Ke Laman Tranung Kite Balik Semula Pada Paparan Utama Hantar Artikel Forum Borak Siber Jalinan Siber Fhoto Album Hubung Kami Detikdaily ...

   SALURAN BERITA ALTERNATIF ANDA     
Teladan  ·  Penulis  ·  TKOBlog  ·  KelabTKO  ·  e-Groups  ·  WebRTV  ·  Iklan  ·  TKO V8
Masuk/Login @ Daftar sebagai ahli baru

Modules
 Asas Laman
    · Home
    · Arkib Berita
    · Bahan Bersiri
    · Cetak Artikel
    · Forums
    · iklan
    · Private Messages
    · Search
    · Surveys
    · Video_Stream

 Tambahan
    · Arkib 2005
    · GuestBook
    · Mega Links
    · Tempah Iklan
    · Peta Laman

 Peranan Anda
    · Hantar Aktiviti
    · Tambah Download
    · Tambah Links
    · Beritahu Kawan
    · Komen/Cadangan
    · Kaji Selidik
    · Catat GuestBook

 Ahli Berdaftar
    · Hantar Artikel
    · Akaun Anda
    · Mesej Peribadi
    · SMS Percuma

 Khidmat Kami
    · Download
    · Webs Link
    · Waktu Solat
    · Kalendar Aktiviti
    · Papar Shout Box
    · Web Video

 Radio & TV
    · TKO.fm
    · TKO.tv
    · WebTV1
    · WebTV2
    · KTV
    · WTV8
    · TVPAS
    · WebRTV

 Bantuan & Info
    · Dasar Kami
    · FAQ
    · Tips Webs

Akhbar Hari Ini
Perhatian : Sekadar baca sahaja, percaya? itu kena fikir dahulu.

Isnin, 1/12/2008

  Amaran banjir buruk di Pantai Timur
  Tanah runtuh, 2 beradik maut
  Soi Lek hiris hati Melayu
  Jangan bermain api - Pemuda UMNO
  Lucut gelaran Soi Lek, Mei Fun
  ‘Terikut-ikut rentak pembangkang’
  Tsu Koon: PULAU PINANG
  Salah menyatakan Malaysia adalah kerajaan Melayu?
  Mayat korban banjir ditemui terapung
  Pembekal dibenar simpan stok lebih
  Penduduk berang Perhilitan lepaskan 3,000 biawak
  Mayat mendiang Hema tiba dari Mumbai pagi ini
  MAS bawa balik 750 dari Bangkok
  AirAsia tambah dua lagi penerbangan ihsan ke Bangkok
  60 peratus produk kraf tangan akan dijual di Harrods
  Tiada cili merah
  Bantuan bina, baik pulih rumah naik
  Ibu rayu bantu suami, anak penyakit kronik
  Empat kakitangan perpustakaan maut
  Mayat mangsa bot karam ditemui
  Remaja mati lemas di lombong
  Pelajar UiTM pemenang terakhir Susun dan Menang
  Sembilan beranak diami rumah usang
  Sasaran sejuta ahli baru belia
  Zaid wajar dihukum -Tidak boleh dimaafkan
  Zaid wajar dihukum -Subang desak pecat
  Zaid wajar dihukum -UMNO tidak rugi apa-apa
  Zaid wajar dihukum -Tindakan akan dibincang
  Kredibiliti Anwar dipertikai
  Modal baru permainan politik PKR
  PPP ugut keluar BN jika tidak pinda ISA
  UMNO KT bincang calon minggu depan
  PKR minat Kuala Terengganu
  Bergilir-gilir ke Sarawak
  Hasrat PKR 'angan-angan Mat Jenin'
  Pulau Pinang tidak cadang ganti TKM1
  Menteri India letak jawatan
  Kafe Leopold's sasaran serangan dibuka semula
  Pelakon Britain ditahan disyaki militan
  Penumpang cari jalan lain
  Pertempuran di Karachi, 13 terbunuh, 70 cedera
  Jemaah Palestin dihalang ke Mesir
  Iraq-Iran tukar mayat tentera
  Kumpulan terakhir pengaman Malaysia pulang
  Korban keganasan meningkat 500 orang
  Rakyat India selar pemimpin politik
  Penunjuk perasaan diarah beredar
  India tingkat kawalan keselamatan
  Bush pantau perkembangan di India
  Lanun setuju bebas kapal kargo senjata Ukraine
  Pekerja asing buang mayat ibu di sungai, ditangkap
  Pakistan raih sokongan
  Kuan Yew selamat dibedah
  Sidang kemuncak ASEAN ditangguh Mac?
  Rusia, Venezuela setuju operasi tentera bersama
  Arroyo arah pindahkan rakyat Filipina
  Jepun urus pemindahan pelancong
  Sepanyol rancang hantar 3 pesawat

Ranking TKO
Rebutlah ranking ini... © 2004 Tranung Kite

Meja Online #
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: rosman11
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 21093

People Online:
Visitors: 45
Members: 0
Total: 45

@TKO..

Kecemerlangan Pak Lah, Fakta atau Mainan?
Dilulus terbit pada Monday, November 26 @ 08:50:33 PST oleh SongkokPutih

Artikel Oleh Dr Fikrah

 Benarkah apa yang didakwa oleh Berita Harian, yang menyatakan bahawa Merdeka Centre telah membuat kajian yang menunjukkan bahawa kepimpinan Pak Lah mendapat penarafan tinggi? Segala persoalan ini akan dijawab di dalam penulisan ini, bagaimana cara yang digunakan oleh mereka boleh dikatakan mendapat penarafan tinggi?

Tetapi, sebelum kita memahami penipuan wayang kulit ini, mari kita kaji dahulu apa yang ditulis dan dinyatakan oleh Berita Harian, siap dengan muka Pak Lah mengcover hensem lagi tu.

Berita Harian

Kaji selidik menunjukkan kepemimpinan BN dapat penarafan tinggi

KUALA LUMPUR: Penerimaan rakyat terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Barisan Nasional (BN) untuk tempoh setahun sejak Oktober 2006 berada pada tahap stabil iaitu purata 71 peratus.

Kaji selidik Merdeka Centre, sebuah pusat penyelidikan tempatan mendapati, penarafan tertinggi dicatat di kalangan orang Melayu dengan peningkatan empat peratus kepada 84 peratus berbanding tahun lalu, manakala masyarakat India turut menunjukkan perubahan positif apabila angka 62 peratus tahun lalu meningkat kepada 79 peratus.

Pengumuman kenaikan gaji kakitangan awam dan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan wilayah di Selatan, Utara dan Pantai Timur Semenanjung membantu meningkatkan lagi keyakinan rakyat kepada pemimpin negara itu.

Pengarah firma Merdeka Centre, Ibrahim Suffian, berkata janji Abdullah kepada rakyat sebaik dilantik sebagai Perdana Menteri pada 2004 untuk rakyat bekerja bersama beliau juga antara faktor yang meningkatkan tahap kepercayaan umum kepada kebolehan serta kepemimpinannya.

Berdasarkan kaji selidik itu, secara purata tahap penerimaan terhadap kepemimpinan Perdana Menteri dan kerajaan BN semakin meningkat, bermula dari 70 peratus pada Oktober tahun lalu.

"Jumlah responden yang bersetuju bahawa Abdullah masih berkuasa sebagai Perdana Menteri meningkat daripada 59 peratus kepada 61 peratus, manakala 62 peratus responden bersetuju Presiden Umno itu membuat keputusan yang boleh memberi kesan berkaitan isu penting, iaitu meningkat tiga peratus berbanding setahun lalu.

"Pelbagai isu yang timbul sama ada berkaitan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan wakil rakyat serta isu perkauman seperti diperkatakan sepanjang Perhimpunan Agung Umno tahun lalu termasuk isu penggunaan keris oleh Pemuda Umno, tidak banyak memberi kesan kepada Perdana Menteri secara peribadi.

"Sebaliknya, tahap keyakinan masyarakat kepada beliau dalam melaksanakan pentadbiran kerajaan kekal positif," katanya ketika ditemui di Bandar Baru Bangi.

Tinjauan pendapat itu dijalankan dengan kerjasama The New Straits Times Press (M) Berhad membabitkan 1,024 responden berusia lebih 21 tahun yang mendaftar sebagai pengundi. Ia bertujuan mendapatkan pandangan umum mengikut perspektif ekonomi, keselamatan awam, isu semasa dan kepemimpinan nasional, selain pendapat mengenai pilihan raya umum akan datang.

Responden yang dihubungi serta dipilih secara rawak antara 20 Oktober hingga 6 November itu membabitkan 55 peratus penduduk bandar dan 45 peratus dari luar bandar, yang masing-masing dengan latar belakang pendidikan berbeza.

Ibrahim berkata, sebanyak 77 peratus responden orang Melayu berpuas hati dengan keberkesanan Perdana Menteri dalam membuat keputusan penting, iaitu peningkatan lima peratus sejak April lalu, begitu juga bagi kaum India yang menunjukkan peningkatan 18 peratus untuk tempoh sama.

"Orang Melayu dan India memberi pandangan sama berkaitan kuasa Abdullah sebagai Perdana Menteri apabila responden yang mewakili kedua-dua masyarakat itu mencatatkan 76 peratus iaitu paling tinggi bagi kaum India dengan peningkatan 26 peratus," katanya.

Beliau berkata, isu lain seperti kenaikan harga barang, terutama kenaikan harga petroleum sebanyak 30 sen pada Februari 2006, selain minyak masak dan gula yang turut meningkatkan kos hidup serta masalah pengangguran, juga diketengahkan untuk perhatian kerajaan.

Ibrahim berkata, kajian itu mendapati Abdullah yang juga Presiden Umno mendapat sokongan padu orang Melayu dan dihormati sebagai individu menjadi simbol kepemimpinan negara Islam dan parti yang memperjuangkan masa depan mereka.

"Kepercayaan rakyat kepada beliau (Abdullah) tidak dapat disangkal, malah kaji selidik itu juga mendapati di kalangan ahli pembangkang juga dapat menerima beberapa pandangan dan rancangan pembangunan yang diilhamkan beliau," katanya.

Ulasan

Di dalam berita ini, telah diboldkan beberapa hasil kajian yang dikemukakan, dan telah diitalickan hasil kajian yang tidak diperincikan. Baca dengan teliti dan fikir dengan akal yang waras dan professional. Jangan bertindak melulu di dalam membuat keputusan. Beberapa pertikaian berkenaan kajian Merdeka Center juga akan disenaraikan di sini.

1. Kaji Selidik hanyalah sebuah kajian

Kaji selidik yang dijalankan oleh sebuah pusat penyelidikan tempatan, yang telah diketuai oleh Ibrahim Suffian, hanyalah sebuah kajian yang seketul, dan tidak boleh diletakkan sebagai satu keputusan umum. Ini kerana, di Malaysia sahaja, bukan hanya terdapat sebuah pusat penyelidikan, dan hasil-hasil kajian mereka berkenaan dengan politik tidak pernah didedahkan di dalam akhbar.

Satu ketika dahulu, ketika Mufti Perak mengumumkan bahawa sebuah kajian berkenaan bilangan orang murtad, sudah mencapai ke tahap yang memeranjatkan semua pihak termasuk kerajaan Hadhari sendiri. Lalu, dengan bangganya mereka mempertikaikan bahawa Mufti Perak telah membuat satu kesilapan, sedangkan beliau telah memaklumkan terlebih dahulu bahawa ia adalah satu kajian.

Hari ini, seketul kajian, yang dijumpai di dalam banyak-banyak kajian yang menunjukkan kemerosotan pimpinan Pak Lah, telah dinaikkan, seolah-olah ia merupakan sebuah fakta yang sebenar. Walaupun seribu lagi kajian yang menolak kepimpinannya sebagai PM, ia tidak perlu didedahkan, "yang seketul inilah yang penting".

2. Kajian dibandingkan dengan "tahun lalu"

Telah dinyatakan di dalam berita tersebut bahawa ia dibandingkan dengan tahun lalu, bukannya dibandingkan dengan zaman pemerintahan Mahathir lagi. Apa yang masih diragui di sini ialah, kenapa membandingkan dengan tahun lalu, dan terus membuat keputusan bahawa kepimpinan Pak Lah sebagai sebuah kepimpinan yang cemerlang?

Kemungkinan boleh diandaikan dengan mengatakan bahawa, sewaktu permulaan kepimpinan Pak Lah, Malaysia mengalami sebuah kemerosotan (yang tidak dinyatakan di dalam kajian tersebut) yang cukup memalukan, dan sejak akhir-akhir kepimpinan Pak Lah, menjelang pilihanraya, barulah mereka tergesa-gesa membuat itu dan ini, melancarkan itu dan ini dan sebagainya.

3. Siapakah 1024 yang telah berdaftar sebagai pengundi itu?

Di dalam berita tersebut dinyatakan bahawa ia telah dipilih secara rawak. Benarkah? Perkara ini tidak boleh disahkan melainkan dinyatakan dan didedahkan per-individu. Sekiranya semua yang mengundi tersebut telah dirujuk kepada keahlian UMNO, siapa yang tahu. Pelbagai taktik kotor boleh digunakan.

Berkemungkinan, boleh juga dikatakan bahawa 1024 itu kesemuanya ahli UMNO, dan di dalam kesemua mereka yang totok UMNO, hanya 61 peratus sahaja yang bersetuju untuk mengekalkan Pak Lah menjadi PM dan selebihnya berkemungkinan menyokong Najib, ataupun PAS sendiri. Logikkan?

4. Bukan pengundi yang sama

Kenapakah dikatakan bahawa pengundi-pengundi tersebut dihubungi dan dipilih secara rawak di antara 20 Oktober hingga 6 November? Bagaimanakah keputusan perbandingan dengan tahun lepas boleh dikeluarkan. Penjelasannya begini, sekiranya kajian ini dibuat untuk membandingkan dengan tahun lepas, kenapakah ia baru dipilih sekarang?

Ini menunjukkan bahawa pengundi-pengundi tersebut adalah berbeza. Boleh sahaja dikatakan bahawa untuk menampakkan gimik kecemerlangan UMNO, pada tahun lepas telah dipilih secara rawak sebagai pengundi dan hasilnya agak merosot. Pada tahun ini, telah dibuat pilihan baru, yang berkemungkinan dipilih berdasarkan keahlian UMNO, lalu menampakkan keputusan peningkatan, sedangkan ia hanyalah wayang!

5. Kajian berdasarkan tahun atau bulan?

Perkataan " sejak April lalu, bagaimanakah boleh dikatakan bahawa kajian tersebut mengikut bulan sedangkan ia dibandingkan dengan tahun lalu? Dan semua pengundi yang dikatakan berdaftar tersebut dipilih secara rawak pada 20 Oktober sehingga 6 November, sedangkan ketika April siapakah yang membuat undian? Bagaimanakah keputusan ketika April boleh dikeluarkan?

6. Ahli pembangkang turut mengundi?

Bagaimanakah mereka tahu yang si pengundi tersebut pembangkang? Berkemungkinan besar, ramai sahaja totok UMNO yang boleh menyamar. Apa yang tidak dipersetujui di sini ialah ia merupakan satu kenyataan yang tidak berasas dan lari daripada fakta. Persoalannya "tahu mana dia tu pembangkang?"

Sekiranya dipilih secara rawak, bagaimakah pula boleh dipastikan bahawa mereka yang dihubungi tersebut merupakan seorang pembangkang? Berkemungkinan besar, sekiranya kajianini benar, tetapi telah ditipu, dan ia menjadi kebanggaan Ibrahim Suffian sendiri yang bakal menjadi proksi Pak Lah.

Kesimpulan

Kaji selidik yang dijalankan dan dilaksanakan tersebut, masih tidak boleh diletakkan sebagai fakta, tetapi ia cuma mainan wayang si UMNO untuk mengelirukan rakyat Malaysia. Kajilah sendiri, siapakah Ibrahim Suffian itu? Sebarang kajian boleh ditipu, tetapi fakta yang terdedah di hadapan mata, tiada siapa yang mampu mengubahnya.

Dr Fikrah


 
Artikel Hari Ini

Alahai Pramugari MAS, Penerbangan Haji Bertudung, Penerbangan Biasa Buang Tudun

Hello Tamil, Lu Apa Tunggu Lagi?

Antara dua nilai

E-book Detik-detik Hidupku - Imam Hassan Al Banna telah terbit!

Perang MCA-UMNO II: Ong Tee Keat vs Mukhriz

Cara segera atasi stress

Penguasaan Bahasa Inggeris: Satu Formula

Kontrak Sosial

Tok Guru Nik Abdul Aziz tiada pengganti? Masalah besar ini!

Cina masuk Islam kerana dengar nasyid Melayu ini!

[ Artikel seterusnya.. ]

Login
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.

Related Links
· More about Artikel
· News by SongkokPutih


Most read story about Artikel:

Kakitangan TV3 : Dulu khalwat sekarang berbikini

Berita Murtad Dato Azhar Mansor

Hati Budi Hadhari: Telefon Satelit & Najib Razak Yang Berbohong

Pengalaman Masuk Dalam Kaabah

Sedikit Kisah Remaja Melayu Murtad

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Options

 Printer Friendly Cetak Artikel

 Send to a Friend E-Mel kpd Kawan


"Kecemerlangan Pak Lah, Fakta atau Mainan?" | Login/Create an Account | 4 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Re: Kecemerlangan Pak Lah, Fakta atau Mainan? (Score: 1)
by kontoi on Monday, November 26 @ 09:39:22 PST
(User Info | Send a Message)
saya setuju, dekat ngan p'raya ni, macam2 dia boleh buat... memang mereka2 semua bapak penipu dulu kini & selamanya.dan perhimpunan HINDRAF akan dijadikan modal besar menakutkan rakyat kerana perhimpunan KUNING meraka tak berjaya. mereka ada segala2nya......... tunggu..........zassssssss...............................



Re: Kecemerlangan Pak Lah, Fakta atau Mainan? (Score: 1)
by ikankering on Monday, November 26 @ 11:50:07 PST
(User Info | Send a Message)
Cara UMNO dan BN walaupun cara kolot tapi hasilnya sangat berkesan untuk menyakinkan orang melayu kampung.

Orang melayu kampung senang dipujuk dan ditipukan kerana mereka tidak mendapat berita sebenar dan juga hidup sekeliling mereka tak nampak perbezaan dulu dgn sekarang.

Pacik macik saya semua masih kuat sokong UMNO walaupun kito orang bersusah payak luahkan segara tipu helah kpd mereka.

Masalah pulak dgn ketua kampung, selalu setuju dgn apa UMNO buat. PAS keadilan susah nak menjinakkan si ketua kampung juga.

Org kampung tak tau harta negara dah hampir habis digorek si UMNO/BN, dan negara kito senang sakit kanser rasuah.

Org UMNO pulak lebih suka menutup mata demi kata-kata keutamaan dan perjuangan melayu yg dilaungkan oleh UMNO.

Sakit hati pulak nampak org-org melayu kito senang ditipu UMNO



Re: Kecemerlangan Pak Lah, Fakta atau Mainan? (Score: 1)
by ismitulamraja on Monday, November 26 @ 18:24:50 PST
(User Info | Send a Message)
Kalau aku nak kasi markah,  rasanya bawah takat beku...!!!!



Re: Kecemerlangan Pak Lah, Fakta atau Mainan? (Score: 1)
by abanghensem on Monday, November 26 @ 23:23:02 PST
(User Info | Send a Message)
apa punya kajian daaa.... kalau setakat 1024 responden jer lagi baik kaji selidik aku buat semasa kat universiti dulu la.


               
Letupan Bom

Sila Klik
28 Dis - Benazir Bhutto (21 Jun 1953 - 27 Disember 2007) telah terbunuh dalam serangan berani mati dalam satu rali perarakan parti..
Rintihan..

Sila Klik
30 Dis - Solat hajat diperkarangan kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu...
Punk Hadhari..

Sila Klik
1 Jan - Pakaian dan stail diorang kat bawah ni jenis apa? Punk ke, Gothik ke, Skinhead ke? Susah beb gua nak menjawab... Inilah Terengganu Bestari!
Kerajaan tetap zalim...

Sila Klik
26 Sept - Hari ini bermula jam 12 tgh, rakyat berkumpul di Masjid Jamek, KL utk menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan kerajaan Malaysia menggunakan ISA..

* Klip pada pada paparan gambar untuk melihat lebih banyak lagi gambar menarik...


REFORMASI
Tranung Kite
Laman M@rhean
Detikdaily
Buletin Online
klpost.com
Jiwo Kelete
Bukit Besi OnLine
Pemuda Wilayah
Jasin Daily
Pemuda BukitKatil
Kedahlenie..!!
no2 umn0
Utara Online
Siasahdaily
PORTAL
Kampus Negara
Pemuda Seremban
Mahasiswa Kini
ar-Romli
DarulBayan
I Luv Islam
Terjah
Statesman
Buletin Purnama
Sabah Kita
Politic Today
Rakan Usrah
Kelate Kito
Tranung Lening
ANALISIS ISU/BERITA
Tarmizi Mohd Jam
Kopitiam Bang Nan
Pink Turtle
Ahli Parlimen PAS
A.M.K.NS.
Perisik Rakyat
Rozmal Malakan
Republik kata
Go Malaysia
BLOGGER
Roslan SMS Corner
Amin Iskandar @ Black
...penarik beca
A L- H U S S E Y N
Amdang 81
Ketua Perusuh
Tun Telanai
Faisal Tehrani
Ibnu Hasyim
Merah Tinta
Ibrahim Baba
Fudzail
Cucu Mat Kilau
Anak Bapa
Cikgu Nuri’s Online
Drs Idham Lim
Attakiri
Abu Ayysah
Suhaimi Taib
Redhuan D. Oon
Jed Yoong
Aktivis Nora
Dr. Hj. Hamirdin
Malaysia Waves
Sofi Wahab
Telahan Politik
Aduka Taruna
Blues Whereha
Nik Abdul Nik Aziz
Suhaizan Kayat
jahilGoBlog
Edyesdotcom
Bulan Penuh 2012
Lagenda Buta
Orang Klawang
Tok Pijat
Zahid Yusof
Taranama
Boneka, Penyu & SPR
Dr. Lo\' Lo\'
Jamaludin Md Isa
Helang Jagat
Meli Kapak Jangak
Hishamuddin Rais
Che Kamala
Rusli Islam
Ahmad Fadhil
Eddie Putra
Amirulreza
Rosli Salem
Tempe Goreng
Sokong PR
Janggut
Wan Nordin Yaacob
LAWAN ARUS
Tun Dr Mahathir
UMNO-Reform
Kadir Jasin
Sang Kelembai
Arah Kita
Rockys Bru
Screenshots
Mahaguru58
Kuda Kepang
Kickdefella
Jawatankuasa Ad-Hoc
Kuda Ranggi
Putera Maya
TAK AKTIF
Kelantankini
Ukhwah.com
Seberan
Adnan Ibrahim Al-Binjari
Media Islam
Ekonomi Islam
Akan dikeluarkan...
AKHBAR
Harakah Daily
Suara KeAdilan
Malaysiakini.com
Agenda Daily
Malaysia Today
Bernama
Utusan Melaysia
Berita Harian
Harian Metro
Berita RTM
The Star
The Star Melayu
Malaysia Insider
Sinar Harian
Kosmo
Siasah
Wasilah Online
Newskini
WEBBLOG POLITIK
Apa Ada Pada Nama
Mai Bincang-bincang
Pemuda Insaf
Al Banjari
Kamarudin Sidek
Desa Kerayong
Peghelih La...
Lord Azaab
Ilham Najmi
nakmarah...marahlah!
Barisan Untuk Rakyat
ASAM lambunau
Hashim Habeed
Ilmuan
Cenangau
Minta 5 Minit
Tawan Pekan
Tak Gedebe
Penawar Rindu
Beras Terpilih
Kuda Trojan
Seri Iskandar
Warta Nasional
Kembara Salik
PakNgah 70
Jendela Hikmah
Pemuda PAS Sura
Hasbullah Pit
syifa arjuna
..harapan tidak buta
In Deep tots
Forum Maya Intelek Muda
Selangor Today
Wartawan Rasmi LR
Hikayat Putera Batu
Alahai-Apa-Ni
Lot 250
Pengembara Jalanan
Anak Bapak
An Nasru
Harapan Baru
Ustaz Muktar
Mejoh
Silembiks
Talkjanz.com
Anak Kecil Main Api
FadhilNor & Rakan
Dr Speaker
WEBBLOG CP
Bukan Kerana Nama
Mohd Nasir
Tau Takpe
Kerabu Bersuara
Harapan Malaysia
Berfikir Dengan Waras
Barisan Rakyat
Demi Membela Islam
Skuad Batu Caves
WEBBLOG UMUM
Fikir2 Renung2
Jiwa Kita Merdeka
Ikan Pekasam..
Hembusan
Rampai Seri
Kereta Mayat
Syakur Ibrahim
Zulzaidi
Bangkit Dgn Sebuah Cita
SetiapKejadiahBerhikmah
Fi Thorikillah
Harisfadila.com
Unpublished Notes
Kami Perihatin
HalimIslam
Maliki Xp Blog
Sosialis Kanan
Ikatan Ilmu
Runtuh Kebatilan
Peduli Rakyat
Malaysia Tanah Air Ku
bawean termenung
Topeng Sakti
Ibnu Mustafa
WEBBLOG B.I.
My Game
Juctice4all Kuantan
Pakatan Rakyat
729 NO ISA
Kata Tak Nak
Angin Perubahan
KakiBlog
Harism Ibrahim
Barking Magpie
FORUM @ e-GROUPS
Forum Gerak Reformasi
Guru Reformasi Online
Forum UMNO-Reform
Halaqah.Net
Shoutus Syabab
E-Minda Kita
IZ Forum Cak
Forum Al-Tawbah
PARTI POLITIK
Parti Islam Se-Malaysia
Pemuda Pas Pusat
Dewan Muslimat Pusat
Dewan Ulamak Pusat
Pas Kelantan
Pas Kedah
PAS Negeri Sembilan
Pas Penang
PAS Melaka
DPP Kelantan
DPP Johor
DPP N9
PAS Bukit Bendera
PAS Johor Bahru
Pas Jelebu
PAS Bangi
Pas Subang
Pas Batu
PAS Bakri
PAS Parit Buntar
DPP Padang Serai
DPP Pasir Gudang
DPP Wangsa Maju
DPP Kuala Trg
DPP Sik
DPP Demit
DPP Kemaman
DPP Pengkalan Chepa
DPP Rompin
DPP Putrajaya
DPP Lumut
DPP Padang Besar
DPP Jerantut
DPP Muadzam Shah
DPP Besut
DPP Jempol
DPP Maran
MTD Guchil
MTD Peramu Jaya
MTD Tg Lumpur
MTD Pulau Tawar
MTPD Sura
Dar At-Tarbiyyah
CP Bandar Bukit Mahkota
Pemuda PAS Rasa
Pemuda PAS Jln Yadi
Lajnah Pekerja
KeAdilan Rakyat
Angkatan Muda KeAdilan
Keadilan Johor
AMK P. Pinang
KeAdilan Sri Gading
Keadilan Batu
AMK Batu
DAP
PERTUBUHAN/NGO
P.U.M.
Aliran
Suaram
Fomca
Muslim Consumer
Darul Izzah
Halal Jakim
Amal Malaysia
Jabatan Amal
PASTI Kelantan
Tunas Islam
Nisa W. Persekutuan
Nisa Negeri Sembilan
Nisa Pekan
BERSIH
Bersih N9
GERAK
Pemuda Bersamamu
Skuad Waja Terengganu
MAMPAT
GAMIS
Khidmat Meru
PIMPINAN
PIMPINAN PAS
Nasharudin Mat Isa
Husam Musa
Mustafa Ali
Mohamad Sabu
Dr. Mohd Hatta
Haji Mahfuz
Mahfuz Omar II
Khalid samad
Dr. Syed Azman
Ust. Ahmad Awang
Dr. Lo Lo
Iskandar Abdul Samad
Drs. Khalil Idham Lim
Ustaz Nasir Zakaria
Dr. Halimah Ali
Subky Latif
Herman Samsudeen
Adly Zahari
Azizi Abdullah
Aiman Athirah Al Jundi
PIMPINAN PKR
Anwar Ibrahim
Azmin Ali
Tian Chua
Zulkifli Noordin
CheguBard
YB Fuziah Salleh
YB Mohammad Fairus
PIMPINAN DAP
Lim Kit Siang
KM - Lim Guang Eng
MP @ ADUN
N17 Gombak Setia
P99 Ampang
N19 Bukit Antarabangsa
Hulu Langat
N18 Bukit Payung
MP Kapar
Adun Titi Serong
Adun Chempaka

Semua YB Pakatan...
WEBSITE/LINK BARU..
Malayadaily
Al Brangi
Beras Melaka
PAS Caw. Shah Alam 2
Perak Bersatu
AMK Serdang
Betul Ka?
Abu Bahsyir Al Muqry
Pahang daily
Gaya Peneroka
Ustaz Amin
DPP Pertaling Jaya Sel
Jabatan Amal 2
Pemuda Pengkalan Chepa
Pancak Bicara
Lanh14
Rencana Rakyat
Cili Merah
Hati Sufi
Tukul Besi
Bumi Perak
Anak Reformasi
al-Futhuhat
Sabahdaily
AUDIO & VIDEO
WebRTV PAS
Terengganu Kini
WTV8 Altenatif
TV PAS
TVceramah
MyKuliah.Com
Grapes Nasyid
Siput Online
Pesan Untuk Umat
Amal Makrof
Hoh..?
Keadilan TV
TKOdaily
Kelab Greenboc
WorldTV
TV Utara
Kuliah Mazhab Akidah
Debat parlimen
Video Politik
Media Rakyat
Kuliah.net
Thinking Of Life
Malayaku
You Ceramah
TV Pakatan Rakyat
BICARA AGAMA
Ust Nasrudin
Zaharuddin.Net
Ustaz Muda
Ilmu & Ulama
Mesra Rakyat
The Rise Of Islam
Al-Bakistani
Al-Ahkam
SaifulIslam.Com
Harun Yahya
Jarum Emas
Tasek Pauh
Shamatun
Surau 2Faber
Sapaan Makrifat
Selak
Anda Tanya Saya Jawab
Isu Semasa Islam
Warisan Nabawi
Sampaikan Satu Ayat
Darul Mujahidin
Dr. Mohd Asri
Kebenaran Dari Allah
Ummah Online
Santapan Minda Pejuang
Ustaz Azhar Idrus
Akidah Alul Haq
Raja Ahmad Mukhlis
LUAR NEGARA
Republika Online
Kompas Cyber Media
Al Jazeera (English)
Al-Sofwah.or.id
Khalifah.com
Kavkazcenter.com
Al Manhaj
Majalah Ummi
Pattani Darulsalam
DUNIA ISLAM
Satu Umat
Al Muslimin
Suara Anak Muda
UMUM/LAIN-LAIN
Zulkiply Harun
Quran Online
Quran Flash
Laman PendidikanMY
Portal Pendidikan
Laman Emjay
Lowyat Net
Health Tips
Aiman Ku
Pondok AnNur
Nusa Mahsuri
Grafik Photoshop
Pondok
Karyawan Perak
Karya Cipta
DuniaICT
Pasir Puteh
Al-ahnaf Khat
Dunia Rossem
JARINGAN
Jaringan A Athoullah
My Jalinan
Sabilillah
Skoodeng
Calon & Blognya
Link Pas Sana-sini
Sopo Sentral
Shidinar Net
Mega link (link-link yang lain)
* Link laman yang dipaparkan adalah yang aktif sahaja.
Laman tidak dikemas kini lebih daripada sebulan akan dikeluarkan secara automatik..
[Untuk yang lain-lain sila klik Mega Link atau Link Pilihan pada atas Homepage ini]

 
PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKD

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN)

Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan.
(Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)


©1422 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
E-mel :
tranung2006@yahoo.com atau Webmaster : tranungkite@hotmail.com

Lot 3672, Bangunan PAS Kawasan Dungun,
Kg. Pak Sabah, 23000 Dungun, Terengganu.
Tel/Faks : 09-848 5001

All logos and trademarks in this site are property of their respective owner.
The comments are property of their posters, all the rest © 2005 by me.
You can syndicate our news using the file backend.php or ultramode.txt
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi.