum -Tidak boleh dimaafkan
Zaid wajar dihukum -Subang desak pecat
Zaid wajar dihukum -UMNO tidak rugi apa-apa
Zaid wajar dihukum -Tindakan akan dibincang
Kredibiliti Anwar dipertikai
Modal baru permainan politik PKR
PPP ugut keluar BN jika tidak pinda ISA
UMNO KT bincang calon minggu depan
PKR minat Kuala Terengganu
Bergilir-gilir ke Sarawak
Hasrat PKR 'angan-angan Mat Jenin'
Pulau Pinang tidak cadang ganti TKM1
Menteri India letak jawatan
Kafe Leopold's sasaran serangan dibuka semula
Pelakon Britain ditahan disyaki militan
Penumpang cari jalan lain
Pertempuran di Karachi, 13 terbunuh, 70 cedera
Jemaah Palestin dihalang ke Mesir
Iraq-Iran tukar mayat tentera
Kumpulan terakhir pengaman Malaysia pulang
Korban keganasan meningkat 500 orang
Rakyat India selar pemimpin politik
Penunjuk perasaan diarah beredar
India tingkat kawalan keselamatan
Bush pantau perkembangan di India
Lanun setuju bebas kapal kargo senjata Ukraine
Pekerja asing buang mayat ibu di sungai, ditangkap
Pakistan raih sokongan
Kuan Yew selamat dibedah
Sidang kemuncak ASEAN ditangguh Mac?
Rusia, Venezuela setuju operasi tentera bersama
Arroyo arah pindahkan rakyat Filipina
Jepun urus pemindahan pelancong
Sepanyol rancang hantar 3 pesawat
|
|  |
Alahai Pramugari MAS, Penerbangan Haji Bertudung, Penerbangan Biasa Buang Tudun
Dilulus terbit pada Tuesday, December 02 @ 19:16:24 PST oleh TokPenghulu
|
|
Oleh mankip
" Mengapa penerbangan Haji, pramugari MAS memakai tudung, tetapi penerbangan biasa pramugari buang tudung? Ini satu lagi sikap yang mempersendakan dan meremehkan perintah Allah yang termaktub dalam al Quran.
Adakah tudung itu sekadar mengambil syarat sahaja atau sekadar mengambil hati penumpang-penumpang yang akan berhaji? Maka jadilah tudung hanya sebagai alat. Terus diperalatkan dan dipersendakankan. Lalu, orang-orang kafir akan tengok dan mereka semakin tidak faham makna tudung tambahan apabila lihat telatah pramugari-pramugari MAS ini.
Maka tidak hairanlah majoriti orang bukan Islam memahami bahawa tudung 'Tidak Wajib' bagi wanita Islam. Bila melihat wanita Islam bertudung, mereka mengaggap mereka konsevertif, ketinggalan zaman dan penganut Islam ekstrim. tetapi bagi wanita Islam yang tidak bertudung mereka dianggap moden, berfikiran terbuka dan pengamal ajaran Islam sebenar. Maksud yang mudah mereka fahami ialah wanita-wanita Islam tidak bertudung ini adalah penagamal ajaran Islam Hadahari yang maju, moden, terbuka, canggih dan islam yang sebenar seperti yang digambarkan oleh pengasas Islam Hadhari, Pak lah yang isterinya tidak memakai tudung.
Memang ada terdengar melalui sumber yang sahih bahawa Syarikat MAS sampai sekarang masih tidak membenarkan pemakaian tudung kepada pramugari kerana tudung ini tidak termasuk uniform pramugari. Tetapi dalam masa yang sama pramugari untuk membawa bakal haji dimestikan memakai tudung. Tudung hanya dibenarkan selepas selesai mendarat. Ini menandakan bahawa MAS masih lagi bersikap sekular dan anti Islam.
Apabila penerbangan yang berkaitan agama diwajibkan pramugari bertudung, tetapi apabila untuk penerbangan biasa diharamkan bertudung. MAS merupakan syarikat Rangkaian Kerajaan (GLC). Sepatutnya imej Malaysia sebagai sebuah Negara Islam mesti menunjukkan imej Islamik khususnya kepada pramugari.
Adakah, berkemungkinan kerajaan dan MAS memandang apabila pramugari bertudung akan mengurangkan pelancong luar untuk datang kerana bimbang dengan pengganas. atau mungkinkan kerajaan merasakan memakai tudung kelihatan tidak moden dan ketinggalan zaman. Saya rasa persoalan ini Pak Lah dan Najib sahaja yang boleh menjawabnya kerana kita sendiri tidak tahu menagapa pramugarai MAS yang beragama Islam diharamkan bertudung.
Mengapakah pramugari MAS misti bertudung?
Pendapat saya, kapal terbang merupakan pintu gerbang pertama memperkenalkan pelancung kepada Malaysia. Bila mereka menaiki MAS dan melihat pramugari MAS bertudung, mereka akan terus memahami bahawa Malaysia negara Islam. Tambahan pula di dalam kapal terbang tidak menyediakan arak, lagi mereka faham bahawa negara yang bakal mereka kunjungi nanti merupakan negara Islam yang taat. Bila mereka keluar dari kapal terbang dan melihat sendiri keadaan negara kita yang bagitu maju, moden, aman damai dan rakyatnya peramah maka mereka akan mengkaguminya. Dan mereka akan memberi kesimpulan bahawa inilah contoh negara Islam yang harus dipuji. Maka secara outamatik, Malaysia mendapat kredit dan Islam menjadi semakin positif dimata orang-orang kafir. Tidakkah ini sesuatu yang baik untuk negara dan agama? Tambahan pula, pemakaian tudung boleh menjadikan gadis-gadis Malaysia lebih cantik, anggun dan mempunyai nilai-nilai kemelayuan yang tinggi. Tidak ada mata yang menyatakan bahawa dengan memakai tudung menjadikan gadis-gadis lebih hodoh, bahkan lebih cantik, sopan dan ayu dari yang tidak memakai tudung.
Kesimpulannya, kerajaan BN yang terajui UMNO Melayu Islam, wajar bersifat peka dan sensitif dalam berkaitan dengan hukum Islam. Janganlah kerajaan menjadikan tudung sebagai beban dalam pentadbiran (seperti yang dihadapi RTM sebelum ini) dan harus bersama-sama menyemarakkan syariat khususnya dalam konsep penutupan aurat bagi wanita-wanita Islam di Malaysia. Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai badan berstatus GLC, harus lebih peka dengan tuntutan Islam. Paramaguri MAS yang beragama Islam haruslah diwajibkan bertudung dan ianya boleh menaikan lagi imej Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Walau bagaimanapun sebelum menyuruh orang lain bertudung, adalah lebih molek jika Pak Lah dan Najib memastikan isteri sendiri juga memakai tudung. Nanti jangan dikata orang, bagai ketam mengajar anak berjalan betul!
Sumber: www.terjah.com
"
|
| |
|
Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
|
Average Score: 4.45 Votes: 60

|
|
| "Alahai Pramugari MAS, Penerbangan Haji Bertudung, Penerbangan Biasa Buang Tudun" | Login/Create an Account | 10 comments | Search Discussion |
|
| | The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content. |
|
|
|
No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
Re: Alahai Pramugari MAS, Penerbangan Haji Bertudung, Penerbangan Biasa Buang Tudun (Score: 1) by Syukrron on Tuesday, December 02 @ 19:34:56 PST (User Info | Send a Message) | Setuju sangat kalau pramugari MAS diwajibkan bertudung tak kira samada penerbangan biasa atau Haji.
|
|
|
Re: Alahai Pramugari MAS, Penerbangan Haji Bertudung, Penerbangan Biasa Buang Tudun (Score: 1) by putih on Tuesday, December 02 @ 20:09:10 PST (User Info | Send a Message) | | elok sangat la pramugari MAS berkebaya ketat memakai tudung sambil menghidangkan arak wine dalam penerbangan malaysia. |
|
|
Re: Alahai Pramugari MAS, Penerbangan Haji Bertudung, Penerbangan Biasa Buang Tudun (Score: 1) by zackeye on Tuesday, December 02 @ 20:33:35 PST (User Info | Send a Message) | | Mereka bertudung kerana takut kat tok arab tak bagi turun diterminal haji. Yang bukan muslim pun pasang tudung juga. |
|
|
Re: Alahai Pramugari MAS, Penerbangan Haji Bertudung, Penerbangan Biasa Buang Tudun (Score: 1) by dino4208 on Tuesday, December 02 @ 21:31:41 PST (User Info | Send a Message) | Salam,
Begitulah keadaannya bila agama dijadikan alat untuk kepentingan dunia. Tunggulah saat-saat kehancurannya. |
|
|
Re: Alahai Pramugari MAS, Penerbangan Haji Bertudung, Penerbangan Biasa Buang Tudun (Score: 1) by malaysiaaman on Wednesday, December 03 @ 11:05:58 PST (User Info | Send a Message) | Assalamualaikum, Saya sokong seratus peratus apa yang ditulis oleh mankip kerana apa yang dikatakan itu adalah benar. |
|
|
Re: Alahai Pramugari MAS, Penerbangan Haji Bertudung, Penerbangan Biasa Buang Tudun (Score: 1) by penimpas on Wednesday, December 03 @ 13:35:07 PST (User Info | Send a Message) |
~ artis pun kalu kena kes khalwat, tuntut cerai berjubah labuh, bertudung, kat mahkamah je,,,,
|
|
|
Re: Alahai Pramugari MAS, Penerbangan Haji Bertudung, Penerbangan Biasa Buang Tudun (Score: 1) by mulutmelayu on Wednesday, December 03 @ 15:20:46 PST (User Info | Send a Message) | Mungkin mereka dari Mazhab lain yang tidak mentakrifkan rambut itu aurat yang membawa dosa besar seperti menampakkan kemaluan mereka juga......
Kan penganut agama Islam di dunia ini terdiri daripada berbilang mazhab dan ikutan? |
|
|
Re: Alahai Pramugari MAS, Penerbangan Haji Bertudung, Penerbangan Biasa Buang Tudun (Score: 1) by civilization on Wednesday, December 03 @ 15:29:12 PST (User Info | Send a Message) | Pernah dengar komen dari pramugari MAS yang membawa Jemaah Haji Malaysia. Katanya, Abang-abang Haji yang baru pulang dari Mekah ada yang menggatal kerana lebih 40 hari tak 'dapat'. Sedangkan bertudung tutup aurat pun, mata tak lepas pandang tengok bontot apatah lagi jika tak bertudung dan buka aurat.
Ini saya dengar sendiri. Nampaknya itu alasan bukan untuk beribadat. |
|
|
Re: Alahai Pramugari MAS, Penerbangan Haji Bertudung, Penerbangan Biasa Buang Tudun (Score: 1) by AZAMIS on Wednesday, December 03 @ 23:43:59 PST (User Info | Send a Message) | | SEBAB BINI, ANAK MENANTU SYEIKHUL ISLAM HADHARI DAH IJMA' BOLEH AJE NAMPAKKAN RAMBUT... maklumlah bertamadun |
|
|
Re: Alahai Pramugari MAS, Penerbangan Haji Bertudung, Penerbangan Biasa Buang Tudun (Score: 1) by mulutmelayu on Thursday, December 04 @ 20:06:07 PST (User Info | Send a Message) | tu bukannya pramugari tetap MAS. Biar fakta betul. Itu pekerja sambilan yang diambil kerja semasa musim haji oleh MAS. Abis musim haji kerja pun abislah...
|
|
|
|
|