 |
Masuk/Login @ Daftar sebagai ahli baru
Perhatian : Sekadar baca sahaja, percaya? itu kena fikir dahulu.
Isnin, 1/12/2008
Amaran banjir buruk di Pantai Timur
Tanah runtuh, 2 beradik maut
Soi Lek hiris hati Melayu
Jangan bermain api - Pemuda UMNO
Lucut gelaran Soi Lek, Mei Fun
‘Terikut-ikut rentak pembangkang’
Tsu Koon: PULAU PINANG
Salah menyatakan Malaysia adalah kerajaan Melayu?
Mayat korban banjir ditemui terapung
Pembekal dibenar simpan stok lebih
Penduduk berang Perhilitan lepaskan 3,000 biawak
Mayat mendiang Hema tiba dari Mumbai pagi ini
MAS bawa balik 750 dari Bangkok
AirAsia tambah dua lagi penerbangan ihsan ke Bangkok
60 peratus produk kraf tangan akan dijual di Harrods
Tiada cili merah
Bantuan bina, baik pulih rumah naik
Ibu rayu bantu suami, anak penyakit kronik
Empat kakitangan perpustakaan maut
Mayat mangsa bot karam ditemui
Remaja mati lemas di lombong
Pelajar UiTM pemenang terakhir Susun dan Menang
Sembilan beranak diami rumah usang
Sasaran sejuta ahli baru belia
Zaid wajar dihukum -Tidak boleh dimaafkan
Zaid wajar dihukum -Subang desak pecat
Zaid wajar dihukum -UMNO tidak rugi apa-apa
Zaid wajar dihukum -Tindakan akan dibincang
Kredibiliti Anwar dipertikai
Modal baru permainan politik PKR
PPP ugut keluar BN jika tidak pinda ISA
UMNO KT bincang calon minggu depan
PKR minat Kuala Terengganu
Bergilir-gilir ke Sarawak
Hasrat PKR 'angan-angan Mat Jenin'
Pulau Pinang tidak cadang ganti TKM1
Menteri India letak jawatan
Kafe Leopold's sasaran serangan dibuka semula
Pelakon Britain ditahan disyaki militan
Penumpang cari jalan lain
Pertempuran di Karachi, 13 terbunuh, 70 cedera
Jemaah Palestin dihalang ke Mesir
Iraq-Iran tukar mayat tentera
Kumpulan terakhir pengaman Malaysia pulang
Korban keganasan meningkat 500 orang
Rakyat India selar pemimpin politik
Penunjuk perasaan diarah beredar
India tingkat kawalan keselamatan
Bush pantau perkembangan di India
Lanun setuju bebas kapal kargo senjata Ukraine
Pekerja asing buang mayat ibu di sungai, ditangkap
Pakistan raih sokongan
Kuan Yew selamat dibedah
Sidang kemuncak ASEAN ditangguh Mac?
Rusia, Venezuela setuju operasi tentera bersama
Arroyo arah pindahkan rakyat Filipina
Jepun urus pemindahan pelancong
Sepanyol rancang hantar 3 pesawat
|
|  |
Nik Aziz Hilang Yakin Terhadap PKR
Dilulus terbit pada Friday, January 18 @ 19:50:00 PST oleh SongkokPutih
|
|
Oleh reformasi_muda
" KOTA BAHARU, 18 Jan (Bernama) -- Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata keyakinannya terhadap kredibiliti Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin terhakis sambil menyifatkan parti itu "mencelarukan".
Malahan, katanya, Pas lebih rela menghadapi pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 nanti tanpa mengharapkan kerjasama daripada PKR.
Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah mingguannya di pejabat Pas di sini hari ini, ketika diminta mengulas kenyataan PKR dalam sebuah akhbar baru-baru ini bahawa parti itu tidak mahu bertanding di Kelantan pada pilihan raya umum nanti.
Beliau berkata kerjasama dengan PKR sama seperti pengalaman Pas menjalin kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 (SM46) pada akhir 1980-an dan awal tahun 90-an.
"Kita sudah ada pengalaman bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46, kemudian parti itu berpecah dengan Pas dan dia masuk semula Umno," kata Nik Aziz.
Pada pilihan raya umum 2004, PKR bertanding tiga kerusi negeri dan satu kerusi parlimen di Kelantan tetapi tewas kesemuanya.
Ketika ditemubual oleh media Indonesia, Nik Aziz berkata Pas akan menyertai pilihan raya selagi sistem itu membolehkannya untuk mengekalkan pemerintahan di Kelantan.
Sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi, tidak mungkin Pas menolaknya dan menggunakan kekerasan dalam mendapat kuasa, katanya ketika ditanya oleh wakil Metro TV dari Indonesia mengenai kedudukan Pas dalam sistem pilihan raya di negara ini.
"Setakat ini itulah sistem yang ada di Malaysia untuk memerintah dan Pas akan menggunakan sistem itu," katanya.
Mengenai sumber ekonomi kerajaan negeri, Nik Aziz berkata Kelantan mempunyai banyak sumber asli termasuk pembalakan, pertanian dan perlombongan yang memberi hasil yang lumayan.
"Kita ada banyak hasil untuk membangunkan Kelantan". katanya -BERNAMA "
|
| |
|
Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
|
|
|
No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
Re: Nik Aziz Hilang Yakin Terhadap PKR (Score: 1) by anaanta on Friday, January 18 @ 20:17:02 PST (User Info | Send a Message) | syabas kepada yab to guru.
kepimpinan pkr pusat hendaklah merombak balik pkr kelantan, tukar pengerusi perhubungan yg selalu buang pimpinan pelapis, tak tahu berpolitik dan tidak membina hubungan baik dengan pas kelantan. |
|
|
Re: Nik Aziz Hilang Yakin Terhadap PKR (Score: 1) by aimhjmohd on Friday, January 18 @ 21:14:31 PST (User Info | Send a Message) | | Lepas ni kita tengok pulak la.... Mesti ada berita menyatakan Dato Nik Aziz bertelagah dengan Dato Hj Abd Hadi pulak... Dah tentu punya...! ni la strategi UMNO dan BN cuba mcm mana pun nak kucar kacirkan persatuan dan kesatuan.... |
|
|
Re: Nik Aziz Hilang Yakin Terhadap PKR (Score: 1) by sripetaling on Friday, January 18 @ 21:27:38 PST (User Info | Send a Message) | SAYA MENYOKONG PENUH KEYATAAN INI...RAKYAT KELANTAN PANDAI MEMILIH DIANTARA TG DGN ORG LAIN..ALLAHUAKBAR.
|
|
|
Re: Nik Aziz Hilang Yakin Terhadap PKR (Score: 1) by ariffs on Friday, January 18 @ 21:37:58 PST (User Info | Send a Message) | harapnya...jangan sampai rugi momentum di pihak pembangkang sekarang. Kenyataan2 yang boleh diputarbelit kan hendaklah dikeluarkan dengan penuh hati2..
|
|
|
Re: Nik Aziz Hilang Yakin Terhadap PKR (Score: 1) by ning on Friday, January 18 @ 22:03:23 PST (User Info | Send a Message) | sri petaling, asyik sokong jer.......
kena pandai hormat orang jugak berdasarkan keterangan yang jelas bukan ikut suka suka akal saja
|
|
|
Re: Nik Aziz Hilang Yakin Terhadap PKR (Score: 1) by AdukaTaruna on Friday, January 18 @ 22:12:27 PST (User Info | Send a Message) | sumber berita ini adalah dr bernama. pastikan anda mendapat sumber pengimbang sebelum membuat keputusan menyokong penuh. ini perkara asas.
wallahualam |
|
|
Re: Nik Aziz Hilang Yakin Terhadap PKR (Score: 1) by syeikhan on Friday, January 18 @ 22:43:28 PST (User Info | Send a Message) | seronok dengan sripetaling, boleh cuba lagi..
|
|
|
Re: Nik Aziz Hilang Yakin Terhadap PKR (Score: 1) by ADSL on Friday, January 18 @ 23:52:39 PST (User Info | Send a Message) | Pertamanya, belum ada pengesahan samada TGNA benar2 mngeluarkan kenyataan sedemikian. Pd pendapat saya, sekiranya TGNA ada memberi pandangan tersebut scara terbuka, ianya amat mendukacitakan. Mungkn benar ada msalah dalaman antara pas dan pkr kelantan, tetapi tiadakah saluran lain yg lebih berhikmah selain dr mendedahkn 'pekung di dada' kpd media musuh2 islam? Di saat2 genting bg menghadapi pru, kesepaktan dlm segala segi amatlah perlu. Mengambil contoh dlm kes yg lebih teruk berlaku dlm pakatan bn spt skandal chua soi lek, pemimpin2 komponen bn secara konsisten seolah-olah memberi sokongan moral pd beliau walaupun perbuatan tersebut dikutuk rkyat mlysia. Jika kenyataan tersebut memang terbukti tidak dkeluarkan oleh TGNA, saya harap webmaster lebih berhati-hati meyiarkan artikel bg menjaga kredibiliti laman web ini.
|
|
|
Re: Nik Aziz Hilang Yakin Terhadap PKR (Score: 1) by TaRakNamA on Friday, January 18 @ 23:58:44 PST (User Info | Send a Message) http://taraknama.tblog.com | adussssssss...........
masalah masalah...........JIKA BETUL benda nie....
boleh jd TIME BOMB....udah laa tuu....
jangan buat perangai 'UBAT LAMA' cam tahun 2004 dulu laa...
penat keja terok nie....jika tahun nie ada jugak perangai macam
tahun 2004 dulu...aku bersara...LETIH layan KERENAH PIHAK2 ATAS nie..
guna la starategi sama... memang pon kekadang tu ada yg tak boleh pakai
TAPI kena pandai main peranan laa....
GOLOK dah ASAh...buluh dan diruncing...masa nak p perang
panglima istihar gaduh dengan laksamana....abisss tentera cempera....
|
|
|
Re: Nik Aziz Hilang Yakin Terhadap PKR (Score: 1) by anak_perelih on Saturday, January 19 @ 10:10:57 PST (User Info | Send a Message) http://anakperelihblog.blogspot.com/ | Ni putar belit bernama untuk melemahkan perpaduan dan kekuatan BA... malahan Utusan malaysia melaporkan sebaliknya (wartawan mereka sendiri, bukan petikan berita Bernama).... Bernama apanama.... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_07.htm Pas elak pertandingan tiga penjuru |
|
|
|
|